Wednesday, July 30, 2008

Naik Melalui Berniaga Di China, Bagaimana?

Ibnu Hasyim: Catatan Santai

TERTARIK saya dalam Utusan Malaysia hari ini ruangan ‘Bicara Agama’ bertajuk ‘Shahabudeen: kreatif cipta peluang’ Oleh Zuarida Mohyin mengenai peluang berniaga di China. Begini ceritanya..




Klik disini untuk baca artikel ini

Anda boleh berkongsi pengalaman dengan kawan saya ini mengenai peluang-peluang perniagaan di China. Demikian Catatan Santai kali ini. Wallahu ‘aklam.



ibnuhasyim. com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Julai 30,2008. KL.





Tuesday, July 29, 2008

Kerajaan Bertukar, YB Hamdan Tetap Bela Rakyat..



Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
Dari DUN Pulau Pinang.



(gambar katun:
memfitnah PAS)


MENILAI YB Hamdan Abdul Rahman sebagai Wakil Rakyat Permatang Pasir yang tunggal dari PAS, memegang banyak penggal berturut-turut, maka elok kita lihat ucapannya mengulas perbahasan 21 Julai 08di DUN Pulau Pinang. Antara kandungan yang menunjukkan prihatin kepada rakyat adalah mengenai gerai terbiar, kata beliau …


“…terdapat 182 buah gerai di dalam Daerah SPT dan SPU yang dibuat oleh MPSP melalui kerajaan yang lalu dikenali pasti terbiar dan tidak beroperasi walaupun telah siap dibina 18 tahun lalu. Gerai-gerai tersebut yang melibatkan kos jutaan ringgit itu sekarang hanya dipenuhi semak samun atau menjadi sarang penagih dadah berkhayal setiap malam.. Gerai-gerai yang saya maksudkan itu terdapat :


Lorong Perusahaan Sungai Lokan = 16 buah.
Lorong Mak Mandin 5/3 = 16 buah

Gerai Perusahaan Ringan Juru = 35 buah.
IKS Bukit Minyak = 120 buah
.


Tinjauan yang kita buat atau faktor yang paling ketara kenapa gerai tersebut tidak dapat beroperasi ialah kedudukannya yang tidak strategik keterbelakang dan tersorok seolah-olah projek yang dibuat itu sekadar orang kata ‘projek asal buat’ tanpa perancangan yang teliti atau mungkin yang dibuat itu hanyalah untuk kepentingan kroni sahaja.”


Mengenai projek perumahan mampu milik menurut beliau.. “… ada menyebut mengenai perumahan untuk rakyat khususnya rumah-rumah yang bertaraf kos rendah dan kos sederhana rendah. Dalam hal ini kerajaan pakatan rakyat haruslah mengujudkan satu dasar perumahan yang benar-benar dapat memberikan peluang kepada setiap rakyat kita dapat membeli dan memiliki rumah di negeri kita Pulau Pinang ini. Kerajaan harus mengkaji dengan sebaik mungkin untuk mengetahui berapa banyak lagikah rakyat kita yang perlu kepada rumah atau berapa banyakkah lagi rakyat kita yang tidak mempunyai rumah.


Mereka-mereka atau rakyat yang tidak mempunyai rumah ini bukan kerana mereka tidak mahu kepada rumah ini bukan kerana mereka tidak mahu kepada rumah tetapi kemampuan mereka untuk membeli rumah itu adalah terhad kerana rumah-rumah yang dimajukan melalui syarikat-syarikat swasta di negeri ini tidak mampu dibeli oleh rakyat kita kerana terlalu mahal. Kerana selalunya rumah-rumah yang dibuat syarikat swasta kebanyakkannya rumah kos tinggi yang menjurus lebih kepada bentuk komersial dan mereka tidak begitu berminat untuk membuat rumah kos rendah kerana ia kurang menguntungkan .


Oleh itu kalau perlu kerajaan harus menubuhkan Stata Housing Board dengan izin atau Lembaga Perumahan Negeri bagi mengendalikan persoalan perumahan mampu beli untuk rakyat ini.


Beliau juga menyebut mengenai Reserve Fund MPPP dan MPSP, banjir kilat, Jabatan Agama Islam (JAIPP) & lokap, Warisan Melayu Pulau Pinang dan tuntutan geran tanah. Mengenai geran tanah kata beliau…


Beratus-ratus penduduk di beberapa buah kampung sekitar Kepala Batas masih tidak mendapat geran tanah kediaman sampai ke hari ini sedangkan mereka telah selesai membayarnya belasan tahun dahulu. Antara kampung terbabit ialah Kampung Kubang Menerong, Pokok Jenerih, Kampung Tasek, Pinang Tunggal dan banyak lagi. Perkampungan terlibat merupakan estat getah kepunyaan Bertam Estate yang dibeli oleh Bank Persatuan daripada individu bernama Arumugam Pillai setelah didesak oleh penduduk kerana khuatir berlaku perpindahan.


Setelah Bank Persatuan mengambil alih jelasnya, mereka membuat lot dan dikenakan pada penduduk dengan kadar bayaran RM400.00 seekar. Ramai antara mereka yang telah membayar dan akhirnya tunggakan sehingga ribuan ringgit. Jadi untuk mengekalkan penempatan di sini kami terpaksa mencari wang dengan berbagai kaedah untuk menyelamatkan daripada tergadai kepada bank tersebut. Dan ramai diantara telah meninggal dunia sebelum sempat melihat geran tanah milik sendiri


Dan kita hairan kenapa pihak Bank Persatuan yang beroperasi di Butterworth dan Kepala Batas tidak menyerahkan geran tanah tersebut walhal rata-rata semuanya telah selesai. Kerajaan baru harus membantu dan campurtangan dapat memyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk penduduk berkenaan ..”


Walaupun kerajaan negeri telah bertukar, namun beliau tetap terus memperjuangkan nasib rakyat sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam bawaan PAS tidak mengira apa agama dan kaum. Syabas Saudara Hamdan!


Sekian catatan santai dari DUN Pulau Pinang. Wallahu ‘aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Julai29, 08. KL.

Hajah Mumtaz: Keretapi Laju Ke Kelantan?


Ibnu Hasyim: Catatan Santai Dari Dewan Negara


KALI ini kita berkisar pula sekitar lapuran Dewan Negara Khamis, 24 Julai 2008. Mesyuarat dimulakan dengan doa pada 10 pagi. Seterusnya setelah persidangan berjalan lancar kita lihat pertanyaan dari Puan Mumtaz dari PAS…


Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) perancangan untuk mengembangkan monorel atau LRT di Bandar
raya lain; dan
(b) adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan koc kereta api laju
ke Kelantan demi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menjawab: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan saya ringkas sahaja tidak ada rancangan kerajaan untuk mengembangkan sistem monorel dan juga LRT di bandar-bandar yang lain kecuali Pulau Pinang dalam kajian pada masa kini. Walau bagaimanapun, saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa ada terdapat negeri-negeri yang telah memohon seperti negeri Sabah, Melaka dan Johor, ini pun dalam kajian.


Jika sekiranya kajian ini mendapati ada keperluan bagi negeri-negeri ini, maka projek ini akan diswastakan. Bagi cadangan Yang Berhormat, apakah ada rancangan kerajaan juga untuk memperkenalkan koc kereta api yang laju, ini pun tidak ada. Namun demikian saya ingin maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat dari Kelantan bahawa kereta api ekspres biasa akan beroperasi pada masa kini iaitu daripada KL-Tumpat dan Tumpat-KL akan sentiasa beroperasi pada setiap hari iaitu di mana kereta api KL-Tumpat akan bertolak pada jam 8.30 malam dan tiba pada keesokan harinya ke Tumpat 9.55 pagi. Begitu juga di sebaliknya Tumpat-KL akan berlepas daripada Tumpat pada jam 6.30 petang dan sampai pada 7.38 pagi keesokan harinya. Sekian.


Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya, sekiranya kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mengembangkan monorel dan LRT ke bandar raya lain, berapakah bilangan koc yang akan dibeli untuk monorel dan LRT dalam masa terdekat untuk keperluan bandar raya Kuala Lumpur?

Kedua, memandangkan peningkatan monorel dan LRT pada masa sekarang, berapa kerapkah pemantauan dan penyeliaan yang dibuat pada koc-koc untuk menjamin keselamatan dan keselesaan para penumpang kerana baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar tempatan terdapat beberapa koc yang mengalami masalah tiada elektrik pada waktu puncak. Terima kasih.


Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat. Sebenarnya buat masa kini, koc-koc yang ada cukup untuk kegunaan para penumpang. Namun demikian saya ingin maklumkan bahawa ada peningkatan penumpang masa kini apabila harga minyak naik di antara 30-50% peningkatan penumpang. Mengenai dengan soalan Yang Berhormat tentang keselamatan elektrik dan sebagainya. Ini tidak dapat dielakkan walaupun kita tambah koc kita tetapi kalau elektrik kita black out memang sukar untuk dielakkan. Jadi, saya ingat soalan Yang Berhormat itu dalam kes-kes terpencil lah. Terima kasih.


Sekian catatan santai dari Dewan Negara, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Julai29, 08. KL.

Lagi Projek Bantu Rakyat Miskin Di Selangor.


Ibnu Hasyim: Catatan Santai



SAYA terima e-mail berbunyi, ‘Hadiah RM1000 untuk IPTA dan IPTS’. Antara kandungannya menyebutkan… ‘Perkara/Agenda ialah hadiah RM100 IPT. Tarikh Perlaksanaan Julai 2008, tarikh proses 1 Julai 2008.



Syarat Kelayakan: Warganegara Malaysia,
- Rakyat DYMM Sultan S'gor - Pemohon lahir di S'gor & Ibu atau bapa lahir di S'gor
- Masuk Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 sahaja
- Sepenuh masa di IPT diiktiraf Kerajaan peringkat Ijazah Sarjanamuda atau Diploma sahaja
Telahpun mendaftarkan diri. - Pendapatan seisi rumah berjumlah RM1,500 ke bawah.



Prosedur Permohonan: Borang diambil di lobi SUK (mulai 23 Jun 2008) atau
-Borang boleh dimuat turun daripada internet www.selangor.gov.my (mulai 1 Julai 2008)
-Borang boleh diambil daripada pejabat-pejabat ADUN ataupun pejabat daerah (mulai 1 Julai 2008).

Prosedur Serahan: Borang-borang yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang telah disahkan boleh diserahkan (melalui tangan ataupun pos) ke:-


Pejabat SUK Shah Alam, di tingkat 3,
Bangunan Pengurusan Sumber Manusia,
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
No Hubungan(03) 5544 7480 / 7481 / 7482


Saya rasa berkewajipan untuk memanjangkan hal ini kepada anda semua, walaupun sudah agak terlewat, kerana saya baru lihat balik e-mail-e-mail kepada saya hari ini.. Terutama kepada kawan-kawan yang sentiasa dianaktirikan di bawah pemerintahan BN dulu, contohnya seperti saya sendiri yang pernah mengalaminya. Kalau nak cerita..panjang. Tunggu di waktu yang lain.


Demikian Catatan Santai kali ini. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim. com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Julai 08. KL.






Monday, July 28, 2008

Jangan Membazir Urus Wang Negara -Dr Siti Mariah



Ibnu Hasyim: Catatan Santai Dari Parlimen


KITA pilih ucapan Dr Siti Mariah binti Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja dari PAS, di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 2 Bil 33, Rabu 16 Julau 2008, semasa membahaskan RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2008) 2008 Bacaan Kali Kedua. Inilah ucapan beliau yang disunting dari laman web Parlimen Malaysia…


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya bersama-sama membahaskan mengenai anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat balik kepada anggaran perbelanjaan ini memanglah kebanyakannya adalah untuk mengurus. Jadi saya merasakan bahawa kerajaan kita banyak membelanjakan untuk pengurusan dan kita kena ingat kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai yang membuat keputusan, menteri-menteri kita diamanahkan ataupun kerajaan diamanahkan untuk mentadbir dan mengurus wang rakyat.


Ini adalah satu amanah yang besar. Jangan sampai kita dalam mengurus kewangan negara ini membazir, tiris ataupun bocor di dalam penggunaan wang ini. Saya hendak memberikan beberapa contoh yang saya rasakan tidak patut berlaku kerana sedangkan rakyat kita sekarang ini terutamanya dahulu pun ramai yang susah tetapi sekarang makin susah. Sekarang kalau kita lihat majlis-majlis keraian yang diadakan oleh manamana jabatan sekalipun untuk mesyuarat, untuk program-program perasmian dan sebagainya sebahagian besar kewangan itu digunakan untuk perbelanjaan ini.


Ini adalah perbelanjaan hangus dan kita lihat bahawa kadang-kadang jamuan yang dihidangkan dengan menu-menunya dan sebagainya ini adalah wang rakyat. Kadang-kadang saya tak faham kenapa bila kita pergi mesyuarat maka makanan tengah hari disiapkan. Makan tengah hari disiapkan... ...dan bila kita lihat di situ bukan disiapkan hanya untuk orang yang bermesyuarat tetapi kadang-kadang hampir satu jabatan akan tumpang makan sekali. Saya rasa kita patut ubah budaya ini kerana ini adalah wang rakyat. Ramai rakyat kita susah sedangkan kita bergaji tinggi.


(Ada YB yang minta laluan bercakap, tapi tidak diberi..) Kalau kita pergi keluar negara kalau kita lihat kalau disiapkan makanan pun ala kadar. Mungkin hanya sandwich atau kuih-muih tetapi tidaklah elaborate dengan izin seperti yang berlaku... ...di negara kita ini. Ya. Jadi saya minta amanah ini... ...semua orang yang mempunyai kuasa membuat keputusan, membuat bajet dan segala-galanya... Mesti ingat duit ini duit rakyat. Sekiranya ada di antara rakyat kita yang kebuluran, tidak makan satu hari, kita menanggungnya. Ini amanah. Jadi saya harap begitu.


Begitu juga saya harap menteri-menteri, pegawai-pegawai tinggi, kalau tidak betul saya, tolong betulkan. Risalah di hadapan saya ini menunjukkan bahawa ada elaun-elaun sehinggakan RM40 ribu setahun kepada Perdana Menteri atau kepada menteri, tolong verify. RM40 ribu setahun untuk dapur dan perhiasan rumah. Peruntukan percutian, tiket penerbangan RM50 ribu, untuk hotel, duit poket dan sebagainya. Bil elektrik percuma ditanggung kerajaan, telefon percuma ditanggung kerajaan. Saya minta perkara-perkara ini disemak semula. Ini kerana kalau kita hidup sebagai rakyat biasa pun, bil telefon tidak rasmi mesti kita tanggung sendiri. Kenapa perlu rakyat menanggung bil telefon kita ini?


Kalau kita melihat kepada Sayidina Umar Al-Khattab, Sayidina Abu Bakar, kita mesti melihat balik kepada para sahabat-sahabat ini bagaimana pemerintahan mereka yang menjaga amanah rakyat ini. Banyak lagi pembaziran dan pemborosan yang berlaku di dalam negara kita. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ingatlah kalau kita hanya memikirkan hanya untuk mengayakan manusia, banyak mana pun rakyat tidak akan merasa cukup. Begitu juga para menteri, banyak mana pun tidak akan mencukupi. Jiwa dan hati rakyat perlu kita lunakkan dengan contoh yang baik daripada pemimpin-pemimpin.


Kalau setakat 10% kita memotong elaun kita, ini tidak mencukupi. Ini tidak mencukupi kerana banyak lagi elaun yang lain. Saya kadang-kadang bila sudah jadi wakil rakyat ini, pagi orang bagi makan, tengah hari orang bagi makan, malam orang bagi makan, saya pun hairan. [Disampuk] Ini saya hendak beritahu kerana kenapa perlu rakyat menjamu kita? Kenapa perlu jabatan-jabatan menjamu kita? Kita menjalankan tanggungjawab kita. Kita ada gaji kita, elaun kita untuk kita beli makan tengah hari kita, makan pagi kita, makan malam kita. Ini saya minta kita semua mengambil tanggungjawab ke atas perkara ini.


Kedua ialah saya ingin menyebut mengenai... (Ada YB-YB yang minta laluan bercakap, tapi tidak diberi..) ...pertambahan RM20 juta lagi. Saya menyokong untuk Orang Asli dan sebagainya. Cuma saya hendak bertanya, dari mana peruntukan kerajaan ini diambil kepada penghulu-penghulu Pusat? Dari mana akan diambil elaun-elaun untuk JKKP ini? Adakah ia daripada wang ini? Kita hendak tengok di dalam Parlimen ini dibentangkan banyak mana dihabiskan kepada JKKP dan penghulu-penghulu Pusat ini.


Mereka, bagi saya, adalah ejen-ejen UMNO untuk memastikan dan kerja mereka adalah kerja politik, pelantikan politik dan kehadiran mereka di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat adalah untuk memecahkan masyarakat kita di sana. Tuan-tuan, eh tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian... [Disampuk] Ya, ya, minta maaf. Masih tersasul, tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak patut kewangan Persekutuan bukan sahaja digunakan untuk JKKP ini tetapi saya hendak tanya tiap-tiap kali pak menteri-pak menteri turun, pegawai-pegawai kementerian turun untuk urusan-urusan parti, kewangan mana yang digunakan. It’s high time, dengan izin.


Kita asingkan tugas politik kita, kerja politik kita daripada tugas kerajaan. Kita mesti mengasingkan political work from governmental work. Government and party is not the one and the same thing, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kalau-kalaulah kita menggunakan, misalnya turun untuk kerja-kerja parti dengan wang rakyat, kami tidak reda, kami tidak halal kerana itu adalah wang rakyat... ...dan parti tidak berhak mengguna wang rakyat untuk kerja-kerja parti. (Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak mencelah: Menteri Besar Perak yang buat kerja ini.) Tuan Yang di-Pertua, kenapa sensitive sangat? Kalau betul Menteri Besar menggunakan… (Ramai yang mencelah.)


Saya ingin menyentuh mengenai kuota. Saya bukan tidak menyokong kuota meritokrasi. Saya sokong. Tadi bila Yang Berhormat Batu Pahat menyebut mengenai wanita merasa terhina sekiranya kita menggunakan kuota kerana wanita sekarang hendak dia diiktiraf sebagai orang yang layak kerana kemahirannya, kebolehannya dan bukan kerana dia seorang wanita. Begitu juga saya rasa kalau kita menggunakan sistem kuota tanpa panduan yang baik, berasaskan meritokrasi, maka kita menghina bangsa kita sendiri. Kita orang Melayu patut sampai ke satu tahap bila kita hendak teruskan kuota dan yang tidak berasaskan meritokrasi. Ini kerana kalau kita sayangkan mereka, kita sayangkan anak-anak kita, mereka perlu belajar bersaing dengan pelajar lain.


Saya bersetuju dengan Pasir Mas mengenai meritokrasi. Bila kita bercakap mengenai meritokrasi, kita tidak hanya bercakap mengenai meritokrasi berasaskan kelulusan akademik. Dalam meritokrasi itu, faktor seperti pendapatan keluarga, sekolah dari mana mereka datang, mana mungkin kita membezakan seorang penuntut yang mendapat 9A daripada MCKK misalnya, dengan seorang murid yang mendapat 9A daripada Sekolah Menengah Pokok Sena di Padang Terap. Itu sekolah saya dahulu. Tidak mungkin kita membezakan. Jadi tentulah kalau ada dua manusia, dua penuntut dengan sama keputusan akademiknya, meritokrasinya dan tempatnya terhad, tentulah kita bagi kepada mereka yang dari sekolah luar bandar.


Bagi saya, kita orang Melayu tidak patut takut dengan soal meritokrasi dan system meritokrasi jika sekiranya sistem meritokrasi itu diberi weightage.. (Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan masa sudah habis.) ...ataupun pemberatan yang adil, maka kita akan lihat selagi mana orang Melayu yang miskin yang berada di luar bandar memerlukan bantuan daripada kerajaan, maka mereka tetap akan mendapat bantuan ini. Sekiranya mereka ini adalah daripada bangsa lain sekalipun, jika kita menggunakan pemberatan yang adil, maka mereka juga patut diberi bantuan. Tidak timbul soalan bila kita membuat meritokrasi, maka orang Melayu akan terpinggir.


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.”

Sekian catatan santai dari Parlimen Malaysia, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 20-07-08. KL.

Sunday, July 27, 2008

Sanggah Ibnu Hasyim, 3 Perkara Jangan Ragui Anwar!



Mengulas kenyataan ‘Muzakarah/Kerjasama PAS/UMNO Wajar -Dr Mohd Hasyim BY ASYOK KUMAR'


SAYA rasa kita tidak perlu meragui akan DSAI sebab beliau sebenarnya bukan perkara yang terpenting. Cuma sekarang beliau pengerak utama untuk memberikan pembaharuan dan harapan kepada RAKYAT.


Ada tiga perkara yang tidak akan berubah tak kira bagaimanapun situasi politik tanahair, iaitu:


1) Orang MELAYU dan ISLAM sebagai penduduk majority negara ini tidak akan kehilangan pengaruh walaupun dalam keadaan sebagaimanapun. Apa yang berlaku sekarang dalam pemerintahan sekarang (BN dan UMNO), yang dipentingkan bukan bangsa atau agama, yang paling penting ialah kepentingan sendiri. Bila BN dan UMNO tumbang, secara otomatik politik negara akan berubah dimana MELAYU dan ISLAM akan masih menjadi pengaruh yang dominat.


2) DSAI mungkin akan jadi PM, akan tetapi PM kedua dan selanjutnya akan juga orang MELAYU dan ISLAM dan bermungkinan dari PAS. Akan tetapi, yang pasti dalam keadaan sekarang, walaupun PAS bergabung atau masuk UMNO atau berkerjasama dengan UMNO, orang PAS tak akan menjadi PM atau pengaruh dominat bila keadaan stabil semula dan UMNO kuat semula.


3) Pada orang bukan ISLAM dan bukan MELAYU, realitinya ialah mereaka tak akan menjadi pengaruh dominat akan tetapi menjadi satu factor 'safety' untuk mewujukkan satu keadaan untuk pembaharuan bila keadaan amat sangat memerlukan saperti sekarang. Pembaharuan ini bukan untuk saja kebaikan negara tetapi juga untuk BANGSA dan ISLAM. Yang bukan MELAYU dan ISLAM cuma harapkan satu corak pemerintahan yang adil tanpa kira kaum. INGAT dalam ISLAM perkauman adalah tidak dibenarkan.


Jangan terlalu bimbang dengan DSAI sebab beliau bukan segalanya. DSAI cuma satu factor untuk pembaharuan. Dalam dunia sekarang berkenalan dengan tokoh bangsa lain yang dianggap anti-ISLAM tak semestinya orang itu juga berfahaman sebegitu. Kalau HADI Awang berbincang dengan UMNO, adakah dia juga macam orang UMNO juga?. Yang mengaku ISLAM tidak semestinya baik sesama ISLAM,lihat apa telah berlaku di negara Teluk dan Afrika, ISLAM BUNUH ISLAM.


Yang penting AGAMA mengajar kita kesederhaan. Keadaan rakyat menentang Kerajaan sekarang adalah sebab ia telah keterlaluan, rasuah dan penipuan sudah jadi amanah biasa. Adakah kalian rasa BN dan UMNO boleh direform lagi?.Yang pasti Rakyat berbilang Kaum Malaysia secara umumnya boleh berbincang dengan baik demi kepentingan bersama selagi tidak ada fahaman extreme.


Bukan agama kita juga mengajar kita akan kesederhaan?


Anonymous
July 27, 2008 12:19 AM




Tulisan Asal: Sunday, July 20, 2008: ‘Muzakarah/Kerjasama PAS/UMNO Wajar -Dr Mohd Hasyim’ BY ASYOK KUMAR

UKAY PERDANA 20 Julai –PAS perlu berfikiran terbuka, bahkan bersikap tegas supaya jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang, dalam soal muzakarah dengan UMNO, bahkan sehingga ke peringkat kerjasama memerintah negara. PAS perlu tegas mempertahan prinsip perjuangannya dan membela rakyat tertindas tidak kira kaum seperti yang dikehendaki oleh agama Islam dengan membelakangkan kepentingan peribadi-peribadi tertentu.

Demikian pandangan Dr Mohd Hasyim, selaku Presiden Group Universiti Ulu Klang dalam suatu majlis pertemuan bersama ahli-ahlinya di sini malam tadi. Contohnya, antara tuntutan yang wajar dikemukakan ialah melaksanakan hukum dan perundangan Islam di negeri yang dimenangi oleh PAS, menurunkan harga minyak supaya tidak membebankan rakyat, menghapuskan ISA, membebaskan tahanan-tahanan politik yang ada kaitan dengannya, memberi kuasa penuh kepada penghapusan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, merancang program baikpulih ekonomi rakyat dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, kuasa ke arah melaksanakan hal-hal tersebut perlu didapati, samada melalui jawatan atau jabatan yang se wajarnya. Tidak kira samada muzakarah atau kerjasama dengan parti atau kumpulan mana sekalipun samada pemerintah atau pembangkang, kalau hal-hal tersebut tidak dapat dilaksanakan, maka muzakarah atau kerjasama tersebut adalah sia-sia dan buang masa sahaja.

“Mana-mana muzakarah atau kerjasama dengan parti-parti yang mampu memberi ruang perlaksanaan hal tersebut kepada PAS, maka barulah muzakarah, kerjasama atau kongsi kuasa itu dianggap wajar…” Jelas beliau lagi yang juga seorang penulis webblog.

Ditanya mengenai maksud ‘jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang’, katanya, “Kongsikuasa PAS/ UMNO 1969, di mana PAS ditipu UMNO, ditendang keluar dari BN diharapkan jangan berlaku lagi. Juga diharapkan jangan ditipu pula oleh pakatan yang akan memerintah!”

Muzakarah: Tulisan Ibnu Hasyim Pembuka Minda? - Al-Banjari



Update : Plan Abu Bashir ? Pendekatan inikah yang diambil ! Malaysiakini


BILA topik panas tentang "isu rahsia ?" menjadi strategi politik di Malaysia muktahir ini... juga bersetujukah kita tentang apa yang dikhabarkan di buletin utama berita TV3 sebentar tadi bahawa umno setuju dialog dengan Pas. malaysiakini, sedangkan cerita-cerita itu telah mula tersebar diblog penarik beca yang mencetus kontroversi bila di simbol sebagai fitnah, namun spekulasi itu telah di"yes"kan oleh TG DS Hadi Awang di ruangan bicara presiden, harakah online " Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? ". Lihatlah, dan ambillah tulisan Ibnu Hasyim ini sebagai pembuka minda, andai strategi ini akan dipraktikan bagi kesinambungan ketuanan melayu dan islam ?


“ ADAKAH tindakan Osama Laden yang dianggap pengganas oleh masyarakat dunia antarabangsa masa kini bertentangan dengan kehendak agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW??” Masih ada yang bertanya.


Jom kita teliti sejarah di zaman Nabi SAW…


Abu Bashir seorang penduduk Makkah
.Dengan diam-diam beliau meninggalkan Makkah, kerana sudah lama beliau masuk Islam secara sembunyi-sembunyi di sana. Bila pemuka-pemuka Quraisy Makkah sedar, mereka menyuruh dua agennya mengintip dan berjumpa Nabi di Madinah. Abu Bashir disuruh cari oleh Nabi sampai jumpa, dan bersemuka di majlis beliau.


“Encik Bashir” Kata Nabi. “Engkau sendiri dah maklum perjanjian kami dengan Quraisy. Engkau adalah penduduk Makkah, sebab itu jangan terkejut dua utusan ini datang memastikan engkau dibawa pulang ke Makkah, engkau sendiri pun tahu! Kami tidak boleh mengkhianati perjanjian. Ghadar (langgar perjanjian) adalah pantang bagi kita! Oleh itu pulanglah bersama dua orang yang menjemput engkau ini. Saya doakan moga-moga Allah cepat-cepat melepaskan engkau dari kesulitan!”


Perjanjian yang dimaksudkan itu adalah Perjanjian Hudaibiah, antara orang musyrikin Makkah dengan Nabi pimpinan di Madinah. Antara kandungannya ialah,


‘…kalau ada orang Quraisy datang kepada Muhammad tidak se izin pemimpin-pemimpin Quraisy, maka orang Quraisy berhak menuntut supaya orang itu segera dipulangkan ke Makkah. Tetapi sebaliknya, jika ada pengikut Muhammad datang ke Makkah, maka orang Makkah tidak mempunyai kewajipan buat memulangkan mereka kembali ke Madinah.’




Baru selesai sahaja perjanjian itu ditulis, tiba-tiba muncul seorang yang badannya penuh ikatan rantai besi. Dia adalah tawanan Quraisy kerana menjadi pendatang tanpa izin masuk ke kota Makkah. Dia sudah lama mengisytiharkan dirinya seorang Muslim. Dia datang kini, kerana ingin melihat wajah Rasulullah. Rupanya dia terkena dengan isi perjanjian itu dan terpaksa dihantar pulang waktu itu juga. Dia adalah Abu Jundul anak kepada Suhail bin ‘Amer. Suhail adalah penanda tangan perjanjian itu bagi pihak Quraisy.


“Mula kita buat perjanjian dah langgar!” Sergah Suhail kepada anaknya, Abu Jundul. Direntap dan dipukul mukanya. Ditolak ke tempat orang-orang Quraisy yang sedang melihatnya.


“Wahai kaum Muslimin! Sanggupkah kamu biarkan aku jatuh ke tangan musyrikin untuk
menfitnah aku dalam agamaku??” Jerit Abu Jundul yang sedang diseret ke Makkah
.


Namun, keresahan orang-orang Islam yang ada di situ masih terkawal. “Abu Jundul! Kau bersabarlah Allah pasti akan menolong engkau dan semua orang yang lemah teraniaya. Berat bagi kami melanggar janji yang telah diikat. Kita pantang mungkir janji!!” Kata Nabi.


Umar bin Khattab berdiri dekat Abu Jundul sambil memujuk, “Ikut dulu Abu Jundul dan sabarlah! Mereka adalah musyrikin, darah mereka adalah darah anjing!”


Nyaris dia tidak menyerang ayahnya dengan pedang. Kerana setianya pada perintah Rasul, air matanya menitis juga terpaksa menahan marah.



Begitu pula dengan Abu Bashir, bila mendengar ucapan Nabi kepadanya tadi, wajahnya menjadi murung dan muram
. Lama dia termenung, katanya, “Ya Rasulullah! Apakah aku pun tuan sanggup kembalikan kepada musyrikin hingga mereka aniaya aku dalam keyakinan agamaku??”


Nabi tidak menjawab apa-apa lagi
. Dua Quraisy tersebut dengar sendiri perintah Nabi itu kepada Bashir. Abu Bashir pun diajak pergi. Dalam perjalanan, semasa dua Quraisy itu tidur nyenyak tengah malam, disentaknya pedang yang seorang, lalu dibunuhnya yang seorang lagi itu. Yang sedang tidur itu tersedar ketakutan, lalu diarah Bashir berangkat sendiri ke Makkah. Sedangkan dia pusing balik ke Madinah.


Di Madinah dia mengadap Nabi sekali lagi dan menceritakan apa yang berlaku
. “Ya Rasulullah. Perintah tinggalkan Madinah telah ku patuhi. Kesetiaan tuan teguhi janji telah berlaku. Tuan telah serahkan aku ke tangan puak itu. Kini aku telah membela diriku dan agamaku jangan sampai teraniaya, atau mereka membuat sesuka hati padaku!”


Nabi tidak menjawab juga
. Tanpa minta izin Abu Bashir pun pergi. Setelah Abu Bashir pergi baru Nabi bersuara, “Kalau dia dapat kawan, dia boleh cetuskan perang terhadap musuhnya!”


Bashir pun menyisihkan diri ke suatu tempat di tepi laut bernama ‘Iish. Dihubunginya rakan-rakan sealirannya semula, hingga tersebar luas gerakannya bersama kata-kata Nabi tersebut. Dalam masa paling singkat terkumpul 70 pemuda bersenjata terdiri dari pelarian Makkah, termasuk Abu Jundul.


Kerja mereka ialah mengganggu dan merompak kabilah-kabilah niaga Quraisy yang berulang-alik ke Syam, hingga suasana tidak aman lagi. Hal yang menyebabkan puak Quraisy menghantar utusan kepada Nabi, pohon tarik balik isi perjanjian seperti disebutkan, walaupun pelakunya adalah pemuda-pemuda Makkah sendiri. Setelah berlaku tarik balik perjanjian, barulah kaum Muslimin merasa bebas menziarah sahabat-sahabatnya di Makkah. Hingga datanglah arahan Nabi memanggil Abu Bashir pulang ke Madinah.


“Marahkah Rasulullah kepadaku??” Itu mula-mula dia tanya kepada utusan Nabi yang datang menemuinya. Waktu itu dia dalam keadaan tenat kerana luka-lukanya dalam pertempuran.

“Tidak. Bahkan beliau harap engkau cepat-cepat pulang ke Madinah.” Jawab utusan Nabi. “Rasulullah tak marah.. barulah rasa lega.”


Katanya. “Sampaikan salamku pada beliau!” Diapun wafat di hadapan utusan itu.


(Sila rujuk Tafsir Al-Azhar juzuk 26 Surah ke 48 Al-Fat’h oleh Prof Dr HAMKA dan kitab-kirab sirah lain)


Persoalannya, samakah strategi perjuangan Abu Bashir ini dengan perjuangan Osama Laden dalam menentang musuh-musuh Allah masa kini? Bolehkah diterapkan strategi politik ini dalam politik di Malaysia? Marilah sama-sama buka minda kita
.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com 08-12-2007.


Oleh: AL-BANJARI ONLINE


Sila lihat:
'Bisi-bisik Maufakat UMNO-PAS' Mei 3,2008 oleh Ibnu Hasyim & 'Muzakarah/Kerjasama PAS/ Wajar -Dr Mohd Hasyim' Julai 20,2008 oleh Asyok Kumar.