Ibnu Hasyim
Catatan Santai
dari Parlimen
MARI kita beralih ke sidang Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 70, Isnie 1 Disember 2008, semasa membahaskan usul-usul berkaitan dengan perpaduan kaum, disunting dari laman web Parlimen Malaysia…
{ Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Ya pendapat dan itu adalah satu kenyataan, kita mesti terima, kita tidak boleh mengatakan seseorang itu betul dan lain orang itu salah, this is a fact of life, dengan izin, kita harus terima, harus menghormati antara satu sama lain, harus terima bahawa kita ada keistimewaan dan kita ada kelemahan, tidak ada satu bangsa di dunia ini adalah istimewa pada semua sekali dan tidak ada bangsa di negara ini, di dunia ini yang semuanya ada kesalahan atau kelemahan atau kekurangan seperti Socrates, seorang ahli falsafah Greek mengatakan “I’m a citizen not of Athens but, I’m a citizen of this world” dengan izin, itu penting, kenapa tidak kita boleh memupuk semangat kebaikan di antara kita, dekat 50 tahun sudah jadi, macam Yang Berhormat Pasir Salak katakan, jangan gunakan perkataan-perkataan yang boleh hina atau menyakitkan orang lain.
Baru-baru ini, Majlis Fatwa telah mengatakan tentang yoga, itu adalah hak Majlis Fatwa untuk mengatakan tentang yoga, tidak sesuai untuk kawan-kawan Muslim kita, tetapi saya rasa sakit hati, mengapa dia kata yoga itu haram? Tidakkah Majlis Fatwa mengambil kira perasaan orang India ataupun orang Hindu. Jadi..
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Telok Intan, Telok Intan…
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Ya Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya rasa salah faham Telok Intan ini jangan dilanjutkan, Majlis Fatwa dia berkaitan dengan hak hukum hakam Islam dan apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa khusus untuk pegangan, anutan orang Islam semata-mata, jadikalau dikata hukum haram, dalam Islam ada haram, ada makruh, ada harus, ada sunat, ada wajib. Jadi yoga itu dari segi pandangan Islam, salah kepada orang Islam, dia tidak pula menyalahkan orang bukan Islam yang nak mengamalkan yoga. Jadi jangan sentuh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam yang khusus untuk orang Islam, saya harap Telok Intan jangan panjangkanlah perkara ini, nanti salah faham, macam tadi kata, biarlah kita jangan menyinggung perasaan orang lain, saya setuju sangat, Yang Berhormat Telok Intan bercakap begitu baik, saya cukup apa yang dia perkatakan, jadi tolonglah hentikan soal nak mempertikaikan Majlis Fatwa kerana dia terus akan menyentuh orang Islam.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Sikit, saya menyokong Yang Berhormat Sri Gading ini, fatwa ini adalah hanya untuk orang Islam sahaja. Dan dia tidak bermakna bila kata haram, maka orang lain tersinggung kerana itu hanya untuk orang Islam dan tidak ada sikit pun niat untuk menyinggung mana-mana pihak, sekian.
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Mungkin niat dia baik, tetapi cara dia katakan, misalkan kalau fatwa dikeluarkan, example lah oleh seorang Hindu…
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat,Yang Berhormat, boleh alih kepada isu yang lain Yang Berhormat, ya?
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Saya harus beri penjelasan kepada soalan yang dibangkit, jika Majlis Fatwa Hindu katakan, keluarkan sesuatu practise oleh kawan-kawan Muslim kita, itu haram di sisi Hindu, tak baik kita dengar macam itu. Jadi mungkin Fatwa boleh gunakan perkataan tidak sesuai untuk kaum Islam, kita boleh terima.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Majlis Fatwa pun mengkhususkan kepada orang Islam.
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Saya faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini tidak mengganggu kaum lain.
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Mungkin surat khabar..
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Macam juga kata orang Islam, babi itu haram, mughallazah, bukan pula makna kalau orang Cina, orang India yang makan babi, kita benci, tak. Itu soal you, tapi dari segi hukum Islam, babi itu najis mughallazah, haram dimakan.
Jadi kalau Majlis Fatwa kata haram, bukan pula nak menyinggung orang Cina, orang India yang makan, silalah makan, macam arak jadi jangan panjangkanlah saya ingat, untuk kebaikan kita bersama.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, jangan panjangkanlah Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Terima kasih saya cuma harap untuk demi kepentingan perpaduan, cara kita mengeluarkan kenyataan seperti itu boleh dielakkan, itu cuma satu saya minta sahaja.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Sikit mungkin saya, perkataan haram itu sendiri, saya cakap ini sebagai seorang pakar dalam bidang hukum hakam, dia ada mempunyai maknanya yang tersendiri, rentetan dari hukum haram itu ada dia punya implikasi, jadi dia hanya digunakan sebagai istilah bagi orang Islam yang mana perbuatan itu jika dilakukan maka ada kesan dosa dan pahala, itu sahaja.
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar dan juga Sri Gading, saya haraplah Yang Berhormat Pasir Salak yang kita dengar hari ini adalah betul-betul Pasir Salak yang tulen dan benarlah, bukan macam dahululah, saya sokong, dengan itu saya minta Yang Berhormat Menteri, biar kita menghadapi satu masa depan yang betul-betul ada perpaduan di antara kaum, saya sokong semua langkah-langkah yang boleh diambil oleh kementerian untuk mengukuhkan semangat perpaduan di antara kaum, sekian terima kasih.}
Begitulah, demi keharmonian kaum kita sebagai rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati lagi. Lihat pula catatan santai dari parlimen seterusnya.
Catatan santai: Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Disember2, 08. KL
No comments:
Post a Comment