Wednesday, December 10, 2008

Melayu Pinggir Bahasa Sendiri.. Som Prong

Bahasa Melayu untuk rakyat sahaja?

Ibnu Hasyim
Catatan Santai

SAYA menerima e-mail dari seseorang bernama Som Prong bersama komennya berjudul ‘Bahasa Melayu Terpinggir Salah Siapa?’. Maka diperturunkan di sini..

{AKU bukan nak kata laaa .... sungguhpun aku ni keturunan Siam mai, tapi bahasa Melayu aku kira okey jugak laa .... pasai aku dok campoq guoi dgn puak2 Melayu banyaaaaak .... jadi aku kira mcm depa jugak laaa nuuuu .........cuma slang aku saja ..... dia berlagu lagu Siam sikit laaaa ...... tapi tak pa laaaa .... Melayu2 yg dok cakap dgn aku pun buleh paham ..... kira buleh lah nuuuu? Tapi aku turut sedih jugak tentang bahasa Melayu laaa laaa ni niiiihhhh ... sedih sungguhhhhhh ..... bukan nak kataaaaa ..........ada depa kata bahasa Melayu laaa ni dah jadi rojak ...... rojak campoq ...... dia campoq adok sana pi sini mai .... aku pun naik penin .....

Apa tidak nya? Awat dia jadi lagu tuuu? Ni pun satu .... slanga 'awat' tu yg selalu dan kerap diguna oleh orang sebelah utara Semenanjung (kira Kedah, Perlis, Penang/Seberang Prai dan Perak Utara) depa banyak dok ingat 'awat' kononnya bunyi atau sound like English punya word "a What?" .... maka jadilah ungkapan 'awat' yg cukup popular sekali bila puak2 orang2 utara bila depa dok bersembang sama2 depa ....... sikit-sikit awat ... sikit-sikit awat ..... seperti "awat hang tak bagi tau kat aku awai-awai....." ; "awat dia buat lagu tu?" dsbnya. Banyak depa dok rayan yang ungkapan 'awat' tu kononnya dari perkataan Inggeris .... jadi depa naik megah nak mampoih buleh guna perkataan omputih dlm percakapan depa ..... padahai itu asai usoi mai dari perkataan Siam jugak nak habag bagi ..... tanyalah orang2 yg dok di sempadan Siam dekat dgn border ......

Cuba hangpa perati dan ambik teliti mai tengok ...... macam istilah2 yg kita dok guna banyak yang di cedok dari bahasa asing .... Inggeris laaa yg kerap diambik ..... Kalau nak bagi contoh .... cukup punya banyak ..... cuba ambik perati tengok apa yg terpapar dalam senarai dibawah :

U.M.N.O. sendiri pun .... katanya sebuah Parti Politik orang2 Melayu ..... tapi cuba amati akan nama parti tu dgn sepenuhnya .... United Malays National Organization ..... kan bahasa Inggeris tu ...... bahasa orang putih (setengah depa kata .... bahasa omputih .... shortcut lah tu). Hangpa tengok lah sendiri .... dari awai2 lagi dari golongan puak2 Melayu sendiri tak mau pakai nama atau ejaan Melayu untuk parti politik yg di tubuhkan oleh bangsa depa sendiri .... nak kata apa lagi? Sapa yang mula2 start? ..... tok sah dok marah kat aku laaa .... pasai aku guna perkataan 'start'. .... aku tok sah kira laaa .... aku peduli apa? bukan bahasa aku .... aku pun syok jugak kalau bahasa buleh pi dok campoq aduk main ikut suka ajaaaaa .... main ikut daaaannn ajaaaaa ...... kira senang laaa ... cukup paling mudahhhh nak mampoih .... kalau teringat nak guna perkataan omputih kaa ...atau lain2 perkataan ... lain drp perkataan Melayu .... hantam saja laaaaa ....... kira apa?

Bukan bahasa kita - bukan bahasa aku (bukan bahasa keturunan orang2 aku).... lagi banyak dicampoq aduk .... lagi meriah laaaaa .... macam rojak campoq .... lagi banyak mcm buah2an dalam rojak tu .... lagi ada uuummmppphhhhhh kata orang ....... sikit punya caca-merba ka .........

