Saturday, December 06, 2008

Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memali?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


PADA November 19, 2008, genap 23 tahun berlaku ‘Tragedi Berdarah Memali’. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985 oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan 4,000 tentera bersenjata menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya di rumahnya, di Kampung Memali Mukim Siong Baling Kedah. Seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan.

Sebelum itu, pada 18 Januari 1985 tercetus pula apa yang disebut ‘Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau’ sehari sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap. Dikatakan di mana lebih 200 ahli UMNO menyerang pekerja pilihan raya PAS di Felda Lubuk Merbau, menyebabkan 7 cedera parah, dan seorang bernama Osman Talib meninggal dunia, esok harinya.

Saya masih ingat lagi, waktu ‘Tragedi Berdarah Memali’ itu, saya dan kawan-kawan masih dalam proses mengusahakan penubuhan PAS cawangan Kampung Perlis dan Kawasan Parlimen Balik Pulau. Saya dan kawan-kawan dari KL datang dengan sebuah van Datsun berwarna putih, menyusun program dailog dan ceramah kecil di beberapa tempat dalam kawasan Balik Pulau. Selepas kira-kira seminggu di Balik Pulau kami pun pulang ke KL. Sebelum sampai di KL, sempat pula kami singgah di Cameron Highland, “Penat! Kita pun nak rehat juga, nak cari tempat sejuk, tambah sehari lagi!” kata salah seorang dari kami.

Esoknya se sampai di KL, rupanya ramai kaum keluarga dan kawan-kawan saya kelam kabut sedang mencari saya, termasuk ibubapa saya di Pulau Pinang. Yang di Pulau Pinang telefon ke KL, saya tiada. Yang KL hubungi Pulau Pinang, pun tiada juga. Waktu itu, telefon bimbit masih belum ada lagi. “Kenapa?” Saya tanya.

“Hang tak dengaq berita? Berlaku pembunuhan di Baling Kedah. Kami diberitahu, yang terlibat dalam kematian itu termasuk beberapa anak muda datang dengan sebuah van putih. Kami bimbang kalau hampa terlibat, fasai aku hubungi hang di KL tak dapat!!” Kata salah sorang kaum keluarga saya di Pulau Pinang. Begitulah peristiwa kenangan dalam sejarah awal perjuangkan PAS di Balik Pulau. Roh Peristiwa Memali akhirnya menjadi pemangkin ke arah menggerakkan perjuangan Islam Balik Pulau dengan lebih mantap lagi.

Mengapa saya kata begitu?

Pertama: Kerana saya sendiri pernah bertemu Ustaz Ibrahim Libya sebelum menemui syahid. Saya bersama seorang pemimpin tinggi PAS yang diutuskan oleh PAS Pusat menemui Ustaz Ibrahim supaya menyerah diri kepada pihak penguasa. Tetapi jawabnya, tidak. Beliau tetap akan pertahankan kebenaran dan keadilan, tidak tunduk kepada undang-undang yang zalim (tangkap tanpa bicara). Kalau terjadi apa-apa, beliau memilih syahid sebagai jalan dekat menuju syurga. Walaupun beliau terkorban, namun kesan pengorbanannya adalah manfaat bagi masyarakat dan agama.

Begitu, beliau yang pernah bekerja di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri meluahkan perasaannya kepada saya dan berpesan menyuruh kawan-kawan lain, antaranya menyebut nama seorang ustaz kawan saya, katanya, “Beritahu dia, kalau nak syahid datanglah ke sini…”

Terasa bahang syahid sudah dekat. Apa lagi bila diceritakan, kira-kira seminggu sebelum itu sebuah van dipenuhi beberapa polis datang ke rumahnya. Mereka naik ke rumahnya bila dijemput. Ketika sedang berbincang, tiba-tiba di keliling rumahnya sudah dipenuhi ramai orang-orang kampung yang sangat cinta kepada beliau sebagai tuan guru mereka. Bila seorang mula bertakbir, maka disambut bergemuruh oleh seluruh orang kampong yang hadir. Memali sudah bergema dengan jeritan takbir… menyebabkan seluruh polis-polis yang datang itu terjun lari tak bertangga.

Tinggal semua senjata, tinggal kasut-kasut, cepat-cepat menaiki van balik ke balai. Besoknya wakil Ustaz Ibrahim menghantar balik semua barangan polis tersebut. Di situlah buktinya, mereka adalah pendakwah, bukan penderhaka dan pengganas. Bahkan senapang patah yang sudah diberi lesen oleh kerajaan pun diserah balik.

Kedua: Bila berlaku peristiwa Memali, kerajaan cuba menutup kisah sebenar yang terjadi. Bahkan cuba dilakunkan dan ditayang semula di tv sesudah diputarbelitkan, menyebabkan rakyat ingin tahu realitinya. Maka, bila PAS Balik Pulau adakan ceramah, sambutannya sungguh luarbiasa. Saya masih ingat ceramah yang paling dapat sambutan, ialah di Kampung Perlis bertajuk ‘Darah & Airmata di Memali’. Penceramahnya Ustaz Harun Mat Isa yang tangannya cedera (lumpuh) dalam peristiwa tersebut, menceritakan terus apa yang dialaminya.

Hingga ada beberapa kanak-kanak menghabiskan masanya sepetang, tiada kerja lain kecuali membilang berapa jumlah kereta yang lalu di depan rumahnya untuk pergi dengar ceramah PAS itu. Orang sudah tidak kira apa parti lagi, demi nak tahu yang sebenar. Di situlah simpati kepada PAS mencurah-curah, menyuburkan PAS Balik Pulau. Antara penceramah Memali yang pernah dijemput ialah Ustaz Zaki, saya tidak tahu di mana beliau sekarang. Saudara Yusuf Husin dan banyak lagi, terutamanya dari Kedah.

Ada seseorang menjumpai saya di KL, memberi gambar-gambar syuhadak-syuhadak Memali yang mati tersenyum, dan kaset-kaset ceramah Ustaz Ibrahim semasa hidupnya untuk disebar dan diperjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Puluh ribu yang dicetak dan disebarkan. Antara tajuk kaset ceramah Ustaz Ibrahim ialah ‘Kafir dan Murtad’ dan ‘Amanat Terakhir’.

Sebagai penghormatan kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim saya sedut ucapan beliau dari tulisan pemudabesut dalam Tranungkite Online ‘Tragedi Berdarah Memali, 23 Tahun Sudah Berlalu’ pada November20, 2008.

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah SWT di dalam syurga Firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..." -Ucapan di majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling, tahun 1985.
.
"Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."

"Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah SAW yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"

"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.." – ‘Syuhada’ Melayu

Kesimpulannya, itulah manfaatnya Peristiwa Berdarah Memali dalam menjana kebangkitan PAS di Balik Pulau pada masa itu dan selepasnya.

Sekian, wassalam.

Catatan santai: Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Disember6, 08. KL

Lihat juga catatan santai Ibnu Hasyim Wednesday, July 18, 2007 Masjid Merah Berdarah, Samakah Dengan Memali?

2 comments:

Koboi BM said...

Sebak bila saya baca dan kenangkan kisah Memali. Peristiwa ini berlaku ketika saya masih kecil dan masih petah bercakap dalam loghat kedah utara kerana saya dibesarkan di kampung sekolah Bongor belakang rumah lebai mat dkt dgn rumah Mat Sibi bekas adun yang lalu.

fara_blog_speakup said...

salam...pada penulis blog...mcm mane saya nak dapatkan buku ni ya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails