Inilah peniaga itu (gambar atas) yang mengamanahkan saya menjaga dagangannya..
Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan Di China.
SEMASA masih di bandar Guangzhou, tengahari itu saya agak keletihan merayau-rayau, saya singgah di kaki lima tepi jalan tempat penjaja-penjaja kecil berjaja.
"As-salamu 'alaikum?" Saya memberi salam kepada salah seorang dari mereka yang memakai ketayap lebai.
Dia menjual makanan ringan seperti kismis, kacang cerdik dan banyak jenis lagi yang saya tak kenal. Sudah tentu dia beragama Islam.
"As-salamu 'alaikum?" Saya memberi salam kepada salah seorang dari mereka yang memakai ketayap lebai.
Dia menjual makanan ringan seperti kismis, kacang cerdik dan banyak jenis lagi yang saya tak kenal. Sudah tentu dia beragama Islam.
"Wa 'alaimussalam." Dia jawab dengan begitu ramah, bersopan dan mesra sekali. Dia bertanya sesuatu, saya pun tak faham, entah bahasa apa dia guna. Entah Kazakhtan, Turkistan, tah apa-apa ...tan, tak tahu la, ...tak dengar macam bahasa Cina pun.
"... Malaysia." Saya jawab.
Disalami saya dengan kedua-dua tangannya, seolah-olah tak mahu dilepaskan.
"Masajid??" Saya tanya lagi. Dia seolah-olah tak dengar dan tak faham.
Disalami saya dengan kedua-dua tangannya, seolah-olah tak mahu dilepaskan.
"Masajid??" Saya tanya lagi. Dia seolah-olah tak dengar dan tak faham.
Dia tunduk dan mengambil sesuatu dari sebuah bungkusan di bawah tempat jualannya, di basikal surung roda tiga. Dikeluarkannya roti, diajak saya makan. Bila saya mengisyaratkan perut saya sudah penuh, tak mahu makan, disimpannya balik makanan itu.
Dia terus bertanya sesuatu yang saya tidak faham, dan saya pun menjawab yang dia pun tidak faham. Macam ayam bercakap dengan itek..
Dia terus bertanya sesuatu yang saya tidak faham, dan saya pun menjawab yang dia pun tidak faham. Macam ayam bercakap dengan itek..
Tiba-tiba dia terasa nak ke bilik air, dia mengisyaratkan saya supaya tolong ganti di tempat jualannya. Saya tiada syak apa-apa terus mengikutinya. Saya jaga jualannya, sehingga dia datang semula, baru dia isyaratkan di mana masjid.
Begitulah hebatnya kalimat salam yang disyariatkan Allah SWT kepada penganut agamaNya, hanya dengan sekali sebut...
- Mampu menghubungkan dua jiwa yang berlainan negara, bangsa dan bahasa, walaupun sama-sama tak faham percakapan.
- Sanggup menjemput seorang yang tidak dikenali makan, walaupun dia sendiri nampak macam miskin harta, tetapi kaya jiwa dalam bersedekah atau memberi orang lain makan haknya.
- Hanya dengan kalimat salam, dia sudah menaruh kepercayaan, memberi amanah menjaga haknya, walaupun hanya beberapa minit baru dikenali.
- Itulah bahasa antarabangsa penghubung sesama umat Islam.
- Pada saya, itulah juga suatu kalimah ajaib yang menjadi bekal dan tangkal penyelamat untuk saya bermusafir di negara orang di perantauan, walaupun bukan dalam negara orang Islam, kerana orang Islam sekarang sudah ada di mana-mana.
Wallahu aklam.
Ibnu Hasyim
Guangzhou,
Dis24,2008
Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dis24,2008
Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Saya harap Dr Asri (Bekas Mufti Perlis) membaca artikel ini. Baru dia tahu betapa bernilainya "Assalamualaikom" itu kepada umat Islam, dan hanya unuk umat Islam. Kalau golongan bukan Islam mahu mengecapi nikmat yang dikurniakan Allah pada umat Islam ini masuklah Islam.
ReplyDeleteSaya tidak bersetuju dengan pendapat Dr Asri yang "Assalamualaikom" boleh diberikan pada orang bukan Islam. Kalau nak tunjuk baik paa bukan Islam ada banyak lagi cara lain untuk menyapa mereka, bukan dengan mengorbankan syiar Islam.
Assalamualaikum pun syiar Islam ke ? Masalahnya disini Assamualaikum tu bukan milik orang Islam pun. Ianya milik orang arab pada asalnya. Orang kristian dan yahudi kat arab pun guna Assalamualaikum. Jadi takkan la diorang plak nak marahkan orang Melayu yang gunakan salah.. hehe
ReplyDeleteapa pandangan tuan kalau mereka ckp.. Ada banyak lagi cara orang Melayu nak buat greeting, kenapa perlu guna Assalamualaikum yang nenek moyang aku guna ???
Saya rasa nie hal yang terlalu kecik untuk diperdebatkan. Ustaz Asri mempunyai niat baik untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Kita patut sokong usaha ini.
Bila dah baca penulisan ni rasa tak sabar plak nak menziarah China tambah2 pulak Tn Haji duk promote macam ni. Rasa2 nx trip saya nak join la. Menyentuh tentang bab salam ni , sdr Shahabudeen ada krisis pemahaman syariat mungkin. Ada pada mulanya perkara2 adat di dalam masyarakat Arab telah dijadikan syariat didalam Islam sewaktu zaman Rasululah mengembangkan Islam. Begitu jugak ada beberapa hal yg hanya adat Melayu terus dijadikan kewajipan dlm rukun Negara. Disini jelas ada beberapa adat telah diangkat menjadi syariat.Telah dibincangkan dalam byk hadis tentang kebaikan salam didalam Islam dan cara2 memberi salam sesama Islam dan kepada yg bukan Islam. Didalam amalan Islam Sekular hal ini tidak dititik beratkan kerana Islam sekular tidak dapat membezakan antara Adat dan Syariat. Saya sarankan shahabudeen merujuk kitab syammail untuk mengetahui secara mendalam tentang adat dan syariat. sekian terima kasih.
ReplyDeleteShahabudeen,
ReplyDeleteSila rujuk hadith tentang Assalamualaikom ni.
ok.. saya minta maaf. Saya dah tanya Ibnu Hasyim tentang hal ini dan beliau dah terangkan tentang salam.
ReplyDeleteTetapi saya tetap bersetuju untuk orang bukan Islam menggunakan Assalamualaikum. Apa salahnya, jika dengan ini dapat mendekatkannya dengan Islam ? Islam bukan untuk kita jadikan perkara untuk kelompok kita, Islam untuk kita sebarkan.
Disini izinkan sekali lagi saya mencatatkan dan harus direnungkan sebuah firman Allah yang berbunyi : Bagi ku adalah agama ku dan bagi mu adalah agama mu. Ayat ini menyimpulkan bahawa hak seseorang Islam itu hanya boleh dilakukan sekiranya seseorang itu Islam. Sekiranya dianya bukan Islam maka dia tidak berhak melakukan perkara2 yang telah disyariatkan didalam Islam seperi memberi salam dengan menggunakan perkataan Assalamualaikum.Perkara ini begitu tegas didalam Islam dimana Hak seseorang Islam itu tidaklah boleh 'dicabul' oleh agama lain sekiranya dianya bukan beragama Islam. Kalau kita renungi hukum dan rukun memberi salam , rukun yg pertama ialah : Harus beragama Islam. Oleh itu hak memberi salam dgn Assalamualaikum adalah Hak sesorang Islam. Seperti memasuki ruang solat didalam masjid sekiranya dianya bukan Islam maka tiada berhak dia masuk ke dalam ruang solat iaitu masjid kerana itu adalah hak seseorang Islam. Perkara hak atau pemilikan adalah merupakan perkara yang utama sebagai sebuah anugerah yang diberikan Islam kepada umatNya.
ReplyDeleteTo shahabudeen Jalil.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
Kalaulah Islam ni guna laogik akal macam kamu ni. Baik tak payah turun wahyu. Nabi pun tak payah ada. Malaikat hantar direct kat manusia2 ni.
Kalau nak ikut logik lagi, kenapa perlu wujudkn neraka atau syurga. Buat jer neraka atau buat jer syurga sahaja senang.
Sebab itu turunnya wahyu secara berperingkat. Berjuta-juta juga hadis Nabi. Nabi sebagai Mubayyin (penerang) kepada Bayan (alquran).
"Sesungguhnya diturunkan Al Quran ini dalam bahasa arab, moga-moga kamu berfikir"
Bahasa arab juga bahasa syurga.
Bahasara arab juga syiar Islam.
Kenapa tak diturunkan sahaja b.arab ni ke dalam bahasa Melayu, atau bahasa2 dunia yang lain.
Kalau ianya bukan syiar Islam. Kamu solat baca jer bahasa melayu. Haha.
Ngaji banyak lagi. Pastu bila tak tahu tanya dulu. Jangan main terjah jer.
Hehe.. saya rasa tuan-tuan nie emosi dan mungkin tak pernah berjalan ke negara arab. Kalau kat negara-negara arab memang orang kristian pun guna "Assalamualaikum". Tak ada salah pun dalam hal ini. Tuhan kurniakan akal untuk berfikir bukan untuk mengikut secara membabi-buta.
ReplyDeletesalam adalah perkataan bidadari syurga untuk penghuni nya manusia dan kristian juga yahudi adalah menyembah ALLAH sebab tuh boleh...semasa iblis kata kepada Rasullah ttg rahsia umat dan pahala umat iblis cakap kalau sesama islam cakap salam urat2 dia putuih...dan ALLAH beritahu sesama jawab sesama diampun dosa senang saja nak sucikan dosa..Smua rahmat AR-RAHMAN dan AR-RAHIM...sebab tuh nm2 pmmimpin kita ada nm ALLAH hidden iaitu rahman...walawpun di kawal oleh penyembah setan illuminati freemason tapi maksud rahman adalah pengasih...ALLAH kasihkan kita walawpun kita sedang diuji iman dgn sdg dikontrol pmimpin..dn pmimpin ikut tdk sbb tdk mhu dserang...kuasa besar tp ALLAH punya lagi besar tngu la pengikut dajal.
ReplyDelete