Saturday, December 06, 2008

Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memali?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


PADA November 19, 2008, genap 23 tahun berlaku ‘Tragedi Berdarah Memali’. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985 oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan 4,000 tentera bersenjata menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya di rumahnya, di Kampung Memali Mukim Siong Baling Kedah. Seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan.

Sebelum itu, pada 18 Januari 1985 tercetus pula apa yang disebut ‘Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau’ sehari sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap. Dikatakan di mana lebih 200 ahli UMNO menyerang pekerja pilihan raya PAS di Felda Lubuk Merbau, menyebabkan 7 cedera parah, dan seorang bernama Osman Talib meninggal dunia, esok harinya.

Saya masih ingat lagi, waktu ‘Tragedi Berdarah Memali’ itu, saya dan kawan-kawan masih dalam proses mengusahakan penubuhan PAS cawangan Kampung Perlis dan Kawasan Parlimen Balik Pulau. Saya dan kawan-kawan dari KL datang dengan sebuah van Datsun berwarna putih, menyusun program dailog dan ceramah kecil di beberapa tempat dalam kawasan Balik Pulau. Selepas kira-kira seminggu di Balik Pulau kami pun pulang ke KL. Sebelum sampai di KL, sempat pula kami singgah di Cameron Highland, “Penat! Kita pun nak rehat juga, nak cari tempat sejuk, tambah sehari lagi!” kata salah seorang dari kami.

Esoknya se sampai di KL, rupanya ramai kaum keluarga dan kawan-kawan saya kelam kabut sedang mencari saya, termasuk ibubapa saya di Pulau Pinang. Yang di Pulau Pinang telefon ke KL, saya tiada. Yang KL hubungi Pulau Pinang, pun tiada juga. Waktu itu, telefon bimbit masih belum ada lagi. “Kenapa?” Saya tanya.

“Hang tak dengaq berita? Berlaku pembunuhan di Baling Kedah. Kami diberitahu, yang terlibat dalam kematian itu termasuk beberapa anak muda datang dengan sebuah van putih. Kami bimbang kalau hampa terlibat, fasai aku hubungi hang di KL tak dapat!!” Kata salah sorang kaum keluarga saya di Pulau Pinang. Begitulah peristiwa kenangan dalam sejarah awal perjuangkan PAS di Balik Pulau. Roh Peristiwa Memali akhirnya menjadi pemangkin ke arah menggerakkan perjuangan Islam Balik Pulau dengan lebih mantap lagi.

Mengapa saya kata begitu?

Pertama: Kerana saya sendiri pernah bertemu Ustaz Ibrahim Libya sebelum menemui syahid. Saya bersama seorang pemimpin tinggi PAS yang diutuskan oleh PAS Pusat menemui Ustaz Ibrahim supaya menyerah diri kepada pihak penguasa. Tetapi jawabnya, tidak. Beliau tetap akan pertahankan kebenaran dan keadilan, tidak tunduk kepada undang-undang yang zalim (tangkap tanpa bicara). Kalau terjadi apa-apa, beliau memilih syahid sebagai jalan dekat menuju syurga. Walaupun beliau terkorban, namun kesan pengorbanannya adalah manfaat bagi masyarakat dan agama.

Begitu, beliau yang pernah bekerja di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri meluahkan perasaannya kepada saya dan berpesan menyuruh kawan-kawan lain, antaranya menyebut nama seorang ustaz kawan saya, katanya, “Beritahu dia, kalau nak syahid datanglah ke sini…”

Terasa bahang syahid sudah dekat. Apa lagi bila diceritakan, kira-kira seminggu sebelum itu sebuah van dipenuhi beberapa polis datang ke rumahnya. Mereka naik ke rumahnya bila dijemput. Ketika sedang berbincang, tiba-tiba di keliling rumahnya sudah dipenuhi ramai orang-orang kampung yang sangat cinta kepada beliau sebagai tuan guru mereka. Bila seorang mula bertakbir, maka disambut bergemuruh oleh seluruh orang kampong yang hadir. Memali sudah bergema dengan jeritan takbir… menyebabkan seluruh polis-polis yang datang itu terjun lari tak bertangga.

Tinggal semua senjata, tinggal kasut-kasut, cepat-cepat menaiki van balik ke balai. Besoknya wakil Ustaz Ibrahim menghantar balik semua barangan polis tersebut. Di situlah buktinya, mereka adalah pendakwah, bukan penderhaka dan pengganas. Bahkan senapang patah yang sudah diberi lesen oleh kerajaan pun diserah balik.

Kedua: Bila berlaku peristiwa Memali, kerajaan cuba menutup kisah sebenar yang terjadi. Bahkan cuba dilakunkan dan ditayang semula di tv sesudah diputarbelitkan, menyebabkan rakyat ingin tahu realitinya. Maka, bila PAS Balik Pulau adakan ceramah, sambutannya sungguh luarbiasa. Saya masih ingat ceramah yang paling dapat sambutan, ialah di Kampung Perlis bertajuk ‘Darah & Airmata di Memali’. Penceramahnya Ustaz Harun Mat Isa yang tangannya cedera (lumpuh) dalam peristiwa tersebut, menceritakan terus apa yang dialaminya.

