Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Ke Vietnam.
BERAT rasanya hendak duduk lama di Jian Shui apabila Ustaz Ibrahim membantu saya bersungguh-sungguh sebagai kewajipan menyambut musafir. Sewa hotel , makan minum dan perjalananan semuanya ditanggung beliau. Tiga hari wajib membantu musafir atau tetamu, masuk hari ke empat sudah sunat hukumnya. Saya mengambil keputusan keluar, dengan harapan tidak mahu menyusahkannya, walaupun beliau suruh tunggu lagi.
"Saya nak ke Vietnam... Nak tengok orang Islam sana pula." Kata saya.
"Apa boleh buat, ana tak boleh tahan anta. Cuma, ana ada cadangan. Ada ahli jamaah kita yang membawa bas dari sini ke sempadan Vietnam.. anta boleh tumpang dia. Jangan bimbang kita sama-sama orang Islam, saling bantu-membantu." Sarannya.
Bila saya bersetuju, "Segala urusan tambang dan sebagainya ke sempadan ana tanggung beres..."
Maka bertolaklah saya malam semalam dengan bas kira-kira pukul 8.30 jam China. Ustaz Ibrahim mengirim bekalan makanan sebelum bertemu kedai makan Islam, dan ole-ole bawa pulang ke Malaysia. Rupanya bas yang saya tumpangi itu bukan membawa ramai penumpang-penumpang, tetapi membawa saya seorang sahaja.
Mula-mula masuk ke lebuhraya, tiba-tiba menyimpang keluar menuju ke sebuah ladang strawberi, mengisi penuh bas itu dengan kotak-kotak straberi. Satu lagi pengalaman menarik. Bas melalui ladang-ladang yang gelap gelita, kalau adapun lampu samar-samar. Bas melalui di lorong tanah yang sempit, amat susah bila berselisih.
Rumah-rumah lama pekerja, bagai rumah-rumah hantu yang menyeramkan. Apalagi bila pengangkat-pengangkat kotak itu terdiri dari orang-orang tua lelaki perempuan yang kuat dan gagah, walaupun kadang-kadang ada bergigi jarang berwarna karat, boleh menakutkan. Bila mereka tahu saya orang luar setelah selesai mengangkut barang, mereka berkumpul bersorak gembira di bawah pohon besar.
Pohon yang banyak tumbuhan bertali bergayut-gayut, dengan salakan anjing berpanjangan menambah indah keseraman tersebut. Bas kami terus berlalu hingga ke pekan sempadan Vietnam, sampai kira-kira pukul tiga pagi. Selepas turunkan barang, bas tak boleh jalan terpaksa kami tolak beramai-ramai. Lepas sholat subuh di bilik tidur pekerja-pekerja, sempat saya lelapkan mata se jam dua. Akhirnya dapat juga melintasi sempadan..
Selamat tinggal negara China.. saya menuju ke pekan Lao Cai, di Vietnam. Di situ puas saya mencari orang Islam dan masjid, tapi tiada berjumpa. Agak susah saya kerana tiada orang Islam. Baru jelas terasa begitulah hebatnaya agama Islam. Syariatnya, membantu musafir atau pengembara-pengembara. Kalaulah syariat ini dilaksanakan secara tersusun dan professional oleh individu, kumpulan atau kerajaan, di mana wang zakat pun boleh diperuntukkan untuknya, akan terus berkembanglah dakwah Islam.
Gambar satu dan dua ke bawah: Saya melawat dan mencari masjid di Lao Cai..
Gambar ini: Dari jauh nampak gereja di tepi sungai.. mengapa dengan tempat buang sampah tak rasmi ini?
Bayangkanlah kalau masjid-masjid berperanan membantu per'musafir'an orang Islam. Begitu juga soal pendatang atau mujahirin berizin atau tanpa izin (PATI), apakah sikap Islam sebenarnya? Kalau se ekor binatang berbisa pun boleh dimanfaatkan oleh manusia, apa lagi terdapat ramai manusia yang berhijrah? Tiada otakkah pemimpin-pemimpin negara Islam memikir dan memanfaatkan hal tersebut?
Terfikir pula saya mengenai lawatan saya ke China ini..
1.. Bagaimana untuk laksanakan ukhuwah terus antara orang Islam China dengan orang Islam Malaysia melalui institusi ke'madrasah'an tersebut. Contohnya, pertukaran anak angkat.. Dan perlukah anak-anak orang Islam Malaysia samada Cina atau Melayu Islam belajar di sana? Saya dah tanya yuran tahunannya RM150 (300 yuan) setahun, asrama dan makan percuma. Banyakkan lawatan ke pusat-pusat pengajian Islam seperti itu ke China.
2..Boleh runding untuk buat pakej belajar bahasa Arab dan bahasa China. Contohnya pekej sebulan untuk pelajar-pelajar masa cuti atau lepasan SPM dan lain-lain. Atau untuk pegawai-pegawai pencen yang tak tahu nak buat apa.. Ataupun untuk bakal-bakal usahawan atau peniaga yang perlu berkomunikasi dengan orang Cina.
3.. Dan lain-lain.. yang boleh difikir lagi.
Akhirnya, sambung cerita perjalanan saya lagi.. saya terus naik keretapi malam menuju Ha Noi pada 31 Dis, 2009.
Ibnu Hasyim
Dis31,2009
Ha Noi
Lihat..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Lihat..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
4 comments:
Nak masuk ke dalam rumah orang, kena minta izin dulu :-)
Selamat Tahun Baru :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
apa nie faizal nie ? dok hijack blog orang lain untuk promote website. ini tak bagus bro. Kepada Pak Hasyim, teruskan perjalanan dan teruskan menulis. Kami menanti catatan anda. Saya dah jumpa Harun dan Jacky tadi, semua tanya pasal tuan.
seronok bila baca cerita pak hashi ni....
Salam Pak, seronok baca blog nih, cerita dia macam baca novel,dgn ada gambar buat lagi faham, saya juga pernah ke Ho Chi Minh,Vietnam tp tak pandai nak karang cerita, ada gambar saja la.
Post a Comment