Tengok laaaa ........ seperti yang aku kasi contoh2 dibawah ni: Dari pehak media arus perdana sendiri pun cukup banyak dan menyerlah sekali especially dari media tv di segenap stesyen samaada gomen atau swasta (tv swasta pun ada kaitan atau link dgn gomen jugak - itu yg depa dok panggil GLC - Government-Link Company). Ini boleh disenaraikan seperti dibawah:

Infomasi - dari perkataan Inggeris - information [penerangan (bahasa Melayu) dipinggirkan]
Komunikasi - dari English word - communication [hubungan; perhubungan maksud dlm bahasa Melayu - dipinggirkan lah tu]
Delegasi - dari English word - delegate - diMelayukan dgn ejaan delegasi [bermaksud utusan; wakil dlm bahasa Melayu - dipinggirkan jugak].
Integriti - dari English word integrity - di Melayukan jadi ejaan integriti bermaksud kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan - pun lebih mementingkan yg istilah penjajah punya .... baru ada class (ejaan Melayu - kelas). Jawabnya yg Melayu punya perkataan di pinggirkan lah.
Integrasi - dari English word integration bermaksud gabungan dari pelbagai; penyatuan - diMelayukan dgn ejaan integrasi ..... baru ada kekuatan atau keberkesanan konon2nya lah. Perkataan dlm bahasa Melayu di pinggirkan lah.

Popular - dari perkataan Inggeris popular (diambil bulat2 dgn ejaan yg sama) - padahal dlm bahasa Melayu boleh pun digunapakai perkataan terkenal dan disukai ramai; digemari ramai; sukaramai - maka yg ada berbunyi Melayu kira kurang ummph lah .... jawabnya dipinggirkan lah. Sekarang dan terkini ramai kerana mengikut trend (dari pemimpin politik sendiri) terdapat istilah 'populis' seringkali dan acapkali digunakan lebih2 lagi oleh orang2 politik dan media2 arus perdana (terutama dari media tv) .... untuk menunjukkan betapa 'up-to-date' si orang yang menggunakan istilah itu ketika dia bercakap. Tidak ketinggalan zaman lah (out-dated) dikalangan puak2 depa tu. Sebelum ini ... penggunaan istilah 'pop' seperti lagu2 pop; irama pop; pop yeh yeh; pop-star, adalah singkatan dari perkataan 'popular' lah. Pop ..... tak dak bunyi Melayu langsung ..... tapi nak kan omputih punya slang punya pasai .... teruih ambik dan gunapakai sajalah .... apa ada? Pop-corn macam mana pulak .... adakah itu bermaksud 'popular punya jagung' dari maksud 'pop-corn' .... cuba tanya puak2 Melayu tengok .... depa tau ka? ternganga .... terlopong lah ....nampak2nya.... jenis main tiru tapi tak tau maksud sebenaq2nya ..... main ikut orang pun ramai jugak ... jenis pak-turut juga mak-turut pun ramai. Perati sajalah....... berlambak yg dok ada jenis mcm tu.

Populasi - ini pun dari perkataan Inggeris population bermaksud jumlah penduduk; bilangan penduduk ..... perkataan Melayu yg buleh diguna jawabnya terpinggir sajalah.
Bajet - ini jugak dari perkataan budget (English word) .... hairan... hairan .... ini semua penggunaan yg di initiate oleh pak2 menteri kita sendiri jugak. Depa jugak yg dok melaung2kan untuk memertabatkan bahasa Melayu laa ....bahasa Malaysia laa ..... bahasa kebangsaan laa .... tau tau depa sendiri yg dok ambik guna pakai perkataan Inggeris yg juga bahasa bekas penjajah Tanah Melayu dulu. Itu kata cakap tak serupa bikin. La ni salah sapa? Depa nanti salahkan orang lain jugak .....
Fenomena - from the word phenomenon [dah tak dak perkataan dlm bahasa orang Melayu - miskin sungguh atau 'sengkek' kata otang utara].

Senario - from the word 'scenario' [pun tak dak perkataan dlm bahasa Melayu - yang sebenarnya tak dak idea atau ilham untuk me-reka-cipta istilah yg agak bersesuaian dgn maksud perkataan Inggeris 'scenario' tu - kesian!].
Senator - from the word 'senator' exactly totally copied from English word.
Senat - from the word 'senate' - depa ubah sikit dgn membuangkan 'e' pada ejaan 'senate' maka jadilah 'senat'. Omputih masuk Melayu laaa nak katakan ......
Teater - from the word 'theatre' - kalau dulu kerap digunapakai - pentas - lakunan pentas - bangsawan atau juga sandiwara.
Drama - from the exact English spelling 'drama' - maksud dlm bahasa Melayu - lakunan - persembahan lakunan.
Artis - from the word artist/artiste - dulu memang digunapakai istilah seniman/seniwati - orang yang bergiat didalam kegiatan seni (terutamanya seni lakunan dan nyanyian).

Lagi contoh perkataan Inggeris yang di cedok dan diMelayukan dengan ejaan Melayu tapi sound-like English - seperti:

suspek (suspect), aspek (aspect), konsep (concept), prinsip (principle), projek (project), sukses (success), kontrak (contract), tragedi (tragedy), operasi (operation), klip (clip), slaid (slide), siri (siries), struktur (structure), aktif (active), aktivis (activist), proaktif (pro+active), pos (post), stesyen (station), letrik (elektrik), komputer (computer), kondominium (condominium), lif (lift), telefon (telephone), emel (email), bot (boat), komuter (commuter), konsumer (consumer), pensil (pencil), dokumen (document), okey (okay), tiket (ticket), wayar (wire), kabel (cable), stabil (stable), emosi (emotion), illusi (illusion), motivasi (motivation), glamor (glamour), filem (film), kamera (camera), lensa (lens), akuarium (aquarium), orkid (orchid), mikrofon (microphone), program (programme), skrip (script), lirik (lyric), teknik (technique), juri (jury), profesional (professional), produk (product), realiti (reality), muzik (music), hos (host), bos (boss), skrin (screen), orkestra (orchestra), harmoni (harmony), melodi (melody), fantasi (fantasy), kontroversi (controversy), sensasi (sensation), galaksi (galaxy), entiti (entity), foto (photo), demokrasi (democracy), demokrat (democrat), dll.

Malah banyak lagi jika hendak di senaraikan .... berjela2 panjangnya ..... boleh bikin kamus special untuk bahasa Melayu celup Inggeris ...... bahasa Inggeris yang di Melayukan .... yang dihalalkan .... iaitu yang di cop 'halal'. Tengok sendirilah betapa orang Melayu jugak yang dok bangga2kan bahasa MatSalleh ... puak2 Melayu lebih2 lagi puak2 pemimpin politik Melayu jugak yang dok mengagung2kan bahasa penjajah Inggeris lagi instead of bahasa Melayu yang tidak kurang hebatnya. Aku pun sengaja guna istilah bahasa Inggeris untuk memudahkan puak2 Melayu yang gemaq sangat mengguna-pakai istilah Inggeris dgn ghairahnya....... aku peduli apa? Bukan bahasa aku? Aku pun seronok jugak guna bahasa rojak .... pasai ia jugak meriah, gamat dan melucukan ..... kadang2 buat kita naik tergelak terbahak2 sorang diri.

Banyak lagi dan bertambah berlambak2 lagi kalau nak disenaraikan .... akan jadi macam apa orang nanti kata? KAMUS BAHASA MELAYU-OMPUTIH CELUP atau KAMUS BAHASA ROJAK CAMPUR ataupun KAMUS BAHASA MELANGGERIS .... pasai terlalu tebal hingga akan jadi macam kamus pulak. Ada lagi yang membuat ramai yang turut menjadi tenaga pengajar (bahasa harubiru a.k.a. bahasa rojak) selain dari kalangan pemimpin2 politik Melayu sendiri .... ialah dari puak2 media tv sendiri seperti dari puak2 pengacara2, pembaca berita, pengulas2 siaran, hos (pun asal dari 'host' - English word), tetamu2 undangan dalam talk-show, bual-bicara, forum dan realiti show dan hiburan banyak yang sering mencampur-adukkan perkataan2 Inggeris dlm perbualan mereka seperti contoh2 seperti dibawah:

"....selepas tu? ...... so ..... saya pun terus drive tanpa toleh kebelakang lagi ....then ... apa yang terjadi you tau?"
"okay .... kita pergi ke topik lain pula .....okay .... sebelum tu ...kita terima dulu panggilan dari penonton .....okay ..... siapa disana .... okay .... nama encik? .... okay .... call dari mana? ....okay...."
"saya tak pergi .... because ... hari tu terpaksa bertugas di outstation .....so I pun termiss lah jemputan tu ....."
"kita patut mengrecommendkan untuk mendapat respond yang lebih dari kalangan penonton ......so that .... bertambah rancak lagilah program itu nanti".
"program reality tv sure popular among remaja dan student ........."
"Filem-filem yang mencapai kutipan box-office belum tentu boleh meraih anugerah award "Best Film of the Yeaaarrrr" lagi .... belum pasti .... belum sure lagi ....semuanya depends dari keputusan muktamad juri2 professional yang dilantik".

Dan yang termasuk tajuk2 drama2 Melayu dan tajuk2 program tv yg menggunakan bahasa Inggeris pun apa kurangnya. Macam lah tak dak istilah bahasa Melayu yang sesuai yang boleh diambik pakai untuk dijadikan tajuk2 drama Melayu dan juga tajuk2 program2 tv sendiri. Jadi sapa yang meminggirkan bahasa Melayu yang sebenaq2nya. Jangan salahkan orang ramai .... kerana orang ramai yang jadi penonton juga pembaca yang di suap, yang hidangkan melalui media2 massa sama ada media elektronik ataupun media cetak lah yang mengajar secara tak betoi pada depa semua. Kalau dah cikgu pun melelong macam naik basikal tayar gelong ... maka anak2 muridnya pun pakat turut sama melelong dan menonong-nonong lebih pada had lagilah.

Yang syok dok perati tengok orang macam kami lah (sebagai penonton dari luaq).... yang bukan pewaris bahasa Melayu tulin ... seronok dok tengok telatah dan karenah puak2 Melayu dok asyik dgn gelagat depa dok berlumba2 dok berlawan bersaing menambahkan istilah2 baru celup matsalleh - atau istilah bahasa rojak omputih celup melayu yang kian menjadi2. Bukan susah nak meMelayukan bahasa Inggeris .... cukup paling mudah nak mampoih ... paling mudah guna penambahan 'mem'; 'meng'; 'ber'; 'ter'; 'di' ; 'kan'; 'lah'; 'kah' dan mcm2 lagi jenis bentuk penambahan pada istilah2 Inggeris seperti contoh - meng'recommend'kan; ber'entertain'kan; ter'accidentally'; meng'enjoy'kan; ber'dinner' sekali dgn ber'supper'lah ; meng'calculate'kan; ber'holiday' ; ber'honeymoon'kah ; dan dsbnya.

Dan yang terbaru aku dengaq PM PakLah 'yg cedaih & cedik lagi benak' tu ada sebut di'motivate'kan (dlm berita tv tentang kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pagi Sabtu baru2 ni) .... Tengoklah contoh yg amat ketara..... mau tak puak2 Melayu yg jenih 'pak-turut & mak-turut" dan yg jenih nak menunjuk2 yg depa tu saja pandai cakap omputih (English educated lah) nak peduli apa tentang susun-atur bahasa .... nak jaga tata bahasa? Sedangkan yang tua2 bangka, yang bapak2 yang pangkat nenek pun dok main campoq aduk caca-merbakan bahasa depa sendiri .... takkanlah Melayu2 yang lain nak jaga sampai nak jadi mcm ahli cendiakawan bahasa atau ahli pakar bahasa atau sasterawan yang kononnya penggiat dan pencinta bahasa Melayu mcm dari golongan Gapena dsbnya tu???? ...... tak depa mau nak susahpayah sampai lagu tu?

Tengok ..... betapa punya meriah lagi bila ada penerapan nilai2 pengaruh penjajah Inggeris dalam tata bahasa Melayu yang semakin hari semakin canggih ...... seolah2 macam kahwin campur lagaknya. Kan kahwin campur pun mendatangkan hasil zuriat yang lebih baik daripada kahwin sesama sejenis bangsa atau kaum. Apa lagi jika amalan kahwin sesama suku sakat keluarga .....seperti kahwin sama sepupu.... atau sebagainya..... ikut petua orang tua2, amat tidak digalakkan kerana hasil zuriat yang mungkin kurang baik kelak nanti. (menurut kajian science pun ada betoi nya).

Jika bangsa antara sesama bangsa lain pun digalakkan untuk berkahwin campur. Sesama bahasa dgn bahasa lain juga pun harus diberi galakan yang sama. Maka jadilah bahasa kahwin-campur .....dan lahirlah BAHASA ROJAK CAMPUR.

ITU LAH KEBENARANNYA ......
DAN ITU LAH HAKIKATNYA ......
ITU JUGALAH REALITY NYA ......


BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA ....
BAHASA MENCERMINKAN BANGSA.


BAHASA ROJAK CAMPOQ MENGGAMBARKAN BANGSA YANG BERCAMPOQ2 ADUK (MALAYSIA YG BERMASYARAKAT MAJMUK LAH NAK KATAKAN ...... MASYARAKAT BERCAMPOQ2 MCM JUGA ROJAK CAMPOQ).


SELOGAN TUA LAGI KUNO YG BERBUNYI "TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA" TU SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI LAH .......
PASAI APA HANGPA NAK TAU?


PASAI ..... BILA HILANG LENYAP BAHASA MELAYU ..... JAWABNYA .... BANGSA MELAYU PUN TURUT HILANG LENYAP DI DUNIA JUGAK LAH .... TENGGELAM .... DI BUMI SENDIRI.


BAYANGKAN BILA SAMPAI KEPADA SATU TAHAP DIMANA SEMUA ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU SEMUANYA DIAMBIK DIPINJAM DICURI DICEDOK DARI BAHASA INGGERIS (MUNGKIN JUGAK ADA SIKIT2 DARI BAHASA LAIN)...... DAN ISTILAH2 MELAYU YANG DEPA TAK MAU GUNAPAKAI AKAN TERUS TERPINGGIRLAH .... MAKA AKAN JADI AYAT2 BAHASA MELAYU CELUP INGGERIS LAH AKAN WUJUD ....SEPERTI EKZAMPEL DIBAWAH NI :


"GUA TRY SLOW-SLOWTALK SAMA ITU GENERASI MILLENIUM KIRA OKEY WAT? .....DIAORANG CAN EKSEP ONE .... ASPEK2 INTELEKTUAL MAU KASI SERAP SAMA KONSEP GLOBAL .... ALSO BOLEH KONSIDER UNIVERSAL IN LONG-TERM ....BAGI DIAORANG KIRA OKEY AJE ...NO PROBLEM ... NO SWEAT .... THEN SEE LAH HOW? DIA PUNYA EFFEK NANTI WHETHER EFFEKTIF OR NOT .... SO.... KITA WAIT AND SEE LAH TENGOK ....."


"POLISI PARTI-PARTI YANG ADA DALAM KOMPONEN SEMUANYA OKEY DAN RELEVAN ..... SO .... NO PROBLEM LAH ...... ADA ISU-ISU LAIN YANG NAK KOMEN .... CARRY ON LAH ..... CUMMON LAH .... PROSID AJE LAAA .....TIME LIMITED NI ......LEPAS NI NAK KENA BREAK PLAK - TEA-BREAK MANA BOLEH MISS .... THEN LEPAS TU NAK FOLLOW AGENDA LAIN PULAK LAGI .... WHERE GOT TIME ?".


"INFOMASI MEDIA-MEDIA ELEKTRONIK MEMFOKUSKAN SENARIO POLITIK DOMESTIK ALA DEMOKRASI KAPITALIS".

BETOI LAA YG DEPA DOK KATA TUUU ....
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA ....
BAHASA MENCERMINKAN BANGSA .....

BETOI SANGAT LAAA TUUU ....

NEGARA MALAYSIA PUN DOK ADA MCM2 BANGSA .... BERBILANG KAUM ... MASYARAKAT MAJMUK .... ITU YG PEMIMPIN POLITIK KITA DOK RIUH SAKAN HEBOH SATU DUNIA .... CANANG MEMANJANG SANA SINI ..... MEMANG JENIS MCM2 KAUM YG DOK ADA TUU KIRA BERCAMPOQ2 MCM ROJAK JUGAK LAAA NUUU? JADI APA NAK HERAN LAGI BAHASA PUN JADI MCM ROJAK JUGAK LAAA .....


BAHASA ROJAK CAMPOQ ....


KIRA OKEY SANGAT LAAA TUUUU ......
CUKUP SESUAI SANGAT LAH TUUU ..... }

Demikian. Sekian.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember10, 08. KL

2 comments:

Anonymous said...

Semua perkataan yang dikemuakan tersebut sudah cukup kuta untuk menjadikan sesaiap sahaja mahir dalam bahasa Inggeris. Sayangnya ini tidkaberlaku. Apa yang terjadi sebaliknya.
11 tahun berada di sekoalh amsih tak bole bertutur bahasa Inggeris.
Dan lebih pelik bahsa Melayu sendiri pun hancur.
kenapa?
kerana sistem pendikan kita memanjakan semua murid.
bayangkan sistem sekoalh tahun 50an dan 60an. Siapa gagal setakat darjah 6 tak akan merasa naik sekoalh menengah.
Dan adalah sistem sekolah vokasional untuk mereka memaahirkan diri dalam pertukangan.
Seawal 16 tahun sudah boleh jadi tukang. Semau jenis tukang.Maka tidak timbul kekurang buruh asing dan tukang pada masa itu.
Kini dengan penggunakan bermacam jenis sistem dan kecanggihan teknologi, makin ramai menganggur dan PALING PELIK. Kekurang tenaga pekerja di negara juga meningkat??????
Logikkah sebuah negar yang hampir 95% rakyat celik huruf menghadapi masalah sebegini?
Saya cadangan agar pekerja asing dihantar pulang dan melatih pekerja tempatan sahaja.
Soalan timbul; gaji mereka mahal.
Apakah kos menggaji pekerja asing itu benar2 murah?
Adakah kerajaan lebih rela melihat puluhan bilion ringgit keluar secara sah dan tidak sah dari menyediakan insentif kepada rakyat tempatan?
Adakah kerajaan sedar ratusan juta ringgit habis kerana merawat pekerja asing?
Adakah kerajaan sedar betapa pembaziran sumber awam banyak tertumpu kepada pekerja asing.
sekolah dan kemudahan awam termasuk perumahan di bandar besartidak 10 hingga 20 peratus digunakan oleh warga asing.
menaiki kenderaan awam di Kuala Lumpru sama seperti ebrada di Jogja atau di Yangon atau di Chittangong.
Tidak alam lagi ktia tidak perlu ke Katmandu untuk brcakap tentang gunugn tertinggi di dunia. Kerana batu permata banjaran Himalaya ini juga banayk di sini.
Di Pahang sendiri, kita seolah-olah memasuki ladang sawit di Pulau Jawa dan Sumatera.
Akhirnya, anda tidak perlu ke NY untuk melihat kepelbagaian penduduk dunia. Yang dikuatiri ialah apa jadi pada anak bangsa yang tercicir dan tertinggal di kampung-kampung? Mungkin 10 tahun lagi jumlah pusat pemulihan dadah perlu ditambah kerana mereka tidak ada visi hidup dan lebih layak menghuni Universiti Serenti.

Ibnu Hasyim said...

Terimakasih, atas komen anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails