Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:
“BENARKAH Shamsiah Fakeh seorang komunis?” Seseorang bertanya saya melalui e-mail semalam.
Shamsiah Fakeh atau di sebut juga sebagai ‘Ratu Rimba Malaya’ meninggal dunia pada 20 Oktober 2008 ini, dalam usia 84 tahun. Sejarahnya, Shamsiah adalah anak kelahiran Kuala Pilah dan belajar di High Islamic School Kuala Pilah. Sekolah ini bukan sekolah British atau sekolah pondok tetapi sistem madrasah yang didirikan oleh golongan pencinta Al-Quran dan Sunnah. Sekolah itu hari ini telah menjadi Maahad Ittiba As Sunnah (MIS) di Kuala Pilah. Antara sumber utama jejak pejuang ini ialah Ustaz Hashim Abd Ghani, pemimpin keluarga Sunnah di Kuala Pilah tersebut.
Mengikut Ustaz Hashim, beliau pernah mengikut Shamsiah berpindah ke Bagan Serai (1946) dalam usaha Shamsiah mengobarkan semangat melawan penjajah. Shamsiah pernah sertai Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sewaktu di Kelang. Beliau juga adalah bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), iaitu sebuah organisasasi kiri wanita, gabungan PKMM (1946-1948), yang berperanan menuntut kemerdekaan atau membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah.
Dikatakan juga Shamsiah adalah anggota Rejimen ke-10 Partai Komunis Malaya (PKM). Shamsiah pernah menjadi wakil PKM di Cina, di Indonesia dan di Vietnam, selepas menyertai perjuangan bersenjata di Pahang dan di Selatan Thailand selama kira-kira 8 tahun, dari 1948-1956, tetapi, dia tidak pernah menduduki sebarang jawatan tinggi dalam struktur kepimpinan PKM. Oleh itu, ada yang bertanya, apakah kriteria yang digunakan untuk melebel Shamsiah sebagai seorang bekas komunis atau pemimpin komunis?
Kerana ada yang menganggap seorang pemimpin komunis ialah seorang yang menduduki jawatan tertinggi dalam sktruktur kempimpinan parti komunis… Dan antara orang Melayu yang pernah menjadi pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ialah Musa Ahmad (bekas pengerusi), Abdullah C.D. (pengerusi selepas Musa Ahmad hingga PKM memberhentikan perjuangannya pada tahun 1989), atau Rashid Maidin, Abu Samah Mohd.Kassim serta Ibrahim Chik yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKM.
Apakah mereka adalah komunis, sedangkan komunis menolak adanya Allah SWT, hari akhirat dan agama?
Pada saya, sama saja, samada komunis, sosialis, kapitalis, nasionalis atau apa-apa ..lis sekalipun, jika seluruh kehidupan mereka, negara mereka, politik, ekonomi, social, masyarakat, individu dan apa-apa lainnya tidak berasaskan hari akhirat atau agama, semuanya tertolak, yakni tidak termasuk dalam perintah Al-Quran supaya memasuki atau melaksanakan Islam secara keseluruhannya.
Teringat saya ceramah bekas Presiden PAS Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Nor, di mana beza politik Islam dengan politik bukan Islam amat jauh. Matlamatnya tidak sama, politik Islam menuju ke akhirat, sedangkan politik bukan Islam hanya berkisar di dunia semata-mata. Mengenai komunis dan sosialis katanya, ‘komunis berdayung disebelah kiri, dan kapitalis berdayung di sebelah kanan, tetapi menuju pulau yang sama..’.
Mari sama-sama hadiahkan Al-Fatihah.. Demikianlah catatan santai kali ini. Insya Allah bertemu lagi akan datang…
Catatan santai:
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober20, 08. KL.
7 comments:
Shamsiah Fakeh: Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Shamsiah Fakeh (1924-2008) juga dikenali sebagai "Ratu Rimba Malaya" ialah tokoh feminis, nasionalis, pejuang dan reformis berhaluan kiri Tanah Melayu sebelum merdeka.
Latar belakang
Shamsiah dilahirkan pada tahun 1924 di Kampung Gemuruh kira-kira satu batu dari pekan Kuala Pilah. Shamsiah merupakan puteri kepada Sutan bin Sulaiman dan Saamah bte Nonggok. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan. Shamsiah pernah berguru dengan Lebai Maadah di Pelangai. Antara rakannya ialah Ustaz Abdul Jalil Salim, Haji Abd Aziz dan Hambiah.
Shamsiah pernah berkahwin dengan Ahmad Boestamam. Beliau berkahwin sebanyak lima kali dan perkahwinannya dengan Ibrahim Mohamad adalah yang terakhir. Ahmad Boestamam tidak pernah menceritakan perkahwinan ini dalam mana-mana karya beliau. Perkahwinannya dengan Boestamam terganggu dengan penahanan Boestamam oleh kerajaan penjajah British pada April 1947. Ahmad Boestamam ditahan kerana karyanya Testament Politik A.P.I. yang telah diharamkan oleh pihak penjajah. Mahkamah mendapati Ahmad Boestamam bersalah dan kemudiannya didenda 1,200 ringgit ataupun 9 bulan penjara. Boestamam telah membayar denda tersebut dan kemudiannya telah dibebaskan.
Perjuangan nasionalisme
Shamsiah merupakan ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.
Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya, Ibrahim Mohammad, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah dari PKM, pada tahun 1956 Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu Radio Beijing antarabangsa. Pada tahun 1965, Shamsiah dan Ibrahim ditugaskan ke Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOM iaitu Nasionalisma, Sosialisma dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno. Kehadiran Shamsiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia.
Mereka bebas beroperasi sehinggalah tercetusnya ketegangan di Jakarta apabila berlaku rampasan kuasa tentera dan Suharto mengambil-alih kuasa pemerintahan. Beliau dan rakan-rakannya ditangkap oleh penguasa Indonesia pada tahun 1965 sehinggalah dibebaskan pada tahun 1967 dengan bantuan kedutaan Vietnam. Dan dari sana beliau diterbangkan ke Vietnam dan kemudian kembali ke China.
Membunuh anak sendiri
Beliau dikatakan pernah membunuh anak kecilnya di dalam hutan kerana melambatkan pergerakannya di dalam hutan. Tetapi itu semua dinafikan dan menjadi propaganda tentera British untuk melemahkan perjuangan PKM. Shamsiah menyatakan bayi baru lahir itu dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpa pengetahuan Shamsiah kerana bimbangkan kehadirannya akan menyusahkan pergerakan mereka.
Bekas Pengerusi PKM Musa Ahmad semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Dan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1987 seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya telah menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis. Shamsiah menafikan kedua-dua cerita tersebut.
Kembali ke Malaysia
Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.
Perjanjian itu bukan bermakna pihak kerajaan telah menang di medan perang. Ianya lebih merupakan kejayaan kedua-dua pihak di meja perundingan yang sebelum ini tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan sejak perjumpaan di Baling pada tahun 1955 gagal.
Meninggal dunia
Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya, Jamaluddin Ibrahim, di Kodominium de Tropicana, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang dengan diiringi oleh lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais.
Nota kaki
1. ↑ Shamsiah Fakeh srikandi Malaya
2. ↑ Shamsiah Fakeh meninggal dunia
Bacaan tambahan
• Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10. 2004. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-659-9 (Edisi berkulit lembut). 138 hlm
Rujukan
• Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Shamsiah_Fakeh"
Kategori: Ahli politik Malaysia | Pejuang kemerdekaan Tanah Melayu | Feminis Malaysia
Alfatihah buat arwah pejuang negara.
Saya merasa sedih dgn kehilangan seorang srikandi bangsa yang tidak pernah dihargai sebaiknya.
Perjuangan awal almarhum pada tahun-tahun selepas perang Jepun mencetuskan gelombang menentang Iggeris yang banyak didorong oleh kepimpinan Dr Burhanudin Helmy.
Kekuatan gelombang inilah yang memaksa Inggeris menyokong UMNO sebagai satu alternatif bagi memastikan hasil khazanah Tanh melayu boleh terus dirompak hatta selpas Ogos 1957.
pejuang seperti Almarhum merupakan jiwa yang benar-benar merdeka.
Dari runtuhan Kota Melaka Kita dirikan Jiwa Merdeka"_manat Burhanudin Helmy yang terus digembelingkan oleh pejuang seperti Shamsiah Fakeh.
Semoga Allah melahrikan lebih ramai anak bangsa seperi Shamsiah Fakeh.
lihat sama
http://zahidyusof.blogspot.com/2008/10/catatan-sebuah-pengorbanan-dan.html
Seorang wirawati hebat..
Moga-moga dikategori Allah dalam perjuangan yang hak, dan beroleh syahid..
Jakarta, RI.
BIAR ROBOH KOTA MELAKA,
KITA BANGUNKAN JIWA MERDEKA
Almarhum Shamsiah Fakeh (1924 - 2008) adalah seorang yang berpendidikan Islam secara formal. dikenali sebagai Srikandi Rimba Malaya, wanita bersemangat waja, menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu melalui perjuangan yang tidak direstui penjajah Inggeris dan UMNO. Asas perjuangannya lebih bermirip kepada susurgalur yang dibawa oleh Prof. Dr. Burhanudin Al-Helmy - (salah seorang pengasas PAS dan pengamal perubatan Homeopathi di Malaya - susah negara iktirafnya).
Walaupun penghidupannya sentiasa susah di hutan belantara Malaya, semangatnya meniup api kemerdekaan kepada rakyat Asia Tenggara, khususnya Malaya, Indonesia dan Vietnam - tiada sebarangan pengiktirafan, berjuang tidak mengikut landasan pemimpin UMNO yang berkiblatkan London.
Apa pun pendidikannya, setinggi mana pun pendidikan agamanya .jika disalah bawa .. inilah hasilnya .. ISIS adalah Islam, IS juga Islam, AlQaeda juga Islam dan banyak lagi pertubuhan yang mendakwa mewakili Islam ..tetap jadi alat ... tapi satu yang dia lupa ... Komunis itu adalah kelompok yang menentang Islam ... Komunis tetap Komunis ..
Shamsiah Fakeh,nama yang terkenal di Malaysia,sebagai pejuang kemerdekaan bagi membebaskan tanahair dari cengkaman penjajah. Beliau merupakan wanita tunggal yang berani dan tabah dalam perjuangan.Beliau merupakan srikandi negara yang ulung di negara ini,berbanding srikandi yang banyak terdapat di Indonesia. Tatkala orang lain hidup senang dan bebas,beliau memilih hidup dalam kepayahan dalam hutan,terpisah dari keluarga tercinta,tinggal di negara orang,demi untuk kemerdekaan negara. Tiada siapa wanita Malaya memilih jalan ini,tetapi beliau sanggup menghadapi segalanya.Ada pun beliau masuk hutan kerana tiada jalan lain ketika itu untuk meneruskan perjuangan.Pihak British melabelkan orang yang menentangnya sebagai penderhaka lah,komunis lah.Sejarah perjuangannya sangat panjang,hanya orang yang arif,yang rapat dengan beliau sahaja yang mengetahui keadaan cerita yang sebenar. Tiada pengiktirafan ke atas beliau kerana beliau sudah di label sebagai komunis.Akidah Shamsiah Fakeh tidak berganjak kerana beliau merupakan cerdik al-Quran,anak didik kesayangan Lebai Maadah bin Layang yang terbilang di High Islamic School Pelangai,Kuala Pilah,kerana ribuan murid belajar dari negeri lain datang belajar di sekolah tersebut. Lebai Maadah bin Layang terkenal dengan sistem mempelajari dan mengenal al-Quran dengan harfiah. AL FATIHAH
Post a Comment