Wednesday, December 10, 2008

Bahasa Malaysia Runtuh Bersama Tanah Runtuh Hulu Klang.. Dr Haji Mohd Hasyim.





BY ASYOK KUMAR

BUKIT Antarabangsa Hulu Klang Disember 08 – RTM sepatutnya tidak menjadi agen pemusnah dan pengkhianat kepada Bahasa Malaysia di negara ini kerana turut terlibat dalam mempropagandakan ‘bahasa rojak’ dalam tiap berita, rencana, drama dan lain-lain di tv, radio media kerajaan atau agensinya.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Dr Haji Muhammad Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang di suatu majlis perjumpaan Hari Raya yang diadakan di sebuah restoran di sini baru-baru ini.

“Contohnya, lihat saja liputan mengenai tanah runtuh di Hulu Klang ini, interbiau dengan mangsa-mangsanya di tv, saya lihat tiada seorang pun bercakap dalam bahasa Malaysia yang baik, semuanya bahasa rojak yang di selang seli dengan cakap dan perkataan broken Inggeris.” Jelas Dr Haji Mohd Hasyim. “Sebelum ini ramai tokoh-tokoh bahasa seperti Datuk A.Samad Said dan lain-lain yang mengkritik penggunaan bahasa rojak tersebut, tapi nampaknya pihak-pihak tertentu masih mengambil sikap telinga kuali lagi.”

Kata beliau lagi, kalau dilihat bahasa anak-anak muda dalam internet, bahasa percakapan di pejabat-pejabat, kebanyakannya sudah tidak menggambarkan identiti bangsa Melayu sendiri. Bahkan dalam perlimen pun, kadang-kadang Ahli Parlimen bukan Melayu bahasanya lebih baik dan bersih dari yang berbangsa Melayu.

“Pernah saya terjumpa, seorang Melayu yang tidak mahu bercakap bahasa Melayu yang baik, lebih suka bahasa rojak.. tetapi bila kita terus langsung berbahasa Inggeris yang baik, baru dia beralih ke bahasa Melayu. Rupanya berbahasa rojak itu adalah sebagai pelarian nak tutup penyakit ‘inferiority complex’, atau nak berlagak ‘orang standard’ kerana terasa malu tak pandai Inggeris, kerana dia sendiri pun tidak tahu benar bahasa Inggeris yang baik! "Sambung beliau lagi. “Inilah yang Menteri Penerangan Datuk Shabery Chik tidak peka! ...Dewan Bahasa, konon pembela Bahasa Melayu pula buat apa?”

Sila rujuk juga artikel Ibnu Hasyim.com Friday, January 25, 2008 Datuk A.Samad Said Sebenarnya Mula Menentang Kerajaan...

6 comments:

  1. SETUJU!!

    saya sendiri tengok dan bukan RTM saja tapi TV3 pun serupa. Dua tiga responden atau mangsa kejadian yang berbangsa Melayu dok bercakap stail LONDONisme... memang runtuh dah betui-betui runtuh ni..

    Lagi satu bab penerokaan tanah tinggi di Penang..Hari ni MPPP melalui YDP Dato' Zainal Rahim keluarkan arahan supaya dihentikan segera projek 'Feringghi Height'.. Yang saya heran ni sebelum isu ni jadi besar,,memang dah ramai yang suruh projek tu dikaji tapi mentang-2 pemaju dia ni IVORY CONTINENTAL (taraf gergasi punyiaaa pemaju)..projek tu tetap jalan... Mana dia pi integriti jurutera-jurutera kerajaan tempatan??? takkan tunggu kes musibah bencana baru nak menyiasat?? selama ni mana dia pi siasatan hangpa??? tiap-2 tahun minta naik gaji minta bonus..minta kenaikan pangkat tapi mana dia integriti dan akauntabiliti hangpa???

    mungkin lepas tiga empat bulan ni...projek Feringghi Height jalan balik dengan alasan struktur tanah disitu kukuh dan kajian oleh pihak ketiga menunjukkan tahap keselamatan yang terjamin... macam ni lah selalu dok jadi di Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih komen anda. Melihat latar belakang anda, rupanya akan Balik Pulau juga, Al-hamdulillah. Bila ada masa kita boleh bertemu.. insya Allah!

    ReplyDelete
  3. Pak Hasyim,

    Insya Allah . Orang berpengalaman macam Pak Hasyim ni ramai tapi yang nak kongsi idea dan melentur kami yang muda-muda ni kurang. Alhamdulillah melalui blog Pak Hasyim dapat menyumbang.. terima kasih!

    Banyak yang Pak Hasyim dok cerita dalam blog ni adalah berdasarkan apa yang saya sendiri dapat ingat dalam memori...cuma masa kejadian tu saya masih di peringkat bawah umur...mentah sangat dan dok galas beg sekolah dengan tali atas dahi beg tersandang dibelakang lagi.

    Orang Tua Menunjuk Jalan, Orang Muda Mengingat Berjalan Mengikut Haluan..

    ReplyDelete
  4. konon2 antarabangsa!
    apa sempadan bukit tu dengan negara2 lain?
    nama itu pun dah perasan lebih!

    ReplyDelete
  5. Apa yang penting, message sampai. suka hatilah orang nak pakai bahasa rojak atau bahasa pasar atau bahasa tinggi. Satu contoh orang universiti yang masih duduk dalam tempurung akedemik!!. Cubalah berpijak di bumi nyata!!!

    ReplyDelete
  6. munawir nak pakai bahasa rojak ka bahasa pasembur ka pakai la tadak sapa marah . Nak guna bahasa gurkha pun pakailah tadak marah.

    Di bumi nyata akibat bahasa rojak maksud nak disampai difaham lain. Mesej memang sampai itu tak dinafikan tapi maksud sebenar lain bila orang yang baca tu tafsir lain.

    Mesej org boleh baca tapi otak kita yg berfikir, menulis dan bercakap belum tentu dapat dibaca orang.


    Wallahualam

    ReplyDelete