Hingga ada beberapa kanak-kanak menghabiskan masanya sepetang, tiada kerja lain kecuali membilang berapa jumlah kereta yang lalu di depan rumahnya untuk pergi dengar ceramah PAS itu. Orang sudah tidak kira apa parti lagi, demi nak tahu yang sebenar. Di situlah simpati kepada PAS mencurah-curah, menyuburkan PAS Balik Pulau. Antara penceramah Memali yang pernah dijemput ialah Ustaz Zaki, saya tidak tahu di mana beliau sekarang. Saudara Yusuf Husin dan banyak lagi, terutamanya dari Kedah.

Ada seseorang menjumpai saya di KL, memberi gambar-gambar syuhadak-syuhadak Memali yang mati tersenyum, dan kaset-kaset ceramah Ustaz Ibrahim semasa hidupnya untuk disebar dan diperjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Puluh ribu yang dicetak dan disebarkan. Antara tajuk kaset ceramah Ustaz Ibrahim ialah ‘Kafir dan Murtad’ dan ‘Amanat Terakhir’.

Sebagai penghormatan kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim saya sedut ucapan beliau dari tulisan pemudabesut dalam Tranungkite Online ‘Tragedi Berdarah Memali, 23 Tahun Sudah Berlalu’ pada November20, 2008.

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah SWT di dalam syurga Firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..." -Ucapan di majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling, tahun 1985.
.
"Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."

"Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah SAW yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"

"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.." – ‘Syuhada’ Melayu

Kesimpulannya, itulah manfaatnya Peristiwa Berdarah Memali dalam menjana kebangkitan PAS di Balik Pulau pada masa itu dan selepasnya.

Sekian, wassalam.

Catatan santai: Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Disember6, 08. KL

Lihat juga catatan santai Ibnu Hasyim Wednesday, July 18, 2007 Masjid Merah Berdarah, Samakah Dengan Memali?

Friday, December 05, 2008

Pesanan Syeikh Aiman Kepada Obama..




Ibnu Hasyim
Catatan Santai

MALAM tadi saya tersesat jalan, entah macam mana sampai ke Subang Jaya. Saya singgah ke sebuah gerai tepi jalan hendak tanya mana jalan ke distinasi yang saya tuju. Tiba-tiba..

“Eh, encik Ibnu Hasyim?” Seorang peniaga menyapa saya. Bila saya mengangguk, “Jemput la minum!” Saya terus singgah, setelah selesai bertanya-jawab apa yang patut mengenai jalan, akhirnya dia berkata… “Sebenarnya saya memang pelanggan dan peminat tetap pembaca blok encik. Tapi saya nak tanya sikit, “Mengapa encik sokong pengganas??”

“Ohh.. fasal beberapa ulasan saya mengenai mujahidin.. Memang semua orang tak suka pengganas, soalnya siapa pengganas? Faham inilah yang diterbalikkan sehingga kawan menjadi lawan dan musuh sudah dianggap kawan. Tunggu saya akan paparkan sebuah lagi pemikiran yang menyongsang pemikiran ala barat dan AS. Menyongsang bukan menyongsong…” Jawab saya.

Maka kini saya persembahkan sebuah tulisan yang diiterjemahkan oleh Ansar Mujahidin dari ‘Infojihad’ terjemahan ‘Pesan Syaikh Aiman kepada ObamaDesember 4, 2008 . DR. Ayman
Al-Zawahiri adalah orang nombor dua dalam pergerakan mujahidin Al-Qaida, yang dituduh pengganas oleh Amerika. Begini catatan pesanan beliau..

{ “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji milik Allah. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah atas Rasulullah SAW dan keluarga Beliau, para Shahabat, dan seluruh pengikutnya. Saudaraku ummat Islam di mana saja Anda berada, semoga rahmat dan keberkahan Allah sentiasa menyertai kita semua. Amma ba’d!

Barack Obama telah memenangkan pemilihan presiden Amerika Serikat. Dalam kesempatan ini saya hendak menyampaikan padanya beberapa pesan.

Pertama, ucapan selamat kepada Ummat Islam atas bertekuk lututnya Amerika dan kekalahan mereka di Iraq. Meskipun sebenarnya tanda dan bukti kekalahan Amerika di Iraq telah dapat kita lihat beberapa tahun sebelumnya, Bush dan pemerintahannya meneruskan sikap keras kepala mereka dan mencoba mengingkari kenyataan yang terangnya seterang sinar matahari. Jika pun ada pencapaian dan prestasi yang dicetak dalam Pemerintahan Bush, maka itu adalah segala bencana dan kehancuran yang akan ia wariskan pada para presiden setelahnya.

Dan rakyat Amerika, dengan memilih Obama, (secara tidak langsung) telah mendeklarasikan kejenuhannya dan putus asa mereka pada prediksi kenyataan masa depan yang akan terjadi akibat berbagai kebijakan yang diambil orang-orang seperti Bush ini. Karena itu mereka memutuskan untuk mendukung seseorang yang ‘mengkampanyekan’ penarikan mundur tentara Amerika dari Iraq.

Yang kedua, adalah pesan kepada presiden terpilih Amerika Serikat. Saya sampaikan kepada Anda (Barack Obama): Anda telah mencapai posisi pemimpin negara, dan sebuah warisan yang sarat dengan beban berat berisi kegagalan serta kejahatan telah menanti Anda. Kegagalan (kekalahan) di Iraq sebagaimana Anda telah mengakuinya, dan kegagalan (kekalahan) di Afghanistan sebagaimana para jenderal perang dan tentara Anda telah mengakuinya. Hal yang lain yang saya ingin sampaikan supaya menjadi perhatian Anda adalah apa yang telah Anda nyatakan tentang bagaimana Anda tengah berusaha mencapai kesepahaman dengan Iran, dan menarik pasukan Anda dari Iraq untuk mengirimkannya ke Afghanistan.

Ini adalah kebijakan yang telah ditakdirkan (insya Allah) gagal sebelum dilaksanakan. Tampaknya Anda tidak memahami sedikitpun tentang Ummat Islam dan sejarahnya, bagaimana nasib para pengkhianat yang bekerjasama dengan para penjajah asing yang menyerang negeri-negeri Islam. Anda tampaknya tidak memahami sama sekali tentang sejarah Afghanistan dan rakyat Muslimnya yang perkasa dan berjiwa merdeka. Dan jika Anda masih tetap keras kepala untuk memaksakan kegagalan Amerika di Afghanistan, hendaknya Anda berkaca pada nasib Bush dan Pervez Musharraf, serta nasib Sovyet dan Inggeris sebelum mereka.

Berhati-hatilah, serigala-serigala Afghanistan telah merasakan lezatnya potongan daging tentara Anda, jadi kirimlah ribuan dan ribuan lagi tentara yang hanya akan menjadi umpan serigala. Dan tentang warisan kejahatan Amerika yang telah menanti Anda, tampaknya jelas Anda sekedar melanjutkan apa-apa yang telah memerangkap deretan kaisar Amerika sebelumnya, mentalitas keji khas Amerika terhadap dunia dan terhadap Dunia Islam. Ummah Islam telah menerima kepedihan hati begitu pilu menyaksikan sosok munafiq Anda, serta berbagai pernyataan hipokrit Anda, serta keberpihakan Anda terhadap Israel. Bagi Ummat Islam, pesan Anda jelas.

Anda telah memilih untuk melanjutkan permusuhan dan kekejian terhadap Islam dan ummatnya. Anda menampilkan diri berlawanan dengan kalangan terhormat rakyat kulit hitam Amerika seperti Malik As Shabazz, atau kita mengenal Beliau dengan nama Malcolm X (rahimahullah). Anda lahir dari ayah seorang Muslim, tetapi Anda memilih untuk berdiri di barisan para musuh Islam, dan berdoa seperti doa orang-orang Yahudi, kendati Anda mengklaim sebagai seorang Kristen. Semua itu Anda lakukan hanya karena Anda ingin dapat meraih tampuk kekuasaan di Amerika.

Lalu Anda mengumbar janji untuk terus mendukung Israel, dan Anda mengancam untuk menyerang wilayah tribal di Pakistan, dan akan mengirimkan lebih banyak lagi pasukan ke Afghanistan, hanya untuk meneruskan kejahatan kampanye Perang Salib Global Amerika. Dan pada hari Senin kemarin, pesawat-pesawat pembom Anda telah membantai 40 rakyat Muslim Afghan yang tengah berkumpul pada sebuah perayaan pernikahan di kota Kandahar. Sementara Malik As Shabazz (semoga Allah melimpahkan kasih sayang kepadanya), Beliau lahir dari seorang ayah berprofesi sebagai pastur kulit hitam yang dibunuh oleh gerombolan berandalan kulit putih.

Tetapi Allah melimpahkannya cahaya petunjuk Islam, sehingga ia bangga dengan dirinya selaku Muslim, dan ia mengikatkan nasabnya dengan Islam, dan ia mengecam keras kejahatan kekuatan salib barat atas orang-orang lemah dan kaum tertindas, dan ia mendeklarasikan dukungannya terhadap rakyat yang melawan penindasan Amerika, dan ia tidak ragu untuk berbicara tentang revolusi global melawan hegemoni struktur kekuasaan barat yang dzalim. Karena itu tidak aneh jika kemudian Malik As Shabazz (rahimahullah) dibunuh, sementara Anda dapat meraih singgasana kekaisaran untuk mengambil alih kepemimpinan balatentara kejahatan paling besar sepanjang sejarah manusia, dan kepemimpinan balatentara salib paling kejam yang pernah ada.

Dan terhadap Anda, atau Colin Powell, atau Condolesa Rice, dan orang-orang seperti itu, kata-kata peringatan Malcom X (semoga Allah menyayanginya) tentang “Negro Rumah” bergaung kembali. (Dahulu budak kulit hitam ada yang bekerja di dalam rumah - disebut negro rumah, dan ada yang bekerja di ladang. Negro rumah ini, karena umumnya hidup sedikit lebih enak ketimbang kebanyak negro yang bekerja di ladang, kemudian jadi memihak tuan kulit putih mereka. Sedikit fasilitas yang diberikan si tuan kulit putih telah membuat negro rumah lupa diri dan lupa pada nasib kebanyakan kawannya yang negro ladang, yang hidup ditindas oleh tuan kulit putih mereka. Sama mungkin dengan istilah Indonesia ‘belanda depok’ atau ‘den sinyo’, orang pribumi yang bekerja pada tuan belanda, atau anak-anak keturunan dari nyai pribumi yang jadi selir tuan belanda).

Anda juga harus membuka mata Anda, ketika Anda mengambil alih singgasana kekaisaran Amerika pada saat balatentara Salibnya tengah melancarkan peperangan paling keji terhadap Islam dan ummatnya, ingatlah bahwa Anda sesungguhnya tidak sedang menghadapi sekelompok orang atau sekelompok organisasi, tetapi Anda tengah menghadapi gelombang kebangkitan Jihad dan pusaran renaisansnya yang tengah mengguncangkan seluruh pilar Dunia Islam; dan ini adalah kenyataan yang Anda dan pemerintahan Anda serta seluruh negara Anda mencoba untuk mengingkarinya dan berpura-pura tidak melihatnya.

Pesan ketiga, adalah kepada Ummat Islam. Saya katakan kepada kalian, wahai Ummah! Amerika, sang penjahat besar, komandan Armada Salib perampas, ternyata tetap sama dan melanjutkan wataknya, tidak berubah dari sebelumnya. Maka tidak ada pilihan lain di hadapan kita, selain juga melanjutkan perlawanan terhadapnya, agar kekaisaran yang sombong itu dapat dipaksa untuk menerima kebenaran. Karena seluruh kejahatan, kekejian, dan proyek perang Salib yang tengah dilancarkan atas negeri kalian tidak dapat dipatahkan kecuali dengan mengorbankan anak-anak kita, Mujahidin. Inilah jalan itu, maka teguh dan ikatkan kaki kita di atasnya.

Pesan keempat, saya tujukan kepada para Singa Islam, Mujahidin. Saya katakan pada kalian, semoga Allah melimpahkan karunia kepada kalian dengan karunia terbaik atas berbagai kepahlawanan kalian yang menggema dalam deret sejarah. Kalian telah menghancurkan rencana Amerika dan telah memporak-porandakan proyek mereka. Maka tetap teguh dan tsabat. Keruntuhan musuh kalian telah dimulai, maka jangan berhenti melancarkan pukulan terhadapnya. Dan saya berkata kepada saudara saya mujahidin di Iraq secara umum, dan khususnya Daulah Islam Iraq, beserta amirnya, Sang Gunung Menjulang, Abu Umar Al Baghdadi. Musuh kalian telah mengakui kekalahannya, dan fase selanjutnya yang akan datang akan didominasi oleh konspirasi dan pengkhianatan dalam rangka menutupi penarikan mundur Amerika.

Maka kalian harus gigih bertahan, karena kemenangan itu berada di atas masa-masa kesabaran. Dan saya katakan pada saudara saya, para Singa Islam di Somalia, berilah kabar gembira dengan kemenangan dan futuhat. Amerika tengah mengais serpihan luka-luka mereka di Iraq, dan Etiopia tengah mencari celah untuk lari. Karena kenyataan ini, kalian akan segera menghadapi fase konspirasi. Maka berpegang teguhlah pada kebenaran yang telah memberikan kehidupan kepada kalian, dan janganlah kalian meletakkan senjata (karena mengira kemenangan telah tiba) hingga Daulah Islam dan Tauhid dapat tegak berdiri di Somalia, daulah yang didirikan oleh tombak-tombak Mujahidin.

Dan saya sampaikan kepada seluruh Mujahidin di mana saja mereka berada, Sang Hubal abad ini tengah terhuyung-huyung dan lari dari gelanggang pertempuran, dan Allah telah melimpahkan banyak karunia atas kita dan telah memuliakan kita dengan menjadikan kita salah satu penyebab kekalahan Sang Hubal itu, maka tetaplah tabah di atas Jalan Jihad hingga kalian bertemu dengan Rabb kita dalam keadaan ridla dan Dia ridla atas kita.

Dan pesan kelima saya tujukan pada rakyat dunia, orang-orang lemah dan kaum tertindas. Saya katakan pada kalian, Amerika memang telah berganti wajah baru, tetapi hatinya yang penuh kebencian, pikirannya yang telah tenggelam dalam keserakahan, serta jiwanya yang pekat hitam diliputi kejahatan, pembunuhan, penindasan, dan despotisme tetap berlanjut serta tidak berubah. Saya sampaikan pada kalian, wahai kaum tertindas, para Mujahidin Islam, dengan ijin Allah tetap akan menjadi ujung-ujung tombak terdepan dari barisan perlawanan terhadap kedzaliman Amerika, untuk menahannya dari berbagai ketidakadilan, agresi, dan kesombongannya.

Dan pesan terakhir saya tujukan pada rakyat Amerika. Saya tegaskan pada kalian, kalian telah menderita akibat berbagai aksi dungu Bush dan gerombolannya, dan pada saat yang sama Sheikh Usamah bin Ladin (semoga Allah sentiasa menjaganya) telah menyampaikan kalian peringatan, supaya kalian mundur dari seluruh Tanah Islam, dan berhenti dari menjarah harta kekayaannya dan ikut campur dalam urusannya. Maka pilihlah apa yang kalian kehendaki, dan kalian akan memikul konsekuensi dari pilihan kalian, dan sebagaimana kalian mengadili, maka kalian pun akan diadili.

Dan doa penutup kami, segala puji bagi Allah, Maharaja alam semesta. Dan semoga sholawat serta salam selalu tercurah kepada junjungan kami, Rasulullah Muhammad, beserta keluarga Beliau dan segenap pengikutnya.” }

Demikianlah pemikiran yang menyonsang pemikiran AS dan kuncu-kuncunya. Pemikiran US yang mencipta ‘level pengganas’ menampalkan kepada orang lain, demi menutupi ke’pengganas’an dia sendiri. Bagai pencuri yang sudah terkepung, menuduh dan mengadu orang lain sebagai pencuri, kerana nak tutup ke’pencuri’annya. Saya tunjukkan jalan sesat pemikiran ini, sebagai membalas balik kepada kawan saya itu membetulkan jalan ‘tersesat’ yang saya lalui semalam. Saya harap dia baca paparan ini. Marilah kita sama-sama pakat tunjuk jalan yang betul. Ih dinas sirathal mustaqim!

Sekian. Wallahu aklam.

Catatan santai: Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Dis5, 08. KL

Thursday, December 04, 2008

Dr Hayati: RTM Perlu Betulkan..

Ibnu Hasyim
Catatan Santai dari Parlimen:

MAI kita melawat ke sidang Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 72, Rabu 3 Disember 2008, semasa membahaskan usul-usul berkaitan dengan Kementerian Penerangan. Kita lihat ucapan Dr Mohd Hayati YB Pendang, Kedah dari PAS, disunting dari laman web Parlimen Malaysia…

Terima kasih Tuan Pengerusi, Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Butiran 02100 – Mengisi Liputan Radio FM Fasa II. Saya tengok dalam JAKIM tengok radio IKIM.fm tidak nampak. Jadi saya rasa mungkin di dalam RTM lah. Saya hendak tanya tentang radio digital IKIM.fm ini kerana banyak kawasan-kawasan yang tidak diliputi dan kalau ada liputan pun dia terputus-putus. Kadang-kadang setengah jam dia putus selepas itu sambung balik. Jadi saya harap pihak RTM kalaulah ada di bawah RTM ini, kementerian ini tolong beri perhatian kepada IKIM.fm ini.

Kemudian pembelian kenderaan, Butiran 080300. Saya harap pihak kementerian ataupun menteri tolong tengoktengok kenderaan di Pejabat Penerangan di Pendang itu banyak yang telah uzur dan telah diletak tepi. Saya ingat dua ataupun tiga buah telah tidak boleh digunakan lagi. Mereka sekarang menggunakan sebuah kenderaan yang cukup uzur saya rasa untuk mereka membuat liputan kepada program-program pun ada masalah bagi pihak pegawai penerangan di situ. Kemudian Butiran 020000 – Khidmat Penyiaran, Butiran 030000 – Khidmat Penerangan. Saya juga ingin menyentuh yang disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi tentang iklan-iklan.

Iklan-iklan kita dapati sekarang ini banyak menggambarkan pelakon-pelakon iklan itu bukan lagi macam rakyat Malaysia. Kalau dahulu kita lihat masa Datuk Mat Rahmat dulu dia ada unit tatatertib dia, mereka yang rambut panjang tidak boleh, yang pakai tidak senonoh tidak boleh. Akan tetapi sekarang ini nampak macam sudah tidak ada tatatertib lagi dalam mereka-mereka yang hendak disiarkan. Kita tengok rupa-rupa pengiklan-pengiklan itu pun tidak menggambarkan orang-orang Malaysia. Nampak macam rupa ‘mat salleh’, ada rupa lain daripada rakyat Malaysia. Jadi saya rasa pihak kementerian perlulah memberi perhatian semula ke atas tatatertib…

Kadang-kadang yang rambut panjang pun kita nampak sudah tidak macam lelaki lagi, rambut kadang-kadang sampai ke bahu sampai ke memang sudah teruklah, sudah tidak ada tatatertib di dalam sistem penyiaran lagi. Kemudian juga filem-filem yang ditunjukkan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Arau kalau tidak silap saya. Filem-filem tahyul banyak, kalau kita lihat Bawang Putih Bawang Merah itu ada pari-parilah, maknanya benda ini semua tidak masuk dek akal kita kalau kita tengok filem tersebut, masih ditayangkan. Kalau sebuah filem baru ini Kementerian Pelajaran telah haramkan daripada tunjukkan di sekolah-sekolah kerana ada unsur tahyul ataupun mereka kata benda-benda ghaib tetapi filem-filem ini ditunjukkan oleh RTM, anak-anak duduk depan TV tengok dia kata, ai ni mai mana pula, sekejap ada sekejap tidak ada macam biskut Chipsmore ini.

Perkara-perkara ini saya rasa perlu diberi perhatian oleh kementerian. Begitu juga dengan rancangan Bicara Mufti. Saya hendak sentuh Bicara Mufti. Biarlah mufti orang yang paling tinggi kita kata dalam sesebuah negeri dalam ilmu agama mereka. Berilah peluang kepada setiap mufti di setiap negeri memberi ruang kepada mereka untuk mereka muncul di dalam rancangan TV yang dikhususkan untuk merekadan membicarakan perkara-perkara yang kita kata tinggi ilmunya sedikit daripada hanya sama dengan ustaz-ustaz yang mengajar di masjid-masjid ataupun di surau-surau. Kemudian tentang Klasik Nasional, Yang Berhormat Sri Gading.

Saya pun memang sering juga mendengar Klasik Nasional iaitu tentang drama yang dikarang oleh penulis-penulis skrip yang menghantar skrip mereka, mereka mengatakan disiarkan di tengah-tengah malam. Jadi siapalah yang hendak dengar kalau disiarkan di tengah malam? Jadi mereka pun bila sudah terdengar skrip di tengah malam rancangan yang mereka hantar drama ini mereka kata tidak ada mood lagi hendak buat drama-drama ataupun menulis skrip drama tersebut. Akhir sekali Tuan Pengerusi tentang di negeri-negeri kami inilah negeri-negeri Pakatan Rakyat ini berilah ruang kepada Menteri Besar untuk muncul sekali sekala di dalam RTM ini, TV kah, radio kah kerana saya dapati ada satu rancangan hari itu bila Duli Yang Maha Mulia Sultan bertitah ada tetapi bila Menteri Besar bertitah sebelum itu tidak ada. Jadi sekian, terima kasih.”

Demikian ucapan Dr Mohd Hayati. Sebenarnya, pada saya banyak lagi yang perlu RTM betulkan. Umpamanya, takrif lucah yang bersesuaian dengan kehendak agama Islam. Membanyakkan rancangan-rancangan bermutu untuk pendidikan dan moral. RTM perlu adil kepada MB-MB kerajaan Pakatan Rakyat. Berita luar negara yang bukan dari sudut-pandang negara-negara barat saja.. Perlu di kawal rangkaian tv-tv lain lagi supaya sejajar dengan kehendak Kementerian Penerangan dan macam-macam lagi.

Sekian catatan santai untuk kali ini. Wassalam.

Catatan santai: Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Disember4, 08. KL

Wednesday, December 03, 2008

Perpaduan Kaum: Pejuang Melayu Juga Perlu Berhati-hati..


Ibnu Hasyim
Catatan Santai dari Parlimen

KITA sambung ke sidang Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 70, Isnie 1 Disember 2008, semasa membahaskan usul-usul berkaitan dengan perpaduan kaum, disunting dari laman web Parlimen Malaysia…

{ 10.47 mlm. Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun] berucap… tapi dipangkah oleh bekas Ketua Pembangkang di parlimen Tuan Lim Kit Siang..

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Saya tahu apa Yang Berhormat Jerlun akan kata bahawa oleh kerana dia ada ulangi di luar dan saya mahu mengingati Yang Berhormat Jerlun ialah dalam perkara ini apa yang dia berkata dalam Dewan ini dia tidak ada apa-apa kekebalan, tidak ada apa-apa unity oleh kerana beliau akan terus mencadangkan penutupan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Ini sudah melanggar sensitive issue yang termaktub dalam Perlembagaan empat perkara yang tidak boleh disoalkan, tidak boleh diragui dan kalau dibuat dalam Parlimen pun, seorang Ahli Parlimen yang bersabit hasutan dan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan lima tahun tidak boleh menyertai ambil bahagian dalam apa-apa election. Dalam perkara ini tidak kira apa sebabnya baik tidak baik, tetapi inilah undang-undang dan untuk mengingatkan Yang Berhormat Jerlun dalam perkara ini supaya berhati-hatilah, hati baik saya.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur di atas peringatan tersebut. saya menghormati beliau sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini dan saya ini belum sampai setahun jagung lagi menjadi wakil rakyat tetapi pada waktu yang sama ingin saya perjelaskan kerana diberi peluang untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah menyatakan bahawa atau mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Saya sebenarnya dimaklumkan oleh pembantu saya sebentar tadi mengenai kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur yang sebenarnya mengejutkan saya kerana seingat saya dan 196 apabila saya lihat dalam laman web, laman-laman berita, jelas terbukti bahawa saya tidak pernah pun mengeluarkan sebarang ungkapan mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Jadi oleh itu saya minta supaya orang lama kita Yang Berhormat Ipoh Timur tidak memutarbelitkan apa yang telah saya katakan sebelum ini dan saya benar-benar faham apa yang dianggap sebagai hasutan dan apa yang tidak menghasut. Pada waktu yang sama saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa apa yang telah saya cadangkan ialah biarlah kita menggunakan cuma satu sistem seperti mana yang digunakan oleh kebanyakan negara malah 99% daripada negara-negara di seluruh dunia...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Saya tidak mahu memutar belitkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun. Akan tetapi inilah sebagai contohnya Star Online, “Mukhriz - scraps vernacular schools”. Hapuskan sekolah-sekolah Tionghoa sekolahsekolah
vernacular dan ini pun dalam online web yang...

Dato' Ismail Kasim [Arau]: Tuan Pengerusi, kenyataan akhbar tidak boleh dijadikan rujukan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukan, dia ada kata check website. Yang Berhormat kata tidak pernah, tetapi website ada. Sebab itu bukan saya memutarbelitkan tetapi saya buat dengan hati baik saya bukan untuk mahu Yang Berhormat jatuh terperangkap, tetapi supaya tahu apa yang berlaku.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee: Yang Berhormat Jerlun sedang memperjelaskan kenyataan yang keluar di akhbar Yang Berhormat. Kita dengar dan perhatikan penjelasan beliau.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bimbang sekiranya Yang Berhormat Ipoh Timur sentiasa dengan izin, jump into conclusion tanpa usul periksa mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat orang-orang seperti kita ini di Parlimen mahupun di luar Parlimen, lebih-lebih lagi menyentuh isu-isu yang begitu sensitif. Kalau dibaca teks kenyataan walaupun yang dilaporkan oleh Star Online itu kita akan dapati bahawa apa kandungan laporan tersebut berbeza dengan tajuk yang diletakkan di paling atas. Ini malangnya seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi.

Antara perkara-perkara ataupun taktiklah mungkin yang dilakukan oleh pihak media yang kadang-kadang itu mengelirukan kita. Saya tidak tahu, saya tidak boleh kata dengan jelas bahawa ada sebarang niat yang kurang baik oleh pihak media tetapi seperti yang telah terbukti dengan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur, rupa-rupanya ada salah tafsiran yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi itu sebabnya saya fikir terpanggil untuk saya untuk menjelaskan apa yang sebenarnya supaya tidak ada salah faham. Sebab yang kita lakukan di sini Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi di Dewan yang mulia ini semata-mata untuk kebaikan negara dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan di antara kaum di negara yang berbilang kaum.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Penjelasan. Saya hendak tanya antara sistem schooling yang berbeza dan juga kaedah kita di mana kita mendefinisikan semua orang sebagai kaum ini, kaum itu. Antara dua ini yang mana wujudkan perasaan perkauman, yang mana menghakiskan perasaan perpaduan. Saya boleh terima pada satu masa mungkin perlu untuk membangunkan satu masyarakat yang ketinggalan mungkin perlu tetapi pada...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, gulung Yang Berhormat, singkatkan Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Ya, tetapi pada tanggapan bolehkah kita buat perpaduan negara ini tanpa kurangkan definisi seseorang sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan. Itu soalannya.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ringkaskan respons Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Saya akan respons dengan cepat sebab ini bukannya amalan cuma di Malaysia sahaja, di seluruh dunia pun ada amalan di mana orangorang tertentu, kaum-kaum tertentu diberi nama Hispanic, Caucasian dan sebagainya. Jadi kalau itu pun diamalkan di Malaysia saya ingat itu bukan ganjil dan ia tidak secara langsung mengakibatkan satu perbezaan yang begitu ketara di antara kaum di Malaysia kita ini tetapi apa yang saya hendak teruskan ialah sebagai...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Ya, insya-Allah. Bahawa kalau kita boleh wujudkan satu sistem persekolahan menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantaraannya saya cadangkan supaya Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil yang kita anggap sebagi bahasa-bahasa yang penting diwajibkan kepada masyarakat Cina dan India di dalam negara kita ini dan sebagai mata pelajaran optional pada kaum-kaum lain termasuk kaum Melayu dan itu sebabnya saya rasa tidak seditious ataupun berunsur hasutan apa yang telah saya nyatakan di luar Parlimen dan itu sebabnya saya sanggup untuk mengulangi apa yang telah saya nyatakan tadi di dalam Dewan yang mulia ini, itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

Dewan akhirnya ditangguhkan pada pukul 11.02 malam.}

Begitulah, demi keharmonian kaum, kedamaian kita bersama sebagai rakyat Malaysia, maka sampah-sampah perkauman dan asobiah perlu dibakar habis. Kikis buang daki-daki perkauman.

Catatan santai: Ibnu Hasyim (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Disember2, 08. KL

Perpaduan Kaum: Orang Bukan Islam Perlu Berhati-hati..


Ibnu Hasyim
Catatan Santai
dari Parlimen


MARI kita beralih ke sidang Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 70, Isnie 1 Disember 2008, semasa membahaskan usul-usul berkaitan dengan perpaduan kaum, disunting dari laman web Parlimen Malaysia…

{ Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Ya pendapat dan itu adalah satu kenyataan, kita mesti terima, kita tidak boleh mengatakan seseorang itu betul dan lain orang itu salah, this is a fact of life, dengan izin, kita harus terima, harus menghormati antara satu sama lain, harus terima bahawa kita ada keistimewaan dan kita ada kelemahan, tidak ada satu bangsa di dunia ini adalah istimewa pada semua sekali dan tidak ada bangsa di negara ini, di dunia ini yang semuanya ada kesalahan atau kelemahan atau kekurangan seperti Socrates, seorang ahli falsafah Greek mengatakan “I’m a citizen not of Athens but, I’m a citizen of this world” dengan izin, itu penting, kenapa tidak kita boleh memupuk semangat kebaikan di antara kita, dekat 50 tahun sudah jadi, macam Yang Berhormat Pasir Salak katakan, jangan gunakan perkataan-perkataan yang boleh hina atau menyakitkan orang lain.

Baru-baru ini, Majlis Fatwa telah mengatakan tentang yoga, itu adalah hak Majlis Fatwa untuk mengatakan tentang yoga, tidak sesuai untuk kawan-kawan Muslim kita, tetapi saya rasa sakit hati, mengapa dia kata yoga itu haram? Tidakkah Majlis Fatwa mengambil kira perasaan orang India ataupun orang Hindu. Jadi..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Telok Intan, Telok Intan…

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Ya Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya rasa salah faham Telok Intan ini jangan dilanjutkan, Majlis Fatwa dia berkaitan dengan hak hukum hakam Islam dan apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa khusus untuk pegangan, anutan orang Islam semata-mata, jadikalau dikata hukum haram, dalam Islam ada haram, ada makruh, ada harus, ada sunat, ada wajib. Jadi yoga itu dari segi pandangan Islam, salah kepada orang Islam, dia tidak pula menyalahkan orang bukan Islam yang nak mengamalkan yoga. Jadi jangan sentuh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam yang khusus untuk orang Islam, saya harap Telok Intan jangan panjangkanlah perkara ini, nanti salah faham, macam tadi kata, biarlah kita jangan menyinggung perasaan orang lain, saya setuju sangat, Yang Berhormat Telok Intan bercakap begitu baik, saya cukup apa yang dia perkatakan, jadi tolonglah hentikan soal nak mempertikaikan Majlis Fatwa kerana dia terus akan menyentuh orang Islam.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Sikit, saya menyokong Yang Berhormat Sri Gading ini, fatwa ini adalah hanya untuk orang Islam sahaja. Dan dia tidak bermakna bila kata haram, maka orang lain tersinggung kerana itu hanya untuk orang Islam dan tidak ada sikit pun niat untuk menyinggung mana-mana pihak, sekian.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Mungkin niat dia baik, tetapi cara dia katakan, misalkan kalau fatwa dikeluarkan, example lah oleh seorang Hindu…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat,Yang Berhormat, boleh alih kepada isu yang lain Yang Berhormat, ya?

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Saya harus beri penjelasan kepada soalan yang dibangkit, jika Majlis Fatwa Hindu katakan, keluarkan sesuatu practise oleh kawan-kawan Muslim kita, itu haram di sisi Hindu, tak baik kita dengar macam itu. Jadi mungkin Fatwa boleh gunakan perkataan tidak sesuai untuk kaum Islam, kita boleh terima.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Majlis Fatwa pun mengkhususkan kepada orang Islam.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Saya faham.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini tidak mengganggu kaum lain.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Mungkin surat khabar..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Macam juga kata orang Islam, babi itu haram, mughallazah, bukan pula makna kalau orang Cina, orang India yang makan babi, kita benci, tak. Itu soal you, tapi dari segi hukum Islam, babi itu najis mughallazah, haram dimakan.
Jadi kalau Majlis Fatwa kata haram, bukan pula nak menyinggung orang Cina, orang India yang makan, silalah makan, macam arak jadi jangan panjangkanlah saya ingat, untuk kebaikan kita bersama.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, jangan panjangkanlah Yang Berhormat.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Terima kasih saya cuma harap untuk demi kepentingan perpaduan, cara kita mengeluarkan kenyataan seperti itu boleh dielakkan, itu cuma satu saya minta sahaja.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Sikit mungkin saya, perkataan haram itu sendiri, saya cakap ini sebagai seorang pakar dalam bidang hukum hakam, dia ada mempunyai maknanya yang tersendiri, rentetan dari hukum haram itu ada dia punya implikasi, jadi dia hanya digunakan sebagai istilah bagi orang Islam yang mana perbuatan itu jika dilakukan maka ada kesan dosa dan pahala, itu sahaja.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar dan juga Sri Gading, saya haraplah Yang Berhormat Pasir Salak yang kita dengar hari ini adalah betul-betul Pasir Salak yang tulen dan benarlah, bukan macam dahululah, saya sokong, dengan itu saya minta Yang Berhormat Menteri, biar kita menghadapi satu masa depan yang betul-betul ada perpaduan di antara kaum, saya sokong semua langkah-langkah yang boleh diambil oleh kementerian untuk mengukuhkan semangat perpaduan di antara kaum, sekian terima kasih.}

Begitulah, demi keharmonian kaum kita sebagai rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati lagi. Lihat pula catatan santai dari parlimen seterusnya.

Catatan santai: Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Disember2, 08. KL