PAGI
ini, di bandar Shenzhen, makin terasa kuat sejuknya, tanda mulai masuk
musim dingin. Seperti biasa penghuni-penghuni kota itu nampak terlalu
sibuk. Berjalan laju, dengan badan condong ke depan, berlangkah panjang
dan tegap. Lelaki wanitanya berbaju tebal, rata-rata berseluar panjang
dengan tugas masing-masing. Mengangkat, mengangkut dan menguruskan
kerja-kerja harian mereka.
Saya
dan kawan-kawan sedang menghirup coffee panas, di Starbucks, sebuah
kedai minuman bertaraf antarabangsa.
"Shenzhen adalah sebuah bandar baru yang dibina secara terancang untuk mengimbangi bandar Hongkong yang bersempadan dengannya... " Kata kawan saya.
"Shenzhen adalah sebuah bandar baru yang dibina secara terancang untuk mengimbangi bandar Hongkong yang bersempadan dengannya... " Kata kawan saya.
"Kalau di Malaysia, macam
Wilayah Pembangunan Iskandar Johor bertujuan untuk mengimbangi
Singapura. Cuma saya tidak tahu samada tanah di sini bebas dibeli orang
luar negara atau tidak. Kalau di Malaysia orang luar negara boleh beli,
terutama orang Singapura, hatta orang Yahudi sekali pun." Jelasnya lagi.
Peminta sedekah gaya baru di Shenzhen. Mereka adakan pertunjukan begini di bandar ..tengah kesibukan ramai untuk dapatkan derma.
Di Starbucks Coffee, pagi itu..
Kawan saya itu, saya temui di Guangzhou. Dia datang rombongan bersama 39 yang lain dari Malaysia, termasuk Sabah dan ada juga kawan bukan Islam pun bersama. Datang melalui Anzac Consultancy, bosnya adalah Shahabudeen Jalil, penganjur kursus borong ke China. Membawa pelawat-pelawat ke sini hampir setiap bulan. Syarikatnya berkembang agak cepat, kini mula menghulur sayap operasinya hingga keluar negara. Pernah menganjurkan kursus di Sabah Serawak, Brunei dan akan ke Indonesia pula.
Kira-kira 2 jam saya tumpang bas mereka dalam perjalanan dari Guangzhou ke Shenzhen.
"Bandar ini dikhususkan bagi penjualan alat-alat elektronik dan perkomputeran. Pelbagai jenis dan termasuk jualan barangaan ciptaan yang baru.-baru. Kalau di KL, seperti di Plaza Embi atau Loyat Jalan Bukit Bintang, yang cuma komplek.. tapi di sini sebuah bandar. Aku teringat masa Dr Mahathir jadi PM di Malaysia, beliau pernah wujudkan pekan seperti ini di Bukit Kayu Hitam, sempadan dengan Thailand tapi tak berjaya, ...jadi pekan mati di situ." sambung kawan saya lagi.

"Sekejap lagi masuk waktu zohor kita nak sembahyang di mana?" Ada yang bertanya.
"Di sini ada restoren Muslim, hotel Muslim, kedai runcit Muslam, cuma takde masjid atau surau. Kalau nak sholat, kena tumpang di restoren tersebut le, tiada pilihan lagi. Kalau takde bilik sembahyang kena sembahyang duduk atas kerusi makan saja le!" jawabnya.
"Oo.. ya. Sekarang dah waktu zohor, tetapi di sini tiada diperdengarkan suara azan kuat-kuat .. termasuk di tv, kerana.... maklumlah di sini, tidak ramai orang Islam... "
"Oo.. ya. Sekarang dah waktu zohor, tetapi di sini tiada diperdengarkan suara azan kuat-kuat .. termasuk di tv, kerana.... maklumlah di sini, tidak ramai orang Islam... "
Benarkah tidak ramai orang Islam di sini atau di seluruh China?
Ibnu Hasyim
Dis24, 2008
Shenzhen
Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dis24, 2008
Shenzhen
Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Ada masjid dkt shenzen, terletak ditingkat atas muslim hotel dan muslim restoren, terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dgn teksi dari shang ri la hotel/ shenzen railway station
ReplyDeleteboleh saya dapatkan contact number bagi anzac consultancy?
ReplyDeletethank u!