Saturday, March 29, 2008

Merentab Kejatuhan BN, 3 Perkara Patut Dibuat?



Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


‘BERDASARKAN kepada banyak konflik yang gagal diselesaikan’ oleh PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini telah menampakkan riak bayangan kejatuhan BN (Barisan Nasional). Demikian pandangan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz melalui kenyataan beliau di Kota Bharu semalam. Ertinya kejatuhan BN semakin dekat, oleh itu apa yang patut dibuat?

Sekurang-kurangnya 3 perkara perlu diberi perhatian.


Pertama: Eratkan kerjasama.

Menurut Timbalan Pengarah II Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Harakah 28 Mac 08), “Parti-parti dalam pakatan Barisan Alternatif (BA) dan DAP diharap (dapat) menjaga kemenangan yang diberi rakyat dengan baik bagi mempertahankan kejayaan pada PRU 12 lalu.”

Kata beliau lagi juga ahli parlimen Kota Bharu, kerjasama erat yang sedia terjalin dalam BA bukan sahaja perlu diperkemaskan, bahkan sebaliknya terus menyusun gerak kerja dengan lebih mantap lagi. Rakyat mengharap kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang telus setelah mereka kecewa dengan kerajaan BN. Dengan itu gabungan BA mampu menggantikan kerajaan yang ada sekarang. Hasil sokongan masyarakat pelbagai kaum, mereka boleh menerima calon BA dan DAP.

Saranan: Perlu ada perjanjian kerjasama dan gabungan secara yang lebih konkrit, bertulis dan sebagainya.


Kedua: Tunaikan janji dengan melaksanakan manifesto.

Wan Abdul Rahim yang telah melantik Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) sebagai wakil peribadinya bagi masyarakat Cina, juga berharap 5 negeri, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor termasuk Kelantan pimpinan PAS, PKR atau DAP mampu menunaikan janji kepada rakyat seperti tertera dalam manifesto dalam PRU 12 tempoh hari. Samada perlaksanaan jangka pendek atau jangka panjang, ia mesti dilaksanakan.

Saranan: Tubuh jawatan kuasa pemantau dan penilai sepanjang masa yang bebas dari jentera kerja.


Ketiga: Perlaksanaan teori Dato’ Seri Anwar jadi PM.

Terdapat 2 teori Anwar jadi PM. Pertama Pelan A, curi 30 kerusi parlimen dari parti pemerintah (Sila lihat tulisan dalam blog saya ‘Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi.. 11-03-08)dan kedua Pelan B (‘Teori 2, Anwar Jadi PM..12-03-08) wujudkan kerajaan campuran Pembangkang/BN seperti yang berlaku selepas 13 Mei 1969. Teori pertama memang mempercepatkan kejatuhan BN, dan kedua ini mungkin agak lambat. Tetapi kedua-duanya tetap menyumbang ke arah pemerentapan kejatuahan BN.

Saranan: Perlu digerakkan oleh semua jentera parti gabungan, bukan oleh PKR sahaja.

Itulah 3 perkara tersebut yang perlu diambil perhatian, kalau dah buat Al-hamdulillah! Berdoalah… Mari kita sama-sama rentap biar BN merudum jatuh. Sekian.

Allah saja yang Maha Mengetahui. Wassalam.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 29-03-08. KL.

Friday, March 28, 2008

Dato' Dr Hasan Ali... Ingat, Mana Janjimu?

Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


“KINI kerajaan Selangor sudah dapat kepada kita. Kita tunggu janji-janji kerajaan baru. Walaupun masih awal, tetapi masih belum dengar lagi kenyataan-kenyataan nak laksanakan janji-janji bila menang...” Kata seorang ahli PAS di Gombak Setia.

“Bagi le pemimpin-pemimpin kita bernafas sikit!” Jawab kawannya dari PKR.

Teringat saya pada ceramah di majlis pengisytiharan calon-calon yang betanding di kawasan Gombak (Parlimen & Negeri) pada hujung Februari lalu, antaranya berjanji...


Menurut calon P 98 Mohamed Azmin Ali dari PKR...

“Sekiranya kami diberi amanah memerintah Malaysia kami akan...
- Menurunkan harga petrol, diesel dan gas.
- Menyediakan pendidikan percuma.
- Memberikan khidmat kesihatan percuma.
- Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin
- Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan.”
Seperti yang tercatat didalam manifesto BA.


Menurut Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali dari PAS pula...

“Antara tawaran kami dari sudut sosial dan kebajikan rakyat sekiranya kami dipilih di Selangor, ialah;
- Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
- Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
- Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah.
- Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
- Memberi bantuan dan biasiswa kerajaan untuk anak Selangor.
- Memberi bantuan kepada anak-anak muda yang mendirikan rumah tangga.
- Membuka pusat-pusat sukan mini atau reakreasi bagi belia.
- Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
- Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
- Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
- Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
- Mewujudkan institusi menyelaras hal-ehwal agama selain Islam.”

“Ai, waktu PAS menang di Terenggnu dulu, hari tu juga tol dah tak kena bayar...” Dia jawab balas. “Kerana Malaysia kita belum perintah lagi, tak ape le. Tapi bagi Selangor, kita tak sabar-sabar lagi nak dengar pengisytiharan... Khabarnya, Dato’ Hasan pegang Exco Bahagian Agama..”

Dia beralih kepada saya, “Encik Ibnu Hasyim tolong tulis peringatan ini dalam blog encik! Tentu tak salah kan? Ingat ayat Al-Qur’an surah Al-Ashr. ‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, nasihat-menasihat supaya taati kebenaran dan nasihat-menasihat supaya tetap bersabar.’ Surah 103: Ayat 1-3.”

“Insya Allah!” Saya angguk. Maka lahirlah catatan ini.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 28-03-08. Gombak Setia.

Thursday, March 27, 2008

Sekarang Pak Dolah Baru Berani?



Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


“TOLONG!!!” Jerit seseorang dengan kuat. Kerana badannya sudah dibelit beberapa belitan ular besar, dari kakinya tempat berdiri naik ke atas hingga ke leher. Dengan mulut ular ternganga terjelir lidah bercabang itu, mengadap ke mukanya yang dalam ketakutan. Di badan ular itu tertera tulisan ‘kenaikan harga barang dan minyak’.

Dari jauh nampak ‘superman’ meluru laju di udara terjun ke bumi membantu orang itu. Tangan kanan superman menangkap kepala ular merentap ke mukanya, sedang tangan kiri memegang ekor, sambil matanya merenung dan berkata, “Kerajaan sentiasa prihatin dan sedia menolong!” Di badan superman itu tertera perkataan ‘BN’, ertinya Barisan Nasional. Belitan ular itu jadi longgar dan orang itu kembali tersenyum. Di bawah lakaran katun itu bertulis, ‘PM laksana agenda berani kurangkan beban rakyat’.

Begitulah kira-kira gambaran katun dalam sebuah akhbar harian alat propaganda BN hari ini. (Ada yang menggelar akhbar-akhbar ini Berita Hairan dan Utusan Meloya). Setelah melihat katun itu, barulah saya cari apa bendanya agenda berani Pak Dolah itu. Itulah pakej 3 langkah kurangkan beban rakyat berpendapatan rendah (di muka 2 Berita Harian 27 Mac 2008, katun muka 8).


3 Langkah Pakej Berani Pak Dolah:

1. Mengurangkan impak dan kenaikan harga barang dunia ke atas golongan isi rumah berpendapatan rendah dan menghadkan pembaziran serta kerugian disebabkan subsidi,
2. Mengkaji semula perlaksanaan pelan ekonomi bagi memastikan faedahnya dinikmati rakyat, dan
3. Terus berusaha mengurangkan jurang pendapatan antara dan kalangan kumpulan etnik serta memastikan keadilan untuk semua rakyat.


Ulasannya..

Perkara 1. Mula-mula ‘nak kurangkan kesan dari kenaikan harga barang dunia’. Kerajaan yang naikkan dan sekarang nak kurangkan kesannya? Ini main silap mata… Mengapa tak kawal dari awal supaya jangan naik, kalau benar-benar mahu tolong rakyat? Lepas itu, ‘..Hadkan pembaziran’ Kenapa tak hapuskan pembaziran terus? … (Lihat projek-projek pembaziran dalam tulisan saya 01-03-2008 ‘Pak Lah Cari Al-Ghazali & As-Shafie, Tapi Jumpa Syaitan..’) Dan lebih menyakitkan hati rakyat lagi ialah perkataan ‘kerugian disebabkan subsidi’. Buat kebajikan kepada rakyat dianggap rugi?

Beri subsidi kepada kapitalis-kapitalis luar negara seperti pembebasan cukai (free trade zone) dan lain-lain, boleh! Apakah kerana adanya rakyat merugikan kerajaan? Tak cukup lagi ke cukai yang diperah dari keringat rakyat, bermacam-macam sejak bayi lahir ke dunia sehingga ke liang lahat?? Masya Allah! Inilah pemikiran bengap dan tidak siuman, yang tidak memikirkan konsep kebajikan dalam Islam. Patut le BN menolak sangat-sangat konsep ‘kerajaan kebajikan’ yang di bawa oleh PAS.

Perkara 2, ‘mengkaji semula’. Buat dulu baru nak kaji untuk rakyat. Rupanya, selama ini buat bukan untuk kepentingan rakyat. Tapi propaganda kamu nak tolong rakyat. Betulah BN penipu! Lidahnya macam lidah ular dalam katun itu. Kalau perkara 1`& 2 sudah tak betul, bagaimana nak dapat perkara 3…

Itulah pakej 3 perkara, buat Pak Dolah jadi berani. Lepas PRU 12, baru berani. Bagus le, keputusan PRU 12, yang mentarbiah Pak Dolah jadi berani. Selama ini dia tak berani nak tolong rakyat, mungkin cuma berani tolong suku-sakat se kandang dengannya saja. Sekarang dia berani nak tolong rakyat macam superman. Tetapi 3 perkara yang nak ditolong itu sudah suatu penipuan, bagaimana belitan ular ‘kenaikan harga barang dan minyak’ nak dirungkai?

Jadi keberaniannya itu kepada benda yang tak ada. Berani untuk apa? Yang jelas berani untuk menipu lagi!.

Wallahu ‘aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 27-03-08. KL.

Tuesday, March 25, 2008

Media Arus Perdana Tidak Relevan..


Komen Johan Jafry:

AKU terkilan bila termenonton di RTM1 pagi kelmarin (Sabtu: 22-03-08) akan siaran 'Selamat Pagi Malaysia' yang semakin kurang minat aku dek telatah bodoh sombong dan tidak menunjukkan tahap pemikiran yang matang dan memberangsangkan langsung oleh kedua-dua pengacara lebih-lebih lagi yang lelaki tu.

Ini berlaku semasa dalam bualan dengan tetamu jemputan mereka seorang pensyarah berketurunan India dari USM (entah tak pasti pula namanya). Mereka berbincang tentang isu maklumat dari internet melalui laporan-laporan dari pehak bloggers yang lebih mempengaruhi dan tersebar luas mengalahkan media arus perdana.

Kononnya, apa yang diberi komen atau persoalan oleh si pengacara lelaki itu seolah-olah apa yang terdapat menerusi laman blogs dan melalui infomasi dari pehak bloggers semuanya berbentuk negatif. Lantas si pensyarah tersebut menangkas yang apa yang didapati dalam blog-blog tidak semua nya negatif. Banyak maklumat-maklumat yang lebih telus, terang lagi menasabah hingga dapat mempengaruhi ramai bilangan rakyat Malaysia yang "computer/internet savvy" sekarang ini.

Tengok! berapa punya bodoh sombong lagi si pengacara RTM yang maseh tidak sedar-sedar atau peka (mungkin pekak kut) dan begitu bengap dan naif sekali akan pengaruh penyebaran maklumat cyber (internet) yang begitu menyerlah lagi sekarang ini. Kita orang tidak lagi mengharapkan laporan, maklumat atau berita dari media arus perdana yang banyak putar-belit (spin) dan pembohongan dan temberang dan auta sahaja yang dihidangkan. Malah dalam sembang-sembang, bual bicara sesama pengacara dengan para-para panel jemputan itu nampak seperti sandiwara yang di 'fix' kan untuk memberi gambaran seperti seolah-olah secara sepontan.

Begitu juga apabila pehak TV (mana-mana stesen TV pun) apabila menunjukkan sesuatu temu-bual orang awam di jalan-jalan (interview laymen on the street) kononnya untuk mendapat 'feedback' yang sepontan .... padahal semuanya adalah 'fix' atau mengikut 'text' atau 'skrip' yang di sediakan oleh pehak TV (program terbabit) sendiri. Apa ? ... ingat kita orang tidak boleh tahu atau 'hidu' betapa 'artificial'nya seseorang apabila di tanya akan sesuatu. Sesetengah dari mereka tu nampak sangat lembab dan lembab semasa menjawab soalan kerana sedang memberi tumpuan pada 'text' atau 'skrip' yang tak begitu jelas bagi pandangan untuk dibaca.

Ini berlaku apabila mereka (pehak TV) sedang melakukan sesuatu tinjauan atau 'survey' bagi mendapat maklumbalas dari masyarakat umum untuk memuaskan sesuatu pihak bagi kepentingan pehak berkenaan. Itulah sebabnya terpaksa mengikut arahan 'skrip' yang sudah mereka sedia bagi orang yang di temu-bualkan menyatakan mengikut kehendak selera mereka (TV atau sebarang pehak yang berkepentingan). Sebab itulah media arus perdana (TV dan akhbar) ini sudah tidak relevan lagi. Semuanya maklumat auta dan temberang semata.

Berbanding dengan media cyber (internet) melalui blog-blog dan laman-laman web media arus perdana ni sudahlah bias atau 'one-sided' dan ianya 'one-way communication' pulak. Tidak seperti media cyber (internet) melalui blog-blog yang sistemnya adalah 'sistem dua-hala' atau 'two-way communication'. Itu juga satu faktor penyebab maka ianya begitu popular sekali dizaman millenium ini. Sekarang maklumat dari inforia ke info-info TV swasta ke sudah 'tidak main' lagi - kata orang yang minda 'internet savvy'.

Tidak lama lagi maklumat dan info melalui media arus perdana boleh diucap 'kiss and goodbye' sajalah.

Ini kerana ianya sudah TIDAK RELEVAN LAGI....... bye bye.

Weblog Bantu Kebangkitan Rakyat & Agama, Bagaimana?



Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:



BARU-BARU ini dalam tv Malaysia mantan Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Zahid Hamidi dalam temuramah dengannya menyebutkan peranan web dan blog memberi kesan negatif kepada BN dalam PRU 12 lepas. Kawasan golongan menengah ada kemudahan internet dan teknologi siber ini, dikatakan menjadi kawasan kebangkitan rakyat yang menolak BN. Begitu juga dengan kenyataan Menteri Penerangan yang baru selepas PRU 12, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Trend memiliki blog peribadi atau syarikat dilihat semakin berkembang pesat di Malaysia, membuka lembaran baru kepada korpus penulisan dan dunia intelektual komuniti internet dunia. Web dan blog atau ‘weblog’, mula digunakan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Namun, seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat, iaitu Justin Hall dipercayai menceburi dunia penulisan blog sejak 1994 lagi.

Beliau antara blogger terawal dan impaknya penulisan blog membuka lanskap dan dimensi baru dunia penulisan moden. Secara tidak sengaja pada Mei 1999, seorang pengamal dan pemilik blog Peterme.com, Peter Melholz, sambil bergurau memecahkan perkataan web blog kepada ‘we blog’ bersama rakannya menerusi laman blognya. (http://en.wikipedia.org/wiki/Blog). Perkataan blog akhirnya diterima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara meluas.

Blog dibina dan disalurkan dari cetusan peribadi, komentar, ulasan atau berita mengenai sesuatu topik merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, kehidupan seharian, pendidikan, kesenian, hobi dan sebagainya. Penulisan blog lebih berbentuk jurnal dan catatan diari dengan isi kandungannya boleh dikongsi bersama untuk tatapan umum di internet. Di sini, pembaca boleh berinteraksi serta memberikan komen dan ulasan membina ke atas catatan dibuat.

Soalnya sekarang, BN tidak akan berdiam diri melihat perkembangan weblog yang tidak menguntungkan mereka sekarang. Bagaimana pula kita boleh gunakan weblog sepenuhnya untuk memupuk kebangkitan rakyat yang sekaligus membawa kepada kebangkitan Islam di negara ini atau global?

Pertama:

Parti-parti pembangkang belum memerintah Malaysia atau ‘Kerajaan Dalam Penantian’ seperti disebutkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu mengusahakan supaya penggunaan weblog berkembang secara menyeluruh hingga ke akar umbi, paling kurang biar sampai ke peringkat cawangan, atau kawasan (bahagian) yang boleh difungsikankan sebagai pusat weblog tempatan. Dari situlah media tersebut akan terus berkembang hingga ke rakyat bawahan, samada melalui e-mail, cetak semula risalah atau media bersemuka yang amat berkesan.

Kedua:

Kandungan weblog perlu dicanggih sesuai dengan kehendak masyarakat. Contohnya, pengisian ilmu dan tarbiah moral. Biar ianya berfungsi sebagai intitiut, sekolah atau madrasah bergerak di semua peringkat dari pra sekolah, rendah, menengah, remaja dan dewasa. Bahkan ilmu tanaman, sukan, mekanik, teknologi dan lain-lain. Sekurang-kurang ianya menjadi media alternatif kepada media kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat dan parti pembangkang. Contohnya di bidang agama, ceramah Tok Guru boleh dipancarkan ke seluruh negeri dan negara melalui weblog, bahkan boleh bersoal jawab pula secara on line.

Ketiga:

Parti-parti pembangkang terutamanya yang sudah menguasai kerajaan negeri boleh membantu dan memantau weblog-weblog ini, dari segi mutu dan kesampaiannya ke masyarakat akar umbi. Memanggil dan berbincang, membantu tubuh kesatuan dan lain-lain. Boleh dibuat pertandingan, beri hadiah penghoramatan, saguhati, berupa sijil, wang dan sebagainya, samada kepada pengusaha weblog atau pengunjung-pengunjungnya.

Itulah antara sebahagian dari langkah-langkah awal ke arah memupuk kebangkitan rakyat dan agama.

Sekian. Wallahi ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 25-03-08. KL.

Monday, March 24, 2008

Alternatif Anwar Jadi PM, Tubuh Parti Baru..


Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


DUA teori Anwar jadi PM. Pertama Pelan A, curi 30 kerusi parlimen dari parti pemerintah dan kedua Pelan B, wujudkan kerajaan campuran Pembangkang/BN seperti yang berlaku selepas 13 Mei 1969. Kalau hal ini berlaku, maka tiada atau tidak banyak lagi parti pembangkang di Malaysia, maka perlu ditubuhkan parti baru.

Demikian alasan kumpulan segolongan ahli politik pelbagai parti atau kaum, bekas pimpinan pelajar, ahli perniagaan dan ada juga tokoh-tokoh agama untuk menubuhkan parti politik baru di Malaysia.

Nama parti itu ialah Parti Dunia Islam (PADI). Memperjuangkan konsep Islam yang universial. Tiada ke’pengganas’an. Tiada batas-batas sempadan. Kesederhanaan & keilmuan. Menjadi pemantau dan pengkritik perjalanan politik di Malaysia. Juga akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Kerja-kerja penubuhannya sedang rancak berjalan, sasaran awalnya ialah tenaga muda dari kalangan intelek dan korperat. Mereka tidak mahu tokoh-tokoh parti yang bermasalah menyertai parti mereka, walaupun dari parti pembangkang atau pemerintah.

“Kami mahu tenaga-tenaga awal yang ‘fresh dan baru’ walau tidak ramai. Yang penting kerja-kerja mesti cekap, canggih dan cepat.” Kata seorang dari pemimpin mereka, yang masih belum mengizin namanya dipaparkan.

Sekian. Wallahi ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 24-03-08. KL.

Sunday, March 23, 2008

Blogger Ibnu Hasyim: Bila Kementerian Penerangan Nak Panggil?




SAYA penulis blog ibnuhasyim blogspot.com masih menunggu, bila lagi Kementerian Penerangan di bawah Datuk Ahmad Shabery Cheek hendak memanggil blogger-blogger yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini baik penyokong kerajaan atau pembangkang.

Sebelum itu Datuk Ahmad Shabery berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara. Beliau berkata Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara. Contoh, menurutnya lagi ada peranan yang penulis-penulis blog mainkan dalam pilihan raya lepas.

Ada mesej ingin disampaikan kepada kerajaan, yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat. Peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui.
Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu ekoran pilihan raya 8 Mac, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak kerana Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain.

"Pandangan bloggers tidak boleh diketepikan. Mereka menjadi saluran terus untuk rakyat menyampaikan pandangan walaupun kadang kala cara penyampaian mereka negatif," katanya.

Ahmad Shabery juga berkata kewujudan pelbagai laman blog akhir-akhir ini sebagai alat untuk menyalur pandangan peribadi, seakan-akan terlepas pandang oleh sesetengah pihak.
"Setiap orang sudah ada kebebasan untuk menjadikan ia (laman blog) sebagai pusat penyebaran maklumat. Kita terlepas pandang dengan peranan yang dimainkan mereka, untuk memahami perasaan mereka secara langsung," katanya lagi.

Saya dan kami penulis-penulis blog pun tidak mahu disalah anggap, di mana peranan kami juga adalah untuk membangunkan negara Malaysia yang kami cintai ini. Penulis-penulis blog lucah atau yang mempamirkan gambar lucah juga perlu dipanggil, supaya kegiatan mereka boleh disejajarkan demi pembangunan negara dan agama-agama di negara ini.


Sekian, harap maklum. Terima kasih untuk semua, terutama kepada Datuk Ahmad Shaberi yang nampaknya agak prihatin. Wassalam.


Tiada Di Dunia Orang Cina Dapat Layanan Se Baik Di Malaysia...



Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


SEORANG Cina menelefon ingin jumpa saya, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membangkit mengenai DEB waktu mula menerajui negeri sebagai mengulas kenyataan saya selaku Presiden Group Universiti Hulu Klang, di Putrajaya 13 Mac lalu, bersama anak-anak Melayu Pulau Pinang Wilayah Persekutuan.(Lihat berita dalam blog saya ‘Melayu Terpinggir, Apa Tsu Koon Buat? Dr Mohd Hasyim Cabar Pak Lah..’).

Begitu juga mengenai sikap Lim Kit Siang (DAP) memboikot majlis angkat sumpah perlantikan Menteri Besar Perak tempoh hari. Dia adalah Riduan Deniel Oon, bekas pemimpin Cina dalam PAS yang aktif sekitar tahun 80an dulu. Dia pernah bertanding dalam PRU menentang Daim Zainuddin dan terlibat dalam pembentukan CCC (Badan Perunding Orang Cina) dengan PAS.

“Jom, kita jumpa seorang lagi Riduan, iaitu Ridhuan Tee kawan lama kita, di sebuah surau berhampiran Bandar Baru Ampang. Dia sudah jadi pemimpin masyarakat, berbanding dulunya jadi pemimpin pelajar di UKM dan UIA. Kini masih terus belajar lagi... sikit hari lagi dapat title ‘Dr’ dalam bidang sains politik...” Ajak Riduan Deniel Oon yang baru pulang dari German, menguruskan perniagaan perkomputerannya di peringkat antarabangsa.

“Semasa saya berada di luar negara, saya lihat tiada di mana-mana negara di dunia, orang-orang Cina mendapat layanan sebaik di Malaysia ini, kecuali di negara mereka sendiri. Itupun, di negara mereka susah nak cari makan macam di Malaysia.” Jelasnya bila kami bersama-sama Ridhuan Tee di surau yang Ridhuan Tee sendiri jadi Pengerusinya.

“Ya. Mana ada negara di dunia yang membenarkan orang Cina sebagai pendatang membuat sekolah dan penggunaan bahasa sendiri hingga ke pengajian tinggi? Lihat Indonesia, Thailand dan banyak lagi negara-negara lain, bahkan nama mereka pun perlu ditukar ke bahasa tempatan.” Jawab Ridhuan Tee pula. “Sekarang orang Cina tuntut macam-macam lagi, dan mula nak pertikai DEB. Walau DEB pun sebenarnya gagal menaikkan taraf orang Melayu seperti yang disasarkan. Apa lagi yang ada pada orang Melayu?”

Tercabar juga saya dengan kata-katanya. Teringat saya kepada ke’dungu’an pemimpin-pemimpin UMNO masa di bawah pemerintahan BN dulu dengan sikap ‘kronisme, rasuah dan ketidakcekapan’. Pada tahun 80an sewaktu PAS rancak mengadakan ceramah, seorang penduduk Kampung Perlis Balik Pulau bernama Abdul Rahman Yatim, bersetuju rumahnya diadakan ceramah PAS.

Saya masih ingat kebetulan bumbung rumahnya sedang ditukar, hasil bantuan kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah BN. Tetapi bila kuncu-kuncunya tahu orang itu sokong pembangkang, pemberian subsidi zink itu pun ditarik balik. Bumbung rumah yang siap dipasang pun dibongkar kembali. Nak tolong orang Melayu apa macam tu? Itulah contoh kecil bahayanya ‘kronisme, rasuah dan ketidakcekapan’.

Berbeda dengan sifat perpaduan kaum Cina. Di Malaysia tiap persatuan dan NGO Cina termasuk Persatuan Perniagaan Orang Cina, semuanya bernaung di bawah HUA TUAN atau badan Gabungan Kesatuan Cina. Tidak kira Cina pembangkang atau penyokong kerajaan, semuanya sama dalam membantu orang Cina. Kesatuan semacam inilah yamg membantu mereka dalam membuat keseragaman tuntutan, mendesak itu dan ini, menyokong pembangkang atau pemerintah apabila tuntutan mereka dipenuhi.

Sebab itulah sepatutnya kita memilih jalan penyelesaiannya melalui Islam, bukan melalui asabiah dan kebangsaan sempit.

Sekian. Wallahi ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 23-03-08. KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails