Saturday, May 10, 2008

DS Anwar Antara 100 Tokoh Dunia, Tapi...


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


SAYA terima e-mail berbunyi…


{ INI BARU BOLEH DI KATAKAN INSAN CEMERLANG GEMILANG & TERBILANG - TOWERING MALAY - TOWERING MALAYSIAN. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh di dunia oleh sebuah majalah terkenal The TIME.


The TIME 100 Complete List LEADERS & REVOLUTIONARIES


Dalai Lama
, Vladimir Putin, Barack Obama, Hillary Clinton, John McCain, Hu Jintao, George W. Bush, Jacob Zuma…. Anwar Ibrahim - the only Malaysian (in the TOP TEN) and overall 100. Kevin Rudd, Bartholomew I , Ben Bernanke , Muqtada al-Sadr , Robert Gates, Michelle, Bachelet, Sonia Gandhi, Baitullah Mehsud, Evo Morales, Ma Ying-jeou, Ashfaq Kayani.
Heroes & Pioneers:
Brad Pitt & Angelina Jolie , Oprah Winfrey , Oscar Pistorius , Mia Farrow , Andre Agassi , Lance Armstrong , Bob and Suzanne Wright , Peter Gabriel , Kaká , Sheik Mohammed al-Maktoum , Yoani Sánchez , Madeeha Hasan Odhaib , Randy Pausch , Lorena Ochoa , Tony Blair , Alexis Sinduhije , Aung San Suu Kyi , George Mitchell.

Scientists & Thinkers: Michael Bloomberg , Craig Venter , Jill Bolte Taylor , Larry, Brilliant , Jeff Han , Mehmet Oz , Nancy Brinker , Harold McGee , Peter Pronovost , Eric Chivian & Richard Cizik , Mary Lou Jepsen , Paul Allen , Nicholas Schiff , Mark, Zuckerberg , Wendy Kopp , Shinya Yamanaka & James Thomson , Michael Griffin , Susan Solomon , Isaac Berzin.

Artists & Entertainers: Lorne Michaels , Miley Cyrus , Robert Downey Jr. , Herbie, Hancock , Joel & Ethan Coen , Bruce Springsteen , Peter Gelb , Mariah Carey , Khaled Hosseini , Elizabeth Gilbert , Rem Koolhaas , Judd Apatow , Alex Rigopulos & Eran Egozy, George Clooney , Tim Russert , Suze Orman , Stephenie Meyer , Tyler Perry , Tom Stoppard , Chris Rock , Takashi Murakami

Builders & Titans: Indra Nooyi , Ali al-Naimi , Rupert Murdoch , Steve Jobs , Radiohead , John Chambers , Jeff Bezos , Jay Adelson , Steve Ballmer , Jamie Dimon, Prince Alwaleed bin Talal , Lou Jiwei , Neelie Kroes , Jeffrey Immelt , Karl Lagerfeld , Lloyd Blankfein , Carlos Slim , Mo Ibrahim , Ratan Tata , Cynthia Carroll , Carine Roitfeld , Michael Arrington

Kesian manusia bernama Abdullah Badawi tidak tersenarai. Kesian manusia bernama Najib Razak juga tidak tersenarai. Kesian haiwan, choop silap manusia bernama Din yang minat dok relax di Havana Club memang tidak tersenarai. Dia akan disenaraikan dalam list kategori lain.


The 2008 TIME 100 Leaders & Revolutionaries, Heroes & Pioneers, Scientists & Thinkers, Artists & Entertainers, Builders & Titans, Leaders & Revolutionaries - 9 of 101 - YM YIK / EPA / Corbis Anwar Ibrahim By Paul Wolfowitz


During the 1990s, Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim and a group of U.S. Senators organized a forum to exchange views among East Asians and Americans. Asked at one session about the role of Islam in politics, Anwar replied, "I have no use for governments which call themselves Islamic and then deny basic rights to half their population."

This devout Muslim leader was an impressive and eloquent advocate of tolerance, democracy and human rights. So we were shocked by his arrest and trial in 1998 on charges of corruption and sodomy. I felt his real "crime" had been to challenge Prime Minister Mahathir Mohamad, whose impressive record will be forever stained by his treatment of Anwar. I joined Senator Sam Nunn and others to speak out in Anwar's defense. When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while making clear our disagreements.

Anwar, 60, is back in the center of Malaysian politics. The coalition led by his wife Wan Azizah has become the main opposition bloc. His future role can be determined only by Malaysians. One can hope that they will embrace his brand of tolerance, valuing dialogue across political differences, and that this courageous leader will continue to play a leading role on the world stage.

Wolfowitz is a former U.S. Deputy Secretary of Defense

BERITA SEPERTI INI MAMPUS AKAN TERBIT MELALUI MEDIA ARUS PERDANA. JANGAN HARAP LA! KALAU PASAI PUAK-PUAK, JUAK-JUAK & KRONI DEPA SUDAH PASTI TERPAMPANG DI MUKA DEPAN, TENGAH (CENTERFOLD) SEMUA LENGKAP LA .... NAMUN APA PUN - SEMUA ORANG BOLEH DAPAT TAHU JUGA.

SEKURANG-KURANGNYA RAKYAT MALAYSIA (YG BUKAN PENGAMPU UMNO TOTOK) BOLEH TUMPANG GEMBIRA (BUKAN NAK BERMEGAH-MEGAH HINGGA MENDABEK DADA MCM KEBANYAKAN PUAK-PUAK - JUAK-JUAK UMNO(BARUA) TUH). SYABAS SDR ANWAR. YOU MAKE WE MALAYSIANS REALLY FEEL PROUD OF YOU. }


Saya baca hingga selesai… Saya tidak sedar kawan disebelah saya sedang merenung saya. Dia tanya, “Kenapa kau geleng-geleng kepala? Hebat sangat ke Anwar??

Saya mengangguk. “Ya! Tapi…”

“Tapi apa?” Dia macam terkejut.

“Hebat lagi musuh-musuh Islam. Termasuk The TIME..”

Sekian catatan santai kali ini. Wallahu ‘aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 10-05-08. KL.

Friday, May 09, 2008

Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR?



Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


DALAM membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong Persidangan Penggal Pertama Parlimen Ke 12, Datuk Anifah bin Aman YB dari Kimanis, Sabah berucap panjang lebar pada 07 Mei 08. Antaranya menyebutkan tentang lompat-melompat dari BN ke pembangkang sebaliknya. Apa benarkah andaian beliaupun akan turut melompat sama?? Maka di sini perturunkan sebahagian perbahasan tersebut…

‘Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada lagi isu YB yang saya hendak YB beri penjelasan. Isu ini begitu menggores perasaan dan seolah-olah memberi penghinaan iaitu konon-kononnya wakil-wakil rakyat daripada Sabah ini melompat ataupun cross over untuk menyertai parti pembangkang. Adakah YB mempunyai maklumat ataupun boleh memberikan penjelasan tentang isu-isu yang sebegini?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: YB Kinabatangan, terima kasih YB. Apa nasib malang Ahli-ahli Parlimen daripada negeri Sabah sudah pun dianaktirikan dituduh pula untuk melompat. Sebenarnya Yang Berhormat saya tidak ada pengalaman melompat, barangkali ada di antara Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai pengalaman, saya mintalah Ahli YB supaya merujuk kepada pakar-pakar yang lompat. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat... (ada yang minta laluan)

Ya, izinkan saya jawab dulu dan baru saya beri peluang. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat YB dan Tuan Yang di-Pertua bahawa ada apa pada nama? Apa ada pada nama, sekiranya rakyat negeri Sabah dan juga rakyat di negara kita itu, masa hadapan mereka dan generasi yang akan datang tidak terjamin, maka selaku wakil rakyat kita sanggup berbuat apa sahaja untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara... [Tepuk]

Perkara lompat saya ingat tidak begitu serius. Apa yang penting sekali yang serius, bahawa pada hemah saya beratus-ribu, berjuta rakyat di Semenanjung Malaysia dalam lima buah negeri telah pun melompat. Kenapa hendak dipersoalkan tentang beberapa pemimpin di negeri Sabah yang hendak melompat. Kalaupun ia benar, kalau ia ialah sebab untuk memperjuangkan rakyat di negeri Sabah pada hemat saya tidak ada salahnya... [Tepuk] Sebelum pihak pembangkang ghairah, saya pun tidak ada niat untuk melompat... [Tepuk] Silakan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Saya mohon penjelasan, adakah usaha lompat melompat ini dilakukan oleh kumpulan desperado yang beria-beria tidak mengakui hakikat bahawa 140 itu sebenarnya duduk di rumah banglo, yang kumpulan itu adalah duduk dalam rumah teres paling besar pun semi-d. Kenapa yang daripada rumah besar hendak masuk rumah kecil? Rumah kecillah yang patut masuk dalam rumah besar? Adakah YB setuju? Beberapa Ahli: [Ketawa]

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: YB sebenarnya, saya setuju dengan YB. Apa gunanya rumah besar itu melompat ke rumah yang kecil tetapi kalau rumah yang besar itu tidak ada ruang bagi kita, apa salahnya. [Ketawa] Kalau rumah yang sebesar itu, banglo yang sebesar itu tidak ada ruang bagi kita, apa salahnya... [Disorak] Jadi haruslah pada orang-orang yang tertentu, haruslah mengambil kira semua rakyat tanpa mengira suku kaum, bangsa dan agama... Di negeri Sabah Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Janganlah setelah kita menyumbang beberapa kerusi yang begitu banyak...

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyentuh semula yang disentuhkan oleh YB daripada Kimanis awal-awal lagi di mana beliau berkata bahawa ramai rakyat di Sabah ini tidak berapa senang hati oleh sebab, pemberian kontrak itu bukan diberi kepada kontraktor-kontraktor tempatan tetapi ia diberikan kepada orang-orang luar. Bagi kita untuk mengambil tindakan, supaya kita boleh menjustifikasikan statement itu bolehkah Ahli YB daripada Kimanis memberikan satu senarai yang lengkap, siapakah kontraktor dari luar itu dan apakah jenis kerja-kerja yang diberi kepada mereka itu?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Saya ingat YB Timbalan Menteri, bahawa itu bukan adalah alasan oleh kerana kita tidak diberi kontrak bukanlah alasan untuk kita melompat. Walau bagaimanapun, saya ingat mintalah kepada menteri-menteri yang berkenaan senarai-senarai kontrak yang telah pun diberikan kepada mereka...

Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apakah YB sedar apabila timbul isu lompat melompat menjadi perhatian di Sabah kerana di Sabahlah paling banyak parti politik di mana ramai parti politik di Sabah bertukar parti. Manakala di Semenanjung, ada juga termasuk saya... [Ketawa] Dan bertukar parti bukan bertukar agama. Dalam parti Keadilan pun dulu UMNO, sekarang parti Keadilan, lompat juga. Dalam PAS pun ada tetapi selalunya orang tuju pada saya. Yang sebenarnya di Sabah sendiri bermula dengan UPKO, USNO, ada AKAR ada BERJAYA kemudian UMNO. Lima, enam parti tukar tetapi kenapa saya pula dituju sebagai katak. Ramai katak dalam Dewan Rakyat ini... [Ketawa]

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, saya kurang pasti adakah itu satu perkara yang malang bagi YB ataupun satu penghormatan bahawa YB ini fleksibel, boleh dua cuaca atau dua alam... (ada yang minta laluan) Nanti saya habiskan ini dahulu. Tuan Yang di-Pertua bahawa di Sabah ini, kita sudah bertukar empat kerajaan sejak merdeka. Saya ingat, bertukar satu lagi tidak ada susahnya, tetapi kita sebenarnya yang ajar kita melompat ini bukan daripada Sabah. Ajar kita melompat daripada orang daripada sini juga, dan guru yang ajar kita melompat masih ada dalam pihak pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: YB, tukar parti dengan melompat berbeza. Yang Sabah dua orang itu melompat, tapi tukar parti itu mungkin ramai. Jadi dia dua kategori yang berbeza Yang Berhormat ya!

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Saya ingat matlamat akhir-akhirnya Tuan Yang di-Pertua, matlamat sama juga. Macam YB daripada Pasir Mas, dia kata YB itu bebas tapi dalam hakikinya dia sudah melompat. Jadi sama ada parti atau dari segi individu, saya ingat matlamat yang akhir-akhirnya sama juga, bahawa ia berhijrah daripada satu parti ke parti yang lain. Sila YB Kuala Krau.

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. YB Kimanis, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada YB. Dari sudut manakah sama ada pembangunan atau taburan, yang perlu orang Sabah dapat yang anggapan daripada orang Sabah, Sabah dianaktirikan kerana kalau tengok dari segi pembangunan, pembangunan wilayah ini juga meliputi negeri Sabah dan negeri-negeri yang berada diSemenanjung.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Terima kasih YB, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dengan YB, ada berapa kali YB datang ke negeri Sabah?

Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Dua tiga kali.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Dua tiga kali tidak mencukupi YB untuk menilai rasa hati orang-orang Sabah. Jadi kalau YB seperti Ahli-ahli YB daripada Sabah yang sering menyuarakan tentang... (ada yang minta laluan) ...Tunggu sekejap, tentang perasaan rakyat Sabah. Barangkali inilah daripada satu punca masalah bahawa apabila ada pemimpin-pemimpin datang dua tiga kali sudah membuat satu rumusan, bahawa Sabah itu apabila mereka datang cuma sampai ke Kota Kinabalu sahaja YB. Tidak pergi kawasan-kawasan seperti Kinabatangan, Beluran dan kawasan Kalabakan. Jadi inilah satu fenomena yang kita sama sekali kita menolak oleh kerana datang ke Sabah dua kali, tiga kali sudah membuat andaian. Sedangkan kita yang selaku Ahli YB yang turun ke kawasan pada tiap minggu maka pandangan kita selalu diketepikan. Ini daripada satu masalah, masalah pemimpin-pemimpin kita termasuklah YB dari Kuala Krau. (minta laluan) Ya, YB Kota Belud.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih YB Kimanis. Tadi YB Bagan Datok mengatakan apa gunanya berpindah daripada banglo masuk ke rumah teres. Saya ingin bertanya dan minta penjelasan daripada YB Kimanis, apakah kalau banglo ini ditambah rumahnya, ditambah biliknya dicantikkan, bilik airnya besar, tamannya besar, saya rasa YB Kimanis mungkin tidak mahu mencadangkan supaya ada perpindahan ke rumah teres. Saya percaya sebelum saya tengok tadi ada juga pihak-pihak pembangkang yang tersenyum sinis, mendengar penjelasan dari YB Kimanis tetapi saya rasa secara peribadi, saya telah mengetahui perasaan dan cara YB Kimanis bercakap tadi hanyalah mengusik dan meminta supaya hanya banglo ini ditambah. Pertanyaan saya ialah, apakah YB Kimanis mahu meletakkan tarikh atau masa yang tertentu untuk menambah bilik dalam banglo ini? Terima kasih.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli YB daripada Kota Belud, bahawa bukan kita yang menetapkan tarikhnya. Itu adalah satu-satu isu yang kita mempertikaikan bahawa, biar pun kita dalam satu rumah banglo yang besar, tapi kita tidak merasa nikmat. Nikmat yang dirasai oleh kumpulankumpulan dan orang-orang yang tertentu. Jadi apabila kita bersuara YB, apabila kita mengutarakan perasaan rakyat, mereka menganggap kita hendak melompat. Sudahlah kita dianaktirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianaktirikan dan di hina pula, ke mana kita nak pergi? Rumah teres pun, tereslah YB. [Ketawa] Apa gunanya banglo kalau sekumpulan sahaja yang merasai nikmat. Kita mahu biarpun teres sama-sama kita kongsi. Kalau pun banglo, sama-samalah kita menikmatinya. (laluan) Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam banglo pun tidur di tepi tandas, apa gunanya.

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi ada persoalan mengenai sebab mengapa rakyat Sabah ini merasakan dianaktirikan. Selain daripada mungkin pengagihan-pengagihan projek dari segi peluang-peluang projek dan sebagainya. Adakah YB dari Kimanis bersetuju bahawa, ungkapan-ungkapan yang selalu kita dengar bukan sahaja daripada pemimpin biasa atau pun menteri-menteri yang selalu mengatakan “seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak”. Adakah TB bersetuju bahawa ungkapan seperti itu, selalu mengingatkan kepada kita bahawa kita ini seolah-olah sebagai penggenap sahaja. Terima kasih.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, YB daripada Tuaran. Itu yang susah hendak kita cerminkan pada rakan-rakan kita daripada Semenanjung. Sudah lebih 40 tahun, empat dekad kita merdeka, masih lagi isu seumpama ini timbul Dewan yang mulia ini. Kita telah pun, apabila kita bersuara, apabila mengutarakan, apabila kita cuba melalui saluran-saluran yang tertentu, tapi ianya sampai hari ini masih lagi isu seumpama itu wujud. Kenapa dia masih wujud? Sama juga dengan masalah-masalah yang lain. Bukankah bererti apabila kita menyuarakan hasrat, inspirasi rakyat kita menentang kerajaan. Bukan erti kalau kita mengeluarkan satu-satu kata-kata yang kemungkinan keras bukan erti kata kita hendak melompat, tetapi sebenarnya saya sering katakan apa yang kita usahakan pada hari ini, apa yang kita suarakan pada hari ini di Dewan yang mulia ini ialah supaya rakyat negeri Sabah jangan melompat seperti apa yang berlaku pada lima buah negeri di Semenanjung Malaysia ini. Itu yang kita hendak pertahankan, bukan kita hendak melompat. [Tepuk]

Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB dari Kimanis. Agaknya YB Kimanis ini agak sedih sikit. Di mana kita tahu bahawa perjalanan politik khasnya daripada pemimpin-pemimpin pusat ini tidak begitu mengambil berat atas keluhan kita di Sabah, khasnya di kawasan-kawasan luar bandar. Adakah YB Kimanis setuju sekiranya kita minta supaya satu kementerian khas bagi Sabah dan Sarawak ini, supaya kita dapat betul-betul meninjau dan juga mengambil berat tentang hal-hal mengenai affair di Sabah dan Sarawak ini.

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, YB daripada Sepanggar, saya setuju. Saya setuju, tapi apabila kita meminta sesuatu kadangkalanya janji, dan janji tidak pernah ditunaikan. Jadi apa yang ada di hadapan kita itu, kalaulah kita dijanjikan macam kita berjanji dengan rakyat, tolonglah tunaikan pada pihak-pihak yang tertentu, supaya kita juga boleh menunaikan janji kita pada rakyat kita sekalian.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. YB Kimanis, saya mendengar hujah-hujah YB tadi, yang menyebut tentang daripada rakyat nanti yang melompat, maka lebih baiklah apa YB bangkitkan itu diberikan perhatian, bukannya wakil rakyat yang akan melompat, tapi bimbang rakyat yang akan melompat. Jadi berasaskan kepada perkara tersebut, saya ingin bertanya kepada YB. Saya dengar YB menyebut tentang soal perasaan dan sebagainya, tersinggung, kecil hati. Jadi apakah perkara ini YB rasa tidak boleh diperbetulkan kerana yang kita pentingkan ialah kepentingan rakyat, rakyat memilih kita. Jadi pandanganYB ialah kalau wakil rakyat itu melompat, apakah ini juga tidak sebenarnya, tidak adil kepada rakyat yang memilih kita dan atas asas itu apakah YB bersetuju bahawa Akta Anti Lompat ini dibawa ke Parlimen ini supaya jangan ada wakil rakyat yang melompat parti, apa pandangan YB?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Ya, saya tidak setuju. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju kalau Anti Hop Law dibawa ke Dewan ini. Adakah kita mahu ia menjadi satu police state yang kita tidak mempunyai satu kebebasan untuk memilih. Biarpun kita bertanding pada misalnya tiket sesebuah parti atau sesebuah organisasi, tapi kalau pemimpinnya menyeleweng daripada matlamat asal, adakah kita harus akur, adakah kita harus bertahan dan memperjuangkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau parti-parti yang keluar daripada matlamatnya, at the expense of the people, dengan rakyat.

Tapi cuma apa yang saya katakan di sini, barangkali saya setuju dengan YB daripada Batu Pahat bahawa apa yang penting bukan soal pemimpin melompat, apa yang penting kita kaji kenapa rakyat sudah melompat. Itu yang harus kita pertikai dulu. Itu yang harus kita lihat dan kaji kenapakah rakyat-rakyat sudah melompat dan apa gunanya yang tinggal pemimpin saja. Apa gunanya pemimpin tanpa rakyat. [Tepuk] ...hendak saya suarakan supaya pemimpin faham bahawa supaya rakyat kita tidak melompat di pilihan raya akan datang. Itu yang kita sarankan.’

Datuk Anifah Hj Aman khabarnya telah ditawarkan jawatan Timbalan Menteri kerajaan Pusat, tapi beliau menolak. Apakah beliau sudah tidak mahu berpihak kepada BN lagi, atau suatu isyarat yang beliau akan menyeberang atau melompat sokongan?

Sekian catatan santai kali ini. Wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 08-05-08. KL.

Thursday, May 08, 2008

Maruah Pakatan Rakyat Tercalar?



Oleh: IKANG DUKANG


MEDIA massa memainkan peranannya dengan berkesan apabila secara konsisten memaparkan sikap dua tiga orang pemimpin DAP yang menyinggung dan mencabar sensiviti orang Melayu. Bermula dengan cadangan memulaukan istiadat mengangkat sumpah MB Perak, diikuti dengan gelagat ketika persidangan Parlimen dan diteruskan lagi mempertikaikan campur tangan Sultan dalam kes pertukaran Pengarah JAIP.

Orang Melayu melihat peristiwa-peristiwa ini sebagai sesuatu yang mencabar kewibawaan bangsa. Mereka sedang mencipta satu hipotesis bahawa DAP bukan sebuah parti yang toleran terhadap bangsa Melayu. Hipotesis ini apabila ditambah dengan adegan dan fakta-fakta baru akan menjadi satu teori yang boleh menutup terus sokongan orang Melayu kepada DAP.Kita tidak bimbang DAP kehilangan sokongan Melayu.

Yang kita takut ialah apabila bangsa Melayu tidak lagi mempercayai Pakatan Rakyat. Kita harus berfikiran negatif bahawa orang Melayu terutamanya pengundi-pengundi atas pagar akan menarik balik sokongan mereka kepada PAS dan PKR dalam pilihanraya umum akan datang atau pilihanraya kecil yang mungkin diadakan dalam tempoh empat tahun ini. Maka akan berulangkah kekalahan besar PAS dan PKR seperti tahun 2004? Justeru itu, DS Anwar Ibrahim selaku penasihat Pakatan Rakyat seharusnya melihat perkara ini secara objektif.

Kemelut yang berlaku mestilah diselesaikan. Para pemimpin perlulah didisiplinkan dan diwujudkan satu kontrak sosial dalam pakatan . Tindakan segera perlu dilakukan agar situasi yang tidak kondusif ini tidak berpanjangan. Kita tidak mahu apabila nasi sudah menjadi bubur baru kita yang terhantuk hendak terngadah. Apabila orang Melayu menukarkan hipotesis menjadi teori maka sukarlah kepercayaan ditagih kembali. Kita percaya, bukan sahaja PAS dan PKR tidak mahu sokongan terhakis, malah DAP sendiri ingin menangkis bala ini.

Sudah pasti semua komponen Pakatan Rakyat tidak rela kehilangan kuasa di lima negeri dan kembali menjadi pembangkang yang lemah di Parlimen. Maka sikap toleran dan akur dengan sosio budaya tempatan wajar diterima oleh pemimpin DAP. Sebenarnya saya teruja dengan sikap Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Lim Kit Siang walaupun ada ketikanya agak ofensif dan vokal, namun ada ketikanya beliau berani meminta maaf apabila merasakan perlu berbuat demikian.

Begitu juga dengan anaknya, Lim Guan Eng. Walaupun sukar mengukir senyuman, tetapi sikap prihatin yang menerobos sempadan kaum menjadikan Ketua Menteri Pulau Pinang ini seorang pemimpin yang dihormati,dikagumi dan disayangi, sekurang-kurangnya buat masa ini. Tetapi saya walaupun penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, saya tidak dapat menerima gaya dan pendekatan Karpal Singh, juga sekurang-kurangnya buat masa ini. Adakalanya apabila beliau begitu lantang menikam PAS dengan isu negara Islam, saya dihantar ke satu persimpangan sama ada perlu terus mempercayai Pakatan Rakyat atau mencari alternatif lain.

Namun apabila diingatkan bahawa perangai orang Melayu sendiri yang ramai menolak negara Islam dan hudud malah sanggup menyamannya di mahkamah, hati saya bagai memaafkan Karpal Singh kerana bagi saya, beliau menentang negara Islam kerana kekurangan maklumat dan diracuni oleh gambaran yang salah oleh UMNO sendiri. Konklusinya, sikap toleran, beradab dan berlapang dada yang selaras dengan budaya Timur wajar diamalkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat kerana Pakatan itu sendiri terdiri daripada pelbagai kaum yang diikat oleh kerencaman resam dan budaya.

Saya percaya, Karpal Singh dan Lim Kit Siang boleh menyelami maksud saya dan bersedia menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang mula tercalar.

Majlis Maufakat Melayu.. Kearah 13 Mei?

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:



“UMNO adalah parti perkauman..” Itulah kata-kata yang terdengar di telinga kami, sewaktu kereta kami melalui berhampiran sebuah padang di Kampung Medan Selangor malam tadi kira-kira jam 11.13 malam diprogram ceramah Pakatan Rakyat,.. Antara katanya lagi, beliau mahu DEB (Dasar Ekonomi Baru) dipinda supaya tidak mengkayakan golongan tertentu dalam UMNO sahaja, tetapi sepatutnya membantu golongan miskin tidak kira kaum, termasuk India dan lain-lain bangsa.

Bila kami dekati rupanya, penceramah itu adalah Dr Mujahid Hj Yusuf Rawa, YB PAS dari Parit Buntar, Perak, anak bekas Presiden PAS ke 5. Ucapan beliau membela penahanan 7 orang bukan Melayu di bawah ISA yang masih belum dibuktikan kesalahannya di mahkamah. Bukan seperti keadilan yang ditunjukkan oleh Islam, dimana di zaman lampau Khalifah (Presiden) Islam Ali bin Abi Talib pernah menuduh seorang Yahudi di mahkamah Islam atas kesalahan mencuri, tetapi tidak mampu menunjukkan bukti atas pertuduhannya.

Menurut Dr Mujahid lagi yang juga menjadi Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, maka pertuduhan Khalifah itu ditolak, walaupun akhirnya si Yahudi itu sendiri mengaku salah. Bukan seperti kerajaan sekarang menahan tanpa dibuktikan di mahkamah, yang bukan saja menyalahi undang-undang Islam bahkan menyalahi undang-undang antarabangsa hak asasi manusia.

“Ya, betul kata beliau. Bila BN kalah, baru kelam-kabut nak pakat-pakat sesama Melayu, nak pertahan Melayu konon. Tubuh 4M.. Majlis Maufakat Melayu Malaysia (MMMM). Fasal apa waktu belum kalah PRU 12 tak mahu tubuh? Pada hal bukan kerusi UMNO yang banyak merosot, tetapi kerusi rakan-rakan bukan Melayu BN yang kalah teruk! Pengundi bukan Melayu yang menolak BN.. Maknanya bukan mereka (pejuang-pejuang Melayu kononnya) nak pertahan UMNO atau Melayu tapi nak pertahan BN. Nak pertahankan kuasa. Kerana dacing BN dah senget, tak mampu timbang betul-betul lagi!” Kata salah seorang dari kami.

Saya pula berpendapat, “Bagaimana kalau kaum-kaum lain pun tubuh pakatan masing-masing? Kalau Melayu boleh, fasal apa kaum-kaum lain tak boleh?? Ini bererti penubuhan MMMM boleh membawa padah tercetusnya api perkauaman… berulangnya tragedi 13 Mei 69. Pada saya MMMM perlu dibubarkan, kerana maufakat sebenarnya perlu dibuat atas dasar Islam.”

“Bagaimana pula dengan DEB yang berfungsi untuk menutup jurang kemiskinan antara kaum? Perlu dipinda ke?”

“DEB sebenarnya sudah tidak releven lagi, tidak mencapai matlamat. Gagal dan tidak mampu menutupi kemiskinan, bahkan perlu dipinda ke arah yang lebih releven. Kerana DEB dipimpin oleh pemimpin parti perkauman UMNO. DEB perlu membantu orang termiskin atau miskin tegar, tidak mengikut kaum. Kalau orang Melayu ramai termiskin, maka orang Melayulah yang ramai perlu dibantu. Kalau orang India ramai termiskin, maka orang India yang perlu dibantu. Kan itu lebih adil?

Itulah keadilan Islam. Seperti juga keadilan dalam masalah ISA tadi, bukan undang-undang durjana ‘Ikut Suka Aku’ yang diselewengkan UMNO itu. Sebab itu perkara ini perlu diterangkan betul-betul pada orang bukan Islam, lebih-lebih lagi orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. Banyak lagi yang perlu mereka tahu tentang keadilan Islam, supaya tidak keluar suara-suara sumbang menentang negara Islam kerana mereka faham Islam macam fahamanpemimpin-pemimpin UMNO itu. Oleh itu saya setuju sangat dengan pandangan Dr Mujahid tadi!”

Wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 07-05-08. KL.

RTM Public Opinium: Undi SMS Buang Masa, Buang Duir Rakyat..



Oleh Johan Jafry

LA! ini ada lagi RTM punya kureng.. Pepatah baru RTM ke LEBIH KUAH DARI SUDU. Apa sudah jadi dgn LEBIH SUDU DARI KUAH? sudah tak relevan lagi ke? ini terdapat pada tajuk Ulasan Akhbar Hari Ini di RTM1 pagi Rabu 7 Mei 2008. Itu yg menghairankan - RTM guna pepatah diapa sendiri LEBIH KUAH DARI SUDU bukannya LEBIH SUDU DARI KUAH. Kalau Lebih Kuah Dari Sudu kira tak ada apa apa kejanggalan atau keganjilan tentang maksudnya, kerana ia sememangnya bersikap normal.

Tapi kalau nak sesuaikan dgn sikap biadap si mulut celupar Karpal Singh terhadap DYM Sultan Perak tu - LEBIH SUDU DARI KUAH memang amat sesuai sekali. Lagi pun ini pepatah Melayu yg diterimapakai sejak dari dulu lagi. Macam mana ni? bikin kabur dan mengelirukan saja. Masyarakat kita akan keliru tentang penggunaan pepatah Melayu, tambah lagi bagi mereka yg sedang belajar dalam subjek ini. Anak saya (sekolah menengah rendah) pun bertanya tentang tajuk pepatah yg digunakan yg tertera pada siaran Ulasan Akhbar itu.

Ini kerana apa yg dia orang belajar adalah bukan seperti yg ditonjolkan oleh RTM. Yang mereka pelajari ialah Lebih Sudu Dari Kuah (bukannya Lebih Kuah Dari Sudu). Adakah ini contoh yg baik di tunjukkan oleh RTM? Nampaknya di RTM banyak kedapatan bermacam macam kelemahan, kesilapan dan banyak perkara negatif yg sudah tentu tidak memberi manfaat kpd semua penonton.

Untuk perhatian yg berkenaan yg kurang keprihatinan di RTM:

Usahlah buang masa, buang duit rakyat (dok kena charge SMS) dok buat kajian hendakkan public opinion berkenaan sama ada 'perlu atau tidak jika masa siaran langsung sesi parlimen di RTM1 dilanjutkan tempoh masa siarannya'. Ini kerana kita sudah tahu akan maklumbalas jawapan mereka. Sudah pasti tentunya jawapan 'YA' yang jadi pilihan majority. Tentang nakkan maklumbalas dari SMS penonton, tak payah tunggu jawapan dari mereka la. Lu orang tak boleh agak ka?

Sudah semestinya 'majority' akan mengundi dengan jawapan 'YA'. Itu sudah tentu PASTI. THAT ONE FOR SURE punya. Adakah pihak RTM begitu naif hinggakan tidak dapat membaca tentang reaksi penonton? Perkara remeh dan mudah seperti ini pun hendakkan pungutan suara ka? Perkara seperti ini tidak payah nak perlukan jawapan. Jawapan yang sudah sedia ada terdapat dalam kepala otak.

Jawapan yang sudah semestinya positif dari pihak penonton. Tak payah bersusah payah memerlukan respon atau pungutan suara dari penonton lah. Apa mau susah susah buang masa dan membazirkan wang kocek penonton? Sekarang zaman kenaikan kos hidup. Satu sen pun harus diambil kira. (tolak sebelah lah bagi mereka yg sentiasa dapat habuan dari hasil sumber 'easy money' or 'hot-money').

YES! INDEED (for the hard-earned income earners - out of their blood, sweat & tears) ..... IN THIS HARD TIMES ...... EVERY SEN COUNTS. Kalau iya pun beriya-iya sangat nak lanjutkan tempoh masa siaran atau… Kalau pun nak lanjutkan masa sampai habis session sekalipun, buat sajalah. Kalau para penonton suka dia orang teruskan menonton. Jika tidak - dia orang nanti 'off' sajalah peti 'idiot box' tu. Mudah aje kan?

Kalau tidak .... lu orang just forget it. JUST FORGET IT .... ONCE AND FOR ALL. Apa nak susah susah? Kuasa semua itu dalam tangan lu orang sendiri. Dulu katanya nak cancel. Kenapa tak cancel? Ugut mengugut bukan main lagi? In the end - Kenapa pula decide nak teruskan? Ini nak dilanjutkan pulak lagi. Orang tak minta 'bonus', lu orang nak kasi 'bonus' pulak ya?

Bak kata member utara : NAK KASI .... KASI .... TOK SAH DOK PIKIAQ PIKIAQ PANJANG. TOK SAH DOK TERAGAK-AGAK...... ITU LAH .... INI LAH .... (marahkan pihak pembangkang ... hak rakyat sendiri terhalang ... kerana nak tunjuk kuasa). SENANG CAKAP : Kalau tak mau kasi CANCEL SAJA TERUIH ..... HABIS CERITA. Pinggan tak retak, nasi tak dingin.

End of the story. [common sense will tell you]

Tuesday, May 06, 2008

11 Bukti UMNO Makhluk Perosak Bangsa Melayu..

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


MASAALAH umat Melayu berpunca dari sikap UMNO yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam amalan oleh penjajah British. UMNO menerima kuasa dengan menambah lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf, kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu. Kata Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

“Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan UMNO. Malah orang Melayu sehingga beranggapan UMNOlah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.” Tegas beliau. (Sila lihat HARAKAH 4 Mei). UMNOlah, sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.

“…UMNOlah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah,” kata beliau lagi.

Ustaz Idris Ahmad, seorang lagi tokoh PAS menggariskan 11 sebab sebagai bukti menunjukkan pengkhianatan UMNO dalam merosakkan orang Melayu, contohnya, lihat DEB atau Dasar Ekonomi Baru.

Pertama: Kenapa setelah 50 tahun UMNO berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri (PM) dan menteri kabinet majoriti adalah orang UMNO. Begitu juga dengan Menteri Besar (MB)nya adalah orang UMNO.

Kedua: Sejak Rancangan Malaysia pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM 1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Kemanakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.

Ketiga: Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato’ Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau UMNO, DAP atau UMNO, PKR atau UMNO.

Keempat: Bukankah wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato’ yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan? Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin UMNO yang diamanahkan wang PPRT bebas kesana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi?

Kelima: Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.

Keenam: Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairi Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libera yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu? Apakah bapa dia salah seorang hartawan? Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10 ribu sebulan, Khairi baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB

Ketujuh: Kemana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?

Kelapan: Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP .Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar UMNO. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merudum daripada takhta.

Kesembilan: Adakah Patrik Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu? Sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu, tidak ada lagi yang miskin? Adakah ini manusia yang UMNO bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB?

Kesepuluh: Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65,156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan Pas Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin UMNO yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato’ Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi.

Kesebelas: Kalau benar UMNO mendakwa mereka tunggk DEB kenapa UMNO tidak bela orang Melayu di negeri Pulau Pinang satu ketika dahulu? Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS sebangsa dengan pemimpin UMNO yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang Melayu di negara ini?

Di Kota Bharu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pembentukan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) di Johor adalah satu tanda bahawa UMNO gagal dalam mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam. “UMNO sudah gagal jaga Melayu, tidak boleh diharap…agama gagal, Melayu pun tak jadi, sehingga terpaksa mengadakan kongres,”

Jadi tidak timbul soal PAS sudah lari dari perjuangan Islamnya. Yang lari dari perjuangan adalah parti-parti yang perjuangkan bangsa Melayu. Mereka sudah jadi pengkhianat dan makhluk perosak bangsa. Apa lagi bila orang bukan Melayu sudah mula menunjukkan ‘kuasa’ dalam pilihan raya baru-baru ini!


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 06-05-08. KL.

UMNO Terima Islam Syumul?

Oleh IKAN DUKANG


UMNO mendakwa kuasa Melayu terhakis. Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) melihat ketuanan Melayu tercabar. PAS menolak perpaduan Melayu yang sempit. PAS cukup terkesan dengan tingkah dan tindakan UMNO yang pernah menendang PAS dari keluarga BN setelah mereka kembali kukuh berkuasa.

Senario perpaduan Melayu ini sering ke udara dalam satu pola yang cukup jelas iaitu apabila UMNO di ambang kehilangan kuasa; baik dulu,kini dan mungkin juga selama-lamanya. Apakah PAS menolak sama sekali usaha ke arah perpaduan Melayu ini? Secara tersurat dan tersirat, jawapannya TIDAK. Cuma UMNO yang pura-pura tidak faham atau degil. Bukankah PAS pernah memberi syarat dan isyarat kepada UMNO dan tak pernah menokhtahkan peluang itu?

Berat sangatkah UMNO terima Islam yang syumul seperti kemahuan umat sebangsa dan seagama UMNO di dalam PAS? Sial benarkah UMNO kalau menerimapakai dasar dan perlembagaan PAS yang menguntungkan Islam? Apakah itu tak mungkin lagi mampu dilakukan oleh UMNO kerana bukan semua ahli UMNO terdiri daripada orang Melayu, rujukannya Sabah? Kalau benar demikian, buat apa lagi UMNO berdegar-degar bercakap tentang kuasa dan ketuanan Melayu kalau UMNO sedar bahawa bukan semua ahlinya Melayu? Apa kata nanti ahli-ahli UMNO bukan berbangsa Melayu di Sabah?

Kalau inilah dilemanya, ternyatalah UMNO cuba menipu orang Melayu. UMNO bersuara tentang hak Melayu agar dapat menawan hati orang Melayu. Dan orang Melayu yang mudah tergoda dan termakan hujah UMNO, mudah sahaja kembali menguatkan UMNO. Dalam erti kata lain, mereka menyalahkan dan meninggalkan PAS.

Umat Melayu sewajarnya sedar akan kepura-puraan UMNO dalam perjuangan ketuanan Melayu. Umat Melayu sewajarnya berbondong-bondong kembara ke wadah PAS yang berpegang kepada keyakinan ”Islam berdaulat, Melayu selamat.” Kalau umat Melayu pernah memberi 100 kerusi parlimen untuk UMNO, apalah salahnya kalau pada PRU13 akan datang umat Melayu berikan pula 100 kerusi kepada PAS? Dengan itu PAS dapat mengambilalih tampuk kuasa dan ketuanan Melayu melalui pendekatan Islam yang syumul, adil dan indah. Kita perlu ada pembangkang Melayu yang menjadi ”check and balance” kepada kerajaan PAS. Tugas itu wajar dimainkan oleh UMNO.

Nah, UMNO bersediakah kehilangan kuasa atau bertindak berani dengan menerima syarat dan isyarat PAS? Dan siapa yang lebih berani ; UMNO atau umat Melayuku?


Sunday, May 04, 2008

Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris.

APA yang hendak memperjuangkan sangat oleh kaum-kaum Melayu yang dikatakan pejuang bangsa dan pejuang bahasa itu?




Lihat sajalah betapa lumrahnya penggunaan bahasa Inggeris diseluruh negara, apatahlagi di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur, Putra Jaya dan disekitarnya. Terpampang dimana-mana. Tak perlu disenaraikan. Terlalu banyak. Boleh pandang dan lihat sendiri.
Ini bukan baru. Nama-nama bangunan, nama-nama syarikat, firma, premis perniagaan, nama-nama jalan (contoh terbaik Presint sebagai nama jalan di Putrajaya - nak meniru macam di New York konon yang menggunakan Precinct pada nama-nama jalan). Itu sudah menunjukkan bahawa kita amat berbangga dengan penggunaan bahasa Inggeris. Penggunaan dalam pertuturan satu - ini tidak menjadi persoalan kerana ianya sebagai satu bentuk medium perantaraan disegi komunikasi, apatahlagi bahasa Inggeris sebagai satu bahasa perantaraan antara bangsa di seluruh dunia.


Satu lagi - Penggunaan bahasa Inggeris (sebagai bahasa asing - foreign language) dalam memberi lambang dengan mengekalkan identiti adalah satu persoalan yang harus di pertikaikan dan dikekang (dicegah). Identiti disini bermaksud dalam memberi nama pada satu-satu 'landmark' atau 'mercu-tanda' juga pada nama yang menunjukkan identiti negara kita (sebagaimana contoh Presint diatas). Tentang 'bangga' akan sesuatu pun seharusnya sekadar berpatutan dan berpada-pada - tidaklah sehingga terjejas akan identiti kita sendiri.
Melayu Melayu kita yang cinta sangat akan bahasa hinggakan sanggup memberi sekatan atau ruang yang sempit untuk generasi akan datang agar terperangkap dengan hanya penggunaan bahasa sendiri.


Sedangkan bahasa Inggeris sendiri (bahasa antarabangsa) satu-satunya bahasa yang digunakan dalam pelbagai rujukan (tambah pula subjek seperti Science dan Mathematics). Apakah kita yang Melayu ni sanggup melihat anak-anak generasi baru kita terpaksa meraba-raba mencari-cari makna dan maksud dalam rujukan terhadap subjek Science dan Mathematics yang sudah semestinya banyak yang terdapat kajian-kajian maklumat dalam bahasa Inggeris? Jika dan apabila mereka yang diajar dalam bahasa pengantar bahasa Melayu, sudah tentu terpaksa pula kena belajar juga penggunaan bahasa Inggeris dikemudian hari untuk memahami kajian-kajian seterusnya (extra-learning and for pursuing further studies like specialists and so on). Tidakkah itu dikira dah terlambat? atau bila dah terdesak, barulah tergesa-gesa mencari peluang untuk mempelajari bahasa Inggeris, sedangkan peluang yang ada sekarang memang boleh didapati dari awal lagi dibuang atau ditolak, semata-mata kerana untuk menjaga martabat bahasa Melayu, yang tidak sepatutnya dibangkitkan langsung.


Ini kerana apa yang sedang berlaku pada bahasa Melayu kini pada penggunaan secara menyeluruh, nyata sekali bercelaru dan berterabur dan memang tidak terurus sejak sekian lama lagi. Ini semua amatlah jelas dan nyata terbukti dan dapat kita semua menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri dipersekitaran kita juga pada seluruh negara 'amnya. Jadi, kenapa baru sekarang baru terfikir untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu? Kita kalau mengaku sebagai pejuang bahasa sepatutnya membersihkan dulu segala apa jua kotoran, kepincangan dan pencemaran bahasa yang wujud sekarang, yang berada didepan mata kita, dimerata pelusuk persekitaran dan negara keseluruhannya. Cuci segenap sampah kotoran yang bertaburan didepan mata, dihalaman persekitaran 'rumah' kita dulu.


Bukan nak jaga benda atau perkara yang maseh belum berlaku (sama ada positif atau negatif) - kita perlu kena bersihkan dulu kotoran yang memang dah lama terpalit sejak sekian lama dulu. Tindakan itu yang harus di ambil terlebih dulu. Bila dah berjaya dihapuskan segala pencemaran dan nyata menjadi bersih, kemudiannya barulah boleh mendabek dada yang diri kita sebagai 'pejuang bahasa'. Kenapa hendak memberi tekanan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek matapelajaran Science dan Mathematics, sedangkan penggunaan bahasa Inggeris sememangnya semakin berleluasa penggunaannya oleh semua peringkat lebih-lebih lagi dari kalangan orang Melayu sendiri (terutamanya yang kononnya bertaraf intelek).


Ini dapat kita lihat dan tontoni dimerata-rata majlis apatah lagi di rancangan-rancangan TV dalam pelbagai bentuk dan persembahan. Pak pak menteri sendiri dan ahli-ahli politik Melayu kita pun apa kurangnya, masing-masing ghairah menggunakan bahasa Inggeris dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua maupun dalam pertuturan mereka. Jika tidak nanti dikata orang, mereka semua tu tidak 'English-educated' - jadi menjatuhkan martabat dan credibility mereka seolah-olahnya. Disini nampak puak-puak Melayu sendiri yang terasa martabat mereka jatuh disebabkan tidak pandai berbahasa Inggeris. Justeru itu, dimana kedudukan Melayu yang kononnya memperjuangkan martabat bahasa demi bangsa Melayu? Adakah itu semua hanya sekadar retorik sahaja? Nampak-nampaknya begitulah.


Dengan penggunaan istilah Inggeris di campur-aduk bersama bahasa pertuturan Melayu sehingga diterima pakai dengan begitu senang dan menyeluruh oleh orang Melayu kita sendiri, secara tidak disedari ianya sudah menjadi lumrah dan dengan sendirinya sudah dianggap relevan. Jadi, jika hanya segelintir sahaja pejuang bahasa dari kalangan orang Melayu kita yang kononnya bermati-matian kini untuk mempertahankan maruah dan martabat bahasa dan bangsa kita, tidak mungkin boleh mengubah kehendak dan kecenderungan majoriti. Mungkin tidak akan dapat sambutan menyeluruh.


Mengapa baru sekarang barulah sedar dan terasa untuk bangkit memperjuangkan semua ini? Sedangkan badan yang seharusnya dan sepatutnya menjaga dan mengendalikan kedaulatan bahasa Melayu (iaitu Dewan Bahasa Pustaka sendiri) pun tidak kisah dan tidak begitu ambil peduli dan ambil berat tentang kepincangan bahasa Melayu yang telah pun tercemar sejak sekian lama. Kini baru badan-badan seperti Gapena yang kononnya pejuang bahasa baru bangun dari tidur-lena, terkejut tersentak, baru sedar akan bahasa Melayu sedang menuju kemusnahan dan kehancuran? Kenapa apa yang berlaku dulu itu, mereka tidak nampak? Kenapa sekarang, baru nampak?


Satu soalan untuk para pejuang bahasa yang dikatakan pencinta bahasa Melayu dan 'Pejuang Melayu' konon-kononnya - Sejak dari dulu lagi - kenapa anda sekalian tidak mempertikaikan nama atau jenama UMNO itu sendiri? U.M.N.O. singkatan kepada United Malays National Organization. Kan menggunakan bahasa Inggeris tu? Kan itu bahasa penjajah Inggeris yang menjajah kita sejak beratus-ratus tahun dulu? Kenapa diam membisu dalam isu seperti itu? Tunjuk lah kepahlawanan anda dalam memperjuangkan martabat bahasa dan maruah bangsa, sebagaimana yang senantiasa dicanang-canang dan dilaung-laungkan. Dimanakah langkah pertama dalam usaha perjuangan mereka semua?


Padahal isu yang dibangkitkan diatas (mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam nama singkatan UMNO itu sendiri) sepatutnya di perbetulkan dan dibubarkan jika bahasa Inggeris dianggap sebagai pengaruh penjajah yang harus dihapuskan dari minda pemikiran anak bangsa kita seterusnya. Dari situlah seharusnya langkah pertama dimulakan oleh mereka yang dikatakan pejuang bahasa dan juga pejuang bangsa. Mengapa ini tidak berlaku? Sekian.


ikhlas dari,
Bahadon

Bisik-bisik Maufakat UMNO-PAS

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:




PAGI awal hari-hari Buruh, saya dipanggil oleh seorang kawan PAS dari Kelantan ajak bertemu. Konon ada perkembangan terbaru berlaku di sana di kalangan rakan-rakan dari PAS. “Khabarnya ada gerakan sedang berjalan lancar untuk pertemukan dua parti politik akar umbi orang Melayu iaitu UMNO dengan PAS.”

“Suatu perkembangan menarik.. Siapa mereka itu?” Dia sebut dua nama. Iaitu bekas pemimpinorang-orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam belia Islam dulu.

“Barangkali ada kena-mengena dengan Kongres Permaufakatan Melayu yang sedang berjalan di Johor Bharu sekarang??” Saya tanya lagi.

Kerana kalau dilihat kenyataan Presiden TERAS (Teras Pengupayaan Melayu), Mohd Azmi Abdul Hamid di Kongres Permaufakatan Melayu tersebut (lihat Harakah 3 Mei), “Kami berpendapat bahawa UMNO/BN mesti menerima hakikat bahawa sokongan yang menurun pada Pilihan Raya Umum lalu dilihat seabagai kehilangan keyakinan orang Melayu terhadap kepimpinan dan pemerintah yang ada sekarang…

Mesej pengundi Melayu tidak boleh dilihat sebagai suatu gugatan kepada kedaulatan orang Melayu tetapi sebagai suatu kematangan dan sikap kritikal orang Melayu menilai kepimpinan yang sedia ada.”

Lebih menarik lagi, katanya, “Kami berpendapat kekuatan orang Melayu mesti disandarkan kepada Islam sebagai teras kepada pemulihan bangsa. Jika Kongres tidak mengakui hakikat ini kami tidak nampak ia akan memberi apa-apa makna kepada memulihkan nasib bangsa.”

Menurut beliau, kelemahan orang Melayu sebenarnya adalah terletak kepada kekuatannya menghayati Islam seutuhnya. TERAS tidak melihat orang Melayu hanya boleh bergantung kepada perlembagaan semata-mata untuk menjamin kedudukannya. Sehingga orang Melayu dapat merubah nilai dan jati dirinya supaya kembali kepada Islam seutuhnya, selagi itu nasib bangsa ini tidak akan dapat terjamin, ujar Mohd Azmi.

Pada pandangan saya pula, kalau UMNO boleh menerima Islam sebagai asas perjuangan mereka dan mempraktikkan Islam secara syumul, maka tidak ada sebab PAS akan menolaknya. Pernah pemimpin-pemimpin PAS berceramah, ‘...kalau UMNO mengumumkan sanggup menerima Islam sebagai dasar negara pada jam 12 malam ini (masa ceramah), maka pada 12.05 minit malam ini juga kami akan mengistiharkan pemmbubaran PAS!’ Disambut dengan takbir yang menyeluruh oleh ahli-ahli PAS.

Kalau betul UMNO nak Islam, tak perlu tukar banyak.. United Malay National Organization menjadi United Muslim National Organization. Namun namanya tetap masih UMNO, cuma ‘Malay’ diganti dengan ‘Muslim’. Kalau orang bukan Melayu boleh menerima dasar nasionalis Melayu mentadbir mereka yang memang tidak sama dengan nasionalis Cina dan India… juga tidak ada sebab mereka akan menolak Islam, yang menjadi anutan bangsa mereka di negeri China dan negeri India, yang jumlahnya lebih ramai dari seluruh penduduk Malaysia ini.

Maka tugas kitalah untuk menerang dan meyakinkan mereka yang bukan Islam, hatta kepada orang Melayu sendiri.

Wallahu ‘aklam. Sekian catatan santai untuk kali ini.


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 3 Mei 08. KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails