Monday, October 13, 2008
Kurang Ajar, Lagi Hina Nabi..
Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
WALAUPUN, saya masih berada di luar negara,tapi bila saya lihat http://www.shahabudeenjalil.com/ saya rasa terpanggil untuk membantah lanjutan dari siri-siri menghina Nabi SAW. Buku yang menceritakan kisah fiksyen mengenai isteri Nabi SAW Aishah RA 'The Jewel of Medina' ditulis oleh 'badut baru' bernama Sherry Jones. Buku yang mendapat kritikan hebat dari pengkaji-pengkaji sejarah Islam barat dan ditolak oleh penerbit Random House Publishing Group, beralasan bakal mewujudkan suasana tidak senang di kalangan orang Islam. Syabas Random House Publishing Group!
Tapi bagi Amazon.com, suatu portal penjualan buku terbesar di dunia, masih berdegil dan terus mengedarnya. Bahkan pengedar-pengedar seperti inilah yang membantu 'badut-badut baru' bagi dapatkan publisiti murahan untuk naik. Kita wajib bantah penyelewengan-penyelewengan biadap seperti ini, walaupun kita berada dalam masyarakat pelbagai agama atau parti multy racial, kerana hal ini adalah penyelewengan ke atas hak asasi manusia. Semua kerajaan-kerajaan di dunia perlu menyekat, bahkan kerajaan umat Islam wajib mengharamkannya.
Tentukan apa tindakan lanjut seterusnya, jika hal ini berlaku secara berterusan, hatta dari penulis dari dalam negara umat Islam sendiripun? Wallahu 'aklam.
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober13, 08
RI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
BUKU SEPERTI INI ADALAH KAEDAH UNTUK MEMBANGKIT PERSELISIHAN FAHAM DAN PERGADUHAN DI SELURUH DUNIA.
ALASAN BAIK UNTUK EPRANG DUNIA KE3 DAN MENGHABISKAN SEMUA STOK SENJATA AMERIKA SYARIKAT.
Post a Comment