Sunday, January 25, 2009

Cina: Tahun Lembu, Apa Sikap Orang Melayu?

Perayaan TBC, di kota Vancouver, Kanada.

Sambutan TBC di Chinatown, London.

Malam TBC di Meizhou, China.

Ibnu Hasyim Catatan Santai

MULA.. dan titik mula pada nasib juga kehidupan.. itulah lambang Tahun Baru Cina (TBC)! Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar tengah malam, menandakan bermulanya tahun baru, juga bagi menghalau hantu puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

TBC diraikan dengan jamuan ‘vee sang’ dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ‘ang pau’ dalam sampul merah, melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang, dan 15 hari selepasnya ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Kalau menyambut TBC di negara China, saya difahamkan pekerja-pekerjanya diberi cuti selama 18 hari, sedangkan cuti-cuti umum lain tiada. Khabarnya tahun ini kira-kira 150 juta lebih pekerjanya yang di bandar balik kampung di dalam negeri China sendiri. Hal ini tidak heran kerana menurut statisticnya, China merupakan negara yang penduduknya paling ramai di dunia. Pada penghujung tahun 2002 sahaja, jumlah penduduk di China berjumlah sebilion 284 juta 530 ribu orang, dan angka itu tidak meliputi penduduk di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau dan Provinsi Taiwan, yakni kira-kira menduduki 1/5 jumlah penduduk di dunia (rujuk China ABC/CRI Online).

Semalam di pejabat kastam pelabuhan Kelang saja dikatakan mulai penuh sesak, kerana ramai pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia balik kampung cuti, kerana kebanyakan majikan-majikan mereka menyambut TBC. TBC bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang turut memakai kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Dalam kalender Gregory adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiac Cina dan lambang dahan buminya.

Haiwan Dahan bumi Tarikh
Tikus 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Lembu chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Harimau yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Arnab mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Naga chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012
Ular 24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kuda 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Kambing wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Monyet shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016
Ayam yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017
Anjing 29 Januari 2006 16 Februari 2018
Khinzir hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Dinamakan juga ‘Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga’ yang diraikan terutamanya oleh tamadun Asia Timur. Tarikhnya pada tahun 2008 ialah 7 Januari, tahun 2009 ialah 26 Januari, tahun 2010 adalah 14 Februari, dan seterusnya. Jadi, TBC kali ini jatuh di tahun lembu.

Soalnya apa sikap orang Melayu yang beragama Islam dalam menyambutnya di tahun lembu ini? Pada saya…

Pertama: Mengkaji unsur-unsur baik dalam budaya dan perayaan TBC tersebut. Banyak ciri-ciri budaya Hindu dalam masyarakat Melayu di negara ini telah kita tinggalkan, dan masih mengekalkan yang tidak bertentangan dengan agama Islam. Contohnya, cara makan, berpakaian, kenduri-kendara, bersanding dan sebagainya. Bahkan hingga menjadikannya sebagai budaya nasional negara. Apa salahnya kalau budaya Cina yang tidak bertentangan dengan agama dijadikan budaya nasional negara? Ingatlah budaya berpakain Kong Fu Zi, Lo Zi, ‘cong sam’, cara makan bersepit seperti amalan golongan Cina Muslim di negara China, masjid Cina atau rumah keCinaan, kun tau dan lain-lain… Seperti juga budaya Arab, budaya Eropah, budaya Batak, Minang yang menjadi amalan penduduk negara ini?

Kedua: Terus terjun melibatkan diri dalam budaya Cina sesuai dengan kehendak agama Islam, apalagi dalam kontek dakwah, kontek politik dan perpaduan kaum untuk masa hadapan negara. Perlukah dibuat kempen ‘amalan bercampur antara kaum’ seperti kempen ‘kahwin campur’ dulunya, tetapi kali ini atasi kelemahannya, contohnya mesti berteraskan agama Islam yang kononnya menuju kepada asas perlaksanaan negara ini.

Ketiga: Pendakwah-pendakwah Islam Malaysia juga mestilah bergerak di peringkat global. Kalau penduduk Cina di negara China sahaja sudah berjumlah 1/5 dari penduduk dunia dan bertebaran di serata pelusuk, takkanlah tidak ada ruang, juga peluang untuk pendakwah Islam Malaysia memainkan peranan meninggikan Agama Allah ini ke seluruh muka bumi di zaman yang kini bergelar dunia tanpa sempadan? Salahlah menyampaikan Islam kepada manusia bukan Melayu, kalau bangsa Melayu sendiri masih ada yang menolaknya?

Keempat: Carilah kaitan kelebihan Surah Al-Baqarah, atau Surah Lembu dalam Al-Quran bagi menerangkan kelebihan panduan Islam kepada manusia-manusia Malaysia atau dunia di Tahun Lembu ini..

Kelima: Ingat, jangan biarkan anggapan kepada orang-orang bukan Yahudi, iaitu manusia 'goyim' (ertinya manusia lembu) oleh bangsa Yahudi Ibrani, yang menghalalkan apa saja (merampas tanah, membunuh, merompak, merogol dll.) kepada manusia selain Yahudi di dunia samada bangsa Melayu, Cina atau Arab, seperti yang dilakukan di Palestin dan sebagainya..

Juga, jangan sampai kita digolongkan manusia berotak lembu.. Sekian, wallau aklam.

Ibnu Hasyim, catatan santai,
Jan25, 2009. KL.

2 comments:

wan salmah said...

salam,
terima kasih atas info,apa-apapun saya suka tahun lembu sebab saya dilahirkan pada tahun lembu...

semoga tahun ini membawa perkembangan positif kepada yg bernaung di bawah zodiak ini, kemakmuran, kesabaran, kecekalan, kesetiaan, keamanan, juga ekonomi negara kita segera pulih...

penulis said...

Bangsa melayu kian terhimpit di negara sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails