Wednesday, December 24, 2008

Suatu Pagi Di Shenzen..

Saya bersama rombongan Anzac Consultancy.

Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan Di China.
PAGI ini, di bandar Shenzhen, makin terasa kuat sejuknya, tanda mulai masuk musim dingin. Seperti biasa penghuni-penghuni kota itu nampak terlalu sibuk. Berjalan laju, dengan badan condong ke depan, berlangkah panjang dan tegap. Lelaki wanitanya berbaju tebal, rata-rata berseluar panjang dengan tugas masing-masing. Mengangkat, mengangkut dan menguruskan kerja-kerja harian mereka.

Saya dan kawan-kawan sedang menghirup coffee panas, di Starbucks, sebuah kedai minuman bertaraf antarabangsa.

"Shenzhen adalah sebuah bandar baru yang dibina secara terancang untuk mengimbangi bandar Hongkong yang bersempadan dengannya... " Kata kawan saya. 

"Kalau di Malaysia, macam Wilayah Pembangunan Iskandar Johor bertujuan untuk mengimbangi Singapura. Cuma saya tidak tahu samada tanah di sini bebas dibeli orang luar negara atau tidak. Kalau di Malaysia orang luar negara boleh beli, terutama orang Singapura, hatta orang Yahudi sekali pun." Jelasnya lagi.


Peminta sedekah gaya baru di Shenzhen. Mereka adakan pertunjukan begini di bandar ..tengah kesibukan ramai untuk dapatkan derma.


Di Starbucks Coffee, pagi itu..
Kawan saya itu, saya temui di Guangzhou. Dia datang rombongan bersama 39 yang lain dari Malaysia, termasuk Sabah dan ada juga kawan bukan Islam pun bersama. Datang melalui Anzac Consultancy, bosnya adalah Shahabudeen Jalil, penganjur kursus borong ke China. Membawa pelawat-pelawat ke sini hampir setiap bulan. Syarikatnya berkembang agak cepat, kini mula menghulur sayap operasinya hingga keluar negara. Pernah menganjurkan kursus di Sabah Serawak, Brunei dan akan ke Indonesia pula.

Kira-kira 2 jam saya tumpang bas mereka dalam perjalanan dari Guangzhou ke Shenzhen. 

"Bandar ini dikhususkan bagi penjualan alat-alat elektronik dan perkomputeran. Pelbagai jenis dan termasuk jualan barangaan ciptaan yang baru.-baru. Kalau di KL, seperti di Plaza Embi atau Loyat Jalan Bukit Bintang, yang cuma komplek.. tapi di sini sebuah bandar. Aku teringat masa Dr Mahathir jadi PM di Malaysia, beliau pernah wujudkan pekan seperti ini di Bukit Kayu Hitam, sempadan dengan Thailand tapi tak berjaya, ...jadi pekan mati di situ." sambung kawan saya lagi.

"Sekejap lagi masuk waktu zohor kita nak sembahyang di mana?" Ada yang bertanya.

"Di sini ada restoren Muslim, hotel Muslim, kedai runcit Muslam, cuma takde masjid atau surau. Kalau nak sholat, kena tumpang di restoren tersebut le, tiada pilihan lagi. Kalau takde bilik sembahyang kena sembahyang duduk atas kerusi makan saja le!" jawabnya. 

"Oo.. ya. Sekarang dah waktu zohor, tetapi di sini tiada diperdengarkan suara azan kuat-kuat .. termasuk di tv, kerana.... maklumlah di sini, tidak ramai orang Islam... "

Benarkah tidak ramai orang Islam di sini atau di seluruh China?

Ibnu Hasyim 
Dis24, 2008 
Shenzhen

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan 
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

2 comments:

Anonymous said...

Ada masjid dkt shenzen, terletak ditingkat atas muslim hotel dan muslim restoren, terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dgn teksi dari shang ri la hotel/ shenzen railway station

Unknown said...

boleh saya dapatkan contact number bagi anzac consultancy?
thank u!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails