Friday, August 08, 2008

Tak Reti Tadbir..Pak Lah Bole Belaah!!



Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


“HUTANG Malaysia pada 2006 berjumlah RM 242.2 bilion yakni 44.3% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun lalu berbanding RM228.7 bilion atau 46.2% pada 2005. Dari jumlah itu, RM217.2 bilion atau 89.7 % merupakan hutang dalam negara manakala RM25 bilion atau 10.3% lagi adalah hutang luar Negara.” Kata seorang kawan yang baru pulang dari Permatang Pauh.


“Mana hang tau?”


“Pak Lah jawab pertanyaan YB Salahuddin Ayub PAS Wakil Rakyat Parlimen Kubang Kerian di Dewan Rakyat hari tu..”


“Pulau Pinang macam mana pula?”


“YB Hamdan PAS, wakil rakyat Permatang Pasir pernah tanya kerajaan BN di DUN Pulau Pinang, berapakah hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat sehingga tahun 2005 dan bagaimana kaedah bayaq balik dibuat? Depa jawab…. Hutang kerajaan negeri hingga 31 Disember 2005 berjumlah RM446,696,252.94…


..dan kedudukan baki pinjaman mengikut jenis adalah…
1..Pinjaman Membiayai Projek Bekalan Air RM 397,672,232.79
2..Pinjaman Perumahan Awam Kos Rendah RM 49,973,299.19
3..Pinjaman Perbagai RM 2,050720.96
Maka jumlah semua ialah RM 446,696,252.94”


“Hoo banyak tu.. Nampaknya, puak-puak ni tak reti perintah negara, bole belah la cepat-cepat… Jom kita tolak BN sekali lagi!!”


Sekian, catatan santai kali ini. Undilah PKR!!


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Ogos08 KL.

Monday, August 04, 2008

PAS PP Boikot P'raya P.Pauh..



Ibnu Hasyim:Catatan Santai


DALAM sehari dua ni saya terima SMS menyebutkan PAS Pulau Pinang memutuskan dalam mesyuaratnya ‘boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh’. Berkali-kali sms saya terima ..dan yang terakhir menyuruh rujuk web PAS Bukit Bendera..


Bila saya lihat web Bukit Bendera, tertulis tulisan bertajuk…


“PAS Penang Dapat Apa Faedah’ - Aug 02, 2008 at 04:21 PM.

SEMUA orang sebuk bincang Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi. Macam-macam janji akan ditaburkan dalam kempen ini. Macam-macam jenis manusia akan hadir untuk lihat pertembungan PKR lawan UMNO. Macam-macam jenis manusia akan mencari tempat tinggal sementara , gerai-gerai makanan tubuh bagai cendawan.

Macam-macam manusia ingin tunjuk kehebatan pidato masing-masing. Jalan-jalanraya penuh sesak dengan berbagai-bagai kenderaaan. Persoalan akhir sekali PAS Penang dapat apa.....PAS Penang dalam kerajaan yang dikatakan Pakatan Rakyat dapat apa...apa-apa...faedah bersama. Tolong Buktikan..”


Begitu maklumat tak rasmi yang sampai pada saya. Betulkah? Atau berita termasuk salah satu strategi musuh untuk lumpuhkan lawan? Saya tertarik dengan kata-kata, ‘Persoalan akhir sekali PAS Penang dapat apa.....PAS Penang dalam kerajaan yang dikatakan Pakatan Rakyat dapat apa...apa-apa...faedah bersama. Tolong Buktikan…’ Hal ini yang saya akan bongkarkan! Sama-sama kita bincangkan dan akan lihat.


Tulisan catatan santai kali ini sebagai muqaddimah ke arah pembongkaran ini, jika tidak merosakkan jamaah. Isya Allah, bersambung!.


ibnuhasyim. com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Ogos4, 08. KL.





Ingatan Kepada Mufti Malaysia?


Ibnu Hasyim: Catatan Santai



BANYAK e-mail yang telah saya terima. Saya tertarik antara satunya tertulis… “contoh2 soalan dan komen2 seperti yg tertera dibawah ini sampai la la ni masih tidak terurai dan terlerai .... jawapan nya ...jauh sekali lah .... apa lagi tentang kesahihannya?”


Penulisnya adalah Wan Seman, diberi alamat e-mailnya, tulisan di bawah subjek ‘Al-Kisah Hal Ehwal Forum Perdana Ehwal Islam’. Saya cabut antara tulisannya….


“Yang mulia tuan mufti, assalamulaikum wbkt,


Saya baru saja menonton Forum Perdana Ehwal Islam di TV (RTM1) malam tadi - heran juga kerana diberi tajuknya TEH TARIK SATU! macam satu rancangan hiburan pula ..........[tidak kah ada tajuk lain yang bersesuaian dengan rancangan yang bercorak keagamaan?] Kalau sitcom Salam Pantai Timur tak hairan lah, kerana sememangnya ia berbentuk hiburan.


Celah celah tu ...... ada kelucuan tentang hujah seorang doktor yang bertindak sebagai salah seorang anggota panel forum tersebut, dan sebelum ini pun (dimasa yang lain yang lebih dulu sikit), pun doktor yang sama juga memberi hujahnya bahawa nabi kita kunyah makanan didalam mulutnya sebanyak 44 kali....tapi kali ni (malam ni) ... dia perturun sikit .... dia cuma kata sebanyak 40 kali kunyah saja ... hai! siapa pulak yang boleh silap bilang tu? sat kata 44 kali kunyah ....sat kata 40 kali?


Dalam pada tu pulak ada lagi seorang ustaz-perunding motivasi pulak berhujah katanya nabi kita tak pernah menguap .... sebabnya nabi kita cukup sehat wal afiat ... jadi orang macam kita kalau menguap kira tak sehat lah? Hai! macam macam alkesah maka tersebutlah ....... Ini macam nak mempermain-mainkan nabi Muhammad S.A.W. ..... nak memperolok-olok atau nak mempersenda gurau akan perlakuan nabi kita pula? Atau juga nak memperbodoh-bodohkan kita yang jadi penonton dan pendengar yang jenis dengar cara buta tuli?


Namun ianya berpatah balik (backfired) kepada sipenceramah itu sendiri (apatah lagi seorang doktor - lagi amat memalukan), dengan memberi penerangan yang agak tidak masuk lojik akal. Ini kemudiannya jadi bahan tawa orang pulak (laughing stock).


Kalau boleh ingin saya syorkan kepada pihak mufti-mufti diseluruh Malaysia agar tolong menasihati pihak-pihak berkenaan juga pihak-pihak media TV sendiri (berkaitan jodol atau tajuk sebagaimana diperkatakan) supaya mereka memperbetulkan apa yang tak betul dan yang agak janggal pada penerangan dan penyampaian dipihak mereka mereka yang berhujah tentang ugama Islam dan juga berkaitan dengan nabi kita Muhammad S.A.W. yang kita junjung tinggi.


Ini seolah-olah memberi gambaran kepada ramai penonton dirumah (atau pun dimana saja) yang ceramah atau forum agama Islam seperti tidak meyakinkan bersabit dengan hujah-hujah mereka yang amat meragukan (doubtful). Dengan sebab-sebab seperti ini mungkin menggalakkan ramai kalangan anak Melayu kita beralih arah kepada agama lain atau kepercayaan mazhab lain atau pun ajaran sesat lagi menyesatkan. Mungkin juga - sebab itulah sekarang ini semakin ramai yang terpengaruh pada ajaran sesat.


Sebab utama kerana tidak yakin dengan ulama-ulama, penceramah-penceramah, pendakwah-pendakwah, ustaz-ustazah (mungkin sesetengahnya tak bertauliah) yang hanya sekadar diundang oleh pihak media-media TV hanya untuk memenuhi (sekadar mencukupkan quorum sahaja) untuk rancangan terbitan mereka sahaja. Banyak personaliti-personaliti (berkaitan ceramah atau forum keagamaan) yang menjadi undangan dari pihak media-media TV, amat meragukan sekali. Tidak memberansangkan - dan tidak menunjukkan 'credibility' sebagai seorang yang berwibawa dalam hal ehwal agama Islam. Mereka-mereka ini hanya nampak semacam pelakun drama sahaja.


Kalau begitu, pelakun seperti M. Rajoli pun boleh berlagak sebagai ulama didepan kamera sekiranya berpandukan kepada skrip atau text yang sudah tersedia Jadi bagaimana kita penonton yang juga rakyat Malaysia yang berugama Islam hendak menaruh keyakinan terhadap mereka-mereka ini. Contohnya: sebarang persoalan yang dikemukakan oleh penonton tidak dijawab berdasarkan soalan yang dikemukakan - oleh kerana kejahilan (ignorant) mereka atau disebabkan sesuatu yang menghalang mereka dari memberi jawapan yang sebenar atau yang sepatutnya -jadi terpaksalah mereka memutar-belitkan jawapan yang mereka beri.


Jadi mereka sebenarnya tidak langsung memberi jawapan pada soalan yang di utarakan/diajukan. Banyak berlaku perkara-perkara seperti ini. Terlalu banyak sekali. Kesimpulannya - ingin saya beri suatu petikan kata-kata dari Dr. Syed Ali Tawfik Al-Atas(Ketua Pengarah IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia):


"Dr. Syed Ali told The New Sunday Times yesterday that there had been a 'corruption of knowledge' on Islam that need fixing. 'The ulama who speak the truth are being silenced, but the views of those who are ignorant are being heard,' he said. 'Solve this problem, and you will solve the others.'


Itulah maksud saya tentang ...’kerana kejahilan (ignorant) mereka atau disebabkan sesuatu yang menghalang mereka dari memberi jawapan yang sebenar ..........’ Sekian, terima kasih. Wassalam. …ikhlas dari, Wan Seman.”


Inilah sebahagian dari sedutan komen-komen beliau yang ada kaitan dengan hal-ehwal umat Islam di negara ini. Saya panjangkan sebagai suatu usaha dalam membetulkan umat, dan diharap pihak-pihak yang terlibat, termasuk saya atau kita sebagai penyampai, mampu memainkan peranan masing-masing..


Demikian Catatan Santai kali ini. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim. com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Ogos4, 08. KL.

Sunday, August 03, 2008

Aku Ingin Jadi Penembak Tepat..


Ibnu Hasyim: Catatan Santai


“KAJIAN menunjukkan 1% dari kanak-kanak di Amerika bila ditanya cita-cita masa depan mereka, jawabnya.. ingin jadi penembak tepat!” kata Mohd Shubhi yang datang mengajak saya berjalan-jalan di KL petang semalam.


Beliau, seorang ahli perniagaan yang berjaya, telah menulis catatan perjalanan kehidupannya dalam ‘Warta Shubhi’ blogspot bertajuk ‘Belajar Menembak’… anda boleh layarinya. “Tulisan ini banyak menarik pelayar-pelayar blog, berkali-kali ganda berbanding tulisan-tulisan lain dalam blog saya… walaupun blog saya agak baru dan belum dikenali…” Katanya lagi.


“Agak-agaknya kenapa hasil kajian menunjukkan begitu?” Saya tanya. “Bolehjadi ke, kerana kekalahan tentera US atau sekutu-sekutunya di Iraq, adalah kerana ‘penembak-penembak tepat’ dari kumpulan pembebasan rakyat Irak yang tidak mampu di atasi US hingga sekarang?? (Saya sebut tentera penakluk itu ‘kalah’ kerana masa proses menakluk dan jumlah kematian tenteranya terus meningkat hingga kini.) Ertinya hati nurani rakyat Amerika sendiri mengiktiraf penembak-penembak tepat dan handal itu sebagai idola mereka. Kita sendiri boleh lihat bagaimana CD-CD yang tersebar luas mengenai tentera US dikalahkan oleh penembak-penembak tepat Iraq yang mereka anggap sebagai penembak curi itu..”


“Mungkin ada 2 sebab kenapa kanak-kanak di US bercita-cita nak jadi penembak tepat..” Jawab Mohd Shubhi. “Pertama.. kita sendiri lihat bagaimana filem-filem barat terlalu banyak mempromosikan adengan-adengan pertarungan dan penembak tepat sebagai hero dalam filem-filem mereka. Hal ini mempengaruhi kanak-kanak di barat!”


“Saya tidak fikir hal ini suatu kebetulan, bahkan ianya suatu perancangan dalam dunia hiburan mereka.. Sudah tentu hiburan mereka ada matlamat tersirat, bukan macam hiburan kita.. melalut tiada matlamat.. Banyak wang peruntukan dibazirkan kerajaan BN dalam hiburan yang tak tentu arah dan matlamat. Kalau kita atau negara selain Amerika dan kuncu-kuncunya itu yang menyemai benih-benih seperti itu, mereka terus cop ‘pengganas, pelampau atau ektream.. Kalau depa buat semua tak pa. Kalau kita semua tak boleh!” Kata saya macam merungut.


Kedua.. bolehjadi kerana kesan dari jenayah mereka di Iraq seperti yang hang sebut tadi…” Sambungnya lagi. “Mereka terpaksa melatih rakyat mereka jadi pengganas untuk melawan orang yang mereka anggap pengganas. Betui ka hang, kalau depa buat semua tak pa, kalau kita buat semua tak boleh!”


“Hang dah masuk Persatuan Penembak Selangor di Subang tu? Ramai ke orang Melayu sertainya?”


“Aku tengok senarai exconya 80% berbangsa Cina?”


“Apakah orang Cina pun ada agenda tersendiri di Malaysia?” Aku cuba korek-korek. Dia cuma gelengkan kepala saja.


Tetapi yang jelas, kaum Cina Malaysia lebih dahulu ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, nabi orang Islam. Kerana Nabi pernah menyuruh,, ajarkan anak-anak 3 perkara... memanah, menunggang kuda serta berenang... yakni termasuk di dalamnya belajar menembak atau memanah! Ertinya agama Islam sesuai dengan mereka, walau masih ramai yang belum Islam. Apakah rahsianya??


Sila lihat pandangan Prof Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya “Halal dan Haram Dalam Islam”. Ada yang dialih-bahasa oleh H. Mu'ammal Hamidy, terbitan PT. Bina Ilmu, 1993.


JENIS-JENIS HIBURAN YANG HALAL

Ada beberapa macam permainan dan seni hiburan yang disyariatkan Rasulullah SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan mereka. Di mana hiburan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak mendatangkan ketangkasan dan keinginan. Hiburan-hiburan tersebut kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad fi sabilillah.

Di antara hiburan-hiburan itu ialah:

1.Pertandingan.

Sahabat-sahabat Nabi SAW dulu pernah mengadakan pertandingan lumba lari cepat, kerana Nabi sendiri membolehkan. Ali adalah salah seorang yang paling cepat. Nabi sendiri mengadakan pertandingan dengan isterinya, bertujuan memberi pendidikan kesederhanaan dan kesegaran serta mengajar kepada sahabat-sahabatnya.

Kata Aisyah, “Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” Yakni seri atau sama-sama menang. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

2.Lumba Lari atau gulat.

Rasulullah SAW pernah gulat dengan seorang lelaki yang terkenal kuatnya, namanya Rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali. (Riwayat Abu Daud). Dalam satu riwayat dikatakan: "Sesungguhnya Rasulullah SAW gulat dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu, kemudian ia berkata: domba lawan domba. Kemudian Nabi bergulat, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya. untuk lain kali lagi, lantas Nabi bergulat, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya, lantas Nabi bergulat untuk ketiga kalinya. Lantas seorang lelaki itu bertanya: Apa yang harus saya katakan kepada keluargaku? Nabi menjawab: Katakan "domba telah dimakan oleh serigala, dan larilah domba." Kemudian apa pula yang aku katakan untuk yang ketiga? Nabi menjawab: Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergulat dengan kamu dan untuk mengalahkan kamu, kerana itu ambillah hadiahmu."

Dari hadis ini ahli-ahli fiqih beristimbat hukum tentang dibenarkannya pertandingan lari cepat, baik dia itu dilakukan antara lelaki dengan lelaki atau antara lelaki dengan perempuan mahramnya atau dengan isteri-isterinya. Dari hadis-hadis itu pula ulama fiqih berpendapat bahawa pertandingan lari cepat, gulat dan sebagainya tidak menghilangkan kekhusyukan, kehormatan, pengetahuan, keutamaan dan lanjutnya umur. Sebab Rasulullah SAW. sendiri waktu bergulat dengan Aisyah sudah berumur di atas 50 tahun.

3.Memanah

Di antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu saat Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)

Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobby atau sekedar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firmanNya "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup." Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)

Dan sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik) Namun begitu, Rasulullah SAW. memperingatkan para pemain agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dan sebagainya sebagai sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Arab jahiliah.

Abdullah bin Umar pernah melihat sekelompok manusia yang sedang berbuat demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dilarangnya permainan seperti itu kerana terdapat unsur-unsur penyiksaan terhadap binatang dan merenggut jiwa binatang serta memungkinkan untuk membuang-buang harta, Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan mengorbankan makhluk hidup yang lain.

Justru itu pula Rasulullah SAW. melarang mengadu binatang seperti yang dilakukan orang-orang Arab dahulu, iaitu mereka membawa dua ekor domba atau sapi kemudian diadu sampai mati atau hampir mati. Lantas mereka senang dan tertawa. Para ulama berkata: "Bahawa prinsip dilarangnya mengadu binatang, kerana terdapatnya unsur menyakiti dan melumpuhkan binatang tanpa faedah, tetapi hanya sekedar bermain-main."

4.Main Anggar

Yang sama dengan permainan memanah, ialah main anggar. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah memberi perkenan kepada orang-orang Habasyah (Ethiopia) bermain anggar di dalam Masjid Nabawi, dan ia pun memberi perkenan pula kepada Aisyah untuk menyaksikan permainan itu.

Dan kepada para pemain Rasulullah mengatakan: "Kerana kamu (kami melihat), hai Bani Arfidah." Panggilan Bani Arfidah adalah suatu julukan yang biasa digunakan orang-orang Arab untuk memanggil penduduk Habasyah. Umar, kerana wataknya tidak suka bermain-main, maka dia bermaksud akan melarang orang-orang Habasyah yang sedang bermain itu, tetapi kemudian dilarang oleh Nabi. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ia berkata:

"Ketika orang-orang Habasyah sedang bermain anggar dihadapan Nabi, tiba-tiba Umar masuk, kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka. Kemudian Rasulullah SAW. berkata kepada Umar.--biarkanlah mereka itu, hai Umar." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan suatu kelapangan dari Rasulullah SAW dengan mengizinkan permainan seperti ini dilakukan di Masjidnya yang mulia itu, agar di dalam masjid dapat dipadukan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi; dan sebagai suatu pendidikan buat kaum Muslimin, agar mereka suka bekerja di waktu bekerja dan bermain-main di waktu santai. Di samping itu, bahawa permainan semacam ini bukan sekedar bermain-main saja, tetapi suatu permainan yang bermotif latihan.

Para ulama berkata setelah membawakan hadis ini sebagai berikut: "Bahawa masjid dibuat adalah demi kepentingan urusan kaum Muslimin. Oleh kerana itu apa saja yang kiranya bermanfaat untuk agama dan manusia, maka bolehlah dikerjakan di masjid." Kiranya kaum Muslimin di zaman-zaman terakhir ini mahu memperhatikan, mengapa masjid-masjid mereka itu dikosongkan dari jiwa hidup dan kekuatan, dan dibiarkan sebagai tempat orang-orang apatis.

Pengarahan Nabi dalam mendidik dan memberikan hiburan hati isteri-isterinya, iaitu dengan memperkenankan permainan yang mubah seperti itu. Sehingga kata Aisyah: "Sungguh saya saksikan Nabi membatas saya dengan selendangnya, sedang saya melihat orang-orang Habasyah itu bermain di dalam masjid, sehingga saya sendiri yang merasa bosan. Mereka itu lincah selincah gadis muda belia yang masih suka bermain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aisyah juga berkata: "Saya pernah bermain-main dengan boneka perempuan di rumah Rasulullah SAW, bersama kawan-kawan saya perempuan yang juga bermain-main dengan saya; dan tatkala Rasulullah SAW masuk, mereka itu bersembunyi, tetapi Rasulullah SAW. senang melihat mereka itu bersamaku, kemudian mereka bermain-main bersamaku lagi." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5 Menunggang Kuda (Berpacu Kuda)

Allah SWT berfirman: "Kuda, keledai dan himar adalah supaya kamu naiki dan sebagai perhiasan." (an-Nahl: 8) Dan bersabda Rasulullah SAW "Kuda itu diikat jambulnya untuk kebaikan." (Riwayat Bukhari) Dan sabdanya pula: "Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda)." (Riwayat Muslim)

Dan sabdanya lagi: "Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang." (Riwayat Thabarani)

Dan berkatalah Umar: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Ibnu Umar meriwayatkan. "Sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemerangnya." (Riwayat Ahmad) Semua ini sebagai dorongan Nabi terhadap masalah pacuan kuda. Sebab berpacu kuda sebagaimana kami katakan di atas, adalah permainan, olahraga juga suatu latihan.

Anas pernah ditanya: Apakah kamu pernah bertaruh di zaman Rasulullah s.a.w.? Apakah Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah bertaruh? Maka jawab Anas: "Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah SAW) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya." (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya. Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).

Dan Beliau bersabda: "Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekian pandangan Al-Qardhawi. Sebenarnya inilah dasar hiburan dan sukan yang sepatutnya menjadi dasar dalam sesebuah pemerintahan.

Demikian Catatan Santai kali ini. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim. com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Ogos3, 08. KL.