Friday, August 29, 2008

Gadis Katholik Rusia Menulis: Kumpulan Mafia Islam?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

SUATU hari di sebuah universiti di Moskow, kawanku juga seorang gadis Kristian bermazhab Katholik seperti aku berkata... “Puak-puak pelajar Islam tu dah melampau, nak minta tempat sembahyang pula. Bagaimana kalau kita pun nak gereja dan puak-puak agama lain pun minta tempat ibadat mereka?”

Kawanku itu mengeluh marah. Memang kami sama-sama anti dan benci kepada orang Islam. “Aku tak tahan dengan sikap mereka, aku harap kau... tolong rundingkan dan selesaikan dengan mereka!” Memang dia pemanas darah orangnya, walaupun kami sama-sama Kristian Orthodok. Aku terima tugas itu.

Aku berunding dengan puak-puak Islam itu, “Apa alasan kamu minta bilik sembahyang?”

“Kami orang Islam wajib sembahyang 5 kali sehari semalam.. kami cuma nak sebuah bilik sahaja. Bayangkan berapa banyak masa kami jimat kalau sudah ada bilik sembahyang?” Kata mereka.

Ku fikir-fikir secara rasional, betul juga kata mereka. Tetapi mengapa mereka perlu sembahyang hari-hari? Apa rahsianya? Bukankah buang masa sahaja? Ku fikir-fikir lagi, rupanya untuk menjadi orang Islam kena taati 5 rukun.

Aku teringat suatu masa aku pernah bertemu dengan seorang pemuda Rusia baru pulang dari Saudi Arabia, dia pilih agama Islam. Baru aku kenal Islam bila dia menerangkan 5 rukun itu.. Pertama, menurutnya mengucap 2 kalimah syahadah.. Sebuah kesatuan kepercayaan, untuk ahli-ahlinya. Tidak takut kepada seluruh makhluk di dunia kecuali ‘Allah’. Dia (Allah) saja yang besar, perkasa dan berkuasa, lain semua kecil dan tak berkuasa, hanya kepada Dia tempat bergantung segala-gala.

Risalah itu disampaikan melalui utusanNya, yang di sebut ‘Nabi atau Rasul’, iaitu terakhirnya, Muhammad pembawa risalah masa kini. Di situlah bezanya dengan kami kaum Kristian. Walaupun Muhammad sudah meninggal dunia tetapi bahan rujukannya masih hidup sepanjang masa. Aku kagum dengan kepercayaan ini, bahkan padaku lebih hebat dari kumpulan mafia yang terlalu menekankan kesatuan ketaatan kepada ketuanya. Kalau dalam kumpulan mafia.. sering diadakan upacara mengingati atau angkat sumpah bagi perkuatkan ketaatan itu.

Rupanya dalam kumpulan Islam, praktikal sembahyang itulah upacaranya. Bahkan lebih kerap lagi.. 5 kali sehari. Dan termaktub kalimah sumpahnya dengan kata-kata dalam sembahyang itu, ‘Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah yang menguasai alam semesta.’ Suatu kalimah yang cukup merbahaya bagi kumpulan saingan yang di luar mereka. Mereka sanggup mati (menurut istilah mereka ‘syahid’) kerana kepercayaan mereka! Begitu.. rukun kedua.

Rukun ketiga pula, puasa Ramadzan. Kalau dalam kumpulan mafia, perlu ada latihan ketahanan jasad, tidak makan dan tidak minum, tapi boleh bekerja macam biasa. Sekurang-kurangnya setahun sekali latihan. Bahkan, kadang-kadang bagi orang Islam, berperang pun mereka pilih dalam bulan puasa. Kekuatan roh sudah menguasai kekuatan jasad. Begitu juga rukun keempat, zakat. Perlunya perkukuhkan ekonomi. Dan rukun kelima, haji. Perlunya ada ikatan global...

Aku ingin mengetahui lebih lanjut perkara-perkara begini. Aku ingin tahu rahsia kekuatan mereka. Aku kena dampingi puak-puak Islam yang pohon untuk buat surau itu. Aku kata kepada mereka, “Ya! Aku setuju kamu buat surau...”

Maka terbinalah surau untuk mereka. Tetapi, beberapa bulan selepas itu, gadis Katholik kawanku yang memberi kuasa selesaikan masalah surau itu memberitahuku, “Lihat, apa sudah jadi? Dah timbul masalah baru! Puak-puak Islam itu tidak benarkan kawan-kawan kita yang bukan Islam berihat di bilik itu!”

“Kan bilik itu untuk ibadat mereka? Bukan untuk kita berihat?”. Rupanya aku sudah jadi pembela kumpulan Islam di universiti ini. Cukup, aku akan sambung tulisan ini... ‘Mengapa Aku Minat Mengkaji Sejarah Islam Rusia?’ akan datang.

DEMIKIAN e-mail yang dihantarkan kepada saya (Ibnu Hasyim) oleh seorang gadis Katholik Kristian, di sebuah universiti di Rusia. Beliau yang tidak mahu namanya disebutkan, mula mengenali Malaysia selepas Presiden Rusia Vladimir Putin melawat Putrajaya pada 17 Oktober 2003. Saya paparkan tulisan ini, demi untuk melihat pandangan orang bukan Islam di Rusia ke atas masyarakat Islam. Semoga memberi manfaat untuk kita.

Sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam. Insya Allah bersambung.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos28, 08. KL.

Thursday, August 28, 2008

Anwar: Bangun Di P’Pauh, Ke Parlimen, Akan Rampas Putrajaya?
















Catatan Santai: IBNU HASYIM



"KITA Menang, We Won". Begitulah tajuk kenyataan akhbar yang dipaparkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tengah malam tadi. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu awal pagi ini telah menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan susulan melangkah ke Parlimen esok, premis yang beliau tinggalkan 10 tahun lalu. Majlis angkat sumpah akan berlangsung pagi esok.


Di KL pula, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen esok. Astro AWANI melapurkan kenyataan Dato’ Mukhriz bin Tun Mahatir Ahli Parlimen Jerlun dari UMNO, bahawa kemenangan pembangkang di Permatang Pauh itu adalah amaran kedua kepada pemimpin BN sesudah amaran pertama PRU 12 8 Mac lalu.


Masihkah Ketua BN, Presiden UMNO atau PM negara ini menganggap remeh? Apakah benar sudah dua kali amaran peralihan dari rakyat? Bermula dengan harga minyak naik, kerajaan akur minyak turun, tetapi rakyat sudah naik minyak, siapa yang akan jadi tahi minyak? ! Kita tunggu 16 September, yang mungkin bukan lagi amaran ketiga, tetapi sudah merupakan tindakan peralihan atau tindakan merdeka dari rakyat atau wakil rakyat! Betulkah?


Tunggu, lihat atau ada yang terus bertindak! Sekian. Merdeka! Merdeka! Merdeka!!. Wallahu 'aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
KL. Ogos27 2008.



Wednesday, August 27, 2008

DNA: Ada Udang Di Sebalik Batu? Puan Fong Po Kuan



Ibnu Hasyim:
Catatan Santai Dari P
arlimen


DNA hebuh kini diperkatakan! Maka dipersembahkan di sini sebahagian dari soal jawab di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 40, Selasa 26 Ogos 2008, mengenai RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008, Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga.


Puan Fong Po Kuan Ahli Parlimen Batu Gajah berucap:


Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membangkitkan Peraturan Mesyuarat 15. Saya ingin tahu apakah sebab Rang Undang-undang DNA ini diutamakan, didahulukan dan perlu dibaca kali kedua dalam keadaan tergesa-gesa. Apabila rang undang-undang universiti dan kolej telah diberi kepada Ahli-ahli Parlimen, dibentangkan dalam dewan ini pada bulan Julai yang lalu. Rang Undang-undang DNA ini baru minggu lepas 18 Ogos yang lalu. Jadi apakah kerajaan ada mempunyai apa-apa niat jahat, ada udang di sebalik batu ingin mempercepatkan rang undang-undang ini. Kita perlu ambil masa untuk konsultasi. Mengapa tergesa-gesa? Kita ada Jawatankuasa Hak Asasi Manusia daripada Majlis Peguam. Mereka hendak beri input. Jadi saya pohon apakah sebab, mengapa tergesa-gesa untuk membahaskan, mempercepatkan rang undang-undang ini?


(Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] menjawab: Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat tetapi saya ingin katakan bahawa peraturan mesyuarat kita tidak menghalang untuk kerajaan memberi keutamaan mana-mana bil yang difikirkan oleh kerajaan yang perlu disegerakan. Itu termaktub di dalam peraturan mesyuarat. Jadi Yang Berhormat, kita tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat dan apa yang berlaku seperti yang dihighlightkan oleh Yang Berhormat adalah tidak salah dari segi peraturan mesyuarat.)


Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua tapi sekurang-sekurangnya ahli dalam Dewan ini diberi tahu mengapakah kerajaan menggunakan peruntukan dalam peraturan itu? (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] berkata: Cukuplah Yang Berhormat.) Untuk mempercepatkan perbahasan ini? (Dato’ Haji Lilah bin Yassin [Jempol] pula mencelah: Ini urusan kerajaan.) Namun, tidakkah ahli ingin tahu apakah sebab? Mengapa perlu didahulukan, diutamakan? …Padahal kita telah diberi rang undang-undang universiti dan...


(Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] menjelaskan: Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah bertanya dan saya telah pun menjelaskan dari segi peraturan yang itu juga kena terima keputusan kerajaan untuk perkara ini. Yang lain itu boleh Yang Berhormat nanti berucap, masukkan dalam ucapan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.) [Bercakap tanpa pembesar suara]......Menteri sudi memberi alasan. Saya rasa.... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlu berdebat mengenai perkara ini Yang Berhormat.)


... Lebih perlu menghormati Dewan yang mulia ini. Bukan sesuka hati mendahulukan, membelakangkan (Dato’ Haji Lilah bin Yassin [Jempol]: Terpulang kepada kerajaan hendak dulu...) ...Rang undang-undang sesuka hati... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.) [Bercakap tanpa pembesar suara] (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada, mana Yang Berhormat hendak pohon menteri untuk beri penjelasan.) [Bercakap tanpa pembesar suara] (Dato’ Seri Syed Hamid Albar: [Bangun][Menyampuk]) (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia hendak bentangkan undang-undang Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.)


Apakah sebab? (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat, kita kena patuh. Yang Berhormat saya sudah katakan kita tidak salah dari segi peraturan.) [Bercakap tanpa pembesar suara] (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Apa soalnya? Cukuplah Yang Berhormat.) [Bercakap tanpa pembesar suara]... Mengapa menggunakan peruntukan dalam peraturan tersebut. (Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Yang Berhormat, saya hairan...)


Ada udang sebalik batu. (Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Menyampuk]) (Dato’ Seri Syed Hamid Albar: … tidak mengikut peraturan keputusan Tuan Yang di-Pertua telah buat. Ikut peraturan.) [Bangun][Menyampuk] (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.) (Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Setiap kali kita hendak bentangkan undang-undang kena bagi sebab. Ini...) (Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kerana kerajaan kata...) (Tuan Lim Lip Seng [Segambut]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 15(2) di mana dia kata kerajaan telah memberitahu setiausaha kenapa usul ini di...)


(Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, beritahu dengan setiausaha, pihak Parlimen memang telah menerima surat daripada Kementerian Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia untuk rang undang-undang ini didahulukan. Adakah peraturan mesyuarat untuk menghendaki sebab diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen. Yang Berhormat we have to accept peraturan mesyuarat mengizinkan.)


Tuan Yang di-Pertua... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak perlu berbahas mengenai perkara ini.) Tuan Yang di-Pertua, kita dalam Dewan ini kalau ada peruntukan menyatakan sebagaimana yang baik pada pertimbangan kerajaan dan diberitahu kepada setiausaha. Kalau hendak menghormati, memastikan perjalanan mesyuarat ini dijalankan dengan baik tidak sesuka hati oleh kerajaan membelakangkan, diutamakan untuk tujuan-tujuan tertentu. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat baca baik perkara 15(2)...)


Jadi hanya ahli Dewan ini pohon... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: ...urusan kerajaan hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada pertimbangan kerajaan.). Tahu! (Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: [Bangun]) (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: You don’t have to, tidak perlu persoalkan perkara ini Yang Berhormat.) Maksudnya ada niat udang di sebalik batulah? (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Mungkin juga Yang Berhormat ada niat. Mengapa harus membantah perkara ini? Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.) (Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Bangun][Menyampuk]) (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan.


Tuan Salahuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah:


Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat… (Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua...) (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.. Yang Berhormat.) Dengan hormatnya Tuan Yang di-Pertua, keputusan Tuan Yang di-Pertua keputusan Tuan Yang di-Pertua perkara 99. Adakah Tuan Yang di-Pertua dirunding dan sebagai Speaker tentu... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: 99 mengenai prosedur Yang Berhormat?) Ya! Sebagai speaker adakah Tuan Yang di-Pertua tidak mengambil kira tentang persediaan kami, homework yang kami buat.(Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.)


Notis yang diberikan terlalu singkat tengah hari semalam. Jadi kita telah bersedia dengan AUKU dengan segala preparation kita. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Itu soal persediaan, Yang Berhormat, soal lain, okey. Persediaan Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional juga ada untuk Rang Undang-undang AUKU tetapi kerajaan memikirkan untuk memberi keutamaan terhadap perkara ini mengikut Perkara 15(2) dan Dewan mengizinkan ianya dilakukan sedemikian, Yang Berhormat.) Tuan Yang di-Pertua, sebagai Speaker ada hak. Jadi saya tidak buat keputusan...(Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Pihak Tuan Yang di-Pertua pun telah mengizinkan, Yang Berhormat.)


Saya menghormati institusi Yang di-Pertua Dewan Rakyat, institusi yang perlu kita hormati. Adakah kerajaan berunding tentang perkara itu? (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang di-Pertua Dewan telah mengizinkan mengikut Peraturan 15(2). Terima kasih Yang Berhormat.) Kita merayu bagi pihak Yang Berhormat... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang Berhormat.) Tuan Speaker kena menghormati juga kami yang membuat persediaan untuk berbahas. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya telah jelaskan. Saya sudah dari awal tadi berterima kasih...)


Dua hari adakah munasabah? (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang Berhormat. Ya, saya sudah dari awal tadi berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Batu Gajah untuk mengemukakan peraturan mesyuarat tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat juga harus akur bahawa kita tidak salah dari segi undang-undang dan pihak Yang di-Pertua telah pun mengizinkan perkara ini mengikut peraturan mesyuarat.)


Tuan Haji Mahfuz bin Omar Ahli Parlimen Pokok Sena juga menambah:


[Bangun] (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pokok Sena, cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena.) Sekejap, sekejap. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang Berhormat Pokok Sena.) Saya hendak minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa sepatutnya apa yang disebut oleh rakan saya, Yang Berhormat Kubang Kerian tadi bahawa Tuan Yang di-Pertua seharusnya melihat kepentingan Ahli Dewan secara keseluruhan, bukan hanya melihat daripada sebelah pihak kerajaan sahaja yang hendak membentang. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih, terima kasih.)


Jadi, kami ini sudah pun diberitahu lebih awal bahawa AUKU yang sepatutnya didahului mengatasi DNA. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup.). Jadi dalam hal yang seperti ini, sulitlah. Apatah lagi... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang Berhormat. ...) Taklimat yang diberikan oleh pihak kerajaan oleh Timbalan Ketua Polis Negara hanya memanggil pihak backbenchers tanpa memanggil kami. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, cukuplah, Yang Berhormat. Itu perkara lain, Yang Berhormat. Itu perkara lain.)


Ini menunjukkan bahawa... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, itu tidak berkaitan dengan peraturan. Tidak buat kerja, katalah tidak buat kerja.) (Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Pembangkang boleh minta kalau hendak.) Kerajaan tidak bersedia untuk kongsi maklumat dengan kami. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena). Adakah kementerian ataupun pihak kerajaan sendiri menafikan bahawa kami juga merupakan Ahli Parlimen yang perlu mendapat maklumat.? (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang Berhormat.)


Jadi sekarang bila taklimat tidak diberikan, tiba-tiba naik dengan segera... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Itu isu lain, Yang Berhormat, tidak berkaitan.) Ya, betul… (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Taklimat itu isu lain. Cukuplah, Yang Berhormat.) (Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Pembangkang kalau hendak boleh buat, tidak ada masalah. Pembangkang tidak buat kerja.) Bila taklimat tidak diberikan, tiba-tiba dinaikkan segera, maka sulit kepada kami. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, cukuplah. Saya tidak izinkan lagi perbahasan ini.) (Dato’ Seri Syed Hamid Albar hendak berucap: Tuan Yang di-Pertua...)


Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad Ahli Parlimen Shah Alam juga menambah:


[Bangun] (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] menegur: Yang Berhormat Shah Alam, cukup Yang Berhormat Shah Alam.) (Dato’ Ismail bin Kasim [Arau]: Dua Senator PAS yang terlibat itu.) Tuan Yang di-Pertua. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya ambil nota dan prihatin perbahasan dan juga ucapan yang telah Ahli-ahli Yang Berhormat kemukakan tetapi saya ingin katakan bahawa kita tidak salah dari segi peraturan. Saya tidak inginkan agar perbahasan ini dilanjutkan dengan isu ini. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.) Tuan Yang di-Pertua…


(Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Dato’ Seri Syed Hamid Albar]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang bernama suatu Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 dibacakan kali yang kedua sekarang.) (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sila, Yang Berhormat.) (Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini diwujudkan bertujuan untuk penubuhan Bank Data DNA Forensik Malaysia, mengambil dan menyimpan...)


(Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] pula menyampuk: Bank Simpanan Nasional..) (Dato’ Seri Syed Hamid Albar meneruskan: Menganalisa sampel DNA dan menggunakannya untuk tujuan kemanusiaan. Orang-orang yang tidak tahu peraturan itu bercakap macam apa entah.) Bagi tujuan kemanusiaan Barisan Nasional. Mana boleh.. (Dato’ Seri Syed Hamid Albar meneruskan ucapan: Profil DNA atau apa-apa maklumat yang disimpan di dalam Bank Data DNA..) (Seorang Ahli lain menyampuk: Yang Berhormat Shah Alam diamlah, Yang Berhormat Shah Alam.)


Sekian catatan santai sedutan dari Parlimen Malaysia untuk kali ini, wallahu ‘aklam. Isya Allah bersambung.


Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos27, 08. KL-P.Pauh.

.

Masalah Pembantu Rumah Asing... Dr Siti Mariah

Ibnu Hasyim:
Catatan Santai Dari Parlimen


DIPERSEMBAHKAN di sini soal jawab di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 39, Isnin 25 Ogos 2008, mengenai kandungan jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan seperti berikut, disunting dari laman web Parlimen Malaysia…


SOALAN


Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Ahli Parlimen Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah pembantu rumah asing mengikut negara asal mereka yang bekerja di negara ini dan adakah kerajaan bercadang mewujudkan akta-akta bertujuan mengawal selia serta menjaga kepentingan dan kebajikan mereka serta juga para majikan.


JAWAPAN


Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]:


Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kota Raja yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini mengenai satu isu yang cukup penting buat masa ini. Tuan Yang di-Pertua, mengikut statistik dari Jabatan Imigresen Malaysia sehingga 30 Jun 2008, terdapat seramai 256,097 orang pembantu rumah asing yang bekerja di negara ini. Terdapat sembilan buah negara yang menjadi negara sumber bagi membekalkan pembantu rumah asing ke Malaysia. Negara-negara tersebut dengan jumlah pembantu rumah asing sehingga 30 Jun 2008 adalah seperti berikut.


Negara Jumlah (Orang)
Indonesia 237,256
Philippines 10,112
Kampuchea 7,003
Sri Lanka 682
Thailand 382
Vietnam 298
India 164
Nepal 46
Laos 1
Lain-lain 153


Mengurus pekerja asing termasuk pembantu rumah asing memerlukan perundangan dan peraturan-peraturan komprehensif dan berkesan. Bagi pembantu rumah asing, kerajaan telah pun mengadakan garis panduan peraturan dan akta-akta di bawah Akta Imigresen 1999 yang mencukupi bagi melindungi, menjaga kepentingan dan kebajikan pembantu rumah asing di negara ini. Kerajaan ini juga menetapkan syarat-syarat permohonan untuk pembantu rumah asing supaya mereka tidak dieksploitasi oleh majikan.


Sebagai contoh, pembantu rumah asing beragama Islam hanya dibenarkan bekerja dengan majikan beragama Islam sahaja. Sekiranya ada majikan bukan beragama Islam yang ingin mengajikan pembantu orang asing yang beragam Islam maka majikan tersebut diwajibkan menandatangani perakuan pengambilan pembantu rumah asing yang beragama Islam. Di dalam perakuan ini, majikan diwajibkan menyediakan bilik penginapan khusus yang memberi kebenaran menunaikan ibadat wajib seperti sembahyang dan berpuasa.


Pembantu rumah asing juga tidak dibenarkan menguruskan kerja-kerja rumah yang haram dari segi Islam seperti menguruskan kerja berkaitan dengan anjing dan babi. Jabatan Imigresen Malaysia telah pun menetapkan sebanyak 30 garis panduan dan syarat-syarat pengambilan pembantu rumah asing. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini kerajaan telah pun menandatangani memorandum persefahaman MoU berhubung dengan pembantu rumah asing dengan Indonesia. Ini merupakan salah satu langkah daripada kerajaan bagi menjamin kebajikan dan kepentingan pembantu rumah asing Indonesia di Malaysia.


Perjanjian yang serupa akan ditandatangani dengan negaranegara sumber yang lain. Kerajaan juga telah mewujudkan talian khas ataupun hotline di bilik gerakan ibu pejabat Imigresen yang beroperasi tujuh hari seminggu dan 24 jam sehari bagi memberi kemudahan kepada pembantu rumah asing dan majikan membuat aduan kepada pihak Imigresen, sekian terima kasih.


KOMEN


Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Timbalan Menteri. Saya berterima kasih kerana tadi disebut mengenai ada peraturan-peraturan mengenai pekerja ataupun pembantu rumah asing di rumah majikan bukan Islam. Tetapi hakikatnya Timbalan Menteri ialah pembantu asing ini sendiri tidak mengetahui hak mereka. Kita lihat dan sering menerima aduan bahawa mereka sering tidak diberi hak-hak asasi ini seperti kemudahan untuk solat, berpakaian. Kerana ada di antara mereka apabila datang ke Malaysia menutup aurat, tetapi apabila bekerja dengan majikan yang bukan Islam dipaksa memakai pakaian yang tidak menutup aurat.


Mengenai hotline Imigresen pembantu rumah ini, saya sendiri pun, malah ramai majikan tidak mengetahui wujudnya hotline ini. Malah apabila mereka datang kepada kita, kebanyakan tidak menerima dengan lengkap butiran-butiran mengenai pembantu asing ini. Saya juga mendapat maklumat, terdapat pakatan di antara agensi-agensi pekerja tertentu dengan juga majikan-majikan supaya hak-hak mereka ini, mereka gugurkan. Maknanya kalau kamu mahu bekerja di rumah ini, kamu mesti ikut apa yang majikan hendak dan mereka tidak tahu tentang hotline ini dan majikan sendiri tidak tahu hotline ini.


Jadi saya minta kepada kementerian untuk menguar-uarkan dan setiap pembantu asing yang datang kepada kita dibekalkan dengan satu booklet ataupun satu buku nota lengkap dengan pengenalan diri dan apakah nombor- nombor yang dapat mereka hubungi dan siapakah yang dapat mereka hubungi kerana setakat ini saya merasakan bahawa mereka tidak dilindungi dan hak-hak mereka sebenarnya amat-amat diabaikan, terima kasih.


Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Memang bagi pihak Jabatan Imigresen, kita akan melakukan segala-gala yang boleh supaya segala maklumat yang diberikan bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga kepada pembantu rumah asing khususnya dari negara-negara yang beragama Islam. Terima kasih kepada maklum balas yang diberikan oleh Yang Berhormat. Saya balik kementerian saya akan bincang dengan pihak atasan pihak Imigresen supaya kita mengetatkan lagi supaya kedua-dua belah pihak iaitu majikan dan juga pekerja asing kalau datang dari Indonesia ini memang memahami termasuk juga maklumat tentang hotline, sekian terima kasih.


Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya ialah kementerian pada tahun lalu telah mengumumkan iaitu kos bayaran iaitu agensi pengambilan pembantu rumah ini hanyalah RM2,400. Tetapi hingga ke hari ini ia tidak pun terlaksana. Agensi masih lagi mengenakan kos yang tinggi antara RM5,000 hingga RM6,000. Jadi apakah tindakan yang telah diambil.

Kedua untuk mengatasi masalah pembantu rumah yang sering lari, apakah kerajaan tidak berhasrat untuk juga mengenakan sample DNA pembantu rumah ataupun cap jari diambil. Biasanya mereka ini apabila lari, masuk balik dengan menggunakan pasport dengan nama lain tetapi dengan adanya DNA, ini mungkin masalah-masalah ini dapat diatasi, terima kasih.


Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Mohon Tuan Yang di-Pertua, mohon Timbalan Menteri menyatakan nombor hotline juga, terima kasih.


Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Terdapat dua soalan tambahan di sini. Mengenai yuran yang akan dibayar oleh bakal majikan kepada agensi, sebagai maklumat tambahan di sini pihak Imigresen telah pun mengadakan beberapa mesyuarat dengan persatuan agensi pembantu rumah asing dan pihak Imigresen telah pun menetapkan satu jumlah yang munasabah. Tetapi oleh kerana begitu susah payah bagi ini ditetapkan sebab pihak Indonesia source country tidak bersetuju dengan bayaran-bayaran yang tidak dikenakan, maka mesyuarat itu gagal.


Buat masa ini selepas kita mengkaji semula kita dapati bagi supply and demand, the market forces menentukan jumlah yang harus dibayar oleh bakal majikan kepada sesebuah agensi. Sebagai maklumat tambahan, buat masa ini saya dapati yuran yang dibayar oleh bakal majikan di antara RM3,000 hingga RM5,000. Ini termasuk levi yang akan dibayar kepada kerajaan iaitu RM360 pada setiap tahun, pas PLKS iaitu RM60 setahun, bayaran proses di imigresen RM10, visa tidak tetap mengikut negara; contohnya Indonesia RM15, dan FOMEMA juga kena bayar RM190.


Maka, buat masa ini di antara RM3,000 hingga RM5,000. Walau bagaimanapun kerajaan sentiasa mencari langkah macam mana hendak berbincang dengan persatuan, agensi pembantu rumah asing supaya mereka ini dapat turunkan dia punya caj. Pada pendapat saya tinggi juga, kalau di antara setakat RM2,000 hingga RM2,500, mungkin munasabah tetapi kita akan berusahalah. Mengenai dengan pembantu rumah asing yang sentiasa lari, memang ini adalah menjadi satu masalah. Bagi tahun 2007 sahaja terdapat dalam lingkungan 12,000 pembantu rumah asing yang lari dari majikan.


Bila ianya berlaku, bukan sahaja majikan akan dikenakan denda dan kita juga akan mengesan, mencari balik pembantu rumah dan kita akan usir balik ke negara asal tetapi ini adalah satu masalah yang bukan senang ditangani. Ini didapati adalah perbuatan sindiket-sindiket yang berada di negara ini. Kita telah mengesan sindiket-sindiket dan kerajaan sedang mengambil tindakan tegas terhadap mereka ini. Saya tahu ini adalah satu masalah. Saya mempunyai begitu ramai kawan yang sentiasa buat aduan kepada saya juga. Kerja tidak sampai tiga bulan, terus lari.


Selepas itu, majikan pula kena tanggung segala-galanya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini mengenai pertanyaan Yang Berhormat Lo’Lo’ ini, saya tidak ada hotline di sini. Saya akan berikan kepada Yang Berhormat sebab ini tidak ada di dalam ini. Yang Berhormat berminat?


Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: DNA macam mana? DNA?


Dato' Chor Chee Heung: DNA itu kita belum laksanakan lagipun. Akta DNA pun belum diluluskan oleh undang-undang ini. Bila ianya diluluskan, saya pun tidak pasti sama ada ianya akan dilaksanakan sebab nanti bakal majikan juga terpaksa bayar juga tambahan. Nanti Yang Berhormat pun kacau lagi kan? Saya terima hotline pula, untuk Yang Berhormat. Hotline dia ialah 03-88801555 atau empat angka terakhir itu 1556. Okey Yang Berhormat?


Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Menteri pun baru tahu sahaja?

Dato' Chor Chee Heung: Ha?

Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Menteri baru dapat maklumat sahaja?

Dato' Chor Chee Heung: Sebab apa ini semua diketahui oleh pegawai kita. Kadang-kadang kita tidak tahulah, tidak boleh salahkan saya sebab saya tidak mempunyai masalah mengenai ini tetapi pegawai kita tahu, ini kerja pegawai kita. Sekian, terima kasih.


Sekian catatan santai dari Parlimen Malaysia untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos26, 08. KL-P.Pauh.

Tuesday, August 26, 2008

Pelajaran Di Lembah Maut? Dr Dzulkefly Ahmad



Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

Dari Parlimen


DR DZULKEFLY Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, berucap di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 38, Khamis 21 Ogos 2008, mengenai Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008. Ucapan ini disunting dari laman web Parlimen Malaysia…


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum daripada itu, kuorum kita ini cukup ke, Tuan Yang di-Pertua? (Tuan Yang di-Pertua mempelawa: Sila, sila teruskan.) Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini amat memahami hasrat dan juga cita-cita Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008 ini untuk mengangkat martabat maktab pendidikan untuk diangkat menjadi institusi pendidikan guru yang seluruhnya saya yakini bercita-cita untuk memberikan satu martabat baru bagi maktab pendidikan guru.


Namun seperti mana yang telah disebutkan oleh beberapa Yang Berhormat sebentar tadi, yang kita mahukan pada akhirnya bukan hanya sekadar lambakan guru-guru berijazah tetapi lebih penting daripada itu adalah kualiti guru yang akan menentukan juga sekali gus kualiti murid dan pelajar yang akan mereka jana dan mereka hasilkan. Justeru saya cenderung untuk menyokong pandangan Yang Berhormat Ledang sebentar tadi yang mengatakan, yang menegaskan dan mengusulkan supaya UPSI dan institusi pendidikan ini ataupun institusi seperti ini tetap diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.


Khusus untuk menjaga dari sudut kualiti, menjaga dari sudut piawaiannya, menjaga dari sudut akreditasinya kerana itu akan antara lainnya menentukan kualiti pendidikan guru-guru berijazah. Tuan Yang di-Pertua, bercakap peringkat dasar ini telah banyak disebutkan antara hal lain termasuklah hal-hal berkenaan belanjawan ataupun belanjaan yang telah dilaburkan dalam pendidikan ini. Menteri Pendidikan sendiri telah pun menyebutkan bahawa daripada sejumlah yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, RM23.2 bilion tidak silap saya bersamaan dengan 76% peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan untuk pendidikan telah dibelanjakan.


Namun, kita dengar di Dewan ini juga keluhan, rintihan bukan hanya daripada Yang Berhormat daripada Sabah atau Sarawak, daripada Kinabatangan dua hari yang lalu, daripada Batang Sadong, Putatan dan seumpamanya tetapi tak perlu mungkin kita pandang jauh-jauh. Masih terdapat lagi jurang, jurang di mana bukan hanya jurang digital, jurang infrastruktur, jurang keupayaan, pelbagai divide ini berada juga di Semenanjung ini. Bukan di Pantai Timur mungkin, bukan di negeri utara tetapi di negeri Selangor ini.


Saya bagi mewakili Kuala Selangor pun ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini dalam peruntukan yang sebesar itu yang ada di Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelajaran, kita dapati sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, di kawasan saya, Kuala Selangor mempunyai pelajar seramai 3,000 yang kepadatannya sudah melampaui apa yang sepatutnya. Walaupun sudah ada peruntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, untuk membina sebuah sekolah kebangsaan dan juga sebuah menengah di kawasan ini, bagi menampung bilangan pelajar yang melonjak mendadak begitu.


Namun, sehingga hari ini belum ada lagi komitmen untuk ia direalisasikan. Kita dengar pelbagai keluhan sementara banyak yang telah dibelanjakan. Sekolah-sekolah di Sabah, Sarawak kalau tidak pun ratusan, puluhan yang masih lagi belum mendapat bekalan yang munasabah seperti bekalan elektrik, air bersih yang meletakkan sekolah-sekolah kita itu bermaruah dalam memacu sebuah negara maju 2020. Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya kira saya cukup simpatilah dengan Menteri Pelajaran.


Dalam apa usahanya untuk memperbaiki arah kualiti pendidikan di negara ini dan pelbagai program, projek, inovasi yang dibuat masih lagi kita dengar di Dewan ini, dalam perbahasan ini pun. Pelbagai kritikan yang saya kira rata-ratanya membina setelah kita pasti dan setelah kita saksikan pengenalan sekolah bestari, selepas sekolah integrasi, pelbagai sekolahsekolah berasrama penuh diperkenalkan. Terkini dengan sekolah clusternya. Namun, kita lihat macam-macam, kita terpaksa mengakui juga, macam-macam usaha memperbaiki dan menambah baik pendidikan atau sistem pelajaran di peringkat ini.


Macam dikatakan ibarat ‘menampal baju buruk’ Tuan Yang di-Pertua ataupun menampal lubang-lubang di jalan raya seumpama di jalan raya di Kuala Selangor itu, tetap kita lihat baju tetap buruk dan jalan masih tidak selesa. Sesetengah jalan di Kuala Selangor itu seumpama disebutkan oleh mantan Menteri Kerja Raya adalah lembah maut. Begitu juga nampaknya dalam urusan pelajaran dan pendidikan di negara ini, di peringkat ini. Apa yang silap? Kalau kita baca daripada penganalisis, penulis-penulis makalah, jurnal dan magazine, kita dapati bahawa saban minggu ada sahaja penulisan yang mahukan, menuntut supaya dilakukan satu transformasi.


Kita pun dalam Dewan ini bercakap tentang revolusi pelajaran dan pendidikan, kita bercakap tentang transformasi. Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melanjutkan sedikit perbahasan saya ini untuk masuk ke topik apa yang sebenar-benarnya pada pengamatan saya bukan yang dipertikaikan itu dari sudut infrastrukturnya, bukan dari sudut kemudahannya semata-mata. Walaupun itu adalah agak utama juga yang perlu dibekalkan, tetapi yang dipertikaikan adalah dari sudut kualiti dan penentuan kualiti adalah apa yang menjadi mungkin dalam hal menentukan arah tuju, falsafah ataupun yang dikatakan oleh beberapa Yang Berhormat sebentar tadi.


Bagaimana masih terdapat lagi keciciran ke paras 83,000 hari ini yang dalam semua peringkat 11 setahun yang awal ini tidak kurang daripada 7,000 lebih. Setiap peringkat gugur ataupun tercicir, di mana letaknya? Sementara kita bercakap tentang kecemerlangan pendidikan, apabila kita menyebutkan tentang kecemerlangan pendidikan dan kecemerlangan pelajar-pelajar ini kita agak tersasar atau kita silap dalam mentasawwurkan, mengkonsepsikan apa dia sebenarnya kecemerlangan atau kita masih lagi gagal memahami apa itu pendidikan yang sebenarnya. Sehinggakan kalau saya boleh lanjutkan perbincangan ini, kita lebih menumpu dan ini perlu kita huraikan atau kita leraikan pada peringkat ini.


Apakah milikan kita sudah menjadi satu yang terlalu bersifat utilitarian ataupun terlalu bersifat melihat kepada pelajar itu. Kemudiannya menjadi mahasiswa itu, kemudiannya menjadi graduan itu hanya di sudut mereka itu adalah modal insan. Modal insan dari segi apa? Dari segi ia hanya merupakan faktor atau dalam Bahasa Inggeris dengan izin factors of production dan lalu. Dengan itu, hala kita membawa pendidikan ini menjadikan ia lebih menumpu kepada memenuhi kehendak-kehendak pasaran ataupun fulfilling market forces ataupun market driven. Kesemua perkara ini, dan hari ini kita lihat, kita bercakap tentang sebentar tadi Yang Berhormat Ledang menyebutkan tentang terlalu sangat kita memberikan pujaan dan pujian, dan penganugerahan akademik semata-mata.


Apakah di situ letak masalahnya? Apakah hari ini kita dengar tentang apa yang dikatakan sebagai total education atau kesemua ini kita perlu lihat kembali, kita revisit kembali? Ini Tuan Yang di-Pertua, mungkin lebih bersifat falsafah tetapi saya mahu juga ia dihuraikan sebenar-benarnya kerana takut kita tidak lagi ataupun takut-takut kita sudah tidak lagi meletakkan kesungguhan pendidikan kita ini di atas paksinya, paradigmanya, modalitinya, dalam kerangkanya, bingkainya yang sehingga hari ini semakin kucar kacir nampaknya.


Semakin menimbulkan pelbagai krisis dan masalah dan setiap seorang sama ada profesornya sendiri, semuanya bangun mengkritik mahukan overhaul of our education, reengineering of our education. Di mana letak silapnya sehingga hari ini, saya juga keliru. Dalam sedikit pengalaman saya mengajar tahun yang lalu di universiti tempatan, di universiti awam dan penglibatan saya dalam pengajian di peringkat menengah dan rendah, secara swasta saya mendapati perkara ini perlu kita harungi bersama.


Saya dapati Tuan Yang di-Pertua, salah satu faktor yang menjadikan pendidikan kita ini semakin tidak berdaya saing dan akhirnya hanya menumpu kepada kecemerlangan yang begitu sempit adalah kerana mungkin kita tidak mengambil peredaran dan penemuan-penemuan pendidikan yang hari ini sudah menjadi sesuatu yang bersifat global tetapi tidak dapat garap bersama. Menjadikan kita hilang daya saing berbanding dengan negeri-negeri di selatan tambak contohnya. Saya minta maaf kalau saya terpaksa mengambil mereka sebagai benchmark. Saya
tidak berapa suka yang dikatakan bahawa kita sudah sepuluh tahun ketinggalan, jauh sekali kalau kita mengambil the Californian modalities dari negeri-negeri barat.


Jadi, dalam hal ini, saya mencadangkan Dewan yang mulia ini supaya penggarapan seluruh falsafah pendidikan kita ini dilihat keluar dari hanya meletakkan apa yang dikatakan sebagai satu domain kepintaran yakni yang disebut sebagai hanya satu intelligent quotient atau pun IQ, yang IQ ini saya tidak perlulah bersyarah panjang di sini Tuan Yang di-Pertua, mungkin sudah faham semua tetapi yang menjadi tercicir di sini adalah bagaimana kita setelah memahami kepentingan IQ, EQ dan yang dikatakan spiritual quotient itu dapat membawa pendidikan kita dan meletakkan pengoperasiannya, relevansinya sehinggakan kepada kurikulumnya dan kepada assessment dan penilaiannya sehinggakan setiap seorang pelajar itu tidak dihukum pada peringkat mereka di sekolah rendah lagi.


Orang yang tidak bijak, tidak pintar lalu dipinggirkan dan disudutkan dan akhirnya mereka itu tercicir walaupun mereka suatu haru nanti mungkin menjadi seorang usahawan dan korporat besar, yang dikatakan mereka-mereka yang berjaya dalam sudut dunia keusahawanan dan perniagaan ini tidak semestinya memegang ijazah, PhD dan seumpamanya. Di sini saya mintak Dewan yang mulia ini merakamkan satu keinsafan dan kesedaran bahawa apabila kita bercakap kerana ia telah selalu disebut, maka ia hilang bisanya.


Namun sama ada ia sebenar-benarnya mengesani seluruh sistem pendidikan kita, itu masih dalam pertikaian. Saya berani mengatakan bahawa ketika saya mengajar dahulu saya tidak meletakkan straight A student. Diketahui straight A student or first class student tidak merupakan calon yang baik for the master or PhD, Degree by research, tidak ada jaminan. (Dato’ Ismail Kasim [Arau] mencelah: Mohon laluan.) Baru hendak naik...


(Dato’ Ismail Kasim [Arau]:Yang Berhormat Kuala Selangor memandang saya lama, saya hendak tanya sedikit. Ada sedikit kemusykilan, pandangan.) Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] juga mencelah: Pandangan terlampau lama. Dato’ Ismail Kasim [Arau]: Bagi berehat sekejap.) Lama duduk, dua hari tak bercakap…


(Dato’ Ismail Kasim [Arau] berucap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada sahabat saya daripada Kuala Selangor. Saya ingin berkongsi pandangan, kalau boleh dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, iaitu berhubung dengan sistem pendidikan kita, yang kalau ikut penjelasan, saya ikut penjelasan Yang Berhormat dari luar dan dalam Dewan ini, kita melihat seolah-olah golongan pelajar yang mempunyai kecemerlangan ini nampak terpinggir dengan sistem pendidikan yang ada di negara kita pada masa kini.

Adakah juga sistem ini juga menggambarkan level of intellectualism yang sepatutnya, bermakna kata kalau orang itu mendapat PhD, dia belum tentu mempunyai intelektual yang hebat, atau pun dia bukan terletak bersandarkan kepada kedudukan qualification yang dimilikinya. Jadi, dalam keadaan sekarang, apa saranan dan cadangan Yang Berhormat bagi membolehkan kecemerlangan ini dapat kita zahirkan dan terus kita kemukakan kepada masyarakat demi negara yang tercinta ini.)


Terima kasih Yang Berhormat Arau yang saya rasa memahami hasrat hati saya dan pemikiran saya dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita kembali kepada persoalan tadi, sebagai total education untuk melahirkan total personality maka di sinilah yang seharusnya pemikir-pemikir kita, think tankers kita dalam education, jangan kita ambil daripada luar sahaja. Saya tahu beberapa projek-projek besar hanya mengambil konsultan daripada luar, makan juta ringgit. Saya kenal peribadi-peribadi itu, paling tidaknya dengan nama dan CVnya.


Apabila kita gagal untuk memunggah keupayaan intelek yang ada di negara ini, dan kadangkala begitu tersasarnya kita kerana kita tidak nampak dalam satu world view, dalam satu sudut pandang, apabila kita tidak dapat melahirkan satu sistem pendidikan yang dapat meletakkan assessment kita, penilaian kita, kurikulum kita untuk pada akhirnya meletakkan ketiga-tiga tadi, ketiga-tiga domain kepintaran itu digarap untuk dilahirkan dalam setipa peribadi anak didik yang kita lahirkan atau kita janakan dalam sistem pendidikan kita di peringkat rendah, menengah, sehinggalah ke IPT.


Itu saya tidak masuk lagi kepada apa yang merupakan revolusi pendidikan dalam apa yang disebutkan oleh Profesor Howard Gardner dalam tujuh domain kepintaran. Jadi, dalam kata lain, Tuan Yang di-Pertua, pendidikan kita ini hanya menjurus kepada hanya dua, tiga domain kepintaran lalu hukum setiap pelajar kita dalam domain itu dan menghalakan, menala pemeriksaan, assessment, dan penilaian kita kepada domain-domain intelligence itu. Adapun, kalau boleh saya sebut, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lanjutkan keseluruhan domain kepintaran ini, pertamanya, yang dikatakan linguistik atau pun critical intelligence, mathematical intelligence.


Kesemua itu adalah merupakan intelligence yang system pendidikan kita ini digarap, huraikan dalam sistem penilaiannya dan akhirnya seorang itu berjaya atau tidak dihukum di atas itu. Bagaimana mereka yang cemerlang hari ini hendak kita anugerahkan dengan Datuk dengan RM300,000 selepas memenangi pingat perak di Beijing baru-baru ini. Apa intelligencenya yang dia ada. Kalau kita lihat kepada kepintarannya, apa intelligencenya itu. Kalau tidak disebutkan oleh Profesor Howard Gardner sebagai charismatic intelligence. Hanya static intelligence yang menjurus kepada kepintaran seseorang menggunakan lokomotornya.


Ini lahir dalam domain sports. Kalau saya boleh hurai sedikit, Tuan Yang di-Pertua, ataupun mereka yang mempunyai domain kepintaran dari sudut ini, dan mereka cukup hebat. Kalau ini tidak termasuk dalam assessment, atau dilihat dalam satu kerangka penilaian yang lebih luas, maka orang-orang ini mungkin kita hukum pada rendahnya bodoh. Pada awal lagi, saya tidak mahu menghuraikan keseluruhan ini menjadi satu kuliah yang panjang, Tuan Yang di-Pertua, apa yang hendak saya sebutkan, dalam tujuh perkara itu, kalau boleh, saya tidak pelan pun hendak bercakap dalam ini, tapi ini semua full memories coming back into unit, Tuan Yang di-Pertua.


Jadi, saya hendak tekankan di sini, kalaulah kita pada awal-awal sudah meletakkan sistem pendidikan itu begitu dan kita meraikan mereka yang berjaya dari sudut akademik ini, oh, hebat, 17 A nya. Jadi, saya minta supaya apakah ini yang kita mahu dan kita tidak pernah membuat satu kajian. Saya minta kementerian membuat satu kajian, mereka yang dikatakan hebat itu, IQnya itu 140 dan ke ataslah, kalau kita ikuti laluan hidupnya, timelinenya, apakah mereka berjaya. Apakah ada jaminan bahawa mereka, yang straight A student ini berjaya pada akhirnya.


(Tuan Yang di-Pertua menjelaskan: Yang Berhormat Kinabatangan terpanggil.) Terpanggil… Sila! (Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] berucap: Mikrofon Yang Berhormat ini kasihan, tak berfungsilah Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat, minggu hadapan kena diperbaikilah, dia kena lompat pergi sebelah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Saya terpanggil, saya memang mendengar daripada luar dan saya masuk hujah-hujah Yang Berhormat, memang ada inti patinya. Walau bagaimanapun, apakah Yang Berhormat melihat bahawa sistem kita yang ada ini tidak lengkap dan perlu ada transformasi baru dalam sistem pendidikan kita dan kalau ya, apakah cadangan-cadangan yang Yang Berhormat ingin lontarkan supaya turut serta membantu dalam menjana pendidikan negara kita yang dijurus pada masa akan datang. Terima kasih.)


Saya bersedia untuk bersama dalam mana-mana wacana dalam mana-mana fokus untuk melahirkan satu sistem pendidikan yang lebih mantap sesuai dengan peredaran zaman yang kontemporari dan futuristik. Dan saya rasa kawan-kawan di sebelah sini juga bersedia. Kalau sekarang saya punya waktu Tuan Yang di-Pertua saya sedia untuk menghuraikan. Ini yang saya berikan adalah lontaran-lontaran awal supaya kita digerakkan dan disedarkan, diinsafkan bahawa apakah kita telah tersasar sekian lamanya yang merupakan jenayah pendidikan di negara kita ini selama harinya.


Kerana kita tidak mahu kembali revisit and listen to the voice of descends, listen kepada sedikit perbezaan pandangan. Sebab apa sebab ini bukan datangnya daripada kalau saya boleh sebutkan sumber-sumber Islam semata-mata. These are contemporary researches dan itu pun kita gagal untuk menghayatinya. Kalau saya masuk tentang bagaimana Islam pula dari sudut religion driven knowledge lagi tetapi saya rasa tidak perlu yang itu. Saya lebih inclusive daripada itu.


Jadi dengan kata lain kalau saya boleh teruskan sedikit Tuan Yang di-Pertua, saya cukup khuatir... (Tuan Yang di-Pertua menegur: Fokuskan kepada akta pindaan.) Ya! …Ini peringkat dasar Tuan Yang di-Pertua. (Tuan Yang di-Pertua menjawab: Ya saya tahu.) Nanti peringkat jawatankuasa saya huraikan satu persatu ini peringkat dasar. Saya masih mahu merakamkan andainya kita lakukannya apa yang, jangan disebut istilah transformasi, revolusi pendidikan ini kalau kita tidak tahu apa ertinya untuk menggarap keseluruhannya itu. Yang kita lakukan pada saya adalah tampal tempelnya dan setiap kali dilakukan setiap kalilah kritikan pun dilontarkan kepada kementerian dan menterinya.


Dan flip flop polisinya, saya cukup kesian, saya cukup sedih, saya terus terang sebutkan. Maka dengan kata lain kalau bukan untuk mengambil alih kerajaan itu atau kementerian itu, itu ditentukan oleh rakyat. Tetapi dalam hal ini kalau saya ingin teruskan Tuan Yang di-Pertua sedikit lagi tidak apa, jadi dengan kata lain juga kalau begitulah sifatnya tidaklah yang dikatakan tadi kalau bila PAS bangun bercakap dia bercakap tentang pendidikan itu agama. Tetapi kalau kita lihat apa yang dikatakan IQ emotional quotient itu adalah penting untuk mendidik pelajar supaya mampu mengurus emosinya.


Supaya tidak dapatlah kita lihat seperti mana berlaku di Dewan ini ledakan-ledakan emosi yang tidak terkawal. Walaupun mereka itu Ahli Parlimen Yang Berhormat tetapi kadangkala kerana ia tidak terkawal ia menjadi seperti apa yang kita saksikan the shouting match around everyday, every time. (Dato' Ismail Kasim [Arau]: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Arau tergamit.) Sedikit lagi Yang Berhormat Arau ya. Jadi begitu juga yang dikatakan spiritual quotient ini tidak semestinya religious. Spiritual quotient ini adalah keupayaan, kepintaran untuk memahami hala tuju hidup. Dan hala tuju hidup ini tergantunglah kepada agama mana yang kita anuti.


Dan dengan kata lain kalau kita tidak ada hala tuju hidup, inilah yang menjadikan pelajar-pelajar yang tajam akalnya, tumpul akhlaknya, mundur dan langsung tidak ada punya tujuan hidup, maka mereka tidak akan menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang. Mungkin hanya terlentang pada hujungnya. Tuan Yang di-Pertua sebab itulah saya perlukan dalam bercakap di peringkat dasar ini menegaskan perkara ini supaya kita kembali benar-benar. Saya kalau masuk sedikit daripada apa yang disebutkan oleh Allah SWT dalam hal ini kalau ini mengambil perspektif agamanya.


Perspektif agamanya dalam total education ini Tuan Yang di-Pertua adalah untuk melahirkan manusia-manusia, pelajar-pelajar, anak didik ini yang pada akhirnya memahami bahawa setelah mereka itu diberikan cognitive ability, intellectual ability, mereka pada akhirnya kalau boleh saya sebutkan menjadi seorang yang creatively enterprising, morally and spiritually vibrant and intellectually superior. Di situlah maka mereka akan berperanan [Bercakap dalam bahasa Arab]. Terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling banyak khidmatnya kepada rakyat.


Yang ini yang kita hendak lahirkan, pelajar-pelajar seperti ini yang bukan hanya take from the society but gives, they more they have, the more they gives. Yang ini yang kita mahukan, mahu melahirkan manusia-manusia cemerlang ini. Dan siapanya manusia cemerlang ini bukan hanya ditentukan oleh pandangan peribadi ataupun pandangan perspektif Islam semata-mata. Mungkin religious based education lain pun tetapi itu bukan pertikaian saya. Pertikaian saya kembali kepada perkara asas dan falsafah tadi. Tuan Yang di-Pertua saya sudah mula bercakap tentang perkara yang paling titik bengit di Kuala Selangor tadi.


Saya masuk ini kerana saya rasa inilah pada akhirnya yang akan menentukan keberkesanannya, yang akan menentukan taraf keupayaan daya saing kita, the comparativeness of our student and our graduate will finally depend on these Tuan Yang di-Pertua. Maka dengan itu apa pun reformasi, apa pun transformasi, apa pun revolusi yang hendak kita lakukan kita kembali melihat kepada premis kita, world view kita yang akan menentukan kerangka dan bingkai pendidikan itu. Dan kalaulah kita dapat langsungkan, kita dapat punggah dan kita dapat pacu dalam menentukan kembali, saya yakin 83,000 pelajar-pelajar yang tercicir dalam sebelas tahun pendidikan awal dapat kita elakkan.


Sebab apa? Sebab walaupun mereka tidak cerdik akademik, mungkin mereka akan menjadi cemerlang dari sudut teknikal dan vokasional. Kenapa kita hukum mereka manusia-manusia tidak bijak, tidak pintar kerana kita tidak tahu bahawa di sana ada kinesthetic intelligence. Ada intra personal intelligence, ada inter personal intelligence. Saya pernah melihat sendiri pelajar-pelajar yang cerdik dan pintar tidak tahu untuk berhubung dengan sesama manusia, tidak tahu untuk communicate and has no social ability, social skill. Apakah itu manusia bijak? Manusia pintar? Jadi kesemuanya ini Tuan Yang di-Pertua perlu digarap akhirnya.


Ini kalau saya panjang lagi memang tidak habislah Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya rasa banyak lagi yang hendak saya sebut. Saya pun faham Tuan Yang di-Pertua pun nampak agak bersetuju dengan saya jadi sudah itu saya di peringkat jawatankuasa nanti saya perlu menghuraikan detailnya. Saya yakin saya hanya dapat rakaman dalam Hansard sahaja. Pandangan-pandangan saya ini mungkin di sini sahaja, di Dewan yang hampir hanya 10% yang dipenuhi tetapi andainya Tuan Yang di-Pertua kita committed, andainya kita sungguh-sungguh punya political will, jangan sampai kementerian ini menjadi momokan.


Flip flop policies dan bukan hanya pembangkang ataupun Pakatan Rakyat sahaja yang menghujah, mengkritik tetapi ahli akademik pun begitu, penganalisis pun begitu. (Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] berkata: Yang Berhormat jangan susah 10 orang pun kita dengar yang terbaik.) Terima kasih saya cukup sokong pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua. ”


Sekian catatan santai dari Parlimen Malaysia untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos24, 08. KL-P.Pauh.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails