Saturday, April 26, 2008

Mana Cadangan Projek Kaum Lain Imbangi Projek Cina Selangor? Group Univ UK



BY ASYOK KUMAR


UKAY PERDANA 26 April – Kerajaan Selangor ditanya, sila tunjukkan cadangan projek untuk kaum lain iaitu bagi kaum Melayu dan India, yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat atau jangka panjang. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Presiden Group Universiti Ulu Klang, Dr Mohd Hasyim semasa di temuramah di pejabatnya di sini semalam.

Dikatakan belum lagi reda masalah babi di Sepang, timbul pula cerita tentang satu lagi usul dari ‘Timbalan MB Selangor’ Theresa Kok, yang mencadangkan supaya mewujudkan suatu konsep Perkampungan China bertujuan untuk menarik lebih minat pelabur-pelabur dari China. Perkampungan China tersebut akan mempunyai kemudahan dan prasarana asas seperti kolej atau Universiti yang bergaris-panduankan dari negara China sendiri.” Kata beliau.

Perkampungan tersebut dikatakan juga tidak terkecuali adanya sekolah antarabangsa dan kawasan-kawasan perumahan. Antara tempat yang bakal disebut menjadi pusat perkampungan itu ialah Pulau Indah. Menurut beliau lagi, walaupun cadangan ini masih lagi diperingkat perbincangan awal tetapi ia perlu diberi perhatian serius, kerana ianya dikatakan lebih mirip kepada gaya tindak-tanduk parti DAP di Singapura yang mungkin boleh menimbulkan tidak puas hati di kalangan kaum di Malaysia.

Oleh itu pihak pimpinan Selangor perlu segera rancangkan projek yang sesuai untuk bangsa-bangsa lain selain Cina, sekurang-kurangnya bagi dapat mengimbangi projek babi di Sepang itu. “Saya yakin di kalangan Parti Keadilan dan PAS pun ramai pakar-pakar ekonomi yang mampu merancang dan menarik pelabur luar negara… Insya Allah.” Menurut beliau lagi.

Friday, April 25, 2008

Komen Kerja Di New Zealand RM5,000 Sebulan..

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


MAAF, saya terpanggil untuk menambah komen saya mengenai tulisan lalu, ‘Peluang Bekerja Sambil Belajar Lebih RM5,000 Sebulan..’ Ramai juga yang meragui kami (melalui nama, no telefon & e-mail yang tertera di tulisan itu) takut kena tipu. Alhamdulillah, kita di suruh berhati-hati, ‘Jangan dipagur ular 2 X dalam satu lubang’ kata Nabi. Walaupun begitu, terdapat kira-kira 100 respon dari pelbagai pihak..

Kami amat berterima kasih kepada TKO pertama sekali yang memberi kerjasama, Utara Online, dan laman-laman web lain, termasuk yang menyiarnya terus tanpa keizinan kami lebih dahulu. Antara pemohon, termasuk kumpulan pelajar Malaysia di Mesir yang akan bercuti, ada dari Auckland sendiri, anak-anak muda lulusan universiti dalam pelbagai bidang, pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah, pekerja-pekerja yang bercuti dan penganggur-penganggur.

Ada yang bertujuan kewangan, belajar dan mencari peluang kerja lebih baik atau menyambung pelajaran di bidang yang sesuai. New Zealand adalah sebuah negara di baratdaya Lautan Pasifik mengandungi 2 pulau besar (Pulau Utara & Pulau Selatan) dan puluhan pulau-pulau kecil, terutama Pulau Stewart/Pulau Rakiura juga Pulau Chathan. New Zealand dikenali sebagai ‘Aotearoa’ ertinya, ‘tanah awan putih’ dalam bahasa Maori. Ada banyak pulau yang terbentuk dari glasier seperti kepulauan Cook, Pulau Niue dan Pulau Tokelau.

New Zealand memang terpisah dari negara lain, Laut Tasmania memisahnya dengan benua kecil Australia sejauh 2000 km. Negara terdekat dengannya ialah New Caledonia, Fiji dan Tonga. Majoriti penduduknya ialah pendatang Eropah, etnik Maori, Polinisialain dan Asia. Ibu negaranya Willington dan kota terbesar Auckland. Bahasa rasmi, Inggeris, Maori dan bahasa isyarat New Zealand. Bahasa Isyarat New Zealand atau NZSL merupakan bahasa utama masyarakat tuli di sana, telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi pada April 2006.

NZSL banyak menggunakan bentuk bibir bersampingan isyarat tangan dan pergerakan muka untuk menyampaikan isyarat. Kosa katanya termasuklah konsep Maorin seperti marae dan tangi serta isyarat tertentu untuk nama tempat di New Zealand. Keluasan New Zealand ialah 268,680 km per, jumlah penduduk 4,177,000 (anggaran 2007) dan guna matawang New Zealand dollar (NZD). Kerajaannya, demokrasi berparlimen (sistem beraja), yang telah merdeka sepenuhnya dari United Kingdom pada 1947.

Anehnya Ratu Elizabeth II dari Great Britian masih lagi menjadi Ratu New Zealand. Ini menunjukkan betapa hubungan erat antara Britain dengan negara New Zealand dari segi sejarah penjajahan. Peranan dan kedudukan Ratu New Zealand hanyalah sebagai simbolik dan tidak mempunyai status politik ketara kecuali yang membabitkan kerjasama Komanwel. Pentabiran negara ditadbir oleh kerajaan demokrasi yang dipilih melalui pilihan raya umum, macam Malaysia juga.

Jawatan terpenting ialah Perdana Menteri (PM) yang menjadi ketua negara. Pernah pada 16-17 Julai 2007, PM New Zealand Helen Clark melawat Malaysia sebagai membalas kunjungan PM Malaysia melawat New Zealand pada Mac 2005. Beberapa perjanjian kerjasama ekonomi , perdagangan, pendidikan, sains dan teknologi diadakan. Kerjasama e-pembelanjaran diadakan antara kerajaan negeri Perak dengan New Zealand pada masa itu dan syarikat dari New Zealand diharapkan akan dapat meningkatkan kerjasama dalam bidang industri seramik, kreatif dan bio-teknologi.

Berbalik kepada ladang tempat kerja seperti disebutkan, jaraknya ialah kira-kira 400 km dari bandar Auckland. Pertanyaan mengenai umur pemohon yang lebih 30 tahun itu, memang tak boleh dierima kerana itu adalah syarat pihak New Zealand. Suami isteri, atau anak gadis tiada masalah, cuma kita sedang runding lagi dengan pihak majikan tentang penyediaan tempat tinggal suami isteri. Kerja-kerja macam di sebutkan, kalau ada kelulusan permohonan boleh dibuat sewaktu di sana.

Tiada status kontrek, peringkat awal permit dibuat atas 'working holiday' (enam bulan) lepas itu baru tambah. Kalau pemergian dari Mesir terus pun boleh, bagi pelajar-pelajar Malaysia di sana. Waktu berkerja kira jam, boleh kira-kira 10 jam sehari. Oleh itu langkah berikut, sila kirim pengenalan diri, nama, alamat, dan nombor telefon untuk kami sediakan borang dan pemergian pertama akan dibuat pada Mei ini. Insya Allah.

Peluang Kerja Sambil Melancung Ke New Zealand:

Di Sektor Pertanian: Gaji RM5,000 sebulan.

Syarat:

i. Warganegara Malaysia.

ii. Lelaki/perempuan berumur antara 18-30

Sila hubungi:

Abu 03 41465655 atau 013 2053054
Shah 012 2550686

HMH_Resources@yahoo.com
Ibnuhasyim@gmail.com


Sekian pengumuman melalui catatan santai kali ini. Terima kasih.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 25-04-08. KL.

Thursday, April 24, 2008

Rahsia Mengapa Karpal Singh Begitu Celupar..




Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


LAGI, kenyataan Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP (Malaysiakini Apr 22,08 8:57pm ‘DAP Desak PAS Gugur Negara Islam) menggesa PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam. 'Henti buat kenyataan', antara kata-kata Ahli parlimen Bukit Gelugor itu, dan PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menguar-uarkan lagi hasrat PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Pada saya Karpal sendiri tahu PAS tidak mampu memperolehi 2/3 untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menubuhkan sebuah negara Islam.. Tetapi mengapa mulutnya makin celupar begitu apalagi bila sudah termaterai Pakatan Rakyat?


Pertama:

Mungkin DAP sendiri mula cari pasal, apabila dia tahu dia sudah ada kekuatan mewakili orang bukan Islam dalam parlimen, melebihi MCA, Gerakan, dan lain-lain. PRU 12 lalu DAP peroleh 28 kerusi parlimen dan 73 kerusi DUN. Harganya kini sudah mahal, mulutnya boleh lantang sekarang, walaupun PAS tidak pertikaikan konsep ‘Malaysian Malaysia’nya selepas pakatan. Dia perlu kekalkan bahawa partinya tetap menjadi hero orang bukan Islam, walaupun kata-katanya boleh menyakitkan hati rakan Pakatan Rakyat.


Kedua:

Ada kemungkinan, mereka cuba test market, menguar-uarkan seolah-olah boleh berpaling tadah menyokong BN kerana:

(i) Mereka lebih beruntung menyokong pemerentah yang lemah dan perlukan wakil bukan Islam yang kuat, daripada bersekongkol dengan pembangkang yang belum tentu akan jadi pemerintah, apa lagi kalau pembangkang makin kuat menyebabkan peluang ‘jual mahal’ agak tipis di kalangan pihak pembangkang. Itu sebabnya dikatakan Karpal lebih suka PM sekarang dikekalkan dari dijatuhkan.

(ii) Harapan kerjasama DAP-BN memang ada. Kalau BN boleh buat kerjasama dengan parti DAP, seperti yang terjadi kepada parti Gerakan (Gerakan juga pembangkang kuat sebelum masuk BN) pada tahun 1969, maka BN akan dapat memiliki semula Pulau Pinang (BN 11 + DAP 19 = 30 dari 40 kerusi yang dipertandingkan), Perak (BN 28 + DAP 18 = 46 dari 59 kerusi yang dipertandingkan) dan Selangor (BN 20 + DAP 13 = 33 dari 56 kerusi yang dipertandingkan).

(iii) Bagi kerusi Parlimen pula, kedudukan BN sudah melebih 2/3 iaitu BN 140 + DAP 28 = 168, sedangkan 2/3 kerusi parlimen cuma berjumlah 148 sahaja. Kedudukan BN tetap akan teguh semula. Dengan itu pemimpin-pemimpin DAP akan dapat jadi menteri, bahkan tuntutan Timbalan PM pun ada harapan dapat. Ianya akan lebih menguntung orang bukan Islam, dan berkemungkinan akan menambah teguhnya kekuatan DAP.


Ketiga:

Kini Kerajaan Persekutuan (BN) mula menekan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP dan PKR. Contohnya pembatalan projek jambatan Pulau Pinang. Saya yakin, tekanan ini pasti semakin kuat, sehingga berlaku berbagai pemboikotan projek dan bantuan dari Kerajaan Pusat. Melihat kepada kebanyakan penyokong-penyokong DAP terdiri dari peniaga-peniaga kecil di bandar, maka tekanan ini akan lebih terasa lagi, tidak seperti yang mampu dihadapi rakyat Kelantan. Peniaga-peniaga inilah antara pendesak-pendesak asas ke arah kerjasama dengan Kerajaan Pusat BN, dan di DAP terpaksa akur kepada kehendak pengundinya.

Contohnya mereka terpaksa menolak BN Pulau Pinang dalam PRU 12 lalu, antara sebab-sebabnya ialah kerana kenaikan haraga barang yang menghimpit mereka. Tidak boleh disamakan dengan Kelantan, kerana PAS sudah bertapak di Kelantan sejak lepas merdeka, dan kekalahan sementara PAS di Kelantan (hujung 1970an hingga 1990) kerana politik curang Perikatan (politik darurat). Sebab itu, maka PAS Kelantan boleh bertahan lama sebagai pembangkang yang di ‘anak tiri’kan. Apalagi bila kekuatan politik PAS hidup di atas kekuatan rohani dan jasmani yang seimbang, bukan jasmani atau material semata-mata.

Celuparnya Karpal, adalah suatu signal…

Sekian komen-komen santai untuk kali ini. Wassalam dan selamat sejahtera.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 24-04-08. KL.

Tuesday, April 22, 2008

Sanggah Tulisan Ibnu Hasyim..


Sekadar Coretan Idea Atas Tulisan Ibnu Hasyim..
Assalamualaikum W. B. T.

Berkenaan catatan santai tulisan saudara di blog yang bertajuk ‘Tercetus Politik 13 Mei, Jika Anwar Jadi PM?’ , saya kurang bersetuju sangat.


Sebab apa, permulaan PAS pun berlaku secara tidak releven tatkala perpisahan dengan PARTI PERIKATAN. begitu juga dengan yang lain-lain. permulaan tidak akan sama dengan ending. Sejarah lalu tidak akan sama dengan sejarah akan datang. kalau nak diikutkan sejarah, adakah sama sejarah PAS masa lalu dengan keadaan PAS masa sekarang? saya rasa tidaklah sama..


PAKATAN RAKYAT saya rasa sebuah GABUNGAN BARU yang boleh dikatakan ALTERNATIF apabila banyak kemusnahan yang BERLAKU dalam BARISAN NASIONAL yang GAGAL menjalankan HUKUM AL-QUR'AN dan AL-SUNNAH dan dikaburi dengan kepimpinan gaya BARAT.


Nak dikatakan PKR akan menerajui PAKATAN RAKYAT... saya rasa ianya tidak berlaku semacam BARISAN NASIONAL. Sebab apa? PEMIMPIN2 ISLAM+MELAYU di dalam PAKATAN RAKYAT adalah berada dalam PARTI PAS dan PKR. jadi, bagi merealisasikan agenda pentadbiran MELAYU+ISLAM dalam PAKATAN RAKYAT gabungan PAS+PKR akan menerajui PAKATAN RAKYAT. Saya dapat rasakan ianya akan berlaku, maksud gabungan tersebut bukanlah gabungan PARTI, tetapi gabungan PEMIMPIN ISLAM+MELAYU.


PADA peristiwa 13 MEI, kebanyakan orang MELAYU tidak berada dalam kalangan golongan cendekiawan seperti yang ada sekarang, yang mana mudah mendengar kata2 manis daripada BARISAN NASIONAL yang terang 2 mempunyai kepentingan sendiri untuk mencapai kemenangan. isu perkauman yang dimaikan UMNO sekarang hanya sekejap dipandang oleh orang2 MELAYu dan sekarang, ianya semakin sepi dan seolah-olah MODAL yang digunakan oleh UMNO telah hangus dibakar oleh rakyat.


Apa yang saya dapat rasakan sekarang, terdapat ramai dikalangan pemimpin2 UMNO yang ingin menganggotai PAKATAN RAKYAT, akan tetapi ianya tidak dapat tercapai kerana ianya dikaitkan dengan soal amanah dan tanggungjawab. tapi, undi tidak percaya dimainkan oleh pemimpin2 barisan nasional bagi mengawal keadaan pemerintahan negara kini.


Selain itu, saya juga dapat merasakan ada beberapa parti di dalam barisan nasional akan berpisah dengan UMNO dan menyertai PAKATAN rakyat, jadi kesemua ahli2 parlimen di dalam komponen parti yang bercerai dengan UMNO akan menyertai PAKATAN RAKYAT... Ianya nampak lebih releven.... Namun begitu, UMNO akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mengadakan pilihanraya semula di tempat2 yang terpisah bermakna banyak pilihanraya kecil akan berlaku. (SEBAB DEPA GUNA DUIT BARISAN NASIONAL UNTUK BERKEMPEN DAN BANYAK LAGILAH DARIPADA BARISAN NASIONAL).


Semasa itu, isu2 dimainkan, akan tetapi, pemimpin2 sekarang akan professional mengawal keadaan yang ada..... 13 mei atau bukan 13 mei akan berlaku dengan kebijaksanaan pemimpin yang menerajui kedua-dua pakatan ini (PAKATAN RAKYAT & BARISAN NASIONAL). namun begitu, senario yang ada tidak menampakkan ianya berlaku kerana jumlah penyokong perhimpunan haram di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh UMNO tidak mendapat sambutan daripada rakyat Melayu dan ianya tidak mencecah 500 orang walaupun digambarkan di dalam akhbar seramai 3,000 orang (SAYA YANG JADI SAKSI).


Akhir kata, suka saya katakan, kita share knowledge. kita nak bergaduh pun buat apa. Saudara Melayu dan ISLAM macam Saya. lagipun, kita hanya mampu bersuara, tapi pemimpin yang dapat realisasikan.


P/S: Mungkin PEMBERONTAKAN bentuk baru dilakukan.... KHARIY JAMALUDDIN kan Proxy SINGAPURA...... itulah BARUA SINGAPURA DI DALAM MALAYSIA untuk mencetuskan satu suasana huru-hara di MALAYSIA.

Sekian, terima kasih.


Dari SYAHRIL AMIN HASHIM

Monday, April 21, 2008

Tercetus Politik 13 Mei, Jika Anwar Jadi PM?



Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


“SEKALI lagi akan berlaku politik selepas 13 Mei 1969, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia… Selepas tsunami ‘perkauman 13 Mei’, PM pertama Tunku Abdul Rahman terpaksa letak jawatan, diganti oleh PM ke 2, Tun Razak. Maka berlaku, Parti Perikatan ditukarkan kepada BN (Barisan Nasional), di mana Parti Gerakan yang tawan Pulau Pinang dari Perikatan waktu itu, PAS yang berkerajaan sendiri sejak lepas merdeka, PPP yang menguasai Majlis Perbandaran Ipoh dan beberapa parti lain ditarik bergabung dalam BN.”

Kata seorang dari kami, selepas majlis pertemuan ahli-ahli Group Universiti Ulu Kelang baru-baru ini. “Dikatakan pada masa itu ada orang telefon Dato’ Harun MB Selangor suruh turun dari tahta, kerana negerinya sudah tidak selamat lagi, sehingga lahirlah Wilayah Persekutuan, idea Tun Razak selepas darurat ditarik balik oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang ditubuhkan waktu itu.”

“Jadi apa kena mengena dengan politik sekarang atau selepas PRU 12 ini hingga boleh berlaku 13 Mei sekali lagi menurut kamu?” Saya tanya.

“Jika berlaku lompat parti 30 kerusi BN kepada Pakatan Rakyat (PR), maka PM sekarang akan tersungkur dan gantinya tentu Anwar atau Wan Azizah sebagai PM ke 6. Waktu itu BN akan jadi pembangkang macam PR sekarang. Pakatan Rakyat akan jadi BN sekarang, di mana PKR berfungsi macam UMNO (tulang belakang BN), DAP akan berfungsi macam Parti Gerakan yang dulunya juga tawan Pulau Pinang mewakili kaun Cina, dan parti-parti lain (yang mungkin akan sertai PR) akan jadi macam MCA, MIC dan lain-lain rakan BN sekarang. Itulah 13 Mei yang akan menumbangkan PM kini macam dulu juga. Itulah tsunami politik BN sebenarnya, kerana PRU 12 yang lalu baru tsunami kecil, sebagai tanda-tanda kedatangan tsunami sebenarnya. ” Sambung beliau yang juga seorang tokoh politik veteran.

“Oo. Mengapa kamu tak sebut PAS? PAS duduk dimana?” Yang lain bertanya.

“PAS akan jadi macam PAS juga…” Saya pula jawab.

“Betul tu! Saya setuju.” Sambung beliau lagi, tidak beri peluang orang lain mencelah. “PAS selepas 13 Mei berkongsi kuasa memerintah dengan Perikatan (bersimbol kapal layar) di bawah lambang dacing BN. Tetapi selepas satu PRU sesudah gabungan, PAS ditendang keluar (walaupun ada yang sebut ‘tarik diri’) dari BN… Saya berpendapat, hal ini berlaku ‘sesungguhnya’ adalah kerana dasar Islam tidak akan dapat digabungkan dengan dasar asobiah kebangsaan.

Perjuangan kebangsaan yang diperjuangkan oleh PAS peringkat awalan bukanlah dasar, tetapi sebagai alat pendekatan. Seperti juga UMNO, dasar perjuangannya ialah kebangsaan tetapi menggunakan Islam sebagai alat pendekatan. Bezanya macam langit dengan bumi. Semua orang tahu hal ini.. Itu sebabnya ‘kongsi kuasa’ PAS-UMNO tidak akan kekal lama. Apalagi dengan parti bukan Islam yang lain!!”

“Cakap-cakap kamu ni, macam tak setuju dengan Pakatan Rakyat?”

“Saya setuju. Tetapi PAS tetap PAS. Tetap dengan Islam. Tetap dengan negara Islam dan hukum Islam, walaupun memilih pendekatan tidak perkatakan tentang itu sekarang. Perkenal hal itu pada bukan Islam, sehingga mereka faham dan tidak takut pada Islam. Tidak takut akan ditendang atau diterajang dari macam yang pernah berlaku sebelum itu. Yang penting PAS jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang!”

“Allahu Akbar. Allahu akbar!!” Tiba-tiba sudah ramai di keliling kami yang menyambut dengan takbir. Ya kerana seruan PAS ialah ‘Allahu akbar’.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 21-04-08. KL.

Sunday, April 20, 2008

Syabas Nora tv9, Penonton Terkilan?


Oleh Prosencons Procon

SATU pujian yang ikhlas harus di beri kepada penerbit rancangan Keluarga Di 9 yang dikendalikan oleh Pn Nora, yang tersiar pada hari Khamis 17 April, 2008 lepas. Memang amat tersentuh sekali akan paparan sepasang suami isteri sebagai tamu undangan untuk sesi tersebut. Personaliti yang dimaksudkan ialah seorang penulis lirik yang tidak asing lagi iaitu Seri Bayu bersama isteri beliau yang bernama Erema, seorang artis/penyanyi.

Apa yang tersentak dan tersentuh dihati para penonton (ini dapat dibayangkan dari respon dari para pemanggil (telefon)) yang begitu teruja, tersentuh, terharu, terpegun dan berbagai macam perasaan emosi dan simpati. Yang bersimpati adalah terhadap tamu lelaki iaitu Seri Bayu yang sedang mengalami suatu penyakit saraf dengan keadaannya diatas 'wheelchair' dengan tidak dapat bercakap seperti manusia biasa dan reaksinya agak tidak seperti manusia yang sehat dan ceria disegi fizikal juga mental.

Padahal beliau bukanlah seorang yang menghidapi sakit mental. Kita yang melihatnya amat tersentuh dan terasa sedih dan amat bersimpati sekali, walau pun bagi saya inilah kali pertama mengenali beliau (at sight). Begitu juga dengan isterinya, Pn Erema. Suatu perasaan yang berbagai-bagai menimpa saya dan juga sesiapa saja yang menonton siaran kali ini, amat teruja dan terpesona dengan sikap Pn Erema sebagai seorang isteri yang begitu taat dan setia pada suami yang sedang uzur sejak sekian lama (kalau tidak silap mungkin beberapa tahun sudah - tiga atau empat tahun sudah).

Apa yang saya begitu teruja adalah kerana si isteri yang muda cantik jelita seperti Pn Erema ini sanggup melayani seorang suami yang agak lebih berusia disegi umur dan tidak punya rupa paras yang sehandsome sesetengah orang dan tidak pula menarik seperti sesetengah Datuk yang handsome berpangkat lagi tinggi kedudukan tambah pula kaya raya, mewah bergaya dalam serba serbinya. Pendek kata bak cerita dulukala bagaikan 'putera turun dari kayangan' menjelma kedalam hidup sesiapa yang terpilih menjadi pasangan hidupnya.

Alangkah bertuahnya si yang empunya badan yang terpilih menjadi isterinya macam cerita dongeng orang putih 'Cinderella' pula jadinya pada masyarakat Melayu kita. Namun sebagai seorang isteri yang bergelar artis yang lawa, cantek dan menarik masih setia bersama suami yang uzur, sanggup mengendalikan segenap keperluan kehidupan bagi suami yang memerlukan untuk terus hidup.

Sungguh mengagumkan dan tersentuh hati sekali. Syabas saya ucapkan kepada Pn Erema yang begitu tabah menghadapi dugaan. Memang susah hendak cari manusia yang macam Pn Erema (apalagi seorang artis yang mengejar 'glamor' lagi) begitu bertanggung-jawab sebagai seorang isteri yang tidak lari dan abaikan tanggungjawab dan maseh tetap taat dan setia kepada suami yang tercinta.

Inilah yang dikatakan 'cinta sejati'. Bukan seperti 'cinta yang ada makna' tuuuuuu ...... tau tau aje laaaa ..... Bukan seperti sesetengah cinta yang sentiasa menjadi rahsia, apa lagi jika ianya seorang artis popular pula. Tapinya, apa yang dapat dilihat dengan nyata sudah jelas yang cinta seperti itu hanyalah cintakan pada paras rupa, pangkat darjat, harta dan kekayaan semata. Entah jika si artis sebagai isteri jika ditakdirkan seperti Pn Erema, adakah ia akan mampu bertahan dan sanggup berada disisi suami yang uzur yang senantiasa memerlukan belaian dan kasih sayang seorang isteri seperti Pn Erema. Susah juga untuk mengandaikannya.

Justeru, cinta yang hanya bersandarkan kepada 'rupa paras, pangkat darjat, harta dan kekayaan' - apabila hilang segala 'rupa paras, pangkat darjat, harta dan kekayaan', maka cinta itu pun juga akan turut hilang begitu sahaja. Ini kerana disebabkan faktor-faktor itu maka timbulnya cinta .... cinta yang hanya sementara bukan cinta kekal yang sejati dan abadi. Namun apa yang terkilan dilubuk hati saya adalah tentang peranan media kita.

Kalau lah tidak kerana TV9 yang memaparkan episode yang menyayat hati ini, tidak mungkin kita semua dapat mengetahui akan penderitaan, perit getir yang dialami oleh pasangan suami isteri ini. Bukanlah penderitaan orang lain yang kita penonton suka atau gemar menontonnya, akan tetapi, artis contoh seperti Pn Erema yang patut di pertonjolkan untuk perhatian umum. Bukannya unsur-unsur gossip yang negatif yang selalunya di hebah-hebah dan di heboh-hebohkan oleh pihak media.

Jika apa yang boleh dijadikan contoh terbaik tidak pula di usahakan oleh pehak media (sama ada tv atau media cetak) untuk memberi paparan untuk semua pehak dan golongan artis juga boleh mengambil iktibar dan mempelajari akan contoh-contoh yang baik dipertontonkan. Pada kebiasaannya, media massa atau media hiburan hanya akan memaparkan apabila seseorang personaliti (artis atau tokoh terkenal) hanya selepas mereka dalam keadaan nazak ataupun sudah sampai ajal mereka.

Dan yang lain-lain pada kebiasaannya ialah lebih kepada 'gossip' untuk melariskan seseorang artis atau personaliti yang popular sahaja, dan juga untuk melariskan jualan akhbar atau majalah hiburan atau juga rating untuk jumlah bilangan ramai yang menonton siaran hiburan tv sesuatu stesen itu. Memang segalanya semata-mata untuk hiburan jua. Walaupun semua itu berupa unsur-unsur negatif dengan apa yang dipertonjolkan. Sepatutnya perkara-perkara yang berunsur negatif seperti ini tidak harus diketengahkan dan diberi galakan oleh pehak media.

Kita sebagai penonton berasa amat terkilan sekali terhadap media-media yang tidak begitu prihatin dalam memberi paparan yang berunsur positif seperti apa yang dipaparkan oleh Keluarga Di 9 ini kepada khalayak umum. Cuba bayangkan setiap respon dari para penonton yang menelefon semuanya rasa amat terharu bercampur sedih sebak dan penuh rasa simpati terhadap pasangan suami-isteri Seri Bayu dan Erema.

Namun kebanyakan mereka lebih memberi kata perangsang dan pujian keatas ketabahan si isteri iaitu Erema sendiri. Syabas kepada Erema sekali lagi. Dan untuk Seri Bayu diharap hadapi dengan penuh keredaan dan kuatkan semangat untuk terus hidup. Oleh itu, gambaran positif untuk golongan artis harus diberi keutamaan untuk dijadikan sebagai satu contoh teladan yang baik dan berguna untuk semua golongan (baik yang artis mau pun yang bukan dari kalangan artis).

Ini tidak, acapkalinya media-media hiburan hanya gemar dan ghairah memberi gambaran negatif sahaja terhadap para artis dengan alasan untuk mempertingkatkan populariti artis berkenaan disamping melariskan jualan majalah-majalah atau akhbar-akhbar mereka. Kesan sampingan (yang lebih membawa keburukan) akan terpalit kepada pihak artis itu sendiri akhirnya.

Syabas kepada Keluarga Di 9!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails