Catatan Perjalanan Di China
1 MUHARRAM saya berada di bandar Kunming, bandar besar dalam wilayah Yunnan, setelah kira-kira 2.5 jam dalam penerbangan dari Guangzhou. Seorang Cina Muslim yang saya kenali melalui seorang kawan di Guangzhou sedang menunggu. Dia membawa saya ke pekan Jian Shui, kira-kira 4 jam menaiki bas melalui lebuh raya.
Suatu lagi pengalaman yang mengasyikkan
Bas yang merangkak naik membelah gunung-ganang, dalam kesejukan kira-kira 18 darjah celsius. Ladang-ladang limau mandarin, luas terbentang. Saya beli buah limau manderin selepas itu di pasar baru kira-kira 1 yuan (RM0.50) se kilogram. Tiada tanah-tanah kosong yang tidak bertanam, nampaknya. Tanaman dan sayuran terdapat berbagai jenis.
Namun bas ini terus melintasi juga tasik-tasik yang membiru. Petani-petani yang menggunakan teknologi agak canggih, menambah indahnya panorama. Sesampai di pekan itu, kami naik teksi pula, kira-kira puluhan minit, ke tempat yang dikatakan ramai orang Islam.
"Di sini kawasan orang bukan Islam.." Kata Harun, kawan yang membawa saya itu. Jari menunjuk ke arah rumah-rumah biasa yang nampak di kiri kanan jalan. Tidak berapa besar dan cantik.
Tiba-tiba teksi kami memasuki ke kawasan bandar kecil yang rumah-rumah serta kedainya besar-besar, teguh dan agak mewah. Cantik-cantik dan bersih. Bagaikan rumah kediaman orang-orang berada... Biasanya tertulis tulisan Arab di atas pintu atau dinding rumah, besar-besar.
"Di sinilah pekan kecil yang hampir 100% orang Islam. Di sini orang Islam kaya-kaya.. boleh bayar zakat.."
"Di sinilah pekan kecil yang hampir 100% orang Islam. Di sini orang Islam kaya-kaya.. boleh bayar zakat.."
Pertanian di atas gunung..
"Al-hamdulillah!"
Di kiri kanan jalan, ternampak ramai lelaki yang pakai kupiah atau ketayap. Wanitanya hampir semua pakai tudung, menutup aurat. Bahkan ada yang pakai purdah, hingga tutup muka. Tidak pun fikiran mereka turut tertutup. Suatu bukti, pakaian tidak menghalang kemajuan, atau seolah-olah berpakaian membuang dunia.

Jauh bezanya kalau dibandingkan pakaian wanita-wanita di Jalan Chow Kit, KL, tidak tutup aurat, tetapi belum tentu dapat membangunkan ummah. Ini ke. Malaysia negara Islam konon...
Teksi kami terus memasuki sebuah sekolah agama, yang terdapat masjid di dalamnya. Salah seorang ustaznya menyambut kami dengan ramah. Sebentar lagi azan zohor pun bergema, berkumandang seperti di Malaysia juga, tiada larangan bunyi kuat takut mengganggu umum, seperti di Guangzhou, atau kalau ada tempat-tempat lain di Malaysia yang nak ikut macam Guangzhou..

Cuma sebutan azannya agak lain.. ada slang Cina.. Seolah-olah di sini bebas beragama atau mengamalkan Islam seluruhnya.. Bolehkah dikatakan negara ini negara Islam? Kalau tidak, mengapa??
Inya Allah, bersambung.
Ibnu Hasyim,
Jian Shui, Yunnan.
Dis29,2008
Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Petikan sejarah berasaskan sumber arkeologi ada menunjukkan hubungan nusantara Melayu dengan Yunnan di China. Memang kuat teori mengatakan bahawa Melayu asalnya juga ada yang berasal dari Yunnan cuma sukar nak dibuktikan. Mungkin bapak boleh ambil foto rawak wajah-wajah orang Yunnan yang boleh kita kaji dari segi raut wajah samada ada iras Melayu di nusantara terutama Malaysia. Kalau betul ada iras Insya Allah menguatkan lagi teori ni. Cuma dari segi genetik kenapa kita tak sehebat macam orang di Yunnan? Islamnya syumul dan rajinnya membuat ekonomi Islam menjadi teguh. Kita genetiknya hebat juga dari segi ekonomi tapi hasilnya datang bukan dari kerajinan tapi dari kejiranan (nepotisme/kronisme). Ada betul ka ini? entah iya entah tidak..Wallahualam
ReplyDeleteJauh perjalanan bapak luas pengalaman. Kami yang muda di sini teringin meneroka ilmu sejauh itu tapi sayang ongkos belum memungkinkan. Berkongsi ilmu di sini pun kira cantik dah.
Setuju sekali dgn pandangan HeroHuruHara. Memang teori mengena asal usul melayu dari Yunnan agak hangat diperkatakan.Jadi kajian mendalam perlu dilakukan. Terdapat juga teori melayu di nusnatara ini datangnya dari champa.
ReplyDeleteSila baca buku Ensiklopedia Bahasa Melayu karangan Asmah Hj Omar terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Didalam buku ilmiah ini ada disebutkan asal usul keturunan orang melayu nusantara memang berasal dari negeri Yunan, Cina. Sesiaps yang berminat dengan teori ini sila rujuk buku ilmiah ini, insyaAllah akan menemui jawapan susur galur dan kajian tentang orang dan bahasa Melayu.
ReplyDelete