Saturday, December 13, 2008

Pengusaha Tanaman Nilam Yang Berjaya, Bagaimana?



Ibnu Hasyim
Catatan Santai

“MINYAK nilam mempunyai potensi besar untuk menjadikan seseorang itu pengusaha yang berjaya. “ Kata An Har, seorang kawan lama saya, pengimport dan pengespot barangan Indonesia-Malaysia-China. Beliau pernah berkerja dengan dewan bandaraya Medan Indonesia suatu ketika dulu, telah saya temuinya di Salak Tinggi berhampiran KLIA semalam. “Kini saya mula mengembangkan perniagaan saya, dari import-eksport, ke arah pembenihan, penanaman dan pengembangan tanaman di Asia, di mulai dengan Indonesia, dan kini di Malaysia pula…”

Menurutnya, tanaman nilam adalah sejenis tanaman yang dikenali sebagai Pogostemon Patchouli atau Pogostemon Cablin Benth, alias Pogostemon Mentha. Asalnya dari negara Filipina, tetapi sudah dikembangkan juga di Malaysia, Madagaskar, Paraguay, Brasil, dan Indonesia. Kerana banyak ditanam di Aceh, maka ia juga disebut ‘Nilam Aceh’, yang kini sudah dikomersialkan.. Terutama Aceh Selatan dan Tenggara, masih menjadi pusat tanaman nilam terluas di Indonesia (Ditjen Perkebunan, 1997). Disusuli Sumatra Utara (Nias, Tapanuli Selatan), Sumatra Barat, Bengkulu, Lampung, Jawa Tengah (Banyumas, Banjarnegara), dan Jawa Timur (Tulungagung). Umumnya, masih didominasi perkebunan rakyat berskala kecil.

Menurut beliau lagi, Pogostemon heyneanus, juga dikatakan berasal dari India, yang akhirnya disebut ‘Nilam Jawa’ atau ‘Nilam Hutan’ kerana banyak tumbuh di hutan di Pulau Jawa. Ada lagi Pogostemon hortensis, atau ‘nilam sabun’ (minyaknya boleh digunakan untuk mencuci pakaian). Banyak terdapat di daerah Banten, Jawa Barat, bentuknya menyerupai nilam jawa, tapi tidak berbunga.

“Pak An Har telah mengusahakan penanamannya di Jambi dan di Medan sebagai contoh. Kini kami cuba nak perluaskan perusahaan ini di Malaysia!” kata Saudara Shamsul rakaniaga beliau yang sama-sama baru mengusahakan tanah seluas 6 ekar di Salak Tinggi dalam daerah Sepang, yang baru saya lawati sebelum itu. “Di Malaysia tanaman ini sudah lama diperkenalkan, tetapi masih belum dikomersialkan besar-besaran seperti minyak sawit.”

“Bahkan negara saya Indonesia pula tercatat sebagai pengekspor minyak nilam terbesar di dunia. Kerana nilam merupakan salah satu dari 150 - 200 spesies tanaman penghasil minyak atsiri. Terdapat sekitar 40 - 50 jenis, tetapi baru sekitar 15 spesies yang diusahakan secara komersial. Dikatakan, ‘nilam Aceh’ adalah nilam yang terbaik di dunia.” Tambah An-Har pula.

“Minyak atsiri?, Untuk apa kegunaannya?” Saya Tanya.

Minyak atsiri atau asiri juga disebut minyak eteris, ‘essensial oil’ atau ‘volatil’. Minyak eteris disebut juga minyak terbang… kerana mudah terbang atau mengwap pada suhu kamar (250C) tanpa mengalami dekomposisi. Aroma minyak atsiri umumnya khas, sesuai jenis tanamannya. Bersifat mudah larut dalam pelarut organik, tapi tidak larut air. Itulah minyak nilam hasil dari tanaman nilam itu..” Jawab An-Har.

“Bagaimana pemasarannya?”

“Minyak nilam yang dihasilkan dari tanaman saya di Jambi telah saya gunakan untuk menghasilkan dalam pengeluaran minyak wangi keluaran syarikat saya sendiri di Indonesia. Minyak wangi yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi Jepun itu, setakat ini baru dipasarkan di beberapa negara seperti Jepun, Malaysia, Singapura dan Indonesia sendiri.” Jelas An Har lagi. “Kini saya juga menjadi pengimport dan pembekal minyak nilam ke seluruh dunia.”

“Bagaimana dengan pengusahaan tanah yang di Sepang ini?”

“Oh.. di Malaysia ini saya cuma nak perkenalkan benih jenis ‘Nilam A-Sia’. Kami gubah dari gabungan benih ‘nilam aceh’ terbaik di dunia, yang disesuaikan dengan tanah di Malaysia. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan benih nilam itu sila hubungi saya. No tel di Malaysia: 016 2468967. Begitu juga yang ingin menjual dan membeli minyak nilam, atau perlukan serba sikit khidmat nasihat....

Demikian catatan santai untuk kali ini, sekurang-kurang untuk anda berkenalan dengan seorang pengusaha tanaman nilam. Sekian, Wallahu aklam.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember12, 08. KL

6 comments:

Anonymous said...

salam, saya azmi dari jerteh, saya nak tahu cara
penanaman poko nilam, keluasan ladang yg minima dan
praktikal untuk penanaman nilam dengan penjaggannya,
contoh dengan keluasan 2 ekar adakah ekonomik untuk
saya menanam pokok nilam ni, selepas berapa tahun baru
boleh dituai hasilnya

Ibnu Hasyim said...

Sila hubungi beliau sendiri. An Har seperti di atas..

lakone said...

saya petani nilam di Jawa lokasi Kab. Banyumas. saya ingin bermitra kerja/ bisnis mengenai minyak nilam (minyak atsiri). kami punya jaminan saudara di malaysia d No. 16 Jln Sripagi 14 Saujana Utama I bernama Abdul Aziz Bin Ahmad. contact me musyarif.zaenuri@gmail.com

Unknown said...

Salam... Sy muhammad saripuddin dari medan sumatera utara nak jual minyak nilam sy. Jika berminat sila invite WA sy : +6282163523263

Unknown said...

Salam... Sy muhammad saripuddin dari medan sumatera utara nak jual minyak nilam sy. Jika berminat sila invite WA sy : +6282163523263

Unknown said...

Salam... Sy muhammad saripuddin dari medan sumatera utara nak jual minyak nilam sy. Jika berminat sila invite WA sy : +6282163523263

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails