Saturday, December 13, 2008

Agen CIA: Adam Malik di Indonesia, Siapa di Malaysia?




Ibnu Hasyim
Catatan Santai

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan rencana bertajuk ‘Adam Malik ejen CIA? Oleh BORHAN ABU SAMAH (Wakil Utusan di Jakarta yang baru. Demikian tulisannya…

BARU-baru ini sebuah buku yang diterbitkan di Indonesia bertajuk Membongkar Kegagalan Agensi Perisikan Pusat (CIA) oleh wartawan kanan The New York Times, Tim Weiner mendakwa bekas Naib Presiden Republik Indonesia, Adam Malik pernah menjadi ejen CIA berikutan namanya terdapat di dalam dokumen agensi paling rahsia Amerika Syarikat (AS) itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh keluarganya, walaupun memang terdapat petunjuk wujudnya komunikasi yang kerap di antara Adam dengan pegawai kanan AS. Sebagai contoh telegram yang dihantar oleh Duta AS di Jakarta, Marshall Green kepada Penolong Setiausaha AS, Bill Bundy ke Washington. Ia dihantar melalui saluran khas bagi penolong setiausaha risikan diplomatik.

Pada 2 Disember 1965, Green menghantar laporan mengenai seorang ahli politik yang dianggap penting bagi misi mereka di Indonesia iaitu Menteri Perdagangan Indonesia, Adam Malik. Adam berusia 48 tahun pada masa itu merupakan orang di sebalik Kempen Menentang Gerakan 30 September Partai Komunis Indonesia (Kap-Gestapu). Pergerakan itu dijalankan oleh orang ramai, tetapi dilaksanakan oleh tentera bagi memburu mereka yang disyaki menjadi ahli Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menyaksikan kira-kira 500,000 dibunuh di seluruh republik berkenaan kerana disyaki menjadi ahli parti komunis tersebut.

Dana

Di dalam telegramnya, Green menulis: "Berdasarkan hasil yang diperolehi, Saya berasa program itu telah berjaya". Adam bukanlah pemimpin Kap-Gestapu, tetapi merupakan orang di belakang tabir mengerakkan pergerakan itu dan dilaporkan turut mengumpul dana untuk tujuan tersebut.

Dalam telegram itu, Green turut menyatakan keputusannya untuk memberi Rp50 juta bagi membiayai pergerakan Kap-Gestapu. Sukar untuk menyatakan nilai yang tepat Rp50 juta pada masa itu.

Pada 11 September 1965, Bank Indonesia menetapkan tukaran asing iaitu Rp30 bersamaan AS$1. Ini bermakna wang sejumlah AS$1.7 juta telah disalurkan kepada Adam. Bantuan kewangan itu diberikan tanda restu AS yang mengharapkan Adam dapat menjalin hubungan erat dengan pihak tentera tanpa perlu menzahirkan penglibatan AS secara langsung. Dokumen itu diklasifikasikan sebagai bukan lagi rahsia oleh CIA pada 2001. Weiner menggunakan dokumen itu sebagai bukti penglibatan CIA dalam menghancurkan PKI yang akhirnya menyebabkan kejatuhan Sukarno sebagai Presiden Republik Indonesia pada 1965.

Weiner juga menemu bual Clyde McAvoy, bekas diplomat di Kedutaan AS di Jakarta pada 1961-1966 yang mendakwa Adam bertemu dengan diplomat berkenaan di tempat rahsia dan selamat. McAvoy mendakwa telah melatih Adam dan merupakan pegawai kanan tertinggi Indonesia yang dilatih oleh badan perisikan itu. CIA, katanya, dibantu oleh seorang ahli perniagaan yang juga bekas ahli Parti Komunis Jepun yang tinggal di Jakarta.

Kepimpinan

Selepas pengambilan Adam, CIA telah meningkatkan operasinya dan menyaksikan Sukarno digulingkan dan CIA terlibat dalam membentuk kepimpinan baru melibatkan Adam, Sri Sultan Hamengku Buwono IX dan Mejar Jeneral Suharto. Hubungan Adam dengan Washington terus baik sehingga Suharto berkuasa dan telah melantik Adam sebagai Menteri Luar. Buku berkenaan diterbitkan tahun lalu, tetapi telah diterbitkan semula di Jakarta bulan ini. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak di Indonesia dan sebuah akhbar tempatan, Republika.

Melalui tinjauan orang ramai didapati 42.3 peratus tidak yakin dengan dakwaan itu, manakala 40.3 peratus yakin, sementara 17.4 peratus lagi ragu-ragu. Buku itu pula disifatkan oleh Menteri Pertahanan, Juwono Sudarsono sebagai tidak perlu diberi perhatian. Katanya, hal sedemikian memang menjadi permainan media AS, apatah lagi ia ditulis selepas 30 tahun peristiwa tersebut berlaku.

Pakar sejarah, Anhar Gong-gong pula berpendapat dokumen lain perlu dijadikan sandaran bagi membuktikan kebenaran dakwaan tersebut kerana tidak semua laporan CIA adalah tepat. Menurutnya, Adam memang sering bertentangan pendapat dengan dengan Presiden Sukarno, tetapi tidak bermakna dia mengkhianati negara kerana dia turut terlibat dalam menegakkan kemerdekaan negara.

Komen saya:

Kalau di Indonesia ada agen CIA seperti yang disyaki, takkanlah agendi Malaysia tiada? Kalau ada siapa? Apa peranannya? Bolehkah dicari kenyataan tersirat dari buku itu? Sila lihat artikel-artikel ini…

1.. Friday, November 21, 2008 Rupanya CIA Amerika, Tak Se Kuat Mana..
2.. Monday, November 24, 2008 Bekas Wakil Presiden Indonesia Adalah Agen CIA..

“ …Buku yang tebalnya 858 muka, soft cover, saiz 135x200mm, kategori sosio politik, no ISBN 978-979-22-3782-5 diterbitkan pada September 2008 oleh Gramedia Pustaka Utama, Indonesia…”

“…kalau ada orang nak beli, aku ada bawa kira-kira 10 buah lagi dari Bandung. Aku jual dengan harga RM100 sebuah… termasuk register & pos laju di Malaysia sahaja.. Kurang-kurang lepas duit minum aku pun jadilah. Jika berminat sila telefon: En Abu 0132053054..”

Demikian catatan santai untuk kali ini. Sekian, Wallahu aklam.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember12, 08. KL

Pengusaha Tanaman Nilam Yang Berjaya, Bagaimana?



Ibnu Hasyim
Catatan Santai

“MINYAK nilam mempunyai potensi besar untuk menjadikan seseorang itu pengusaha yang berjaya. “ Kata An Har, seorang kawan lama saya, pengimport dan pengespot barangan Indonesia-Malaysia-China. Beliau pernah berkerja dengan dewan bandaraya Medan Indonesia suatu ketika dulu, telah saya temuinya di Salak Tinggi berhampiran KLIA semalam. “Kini saya mula mengembangkan perniagaan saya, dari import-eksport, ke arah pembenihan, penanaman dan pengembangan tanaman di Asia, di mulai dengan Indonesia, dan kini di Malaysia pula…”

Menurutnya, tanaman nilam adalah sejenis tanaman yang dikenali sebagai Pogostemon Patchouli atau Pogostemon Cablin Benth, alias Pogostemon Mentha. Asalnya dari negara Filipina, tetapi sudah dikembangkan juga di Malaysia, Madagaskar, Paraguay, Brasil, dan Indonesia. Kerana banyak ditanam di Aceh, maka ia juga disebut ‘Nilam Aceh’, yang kini sudah dikomersialkan.. Terutama Aceh Selatan dan Tenggara, masih menjadi pusat tanaman nilam terluas di Indonesia (Ditjen Perkebunan, 1997). Disusuli Sumatra Utara (Nias, Tapanuli Selatan), Sumatra Barat, Bengkulu, Lampung, Jawa Tengah (Banyumas, Banjarnegara), dan Jawa Timur (Tulungagung). Umumnya, masih didominasi perkebunan rakyat berskala kecil.

Menurut beliau lagi, Pogostemon heyneanus, juga dikatakan berasal dari India, yang akhirnya disebut ‘Nilam Jawa’ atau ‘Nilam Hutan’ kerana banyak tumbuh di hutan di Pulau Jawa. Ada lagi Pogostemon hortensis, atau ‘nilam sabun’ (minyaknya boleh digunakan untuk mencuci pakaian). Banyak terdapat di daerah Banten, Jawa Barat, bentuknya menyerupai nilam jawa, tapi tidak berbunga.

“Pak An Har telah mengusahakan penanamannya di Jambi dan di Medan sebagai contoh. Kini kami cuba nak perluaskan perusahaan ini di Malaysia!” kata Saudara Shamsul rakaniaga beliau yang sama-sama baru mengusahakan tanah seluas 6 ekar di Salak Tinggi dalam daerah Sepang, yang baru saya lawati sebelum itu. “Di Malaysia tanaman ini sudah lama diperkenalkan, tetapi masih belum dikomersialkan besar-besaran seperti minyak sawit.”

“Bahkan negara saya Indonesia pula tercatat sebagai pengekspor minyak nilam terbesar di dunia. Kerana nilam merupakan salah satu dari 150 - 200 spesies tanaman penghasil minyak atsiri. Terdapat sekitar 40 - 50 jenis, tetapi baru sekitar 15 spesies yang diusahakan secara komersial. Dikatakan, ‘nilam Aceh’ adalah nilam yang terbaik di dunia.” Tambah An-Har pula.

“Minyak atsiri?, Untuk apa kegunaannya?” Saya Tanya.

Minyak atsiri atau asiri juga disebut minyak eteris, ‘essensial oil’ atau ‘volatil’. Minyak eteris disebut juga minyak terbang… kerana mudah terbang atau mengwap pada suhu kamar (250C) tanpa mengalami dekomposisi. Aroma minyak atsiri umumnya khas, sesuai jenis tanamannya. Bersifat mudah larut dalam pelarut organik, tapi tidak larut air. Itulah minyak nilam hasil dari tanaman nilam itu..” Jawab An-Har.

“Bagaimana pemasarannya?”

“Minyak nilam yang dihasilkan dari tanaman saya di Jambi telah saya gunakan untuk menghasilkan dalam pengeluaran minyak wangi keluaran syarikat saya sendiri di Indonesia. Minyak wangi yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi Jepun itu, setakat ini baru dipasarkan di beberapa negara seperti Jepun, Malaysia, Singapura dan Indonesia sendiri.” Jelas An Har lagi. “Kini saya juga menjadi pengimport dan pembekal minyak nilam ke seluruh dunia.”

“Bagaimana dengan pengusahaan tanah yang di Sepang ini?”

“Oh.. di Malaysia ini saya cuma nak perkenalkan benih jenis ‘Nilam A-Sia’. Kami gubah dari gabungan benih ‘nilam aceh’ terbaik di dunia, yang disesuaikan dengan tanah di Malaysia. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan benih nilam itu sila hubungi saya. No tel di Malaysia: 016 2468967. Begitu juga yang ingin menjual dan membeli minyak nilam, atau perlukan serba sikit khidmat nasihat....

Demikian catatan santai untuk kali ini, sekurang-kurang untuk anda berkenalan dengan seorang pengusaha tanaman nilam. Sekian, Wallahu aklam.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember12, 08. KL

Wednesday, December 10, 2008

Melayu Pinggir Bahasa Sendiri.. Som Prong

Bahasa Melayu untuk rakyat sahaja?

Ibnu Hasyim
Catatan Santai

SAYA menerima e-mail dari seseorang bernama Som Prong bersama komennya berjudul ‘Bahasa Melayu Terpinggir Salah Siapa?’. Maka diperturunkan di sini..

{AKU bukan nak kata laaa .... sungguhpun aku ni keturunan Siam mai, tapi bahasa Melayu aku kira okey jugak laa .... pasai aku dok campoq guoi dgn puak2 Melayu banyaaaaak .... jadi aku kira mcm depa jugak laaa nuuuu .........cuma slang aku saja ..... dia berlagu lagu Siam sikit laaaa ...... tapi tak pa laaaa .... Melayu2 yg dok cakap dgn aku pun buleh paham ..... kira buleh lah nuuuu? Tapi aku turut sedih jugak tentang bahasa Melayu laaa laaa ni niiiihhhh ... sedih sungguhhhhhh ..... bukan nak kataaaaa ..........ada depa kata bahasa Melayu laaa ni dah jadi rojak ...... rojak campoq ...... dia campoq adok sana pi sini mai .... aku pun naik penin .....

Apa tidak nya? Awat dia jadi lagu tuuu? Ni pun satu .... slanga 'awat' tu yg selalu dan kerap diguna oleh orang sebelah utara Semenanjung (kira Kedah, Perlis, Penang/Seberang Prai dan Perak Utara) depa banyak dok ingat 'awat' kononnya bunyi atau sound like English punya word "a What?" .... maka jadilah ungkapan 'awat' yg cukup popular sekali bila puak2 orang2 utara bila depa dok bersembang sama2 depa ....... sikit-sikit awat ... sikit-sikit awat ..... seperti "awat hang tak bagi tau kat aku awai-awai....." ; "awat dia buat lagu tu?" dsbnya. Banyak depa dok rayan yang ungkapan 'awat' tu kononnya dari perkataan Inggeris .... jadi depa naik megah nak mampoih buleh guna perkataan omputih dlm percakapan depa ..... padahai itu asai usoi mai dari perkataan Siam jugak nak habag bagi ..... tanyalah orang2 yg dok di sempadan Siam dekat dgn border ......

Cuba hangpa perati dan ambik teliti mai tengok ...... macam istilah2 yg kita dok guna banyak yang di cedok dari bahasa asing .... Inggeris laaa yg kerap diambik ..... Kalau nak bagi contoh .... cukup punya banyak ..... cuba ambik perati tengok apa yg terpapar dalam senarai dibawah :

U.M.N.O. sendiri pun .... katanya sebuah Parti Politik orang2 Melayu ..... tapi cuba amati akan nama parti tu dgn sepenuhnya .... United Malays National Organization ..... kan bahasa Inggeris tu ...... bahasa orang putih (setengah depa kata .... bahasa omputih .... shortcut lah tu). Hangpa tengok lah sendiri .... dari awai2 lagi dari golongan puak2 Melayu sendiri tak mau pakai nama atau ejaan Melayu untuk parti politik yg di tubuhkan oleh bangsa depa sendiri .... nak kata apa lagi? Sapa yang mula2 start? ..... tok sah dok marah kat aku laaa .... pasai aku guna perkataan 'start'. .... aku tok sah kira laaa .... aku peduli apa? bukan bahasa aku .... aku pun syok jugak kalau bahasa buleh pi dok campoq aduk main ikut suka ajaaaaa .... main ikut daaaannn ajaaaaa ...... kira senang laaa ... cukup paling mudahhhh nak mampoih .... kalau teringat nak guna perkataan omputih kaa ...atau lain2 perkataan ... lain drp perkataan Melayu .... hantam saja laaaaa ....... kira apa?

Bukan bahasa kita - bukan bahasa aku (bukan bahasa keturunan orang2 aku).... lagi banyak dicampoq aduk .... lagi meriah laaaaa .... macam rojak campoq .... lagi banyak mcm buah2an dalam rojak tu .... lagi ada uuummmppphhhhhh kata orang ....... sikit punya caca-merba ka .........

Tengok laaaa ........ seperti yang aku kasi contoh2 dibawah ni: Dari pehak media arus perdana sendiri pun cukup banyak dan menyerlah sekali especially dari media tv di segenap stesyen samaada gomen atau swasta (tv swasta pun ada kaitan atau link dgn gomen jugak - itu yg depa dok panggil GLC - Government-Link Company). Ini boleh disenaraikan seperti dibawah:

Infomasi - dari perkataan Inggeris - information [penerangan (bahasa Melayu) dipinggirkan]
Komunikasi - dari English word - communication [hubungan; perhubungan maksud dlm bahasa Melayu - dipinggirkan lah tu]
Delegasi - dari English word - delegate - diMelayukan dgn ejaan delegasi [bermaksud utusan; wakil dlm bahasa Melayu - dipinggirkan jugak].
Integriti - dari English word integrity - di Melayukan jadi ejaan integriti bermaksud kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan - pun lebih mementingkan yg istilah penjajah punya .... baru ada class (ejaan Melayu - kelas). Jawabnya yg Melayu punya perkataan di pinggirkan lah.
Integrasi - dari English word integration bermaksud gabungan dari pelbagai; penyatuan - diMelayukan dgn ejaan integrasi ..... baru ada kekuatan atau keberkesanan konon2nya lah. Perkataan dlm bahasa Melayu di pinggirkan lah.

Popular - dari perkataan Inggeris popular (diambil bulat2 dgn ejaan yg sama) - padahal dlm bahasa Melayu boleh pun digunapakai perkataan terkenal dan disukai ramai; digemari ramai; sukaramai - maka yg ada berbunyi Melayu kira kurang ummph lah .... jawabnya dipinggirkan lah. Sekarang dan terkini ramai kerana mengikut trend (dari pemimpin politik sendiri) terdapat istilah 'populis' seringkali dan acapkali digunakan lebih2 lagi oleh orang2 politik dan media2 arus perdana (terutama dari media tv) .... untuk menunjukkan betapa 'up-to-date' si orang yang menggunakan istilah itu ketika dia bercakap. Tidak ketinggalan zaman lah (out-dated) dikalangan puak2 depa tu. Sebelum ini ... penggunaan istilah 'pop' seperti lagu2 pop; irama pop; pop yeh yeh; pop-star, adalah singkatan dari perkataan 'popular' lah. Pop ..... tak dak bunyi Melayu langsung ..... tapi nak kan omputih punya slang punya pasai .... teruih ambik dan gunapakai sajalah .... apa ada? Pop-corn macam mana pulak .... adakah itu bermaksud 'popular punya jagung' dari maksud 'pop-corn' .... cuba tanya puak2 Melayu tengok .... depa tau ka? ternganga .... terlopong lah ....nampak2nya.... jenis main tiru tapi tak tau maksud sebenaq2nya ..... main ikut orang pun ramai jugak ... jenis pak-turut juga mak-turut pun ramai. Perati sajalah....... berlambak yg dok ada jenis mcm tu.

Populasi - ini pun dari perkataan Inggeris population bermaksud jumlah penduduk; bilangan penduduk ..... perkataan Melayu yg buleh diguna jawabnya terpinggir sajalah.
Bajet - ini jugak dari perkataan budget (English word) .... hairan... hairan .... ini semua penggunaan yg di initiate oleh pak2 menteri kita sendiri jugak. Depa jugak yg dok melaung2kan untuk memertabatkan bahasa Melayu laa ....bahasa Malaysia laa ..... bahasa kebangsaan laa .... tau tau depa sendiri yg dok ambik guna pakai perkataan Inggeris yg juga bahasa bekas penjajah Tanah Melayu dulu. Itu kata cakap tak serupa bikin. La ni salah sapa? Depa nanti salahkan orang lain jugak .....
Fenomena - from the word phenomenon [dah tak dak perkataan dlm bahasa orang Melayu - miskin sungguh atau 'sengkek' kata otang utara].

Senario - from the word 'scenario' [pun tak dak perkataan dlm bahasa Melayu - yang sebenarnya tak dak idea atau ilham untuk me-reka-cipta istilah yg agak bersesuaian dgn maksud perkataan Inggeris 'scenario' tu - kesian!].
Senator - from the word 'senator' exactly totally copied from English word.
Senat - from the word 'senate' - depa ubah sikit dgn membuangkan 'e' pada ejaan 'senate' maka jadilah 'senat'. Omputih masuk Melayu laaa nak katakan ......
Teater - from the word 'theatre' - kalau dulu kerap digunapakai - pentas - lakunan pentas - bangsawan atau juga sandiwara.
Drama - from the exact English spelling 'drama' - maksud dlm bahasa Melayu - lakunan - persembahan lakunan.
Artis - from the word artist/artiste - dulu memang digunapakai istilah seniman/seniwati - orang yang bergiat didalam kegiatan seni (terutamanya seni lakunan dan nyanyian).

Lagi contoh perkataan Inggeris yang di cedok dan diMelayukan dengan ejaan Melayu tapi sound-like English - seperti:

suspek (suspect), aspek (aspect), konsep (concept), prinsip (principle), projek (project), sukses (success), kontrak (contract), tragedi (tragedy), operasi (operation), klip (clip), slaid (slide), siri (siries), struktur (structure), aktif (active), aktivis (activist), proaktif (pro+active), pos (post), stesyen (station), letrik (elektrik), komputer (computer), kondominium (condominium), lif (lift), telefon (telephone), emel (email), bot (boat), komuter (commuter), konsumer (consumer), pensil (pencil), dokumen (document), okey (okay), tiket (ticket), wayar (wire), kabel (cable), stabil (stable), emosi (emotion), illusi (illusion), motivasi (motivation), glamor (glamour), filem (film), kamera (camera), lensa (lens), akuarium (aquarium), orkid (orchid), mikrofon (microphone), program (programme), skrip (script), lirik (lyric), teknik (technique), juri (jury), profesional (professional), produk (product), realiti (reality), muzik (music), hos (host), bos (boss), skrin (screen), orkestra (orchestra), harmoni (harmony), melodi (melody), fantasi (fantasy), kontroversi (controversy), sensasi (sensation), galaksi (galaxy), entiti (entity), foto (photo), demokrasi (democracy), demokrat (democrat), dll.

Malah banyak lagi jika hendak di senaraikan .... berjela2 panjangnya ..... boleh bikin kamus special untuk bahasa Melayu celup Inggeris ...... bahasa Inggeris yang di Melayukan .... yang dihalalkan .... iaitu yang di cop 'halal'. Tengok sendirilah betapa orang Melayu jugak yang dok bangga2kan bahasa MatSalleh ... puak2 Melayu lebih2 lagi puak2 pemimpin politik Melayu jugak yang dok mengagung2kan bahasa penjajah Inggeris lagi instead of bahasa Melayu yang tidak kurang hebatnya. Aku pun sengaja guna istilah bahasa Inggeris untuk memudahkan puak2 Melayu yang gemaq sangat mengguna-pakai istilah Inggeris dgn ghairahnya....... aku peduli apa? Bukan bahasa aku? Aku pun seronok jugak guna bahasa rojak .... pasai ia jugak meriah, gamat dan melucukan ..... kadang2 buat kita naik tergelak terbahak2 sorang diri.

Banyak lagi dan bertambah berlambak2 lagi kalau nak disenaraikan .... akan jadi macam apa orang nanti kata? KAMUS BAHASA MELAYU-OMPUTIH CELUP atau KAMUS BAHASA ROJAK CAMPUR ataupun KAMUS BAHASA MELANGGERIS .... pasai terlalu tebal hingga akan jadi macam kamus pulak. Ada lagi yang membuat ramai yang turut menjadi tenaga pengajar (bahasa harubiru a.k.a. bahasa rojak) selain dari kalangan pemimpin2 politik Melayu sendiri .... ialah dari puak2 media tv sendiri seperti dari puak2 pengacara2, pembaca berita, pengulas2 siaran, hos (pun asal dari 'host' - English word), tetamu2 undangan dalam talk-show, bual-bicara, forum dan realiti show dan hiburan banyak yang sering mencampur-adukkan perkataan2 Inggeris dlm perbualan mereka seperti contoh2 seperti dibawah:

"....selepas tu? ...... so ..... saya pun terus drive tanpa toleh kebelakang lagi ....then ... apa yang terjadi you tau?"
"okay .... kita pergi ke topik lain pula .....okay .... sebelum tu ...kita terima dulu panggilan dari penonton .....okay ..... siapa disana .... okay .... nama encik? .... okay .... call dari mana? ....okay...."
"saya tak pergi .... because ... hari tu terpaksa bertugas di outstation .....so I pun termiss lah jemputan tu ....."
"kita patut mengrecommendkan untuk mendapat respond yang lebih dari kalangan penonton ......so that .... bertambah rancak lagilah program itu nanti".
"program reality tv sure popular among remaja dan student ........."
"Filem-filem yang mencapai kutipan box-office belum tentu boleh meraih anugerah award "Best Film of the Yeaaarrrr" lagi .... belum pasti .... belum sure lagi ....semuanya depends dari keputusan muktamad juri2 professional yang dilantik".

Dan yang termasuk tajuk2 drama2 Melayu dan tajuk2 program tv yg menggunakan bahasa Inggeris pun apa kurangnya. Macam lah tak dak istilah bahasa Melayu yang sesuai yang boleh diambik pakai untuk dijadikan tajuk2 drama Melayu dan juga tajuk2 program2 tv sendiri. Jadi sapa yang meminggirkan bahasa Melayu yang sebenaq2nya. Jangan salahkan orang ramai .... kerana orang ramai yang jadi penonton juga pembaca yang di suap, yang hidangkan melalui media2 massa sama ada media elektronik ataupun media cetak lah yang mengajar secara tak betoi pada depa semua. Kalau dah cikgu pun melelong macam naik basikal tayar gelong ... maka anak2 muridnya pun pakat turut sama melelong dan menonong-nonong lebih pada had lagilah.

Yang syok dok perati tengok orang macam kami lah (sebagai penonton dari luaq).... yang bukan pewaris bahasa Melayu tulin ... seronok dok tengok telatah dan karenah puak2 Melayu dok asyik dgn gelagat depa dok berlumba2 dok berlawan bersaing menambahkan istilah2 baru celup matsalleh - atau istilah bahasa rojak omputih celup melayu yang kian menjadi2. Bukan susah nak meMelayukan bahasa Inggeris .... cukup paling mudah nak mampoih ... paling mudah guna penambahan 'mem'; 'meng'; 'ber'; 'ter'; 'di' ; 'kan'; 'lah'; 'kah' dan mcm2 lagi jenis bentuk penambahan pada istilah2 Inggeris seperti contoh - meng'recommend'kan; ber'entertain'kan; ter'accidentally'; meng'enjoy'kan; ber'dinner' sekali dgn ber'supper'lah ; meng'calculate'kan; ber'holiday' ; ber'honeymoon'kah ; dan dsbnya.

Dan yang terbaru aku dengaq PM PakLah 'yg cedaih & cedik lagi benak' tu ada sebut di'motivate'kan (dlm berita tv tentang kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pagi Sabtu baru2 ni) .... Tengoklah contoh yg amat ketara..... mau tak puak2 Melayu yg jenih 'pak-turut & mak-turut" dan yg jenih nak menunjuk2 yg depa tu saja pandai cakap omputih (English educated lah) nak peduli apa tentang susun-atur bahasa .... nak jaga tata bahasa? Sedangkan yang tua2 bangka, yang bapak2 yang pangkat nenek pun dok main campoq aduk caca-merbakan bahasa depa sendiri .... takkanlah Melayu2 yang lain nak jaga sampai nak jadi mcm ahli cendiakawan bahasa atau ahli pakar bahasa atau sasterawan yang kononnya penggiat dan pencinta bahasa Melayu mcm dari golongan Gapena dsbnya tu???? ...... tak depa mau nak susahpayah sampai lagu tu?

Tengok ..... betapa punya meriah lagi bila ada penerapan nilai2 pengaruh penjajah Inggeris dalam tata bahasa Melayu yang semakin hari semakin canggih ...... seolah2 macam kahwin campur lagaknya. Kan kahwin campur pun mendatangkan hasil zuriat yang lebih baik daripada kahwin sesama sejenis bangsa atau kaum. Apa lagi jika amalan kahwin sesama suku sakat keluarga .....seperti kahwin sama sepupu.... atau sebagainya..... ikut petua orang tua2, amat tidak digalakkan kerana hasil zuriat yang mungkin kurang baik kelak nanti. (menurut kajian science pun ada betoi nya).

Jika bangsa antara sesama bangsa lain pun digalakkan untuk berkahwin campur. Sesama bahasa dgn bahasa lain juga pun harus diberi galakan yang sama. Maka jadilah bahasa kahwin-campur .....dan lahirlah BAHASA ROJAK CAMPUR.

ITU LAH KEBENARANNYA ......
DAN ITU LAH HAKIKATNYA ......
ITU JUGALAH REALITY NYA ......


BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA ....
BAHASA MENCERMINKAN BANGSA.


BAHASA ROJAK CAMPOQ MENGGAMBARKAN BANGSA YANG BERCAMPOQ2 ADUK (MALAYSIA YG BERMASYARAKAT MAJMUK LAH NAK KATAKAN ...... MASYARAKAT BERCAMPOQ2 MCM JUGA ROJAK CAMPOQ).


SELOGAN TUA LAGI KUNO YG BERBUNYI "TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA" TU SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI LAH .......
PASAI APA HANGPA NAK TAU?


PASAI ..... BILA HILANG LENYAP BAHASA MELAYU ..... JAWABNYA .... BANGSA MELAYU PUN TURUT HILANG LENYAP DI DUNIA JUGAK LAH .... TENGGELAM .... DI BUMI SENDIRI.


BAYANGKAN BILA SAMPAI KEPADA SATU TAHAP DIMANA SEMUA ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU SEMUANYA DIAMBIK DIPINJAM DICURI DICEDOK DARI BAHASA INGGERIS (MUNGKIN JUGAK ADA SIKIT2 DARI BAHASA LAIN)...... DAN ISTILAH2 MELAYU YANG DEPA TAK MAU GUNAPAKAI AKAN TERUS TERPINGGIRLAH .... MAKA AKAN JADI AYAT2 BAHASA MELAYU CELUP INGGERIS LAH AKAN WUJUD ....SEPERTI EKZAMPEL DIBAWAH NI :


"GUA TRY SLOW-SLOWTALK SAMA ITU GENERASI MILLENIUM KIRA OKEY WAT? .....DIAORANG CAN EKSEP ONE .... ASPEK2 INTELEKTUAL MAU KASI SERAP SAMA KONSEP GLOBAL .... ALSO BOLEH KONSIDER UNIVERSAL IN LONG-TERM ....BAGI DIAORANG KIRA OKEY AJE ...NO PROBLEM ... NO SWEAT .... THEN SEE LAH HOW? DIA PUNYA EFFEK NANTI WHETHER EFFEKTIF OR NOT .... SO.... KITA WAIT AND SEE LAH TENGOK ....."


"POLISI PARTI-PARTI YANG ADA DALAM KOMPONEN SEMUANYA OKEY DAN RELEVAN ..... SO .... NO PROBLEM LAH ...... ADA ISU-ISU LAIN YANG NAK KOMEN .... CARRY ON LAH ..... CUMMON LAH .... PROSID AJE LAAA .....TIME LIMITED NI ......LEPAS NI NAK KENA BREAK PLAK - TEA-BREAK MANA BOLEH MISS .... THEN LEPAS TU NAK FOLLOW AGENDA LAIN PULAK LAGI .... WHERE GOT TIME ?".


"INFOMASI MEDIA-MEDIA ELEKTRONIK MEMFOKUSKAN SENARIO POLITIK DOMESTIK ALA DEMOKRASI KAPITALIS".

BETOI LAA YG DEPA DOK KATA TUUU ....
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA ....
BAHASA MENCERMINKAN BANGSA .....

BETOI SANGAT LAAA TUUU ....

NEGARA MALAYSIA PUN DOK ADA MCM2 BANGSA .... BERBILANG KAUM ... MASYARAKAT MAJMUK .... ITU YG PEMIMPIN POLITIK KITA DOK RIUH SAKAN HEBOH SATU DUNIA .... CANANG MEMANJANG SANA SINI ..... MEMANG JENIS MCM2 KAUM YG DOK ADA TUU KIRA BERCAMPOQ2 MCM ROJAK JUGAK LAAA NUUU? JADI APA NAK HERAN LAGI BAHASA PUN JADI MCM ROJAK JUGAK LAAA .....


BAHASA ROJAK CAMPOQ ....


KIRA OKEY SANGAT LAAA TUUUU ......
CUKUP SESUAI SANGAT LAH TUUU ..... }

Demikian. Sekian.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember10, 08. KL

Bahasa Malaysia Runtuh Bersama Tanah Runtuh Hulu Klang.. Dr Haji Mohd Hasyim.





BY ASYOK KUMAR

BUKIT Antarabangsa Hulu Klang Disember 08 – RTM sepatutnya tidak menjadi agen pemusnah dan pengkhianat kepada Bahasa Malaysia di negara ini kerana turut terlibat dalam mempropagandakan ‘bahasa rojak’ dalam tiap berita, rencana, drama dan lain-lain di tv, radio media kerajaan atau agensinya.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Dr Haji Muhammad Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang di suatu majlis perjumpaan Hari Raya yang diadakan di sebuah restoran di sini baru-baru ini.

“Contohnya, lihat saja liputan mengenai tanah runtuh di Hulu Klang ini, interbiau dengan mangsa-mangsanya di tv, saya lihat tiada seorang pun bercakap dalam bahasa Malaysia yang baik, semuanya bahasa rojak yang di selang seli dengan cakap dan perkataan broken Inggeris.” Jelas Dr Haji Mohd Hasyim. “Sebelum ini ramai tokoh-tokoh bahasa seperti Datuk A.Samad Said dan lain-lain yang mengkritik penggunaan bahasa rojak tersebut, tapi nampaknya pihak-pihak tertentu masih mengambil sikap telinga kuali lagi.”

Kata beliau lagi, kalau dilihat bahasa anak-anak muda dalam internet, bahasa percakapan di pejabat-pejabat, kebanyakannya sudah tidak menggambarkan identiti bangsa Melayu sendiri. Bahkan dalam perlimen pun, kadang-kadang Ahli Parlimen bukan Melayu bahasanya lebih baik dan bersih dari yang berbangsa Melayu.

“Pernah saya terjumpa, seorang Melayu yang tidak mahu bercakap bahasa Melayu yang baik, lebih suka bahasa rojak.. tetapi bila kita terus langsung berbahasa Inggeris yang baik, baru dia beralih ke bahasa Melayu. Rupanya berbahasa rojak itu adalah sebagai pelarian nak tutup penyakit ‘inferiority complex’, atau nak berlagak ‘orang standard’ kerana terasa malu tak pandai Inggeris, kerana dia sendiri pun tidak tahu benar bahasa Inggeris yang baik! "Sambung beliau lagi. “Inilah yang Menteri Penerangan Datuk Shabery Chik tidak peka! ...Dewan Bahasa, konon pembela Bahasa Melayu pula buat apa?”

Sila rujuk juga artikel Ibnu Hasyim.com Friday, January 25, 2008 Datuk A.Samad Said Sebenarnya Mula Menentang Kerajaan...

Kerana Cheng Ho, Saya Pilih Kunming..


Ibnu Hasyim Catatan Santai

MASUKNYA Islam ke China melalui dua jalur. Iaitu jalur laut melalui Guang Zhou, sedangkan jalur darat melalui San Xi, Sinjiang, dan lain-lain. Sebahagian besar para ahli sejarah berpendapat bahawa agama Islam masuk ke China pada pertengahan abad ke 7, semasa Khalifah Usman bin Affan mengirim utusan pertama ke sana. 

Menurut sejarah awal penyebaran agama Islam di China tidak terlepas dari peranan dakwah yang dilakukan seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, bernama Abu Waqqas. Makam Abu Waqqas terdapat di Guang Zhou. Pada saat itu, hubungan antara China dengan bangsa Arab terjalin dengan baik. Antara pendakwah atau tokoh pelayaran terkenal anak kelahiran China ialah Haji Muhammad Cheng Ho. (gambar).

Cheng Ho atau Zheng He adalah keturunan Sino-Arab dari Yunnan. Beliau adalah seorang Muslim. Cheng Ho merupakan gerenasi ke 6 dari keturunan Sayyed Edjal Omar Shams Ed Din, gubernur kerajaan Yuan di Yunnan. Cheng Ho lahir pada 1371M di Kun-yang (sekarang Puning), sebuah tempat yang terletak pada kira-kira 60 kilometer selatan Kunming di Yunnan. Berasal dari suku Hui, ayahnya dari marga Ma, seorang Muslim yang soleh dan takwa, serta beberapa kali menunaikan ibadah haji di Makkah. 

Semasa kecilnya diberi nama Ma San Pao, kemudian diberi gelar Cheng Ho. Beliau telah mengabdikan dirinya dalam kerajaan Dinasti Ming dan dikatakan kerana pada usia 10 tahun beliau adalah tawanan Maharaja yang dijadikan hamba. Tetapi nasib Cheng Ho baik bila diambil menjadi pembantu peribadi. Oleh kerana kebijaksanaan, keberanian dan kecerdasannya itu pula Cheng Ho akhirnya amat dibanggakan hingga diperlakukan seperti anaknya sendiri. 

Dari situlah bermula era baru sebagai orang kepercayaan Dinasti Ming. Beliau sentiasa menjalankan sholat lima waktu, puasa, dan ibadah lainnya, walaupun berada dalam lingkungan masyarakat non-Muslim. Beliau mengemban misi perdagangan, diplomatik, perdamaian, persahabatan dan menyempatkan diri untuk menyebarkan agama Islam pada setiap kunjungan ke berbagai daerah dan negara yang disinggahnya. Juga dengan menjalin tali pernikahan, silaturrahim, dan lain-lain. 

Jadi, tidak hairan dari hari ke hari kian banyak saja pemeluk Islam mulai dari orang-orang China perantauan hingga penduduk setempat. Misi muhibah memberi manfaat besar bagi setiap negeri yang dikunjunginya. Beliau kerap melakukan pembaharuan dan perdamaian melalui bidang perdagangan, pertanian, penternakan, keterampilan perkayuan, atau lain-lain. Tercatat juga, Cheng Ho berhasil melaksanakan usaha dagang, seperti kain sutera, porselin, alat-alat pertanian, obat-obatan dan sebagainya. 

Dari kejayaan usaha perdagangan yang dilakukan, rombongan beliau berhasil membawa rempah-rempah, tanaman obat, dan hasil pertanian lainnya ke China, yang juga dapat memberikan keuntungan bukan hanya bagi masyarakat pribumi di setiap daerah yang dikunjunginya, namun juga memberikan keuntungan bagi negaranya melalui adanya pertukaran hasil bumi kedua negara pada setiap transaksi perdagangan. 

Sebagai seorang pemimpin pelayaran, Cheng Ho juga telah menerapkan strategi pentadbiran Nabi Muhammad SAW, Tao Zhugong, Confucius, dan Lautze yang luar biasa. Dengan kombinasi pentadbiran dan manajemen tersebut, Cheng Ho dapat mengatur secara professional menurut masa itu, sistem kerja anak kapalnya sehingga misi pelayarannya selalu berhasil baik, tanpa ada penjajahan dan permusuhan kepada bangsa lain. Dicatatkan juga sepanjang 20 tahun, Cheng Ho menjadi seorang yang berani, gagah dan hebat. Buktinya beliau dapat menumpas pemberontakan anak saudara Ming, yang coba merebut kekuasaan. 

Dengan keberanian dan kebijaksanaanya itu, Cheng Ho kemudian dilantik menjadi Panglima. Selanjutnya ketika putera Cheng-tzu menjadi Maharaja China dengan gelar kaisar Yung Lo, Cheng Ho dilantik lagi menjadi Laksamana. Cheng Ho memegang jabatan selama 30 tahun iaitu pada zaman pemerintahan Cheng-tzu (1403-1424), Maharaja Jen-tsung (1425) dan Maharaja Hsuan-tsung (1426-1435). Cheng Ho akhirnya lebih dikenal sebagai pelaut, kerana peranannya sebagai Laksamana dalam banyak misi hubungan intrenasional. 

Pada zaman Dinasti Ming, Cheng Ho melakukan tujuh kali pelayaran dalam waktu 29 tahun di 30 negara Asia dan Afrika. Cheng Ho telah membantu mempererat hubungaan Cina dengan dunia luar, terutama dalam bidang politik dan ekonomi. Dalam setiap pelayarannya, Laksamana Cheng Ho ditemani Ma Huan dan Ha San dari Suku Hui yang bertindak sebagai juru bahasa. Peranan penting Ma Huan ialah banyaknya catatan mengenai sejumlah peristiwa pelayaran dalam bukunya yang dikenal dengan ‘Ying Yu Shen Lan’ atau ‘Pemandangan Indah di Tepi Seberang Laut’. 

Buku ini menjadi bahan sejarah yang penting dan utama dalam kajian mengenai sejarah hubungan Cina dengan dunia luar. Ibrahim TY Ma (1979) dan H Yusuf Chang (1988) dalam tulisannya mencatat secara kronologis tujuh ekspedisi pelayaran Laksamana Cheng Ho. Menurut H Yusuf Chang, pelayaran ke tujuh pada 1432-1433, sebenarnya merupakan misi haji yang telah diarahkan Maharaja Hsuan-tsung untuk memenuhi sebuah misi rahasia Maharaja Ch’eng-tsu yang meninggal dunia dan belum sempat dilaksanakan. 

Tidak diketahui secara pasti apa misi rahasia Cheng Ho itu, tetapi kemungkinan amanah Ch’eng-tsu yang disampaikan pada Hsuan-tsung itu yang diembah Cheng Ho. Dalam pelayaran yang lain, Laksamana Cheng Ho ditemani Ma Huan, Ha San (imam Masjid besar Chang’an), Kuo Chung-li dan Hung Pao. Sepanjang tujuh kali pelayaran, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka sebanyak empat kali yaitu pada 1408, 1409, 1412 dan 1413M. Hasil penjelajahan laut ini telah membawa hubungan baik antara Melayu Melaka ke Negeri Cina. 

Itu sebabnya terdapat 20 kali muhibah dari Melaka ke Negeri Cina di sepanjang 1404-1435M, sebagai balasan atas interaksi Cina - Melaka yang dirintis Cheng Ho. Cerita mengenai muhibah kerajaan Melaka tercatat dalam ‘Tawarikh Dinasti Ming’. Laksamana Cheng Ho telah menguasai 27,800 tentara pemerintah. Pelayaran terbesarnya ialah mengetuai 249 kapal dan kapal terbesar seberat 3,100 ton dengan sembilan tiang layar. 12 kapal layar dengan selebar kain 15 meter dan kemudi sepanjang 11.07 meter. 

Kelengkapan lain termasuk 100 kapal perang, 180 dokter dan ahli ilmu nisbah. Cheng Ho menggunakan 57 rute laut yang berlainan dari negara Cina dan 53 jalur masuk, bergantung kepada keadaan laut. Melaka sering menjadi pelabuhan persinggahan utama untuk mendapatkan perbekalan dan keperluan logistik. Selain itu, Kota Semarang juga menjadi tempat persinggahan utama dalam urusan rempah-rempah, yang antara lain digunakan untuk pengobatan tradisional Cina. 

Sepanjang 30 tahun dalam kehidupan sebagai ahli pelayaran, Cheng Ho tidak pernah putus asa melibatkan diri dalam aktiviti budaya Islam di China. Pada 1435 dalam usia 65 tahun, Cheng Ho wafat di tanah leluhurnya, sebuah negeri yang menorehkan sejarah pelayaran Islam dari Asia dan dunia. Misi yang dijalankan Cheng Ho sangat berbeda dengan misi pelayaran yang dilakukan pelaut Barat seperti Columbus, Vasco da Gama, mahupun Magelhaen yang zalim dan membunuh penduduk tempatan.

Jika pelaut Barat cenderung bermotivasi untuk menguasai kekayaan dari setiap negeri yang disinggahinya, tetapi Cheng Ho dan dinasti Ming bermotivasi untuk memperlihatkan bahawa selama masa kekuasaan dinasti Ming, negara menjadi sangat makmur. Itulah antara kehebatan beliau, sehingga kini Muslim di China jumlahnya sudah lebih dari 150 juta orang. Peringatan 600 tahun Cheng Ho pernah diadakan di negara China, Malaysia, Singapura, dan Indonesia. 

Kini, bandar Kunming merupakan ibu kota Yunnan yang terletak di bahagian barat daya China. Terdapat penduduk dalam pelbagai etnik termasuk sejumlah besar penduduk etnik Hui yang beragama Islam mendiami bandar tersebut. Daerah Shuncheng merupakan kawasan kediaman secara berkelompok penduduk etnik Hui. Di sana terdapat banyak bangunan yang bercirikan seni bina Islam, umat Islam yang memakai pakaian bercirikan etnik Hui serta kedai Islam di daerah tersebut. 
Masjid Shuncheng (gambar), masjid yang terbesar di bandar Kunming turut terletak di daerah tersebut. Kerana itulah setelah keluarnya artikel saya sebelum ini ‘Thursday, November 13, 2008 Jom Kahwin Ramai-ramai Di China..’ dan ‘Monday, December 8, 2008 Love Story from China.. ‘ ada yang mencadang supaya saya menziarahi sebuah kampung orang Islam di China, perkenalkan kampung itu di Malaysia, dan adakan hubungan kekeluargaan dengan mereka, maka saya pilih kawasan tempat kelahiran Mohamad Cheng Ho sebagai tempat untuk saya ziarahi. 

Ikutilah catatan perjalanan saya ke sana dalam tulisan akan datang, insya Allah! Sekian, jumpa lagi. Wallahu aklam.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember08, 08. KL 

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Monday, December 08, 2008

Love Story from China..

Ibnu Hasyim Catatan Santai

APA yang dapat dilihat dalam gambar ini? Itulah anak-anak tangga dari 6,000 anak tangga, dipahat sendiri dengan tangan (hand carved) oleh seorang lelaki China untuk isterinya yang berusia lebih tua 10 tahun darinya. Dia memahat anak-anak tangga itu agar isterinya dapat turun dari gunung itu dengan mudah. 

Mereka tinggal di dalam gua di situ selama 50 tahun, dan anak-anak tangga itu dibuat setelah 2 tahun mereka mulai tinggal di situ. Apakah anak-anak tangga itu dapat dijadikan sebagai lambang tanda kasih, setia dan pengorbanannya? ‘Anak tangga cinta’??

Kisah ini terbongkar pada tahun 2001, apabila sekelompok pengembara (adventurers) telah melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka terkejut, tercengang-cengang apabila bertemu dengan satu pasangan berusia lanjut dan juga 6,000 anak tangga itu. Maka tersorotlah sejarah romantik silam mereka, iaitu kira-kira 50 tahun lalu. Waktu itu, dia Liu Guojiang adalah seorang pemuda berumur 19 tahun. Dia jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin. 

Mereka melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad. Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka kerana perbedaan usia di antara mereka dan kenyataan bahawa Xu sudah punya beberapa anak. Pada waktu itu, masyarakat tidak dapat terima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua. 

Untuk menghindari gossip murahaan dan celaan dari lingkungannya, pasangan ini memutuskan melarikan diri dan tinggal di sebuah goa Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing, di negara China sekarang. Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan, serba-serbi kekurangan. Tidak punyai apa-apa, tidak ada letrik atau pun makanan. Mereka terpaksa makan rumput-rumputan dan akar-akar yang mereka jumpa di gunung itu. 

Liu, suaminya membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu, isterinya selalu merasa bahawa ia seolah-olah telah mengikat suaminya, sehingga berulang-kali bertanya,”Apakah abang menyesal?” 

Tetapi jawab Liu, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik!”.

Liu Ming Sheng, salah satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung.”

Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. 

Suatu hari Liu suaminya yang sudah berusia 72 tahun, jatuh pingsan ketika pulang dari ladangnya. Xu, isterinya yang setia itu sentiasa duduk dan berdoa bersama suaminya, sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dibuka dan dilepaskan dari memegang tangan Xu isterinya itu.

“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai akan meninggal, tetapi sekarang kau telah pergi mendahuluiku, bagaimana akan aku dapat hidup tanpamu?” 

Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenazah suaminya dengan air mata yang membasahi pipi.

Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Pemerintah China telah memutuskan untuk menyemadikan ‘anak tangga cinta’ itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan muzium agar kisah cinta sebegini dapat hidup terus!

Soalnya, kalau anda bertanya adakah kena-mengena 'Love Story from China' dengan artikel sebelum ini ‘Thursday, November 13, 2008 Jom Kahwin Ramai-ramai Di China..’? Projek kahwin ramai-ramai di China? 

Saya jawab ada! 

Kerana selepas artikel itu keluar, ramai respon dari pelayar-pelayar web ini. Bahkan ada yang mencadang supaya saya menziarahi sebuah kampung orang Islam di China, perkenalkan kampung itu di Malaysia, dan adakan hubungan kekeluargaan dengan mereka. Saya setuju dan mula mengorek-ngorek cerita-cerita seperti artikel ini.. Kini saya telah pun menghubungi kampung tersebut. 

Semuanya ok, cuma ongkosnya saja yang belum mengizinkan…
Sekian, harap maklum. Wallahu aklam.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember08, 08. KL
Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Aidul Adha, Khutbah Hidayat Nur Wahid, Momentum Dekatkan Diri Pada Allah & Sesama…





Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

CATATAN Santai kali memuatkan Khutbah Hari Raya Aidul Adha yang dibacakan oleh Dr H.M. Hidayat Nur Wahid, Ketua MPR (Majelis Permusyuaratan Rakyat) Republik Indonesia, juga mantan Presiden PKS (Parti Keadilan Sejahtera), sebuah parti politik Islam di Indonesia.

Pembacaan tersebut adalah termasuk rangkaian kegiatan Hidayat Nur Wahid dalam rangka Safari Dakwah Calon Pimpinan Nasional yang dilahirkan PKS. Safari Dakwah yang dimulai pada akhir tahun 2008 ini akan dilakukan oleh lapan calon pimpinan nasional ke seluruh Indonesia hingga masa menjelang kempen pilihan raya April 2009 nanti.

Tajuk Khutbah: Idul Adha, Mementom Mendekatkan Diri Kepada Allah Dan Sesama.
Khatib: Dr Hidayat Nur Wahid.

Tempat: Masjid Agung Jatinom, Kecamatan Jatinom, Klaten Jawa Tengah (kampong halaman
beliau).
Tarikh: Isnin Disember 08, 2008 / Khutbah Idul Adha 1429 H

Ya, beginilah khutbahnya…

PADA hari ini seluruh umat Islam di dunia sedang merayakan hari raya Idul Adha 1429 H yang merupakan salah satu bentuk syiar Islam yang paling besar. Hari raya yang merupakan ekspresi syukur kepada Allah subhânahu wa ta’âlâ (SWT) atas selesainya sebuah jihad jasadi dan rohani yang dilakukan oleh sebagian dari kita yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekkah dan Madinah.

Ma’asyiral Muslimin Rahimakumullah!

Sesungguhnya hari raya bukan hanya aktifitas ritual atau rutinitas religi setiap tahun, namun ia merupakan hari agung yang bermakna besar baik secara hablumminannas (horizontal) atau hablumminallah (vertikal), baik secara individual maupun kolektif, baik spiritual ataupun sosial. Sebab hari raya Idul Adha adalah manifestasi dan realisasi dari dimensi spiritual yang sangat dalam, menyelami perjuangan panjang, pengorbanan dan kesabaran yang dilakukan oleh nabi Ibrahim ’alaihis salam dalam menjalankan perintah-perintah Allah subhanahu wa ta’ala, memperjuangkan ketauhidan, merintis generasi terbaik (khairu ummat) yang dibimbing oleh Rasulullah SAW.

Apa yang diperjuangkan oleh nabiyullah Ibrahim AS dalam memerangi kebodohan, kemistikan, kezaliman dan kediktatoran dicatat dalam oleh Al-Qur’an. Beliau tampil menjadi sosok yang terus berkorban untuk menyebarkan risalah Allah dan menghidupkan umat dengan nilai-nilai iman, tauhid dan pengorbanan walau harus dipanggang dalam api yang menyala-nyala. Pengorbanan tersebut tidak berhenti di sini, tetapi lebih jauh lagi abu al-anbiyaa, Ibrahim AS bahkan diperintah Allah agar rela mengorbankan belahan jantungnya, Ismail AS, anak laki-laki yang sangat ia cintai.

Kita tidak bisa bayangkan betapa beratnya perintah tersebut! Hal itu tidak mungkin akan dilakukan oleh seseorang kecuali atas dasar keimanan tinggi, tawakkal yang sempurna, dan ketulusan hati yang dalam sehingga Allah tebus ketaatan dan keikhlasan tersebut dengan seekor domba. Sebuah peristiwa yang kemudian Allah abadikan dengan pujian yang baik bagi generasi berikut dengan berkurban di saat musim haji dan hari raya Idul Adha.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Ma’asyiral Muslimin Rahimakumullah!

Apa yang terjadi pada diri nabi Ibrahim AS, tentu tidak terjadi secara tidak sengaja dan tanpa desain. Bila kita renungkan secara seksama rangkaian peristiwa yang meliputi nabi Ibrahim dan putranya Ismail AS yang kelak melahirkan Rasulullah SAW di tanah Mekkah, sesungguhnya semuanya telah didesain oleh desainer super (super designer) yaitu Allah SWT.

Sebuah misi dan proyek besar ini diawali dari sejak nabi Ibrahim meninggalkan negeri Irak yang terkenal subur, menuju Hijaz/Jazirah Arab yang gersang dan tandus sebagaimana dijelaskan oleh Al-Qur’an : ”Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (Ibrahim : 37).

Apa yang terjadi di atas, sesungguhnya menegaskan adanya proyek dan kontrak besar yang terjadi antara Allah dan nabi Ibrahim AS. Dan sebagai bagian dari hal tersebut—dengan kekuasaan Allah—di hari tua nabi agung ini mendapatkan keturunan yaitu Ismail dan Ishak yang ia doakan agar senantiasa melahirkan keturunan yang selalu mendirikan shalat. Doa ini kemudian direspon Allah dengan kelahiran nabi Isa AS dan khatamu al-nabiyyin, Muhammad SAW yang membawa ajaran Islam yang menyempurnakan ajaran anbiya sebelumnya.

Sekali lagi, proses penempatan nabi Ibrahim di Mekkah dengan mendirikan Ka’bah, melahirkan nabi Ismail kemudian nabi Muhammad SAW merupakan skenario besar dan desain agung yang diinginkan oleh-Nya agar lahir kemudian masyarakat yang dijuluki oleh Al-Qur’an sebagai khairu ummat (sebaik-baik umat) yaitu umat Islam. Skenario dan desain yang diinginkan oleh Allah ini kemudian diabadikan dan disimbolisasikan dalam praktek yang diteladankan oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh umatnya dari dahulu, sekarang dan di masa mendatang dalam prosesi ibadah haji yang dilaksanakan di tanah suci Mekkah-Madinah.

Maka lantunan seruan yang menggema di tanah suci adalah kata-kata ’labbaikallahumma labbaik, labbaika la syarika laka...! (Di sini aku memenuhi panggilan-Mu ya Allah, saya berada di sini...tiada sekutu bagi-Mu ya Allah) sesungguhnya adalah ikrar dan proklamasi kesiapan masing-masing jama’ah haji untuk menghadirkan kembali kontrak Ilahi antara nabi Ibrahim dan Allah tersebut dalam mega proyek yang disiapkan oleh Rabbu al-Izzah untuk selalu melahirkan generasi-generasi imani dan Qur’ani.

Di sinilah substansi esensial dari prosesi haji sesungguhnya yang harus dimaknai baik oleh mereka yang menjalankannya atau bagi umat yang merayakan hari raya Idul Adha di negeri masing-masing. Ikrar individual yang dilakukan oleh jemaah haji untuk selalu siap mengagungkan asma’Allah, siap mengulangi sikap taat, ikhlas, tawakkal dan ber-taqarrub kepada-Nya seperti yang dilakukan oleh nabi Ibrahim, hendaknya juga dapat dihadirkan oleh setiap individu Muslim di manapun mereka berada. Sebab tanpa dapat memaknai hari raya ini dengan hal demikian, sesungguhnya kita telah kehilangan substansi esensial dari Idul Adha.

Dengan Idul Adhla, Allah melatih dan menempa umatnya agar senantiasa berkemauan tinggi, berkorban dan bersabar dalam mendekatkan diri kepada Allah dan sesama manusia, karena hanya dengan yang demikian umat ini dapat menapaki tangga menuju kejayaan dan kegemilangan. Semua ini tidak dapat dihadirkan secara mudah, tetapi membutuhkan penempaan diri, pelatihan kejiwaan agar amalan yang berat dapat menjadi ringan.

Hal demikian yang telah diteladankan oleh Rasulullah SAW kepada bangsa Arab sehingga mereka berbondong-bondong masuk Islam yang tampil sebagai agama yang membebaskan manusia dari berbagai belenggu sosial, politik, ekonomi dan lain sebagainya. Dengan didasari oleh prinsip-prinsip Al-Qur’an, Rasulullah berhasil menghadirkan umat yang bekerja keras, rasional, peduli, jujur, komitmen, amanah, mementingkan orang lain dan cinta damai. Kondisi ini kemudian berhasil memelejitkan bangsa Arab pada zaman dahulu yang dicatat oleh sejarah sebagai pemimpin dunia ilmu pengetahuan dan peradaban. Ilmu pengetahuan dan peradaban yang dibangun di atas dasar persaudaraan, kebebasan dan keadilan.

Oleh karenanya, umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji atau yang sedang merayakan Idul Adha, seyogyanya dapat menyelami makna dari misi dan proyek besar Allah di atas serta mengkaji lebih dalam lagi tentang kontrak agung antara Allah dan nabiyullah Ibrahim dalam menghadirkan khairu ummat. Kita diharuskan untuk terus menerus menebar kebaikan, berjuang memerangi kebodohan, kemiskinan, kezaliman dan kediktatoran serta menebar peduli, empati, berbagi, terus mendekatkan kepada Allah dan mendekatkan diri antar sesama manusia sebagaimana diteladankan oleh nabi Ibrahim dan nabi Muhammad SAW selama hidup mereka.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Ma’asyiral Muslimin Rahimakumullah!

Masing-masing kita terus melantunkan takbir, tahmid, dan tahlil dari sejak tadi malam. Lantunan takbir, tahmid, dan tahlil yang merupakan manifestasi dari rasa syukur kita kepada Allah SWT atas segala nikmat yang kita dapati. Takbir, tahmid, dan tahlil ini sesungguhnya punya spektrum makna yang sangat luas sekali. Oleh karenanya ketika kita pergi ke tempat shalat Ied dan pulang darinya hendaklah dilakukan dari jalan yang berbeda agar gaung takbir, tahmid dan tahlil tersebut dapat didengar oleh seluruh semesta. Oleh karenanya seorang yang tergolong kaya akan sejenak melupakan ketergantungan dan keterbelengguan dengan harta, merendahkan hati menyongsong kebenaran dan keagungan Allah karena menyadaari bahwa seluruh orang yang ada di sekitarnya adalah saudara.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Ma’asyiral Muslimin Rahimakumullah!

Hari raya secara sosiologis juga memberi ruang yang lebar kepada anak-anak untuk bersenang gembira, memfasilitasi kaum dhu’afa agar meraih kemudahan dan kelapangan, hari di mana para kerabat dan keluarga dapat bertemu dalam ikatan persaudaraan, empati dan kebajikan, hari di mana kaum Muslimin dipertemukan dalam toleransi dan saling kunjung mengunjungi berbagi cerita sukses, hari di mana para sahabat dapat memperbaharui rajutan cinta dan kedekatan, di hari di mana para tetangga dapat memperbaharui kedekatan relasi dan kerjasama karena mereka adalah saudara kita yang paling dekat.

Pada hari ini, masyarakat diingatkan dan ditraining untuk peduli terhadap haknya para dhu’afa dan kaum papa. Dengan demikian, membentanglah spektrum keceriaan di hari raya ini ke seluruh anak bangsa dan kenikmatannya dapat membanjiri setiap rumah tangga yang ada. Dan keceriaan akan menembus seluruh relung-relung hati masyarakat, baik anak atau orang tua, muda atau tua, wanita atau laki, karyawan atau majikan dan lain-lain.

Pada hari ini, kemuliaan dan keikhlasan hati untuk berkurban tumbuh bersemi dan diharapkan tidak berhenti di sini tetapi dapat berkembang dan berlanjut hingga di masa mendatang. Dengan demikian, sikap ikhlas beramal, berkurban dan berbagi dengan hati ikhlas yang penuh dengan cinta kasih dapat menghiasi kehidupan kita berbangsa, bernegara dan bahkan berkonstitusi di tengah kondisi bangsa dewasa ini. Semua ini merupakan wujud nyata dari proyek besar Allah yang diawali oleh nabi Ibrahim dan disempurnakan oleh Rasulullah dengan menghadirkan ’rahmatan li al-alamin’ Islam ke seluruh bumi.”

Demikian khutbah beliau. Sekian, sama-sama kita manfaatkan. Wassalam.

Catatan santai: Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember8, 08. KL

Sunday, December 07, 2008

Penipuan Egensi Ternak Lintah? Ekoran… artikel Wak Dukun Lintah.




Ibnu Hasyim
Catatan Santai

MAAF, agak terlambat saya baca komen kepada tulisan saya Friday, November 16, 2007 Kisah Wak Dukun Lintah.. Walaupun saya bukannya ‘wak’ seperti yang dimaksudkan, tetapi saya rasa terpanggil untuk memberi penjelasan. Komennya berbunyi..

Bunga said... Assalammualaikum wak...saya ni dah 2 tahun membuat terapi lintah ni secara kecilan. Sekarang saya nak menternak lah pulak.. saya nak bagi makan apa lintah yang khusus untuk terapi.. sebelum ni saya cari di paya atau dalam ladang.. untuk pengetahuan wak, lintah yang dah saya gunakan utk terapi, saya akan lupuskan. Boleh x nak no fhone wak.. bolehlah kita bekongsi cerita .. December 5, 2008 12:49 AM .

Teringat saya kepada kepada pertemuan dengan beberapa kawan dari Johor Baharu beberapa hari lepas. Seorang darinya bernama Ustaz Zainudin, adalah seorang usahawan pernah mengikuti kursus Memborong Di China yang julung-julung kali di adakan di KL, di mana saya juga terlibat sebagai salah seorang penceramah motivasinya, beberapa bulan lepas.

“Saya berterima kasih kepada penganjurnya, kerana hasil dari kursus itu bulan lepas saja saya sudah beberapa kali berulang-alik ke China dan memperkenalkan beberapa produk baru. Agak berjaya.. dan bulan depan saya jemput pihak tuan merasmikan kedai baru yang akan kami buka di Johor Baharu!” Katanya.

“Tapi…” Sambut teman yang berada di sebelahnya, “..saya tertipu dengan satu kursus yang saya telah hadiri, kursus ternak lintah. Musnah puluhan ribu RM kerana gagal, bila sudah laksanakan projek dongengannya!”

“Tertipu?” Saya tanya. “Kenapa??”

“Ya. Bayangkan, waktu hadir kursus dulu begitu lunak dan lumayan janji penganjurnya untuk beli balik. Terpaksa kami peserta-peserta kursus beli benih lintah darinya se ekor RM3. Tetapi bila sudah berhasil ternak, dia beli balik dengan harga RM50 se kilo. Se kilo terdapat kira-kira 150 ekor… jadi, kira-kira RM0.333 se ekor. Tak kira lagi modal yang kami keluarkan, makanan yang kami beri dan pelbagai kelengkapan dan rawatan.. rugi akhirnya. Tu sebab saya kata, tipu!” Jawabnya.

“Oo. Jadi masalahnya, pasaran le..” Sambut kawan saya, penganjur kursus borong di China pula. “Teringat saya sewaktu lepas adakan kursus borong di China dulu, ada seorang penganjur ternak cacing atau wakilnya, bertemu dan bertanya saya kalau-kalau dapat cari pasaran cacing di China. Saya terkejut. Bagaimana boleh jadi begitu, hampir seluruh Malaysia sudah dicanangkan dan diadakan kursus ternak cacing, sedangkan pasarannya masih belum ada?”

Begitu juga kursus-kursus lain seperti tanam cili, cendawan, ikan keli dan sekarang tanaman serai pula? Jangan cuma yang untung ialah penganjur-penganjur kursus sahaja? Mengapa tidak diatasi masalah-masalah seperti pasaran, penyakit, permakanan dan sebagainya, yang boleh meruntuhkan keusahawanan belia-belia atau pelajar-pelajar kita baru keluar pusat pengajian? Lihat, banyak tapak-tapak semaian dan tanaman yang terbengkalai! Mana tanggung jawab kementerian-kementerian atau agensi-agensi berkaitan dalam mengawasi, membimbing dan memajukan perusahaan anak-anak negeri??

Itulah penjelasan mengenai komen (Bunga said..) di atas. Berjaga-jagalah dan cari punca-punca supaya dapat diatasi masalah-masalah yang berbangkit. Jangan sampai perusahaan tersebut jadi macam isu-isu semasa dalam politik yang akhirnya hilang lenyap ditiup angin lalu. Yang menanggungnya adalah anda sendiri dan berseorangan. Kalau pucuk paku tak laku boleh dibuat kerabu, tetapi kalau lintah dan cacing takkan nak buat kerabu juga??

Sekian, harap maklum. Wallahu aklam.

Dari

Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember7, 08. KL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails