Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI
“JOM kita kahwin ramai-ramai di Negara China..” Itu, rumusan yang dibuat dalam perbincangan kira-kira 3 jam sebelum tengah malam semalam, di sebuah kedai makan di KL. Antara yang berbincang itu termasuk 5 orang penulis weblog, beberapa ustaz, seorang peniaga dari Jakarta dan beberapa dari Malaysia yang sering berulang-alik Malaysia-China.
“Dia dah kahwin di China.” Kata peniaga yang dari Malaysia, memberi tahu tentang perkahwinan rakan Indonesianya di China. “Ramai gadis-gadis China yang sanggup masuk Islam kalau ada yang ingin mengahwininya. Kawan kita ini sudah buktikan!”
“Ha! Itulah kerja mulia. Sekurang-kurangnya sebagai da’i.. bertaraf global.” Sambut salah seorang Ustaz itu. “Kalau dibuat bersungguh dan profesional ianya seolah-oleh melakar atau merubah lanskap sejarah sesebuah negara.”
“Profesional?”
Ya, terfikir saya. Bila melihat kedatangan Islam ke nusantara ini, antaranya melalui perdagangan dan perkahwinan. Saudagar-saudagar Arab dan India datang ke sini, berkahwin dengan rakyat tempatan, membina perkampungan dan lorong-lorong di bandar. Contohnya, wujudnya Masjid-masjid India hampir di setiap negeri dan bandar. Di Pulau Pinang sahaja, ada masjid Capitan Keling, Masjid Pakistan dan Masjid Benggali. Masjid Benggali dan Masjid India juga terdapat di KL. Begitu juga di Thailand, Indonesia dan lain-lain.
Saya pernah dibesarkan di sebuah kampung di Telok Bahang Pulau Pinang. Waktu itu, allahyarham ayah saya dipanggil mengajar agama oleh sekumpulan pendatang-pendatang Islam dari India di Madrasah Al-Masakin yang bermukim di situ. Sehingga kampung itu dinamai Kampung Keling, tetapi sekarang, di tapak itu sudah terbina Hotel Mutiara. Teringat saya pada pagi-pagi hari lagi waktu itu sudah dibisingi oleh lagu-lagu dari India, bahkan kadang-kadang sepanjang hari, seolah-olah saya bukan lagi berada di bumi dan alam Melayu.
Kebanyakan mereka adalah berniaga dan menjadi nelayan, sehingga terkenal dengan budaya ‘pukat tarik’, iaitu menarik pukat yang dilabuhkan dari laut ke darat, dengan kudrat tenaga tulang empat kerat beramai-ramai sambil menyanyi-nyanyi. Tetapi yang penting, mereka secara tidak langsung adalah da’i atau pendakwah yang membawa Islam, termasuk melalui perkahwinan dengan orang tempatan.
Begitu juga kemasukan Islam peringakat awalnya ke negeri China melalui perkahwinan orang-orang Arab dengan wanita-wanita tempatan di China. Peranan ‘kahwin dakwah’ ini, sebenarnya tidak boleh diperkecilkan. Sila lihat juga tulisan saya dalam http://www.ibnuhasyim.com. Wednesday, November 28, 2007 di bawah judul ‘Kemboja: Kahwin & Harga Lelaki’ Pernah semasa saya menjadi pimpinan PAS Kawasan Balik Pulau (kira-kira 1985-1995), saya telah kemukakan draf cadangan bertajuk ‘Operasi Hijrah’.
Sebuah perancangan berkahwin beramai-ramai dengan wanita-wanita Islam atau yang baru masuk Islam di Thailand, membawa balik ke Malaysia atau berulang-alik dengan meninggalkan isteri di sana di bawah seliaan pusat-pusat pengajian Islam tradisional atau ‘pondok-pondok’. Kesan baiknya juga ada sampai sekarang. Oleh itu pandangan di atas tadi amat baik, apalagi bila dilaksanakan secara berterusan, tersusun dan professional.
“Baru beberapa minggu lepas, saya berkahwin dengan seorang gadis China yang terus masuk Islam di Guangzhou. Gadis itu berasal dari sebuah pekan kecil ratusan kilometer dari bandar utama di situ. Sambutan orang-orang tempatan di situ amat baik, bahkan ramai lagi yang menunggu untuk masuk Islam kalau ada yang ingin mengahwini mereka.” Kata rakan kami yang dari Indonesia itu.
“Kalau untuk jadi isteri ke 2, ke 3 atau ke 4, mereka mahu ke?” Ada yang bertanya.
“Ngak ada masalah! Bisa kita pergi kahwin ramai-ramai di sana..” Jawab rakan Indon itu.
“Yang penting, kita rancang secara professional dan berpersatuan. Kita tentukan matlamat, perlaksanaan, keadilan, kewangan, penempatan, pendidikan dan bagaimana nak atasi kalau berlaku penceraian… Bagaimana nak manfaatkan untuk kepentingan politik Islam di Malaysia.” Kata ustaz itu lagi. “Semuanya perlu dirancang betul-betul supaya mampu melakar dan merubah lanskap sejarah. Bayangkan kalau kalau orang-orang Cina yang dibawa penjajah ke Tanah Melayu sebelum merdeka dulu adalah orang Cina Muslim yang taat beragama, bukan anggota kongsi gelap atau gangster (Gee Hin & Hai San), mungkin sudah tentu politik Islam di negara ini akan lebih baik!”
“Yang penting perlunya sebuah perancangan atau kertas cadangan yang baik serba-serbinya. Wanita bagaimana yang layak dikahwini, kita bincang bersama. Kalau ada cadangan-cadangan bernas dari sesiapa saja, sila kemukakan!!” Pelawa salah seorang dari mereka lagi.
Ya. Pada pembaca dan pelayar web budiman, sila kemukakan pandangan anda, untuk dikongsi bersama. Kalau perlu kita bincang, adakan pertemuan, dan cuba laksanakan.. ‘Jom kahwin ramai-ramai dengan wanitaa-wanita di negara China.’ Begitulah catatan santai buat kali ini, kerana Nabi kita pernah berpesan…
“Berkahwin dan beranaklah, sesungguhnya aku gembira dengan umatku yang ramai.”
Catatan santai: ibnuhasyim.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) November13. 2008 KL.
21 comments:
Asm,
Telah membaca artikel berkenaan d dlm blog cuma iingin bertanya bagaimanakah untuk berbuat begitu, adakah agensi yg menguruskannya?
Wsm
Syed
ini berita baguih!
insyaAllah, nak tambah ilmu di dada dulu
by neam
China/Cina ni dulu Islam dari kita....masalah sekarang ni nak anak ramai x bleh la plak...polisi kerajaan...anak sorang satu ja..kalau yg pendalaman sikit boleh la..tu pun max 2 saja..bawa balik msia x bleh plak..bini merajuk...x kan la ana kawin 3 plak...
by gondrong
kawin senyap2 ajer boleh ke? nanti bini pertama tahu...hahaha
by sharifahnor
SALAM,
INI CADANGAN YANG BAIK,CUMA BUATLAH PERANCANGAN YANG LEBIH PROFESIONAL.MASAALAH ANAK DUA SJ TIDAK APA TETAPI BETUL-BETUL BERKUALITI UNTUK MENJADI DAI DISANA.SATU DRPD DUA ITU DIBAWA KEMALAYSIA UNTUK MEMENUHKAN KAUM CINA MUSLIM DISINI,KALAU INI BERTERUSAN INSYAALLAH MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI MASAALAH PERKAUMAN SEPERTI SEKARANG.
SEMUA BANGSA FAHAM ISLAM AKAN HIDUP AMAN DAMAI.
YANG SEORANG LAGI MEMAINKAN PERANAN DITANAH BESAR CINA,UNTUK MENGEMBALIKAN KECEMERLANGAN ISLAM DISANA.
AYUH KATA DIKOTAKAN SUPAYA KITA MAHU ISLAM BANGKIT SEMULA DINUSANTARA INI.
KOMUNIS DAN KAPITALISMA TELAH HANCUR YAKIN DAN PASTI ISLAM AKAN BANGKIT TETAPI SIAPA YANG PENCETUSNYA.
by dolahkayu
cadangan yan bagus.bukan takat untukkahwin, tapi bisnes jugak. kalau ada isteri kat china, boleh in charge stok kain, melamin (susu ke pinggan nih), dan paling tak produk mainan.. dan kalau pergi china, boleh jimat kos hotel dan makan minum. mcm yang disebutkan, kena ada proper planning .. lokasi, calon, prosedur, sumber makan minum, pendidikan ..elok juga bawak bebudak tahfiz yg balik dari arab/jordan ke china ...carikan bini, lepas tu suruh dia jadi ustaz... he he..ala-ala perkampungan ARQAM LA PULAK ....
by Mchinese
Tak payah, Di malaysia kan ramai Cina. Pilihlah yang mana satu kau mahu, Saya pulak suka gadis Melayu, kerana melayu hormat kat suami.
by virosyima
Saya tunggu kes MELAMINE dah tak ada bolih kawin sama orang china tanah besar.
by saif_almansur
Sebelum pegi china cari pasangan dakwah di sana.. datang la ke bumi sendiri. Maksud saya Sabah. InsyaAllah bumi Sabah amat subur dengan dakwah. Malah dari pemerhatian saya, kebanyakan mereka disini sanggup memeluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam.
So.. tak payah la pegi jauh2.. datang ke Sabah, InsyaAllah sekiranya niat baik, kita akan lihat perubahan di bumi Sabah 10 tahun akan datang. Allahuakbar!!
-almansur-
http://islamreturn.blogspot.com
by KhairY
ai saif.....hang ada sumandak dah ka???sumandak dusun....tapi memang benar apa yang saif katakan tu. Umat islam kat sini(Sabah) ada yang dah 3 kali murtad dan adal dah lebih daripada tu murtad. Sebab takdak follow up daripada pendakwah yang sanggup dakwah mereka.
Kalau setakat nak offer sumandak(anak dara bangsa kadazan/dusun) memang ramai. Yang penting ada rope ustat.
jom ramai2 join jelajah dakwah di pendalaman sabah.
misiamalsabah.blogspot.com
by anaianai
Artikel yang cukup menarik, sila saudara lihat sejarah yang dipinggirkan mengenai hubungan india dan china dengan Melayu dinusantara di blog ini,
Empayar Islam Benua SiamKedah
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Semoga kita semua hari ini memperolehi rahmat dan petunjuk dari NYA mengenai kebesaran agama ISLAM milik NYA.
by puyuh
sokong mchinese, pakat kawin ramai2 di sabah, Islamkan gadis2 Kadazan termasuk Iban di Sarawak, sapa nk pegi kawin di China xde masalah, Kemboja pun ramai.
by joelabu
Gadis Papua tak nak ke ?
by othimbra
Cadangan nak pasang lebih dari yang ada tu baik asalkan mengikut peraturan yang ditentukan syarak. Namun, kedudukan lokasi yang jauh juga perlu diambilkira supaya tidak berlaku sesuatu yang tak diingini akhirnya teruma setelah usia lanjut kelak.
Mampukan nak berulang alik untuk membuat giliran bagi memenuhi nafkah zahir dan batin serta tanggugjawab terhadap anak-anak di sana, sedangkan nak sampai ke sana memerlukan wang yang banyak dan memakan masa yang lama pula tu.
Kita jangan lihat semasa tubuh badan kuat dan cergas saja, tapi kena fikir juga setelah usia tua kelak. Kita kena fikir, kahwin bukan untuk se hari dua sahaja, tetapi hingga ke akhir hayat. Kita tak mahu kahwin, lepas tu gantung tak bertali tak pergi-pergi dan biarkan anak isteri di sana menderita.
Inilah yang terjadi kpd wanita Melayu zaman dulu yang berkahwn dengan mamak yang datang berniaga di sini. Mereka balik ke India meninggal isteri dan anak tanpa beritahu sama ada bercerai atau tidak. Kes tersebut banyak dirujuk ke Mahkamah Syar'iyyah ketika itu dan akhirnya kerajaan terpaksa buat peraturan 'lafaz taklik' ke atas lelaki yang baru kahwin dengan tujuan untuk menjaga kepentingan isteri yang ditinggal suami tanpa khabar berita.
Dari segi pegangan agama, wanita Melayu yang ditinggal suami mamak dulu tak jadi maslah sebab mereka Islam asal, tapi apa akan terjadi kpd wanita Cina yang baru menganut Islam jika mereka ditinggal suami? Kemungkinan mereka kembaki kpd agama asal adalah besar. Lihat apa yang terjadi kpd Fatimah Tan Abdullah, wanita Cina dari Pulau Pinang yang murtad setelah ditinggal suami seorang warga asing. Jika berlaku seperti itu,
siapa yang bertanggungjawab? Ini risiko kpd mereka yang pasang niat untuk kahwin wanita Cina atau mana- mana wanita warga asing. Lainlah pula jika suami ingin berhijrah dan tinggal bersama di negara asing itu. Kalau betul-betul nak kahwin sambil berdakwah, elok cari wanita tempatan yang tidak akan menimbul masalah tanggungjwab jangka panjang.
Memang terlalu ramai gadis non-muslim yang sudi berkawin dengan lelaki Melayu/Islam dengan syarat masa depan mreka tidak diabaikan. Apa yang mereka tak mahu, kahwin sekejap kemudian cerai sedangkan tiada lagi tempat bergantung dan keluarga asal tak mahu terima mereka lagi kerana perbezaan agama. Kes seperti ini banyak berlaku.
Justeru, janganlah kahwin dengan body wanita, tapi kahwinlah dengan hati mereka, semoga Allah membekati perkahwinan anda.
by Mchinese
Dear othimbra,
saudara mengatakan begini: Dari segi pegangan agama, wanita Melayu yang ditinggal suami mamak dulu tak jadi maslah sebab mereka Islam asal, tapi apa akan terjadi kpd wanita Cina yang baru menganut Islam jika mereka ditinggal suami? Kemungkinan mereka kembaki kpd agama asal adalah besar. Lihat apa yang terjadi kpd Fatimah Tan Abdullah, wanita Cina dari Pulau Pinang yang murtad setelah ditinggal suami seorang warga asing. Jika berlaku seperti itu, closed.
Apa kata kita mencontohi Iran, kahwin kontrak dulu, Kalau tak ngam cerai
by adi123
ana setuju sangat la tuuu .. bagi yang berkemampuan .. dari semua segi.. tak salah nyaaa .. dari pada dok makan luar cara haram ..
SYABAS KEPADA YANG BERJAYA ... ATAU ADA KAN KURSUS KEPADA YANG BERKEMAMPUAN DAN TAK TAHU CARA NAK KAWIN KAT SANA TUUUU ....
by ctkedah
Amboiiiiiii ...... kalu pasai kawen ...... kemain korang komen .......... tapi lupa tangungjawab asas ...... Ct bukan x suker korang nk kawen , galakan lagi ada ...... tapi ..... kena ingat ...... nabi dan para sahabat kawen kerana usaha dakwah bukan kerana nafsu. Arqam dulu kawen ramai kerana untuk dakwah ...... itu jelas ..... Nak kawen pastikan bini No.1 tu faham dakwah ,mengkalu tidak .... pinggan terbang laaa abang abang oiiiii .......
kalau semua pakat pi china ...... abih tu ramai ler andartu kat mesia nie
siti pun nak kaen jugak .....
by diablo
NAK KAWIN...NAK KAWIN...
by DPermai
Niat kerana Allah, ikut undang2 Allah...insyaAllah tak de masaalah
by tokden
hebat sungguh orang2 pas nin, sanggup perabih 3 jam semata2 nak kahwin ramai...ana tunggu komen drp YB Melor dulu...
Kepada syed,
Untuk keterangan bagaimana mengurusnya sila berhubung kawan saya ini...
Untuk kursus Memborong ke China, sila ke website baru di www.kursusborongchina.com atau hubungi 017-2517515 untuk mendaftar.
Bukan borong barang saja, nak uruskan kahwin pun boleh..
Salam Pak Hasyim,
Betullah perkahwinan salah satu cara menyebarkan dan menguatkan islam. Tetapi banyak faktor lain yang menjadi tunjang pemerkasaan islam, yang wajar diketengahkan. Ini kerana, menurut pengalaman saya, Islam disebabkan perkahwinan, melainkan pasangan Islamnya benar2 boleh memberi bimbingan, perkahwinan sukar untuk bertahan lama. Lebih buruk lagi,pasangan yang memeluk Islam, mahu kembali ke agama asal.Saya berpendapat,perlu dikaji semula, konteks dakwah Rasulullah melalui perkahwinan, bukan didasari oleh nafsu semata-mata. Sebab itulah dia tak kahwin dgn anak dara, tetapi meninggikan darjat perempuan janda. Wallahua'lam. Sekadar pandangan.
OOh.. Saya setuju pandangan saudari.. (maaf, saya tak berani nak sebut 'puan'.. )
Itulah sebabnya, perkahwinan itu hendaklah dirancang dan bersistematik. Siapa dan dengan siapa, contohnya..
Saya teringat, se waktu saya pernah dilantik sebagai AJK kelas pengajian terkenal di Kampung Baru puluhan tahun lalu. Kelas Pengajian di Rumah Pak Yazid..
Kami simpan nama-nama siapa yang nak berkahwin, Muslimin dan Muslimat. (sediakan borang lengkap latar belakang) Kami pilih-pilih yang 'sekufu', dan bertanya kedua belah pihak untuk kesesuaian.. dan akhirnya kami pertemukan.
Ramai juga yang berkahwin melalui kelas tersebut. Bahkan ada yang terkenal pun,tapi tak boleh sebut nama kerana masih belum minta izin mereka..
Jika perlu kita buat suatu kelab bimbingan perkahwinan, termasuk sudah, belum dan akan kahwin ... Samada nak bercerai, nak kahwin lagi, menduda atau menjanda. Sila baca tulisan saya pengenai kahwin & harga lelaki di Kemboja. Kita mula pada kawan-kawan kita dulu.
Melihat latar belakang saudari sikit-sikit, nampaknya saudari adalah orang yang paling layak menerajui, memulannya, dan sudah pun bergelumang dalam bidang itu.. kalau ada masa..
Kita mulai dengan kawan-kawan dulu, dan boleh perbesarkan hingga ke peringkat antabangsa, walaupun melalui internet.
Maaf, agak panjang celoth ini. Itu baru muqaddimah pengenalan ke arah kahwin ramai-ramai.. di mana-mana. Wallahu aklam.
Salam,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda.
Saya juga berhajat untuk berbuat demikian jika berpeluang. Saya masih bujang dan tidak berkahwin, bagus juga kalau dpt berkahwin dgn wanita cina kerana wanita melayu di malaysia pada masa kini agak jual mahal dan sehingga kini saya masih tidak mempunyai teman wanita. Saya memang ada hajat untuk berkahwin lebih dari satu. Mana tahu bole berkahwin dgn 2 atau 3 anak dara dr china yg lawa-lawa.
Kalau betul nak, boleh kita berhubungan terus..
wah...sudah setahun lebih berlalu, peluang kahwin gadis China masih terbuka lagi? dan pak Ibnu Hasyim masih sudi membantu? ini sangat bagus...mungkin sy juga berminat, jadi bolehkah sy menghubungi pak Ibnu Hasyim pada bila2 masa seandainya sy ingin berkahwin dgn gadis China?
Kalau mnat betul, sila hantar butir-butir ringkas melalui e-mail kepada blog ini..
berapakah jumlah wang yang di perlukan??
assalamualaikum,
memang saya berminat untuk mendapatkan seorang isteri dan ibu untuk 2 orang anak saya.nampak macam lebih mudah untuk kahwin di china dari di sini.tambah lagi gejala sosial yang melanda nrgara kita sekarang ini menjadikan semakin sukar untuk mendapatkan seorang isteri yang betul2 memahami untuk duda ber anak dua seperti saya ni.kebanyakkannya hanya bersesuaian dengan saya dan wang ringit saya sahaja, tapi tidak dengan anak2 saya.harap saudara ibnu hasyim dapat menolong.saya juga ingin tahu tentang jumlah perbelanjaan untuk menunaikan hajat saya ini.
wassalam
JOM kita kahwin ramai-ramai di Negara China..” Itu, rumusan yang dibuat dalam perbincangan kira-kira 3 jam sebelum tengah malam semalam, di sebuah kedai makan di KL. Antara yang berbincang itu termasuk 5 orang penulis weblog, beberapa ustaz, seorang peniaga dari Jakarta dan beberapa dari Malaysia yang sering berulang-alik Malaysia-China.
memang saya berminat untuk mendapatkan seorang isteri dan ibu untuk 2 orang anak saya.nampak macam lebih mudah untuk kahwin di china dari di sini.tambah lagi gejala sosial yang melanda nrgara kita sekarang ini menjadikan semakin sukar untuk mendapatkan seorang isteri yang betul2 memahami untuk duda ber anak dua seperti saya ni.kebanyakkannya hanya bersesuaian dengan saya dan wang ringit saya sahaja, tapi tidak dengan anak2 saya.harap saudara ibnu hasyim dapat menolong.saya juga ingin tahu tentang jumlah perbelanjaan untuk menunaikan hajat saya ini.
wassalam
wah...sudah setahun lebih berlalu, peluang kahwin gadis China masih terbuka lagi? dan pak Ibnu Hasyim masih sudi membantu? ini sangat bagus...mungkin sy juga berminat, jadi bolehkah sy menghubungi pak Ibnu Hasyim pada bila2 masa seandainya sy ingin berkahwin dgn gadis China?
assalamualaikum saudara ibnu hasyim,bagaimanakah saya boleh menghubungi saudara dan apakah maklumat saya sertakan jika saya berminat untuk menyertai program ini?
Ini kerana saya belum berkahwin dan mempunyai hasrat utk itu selain dapat mengembangkan ajaran islam. Di sini juga saya lampirkn soalan sampingan:
1. Bagaimana dengan kos yg perlu sy tanggung?
2. Adakah perkahwinan dijalankan di Msia atau china?
3. Apakah prosedur yg perlu sy lalui utk tujuan perkahwinan seperti ini?
4. Bagaimanakah proses pemilihan calon wanita dilaksanakan? adakah ia dipilih oleh pihak saudara atau saya sendiri?
*saya rasa mungkin banyak soalan yg saya ingin ajukan kepada saudara, jika saudara tidak keberatan, saudara boleh meninggalkan phone no atau alamat untuk saya hubungi saudara secara terus kerana saya merancang untuk berkahwin pada tahun 2012.
menarik.. mungkin harus di nyatakan komitment (kewangan) yang perlu di sediakan.
bismillah.....menarik artikelnya....saya pernah melamar seorang gadis china yang belajar di Malaysia melalui ibu saya....mungkin sebab menolak budaya couple anak muda masa kini...mungkin sebab bukan jodoh atau fitnah anak gadis melayu..... kat malaysia ni pun tak cukup Islam lagi.... melayu sendiri tak cukup tertarbiah...nauzubillah..
Azmantgr @gmail.com
saya pun terbuka hati dengan gadis yag cantik dan muslim dan hidup susah di china ni terutama gadis uigyur..rasanya lebih baik berjodoh dengan mereka dan memelihara mereka di Malaysia ni dengan baik.
saya hendak hubungi tuan ibnu tapi tidak ada emel tuan di sini.
Ya ke
Post a Comment