Friday, November 21, 2008

Rupanya CIA Amerika, Tak Se Kuat Mana..



Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:

‘BUKU yang akan mengubah pandangan anda tentang CIA, ‘MEMBONGKAR KEGAGALAN CIA’, spionase amatiran sebuah negara adidaya.’ Ditulis oleh Tim Weiner, pemenang hadiah Pulitzer, dengan kata pengantar oleh Budiarto Shanbazy, telah diterjemah ke bahasa Indonesia. Inilah sebuah buku yang dihadiahkan kepada saya, oleh seorang kawan yang datang dari Bandung.

Buku yang tebalnya 858 muka, soft cover, saiz 135x200mm, kategori sosio politik, no ISBN 978-979-22-3782-5 diterbitkan pada September 2008 oleh Gramedia Pustaka Utama, Indonesia. Saya lihat-lihat, kulit hadapannya agak menarik, dan dibelakang tercatat sedikit info yang isinya…

".... Tim Weiner benar dengan mengatakan bahawa CIA saat ini tak lebih dari puing-puing keruntuhan yang sebentar lagi mungkin berubah menjadi debu." Kata Budiarto Shambazy, seorang wartawan Kompas, kolumnis ‘Politika’ Indonesia.

Mengapa negara adidaya atau superpower, lembaga spionasenya seperti tak punya daya? Mengapa polis dunia sekaliber AS, agen-agen dinas rahasianya beroperasi serampangan? Inilah keprihatinan mendasar Tim Weiner dalam buku yang memenangi berbagai penghargaan ini sampai pada kesimpulan bahawa sejarah operasi intelijen CIA yang telah berusia 60 tahun justru memangsa bangsa Amerika Syarikat sendiri. Menggunakan langgam reportase jurnalistik yang memikat, Tim Weiner, wartawan peraih Hadiah Pulitzer, menunjukkan bukti-bukti meyakinkan perihal kelemahan CIA yang memalukan.

Di antaranya, agen-agen CIA mengetahui Tembok Berlin runtuh pada 1989 dari siaran televisyen bukan dari pasokan analisis mata-matanya yang bergerak di bawah tanah. Ambruk dan runtuhnya WTC, yang membelasah pada 11 September 2001, dengan telanjang memeragakan kepada dunia bahawa agen-agen CIA lumpuh dalam mengantisipasi serbuan teroris alumnus CIA sendiri. Sebagai sebuah dinas intelijen terbesar di dunia, CIA melakukan blunder paling vital dalam sejarah panjang spionase... Berbohong tentang eksistensi senjata nuklier Irak.

Blunder itulah yang menjadi basis pengambilan keputusan politik yang paling keliru dalam sejarah kepresidenan AS, yakni menyerbu Irak sekaligus menumbangkan Presiden Saddam Hussein. Buku ini diramu Tim Weiner dengan mempelajari 50.000 arsip CIA, wawancara mendalam dengan ratusan veteran CIA, dan pengakuan sepuluh direkturnya. Disajikan dengan gaya bertutur mengalir. Tim Weiner, bagaikan penulis thriller, menempatkan diri sebagai seorang tukang cerita kelas wahid.

Jadi, buku ini amat baik dipasarkan kepada orang ramai, sekali gus menyedarkan masyarakat bahawa sebenarnya CIA dan AS tidaklah se kuat dan sehebat mana. Hanya hebat dalam filem-filem hiburan sahaja. Ia hanya hebat dan ditakuti oleh orang-orang yang takut. Bak kata pepatah..

Melukut di tepi gantang
Buka sanggul cari kutu,
Sebab takut akalpun hilang
Tunggul disangka hantu.

“Eh.. Berapa harga buku ini?” Saya Tanya dia.

“Tak perlu bayar. Itu hadiahku untuk mu. Tetapi kalau ada orang nak beli, aku ada bawa kira-kira 10 buah lagi dari Bandung. Aku jual dengan harga RM100 sebuah… termasuk register & pos laju di Malaysia sahaja.. Kurang-kurang lepas duit minum aku pun jadilah.

Jika berminat sila telefon:
En Abu 0132053054.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Nov21, 08. KL

6 comments:

  1. Buku ini lebih kepada satu propaganda oleh penulis untuk menggambarkan bahawa CIA lemah dalam menjalankan aktivitinya.
    Oleh itu sudah tentu ianya memerlukan peruntukan yang lebih besar dari Congress. Oleh yang demikian maka lebih banyak wang rakyat akan samapi ek Langley, Virginia bagi membayar kos oeprasi dan gaji pekerja CIA. Satu pekerjaan yang cukup mudah. Menghasilkan lebih banyak kacau bialu di seluruh dunia untuk terus dianggap penting kepada rakyat Amerika.
    Mereka tidak sedar bahawa pada badan anak-anak dan kaum keluarga mereka tumbuh dari sumber hasil darah orang-orang tidak berdosa di seluruh dunia.
    Satu pekerjaan paling hina.
    CIA perlu dilihat lemah agar lebih banyak wang rakayt Amerika pergi ke kocek penghisap darah yang bersenang leang di Langley.
    mereka ini mereka cipta kebencian sesama kaum sesama ugama atau apa juga yang menjadikan manusia sentiasa mendendami antara satu sama lain.
    Mereka juga akan membiayai banyak filem2 hayalan hero hero seperti Rambo dan jams Bond untuk menunjukkan dunia yang teranca.
    Kita semua lupa merekalahs ebenarnya pengncam keamanan dunia.

    ReplyDelete
  2. Sebuah komen yang baik. Saya setuju.

    T.kasih.

    ReplyDelete
  3. Sebuah komen yang baik. Saya setuju.

    T.kasih.

    ReplyDelete
  4. Ada lagi ke buku ni.. aku nak beli.

    ReplyDelete
  5. Ada lagi ke buku ni.. aku nak beli.

    ReplyDelete
  6. Utk makluman anda semua.Kakitangan kedutaan Amerika di Malaysia adalah yang paling ramai di dunia.Negara-negara yang mempunyai hubungan dingin dengan Amerika sendiri seperti China tidak mempunyai kakitangan kedutaan yang begitu ramai seperti di Malaysia.Kenapa?.
    C.I.A juga pernah mengiklan dan menawarkan kepada rakyat Malaysia jawatan di dalam C.I.A pada awal 90an. Ramai rakyat Malaysia telah direkrut oleh C.I.A bagi kepentingan Amerika.

    ReplyDelete