Sunday, December 21, 2008

Berbasikal, Kurangkan Kes Jenayah Di Guangzhou.


Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan Di China.


GAMBAR saya masih di maqam Abi Waqqas. Saya menggayakan basikal seorang pekerja di situ. Di China atau di Guagzhou, berbasikal diberi keutamaan. Kakitangan pejabat atau pekerja-pekerja awam di bandar ramai yang berbasikal pergi kerja.

Di sana sini di bandar Guangzhou kita lihat ramai orang berbasikal, dan tempat letak basikal di merata-rata. Ada yang dikhaskan, atau terantai di pinggir-pinggir jalan. Anehnya, tiada langsung terlihat orang menggunakan motosikal di bandar itu. Saya terjumpa beberapa papan tanda yang menerangkan bagaimana berlaku jenayah melului motosikal.

Seseorang yang saya temui di situ berkata, "Banyak penjenayah-penjenayah menggunakan motosikal seperti ragut, copet, samun dan berbagai kes. Demi keselamatan, kerajaan melarang penggunaan motosikal di dalam bandar..."

"Oh.. bukan itu saja.. " Jawab saya, "...kalau hari-hari naik basikal boleh kurus badan. Tak perlu guna jamu lagi atau ubat-ubat lain untuk itu. Macam jogging juga. Badan sihat dan boleh jimat wang lagi!"

Gambar saya bersama seorang Cina Muslim yang saya temui di sebuah lorong kecil di bandar Guangzhou.

Demikian catatan perjalanan kali ini.

Ibnu Hasyim, 
Guangzhou, 
Disember21, 2008

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan 
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

1 comment: