MENARIK juga, saya terima e-mail dari Azrinizam Ibrahim, Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM) bertajuk ‘Hati-hati... Barrack Obama boneka Israel!’. Begini bunyinya…
Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).
Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?
"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction" kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik sini
Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan . Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?
"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel : Our strongest ally in the region and its only established democracy . That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Klik di sini
Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan "makan dalam". Musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama. Berhati-hatilah kita...”
Saya bersetuju pandangan beliau, dan saya pernah menyiarkan dalam web ini kenyataan ‘Friday, December 5, 2008 Pesanan Syeikh Aiman Kepada Obama..’ DR Ayman Al-Zawahiri adalah orang nombor dua dalam pergerakan mujahidin Al-Qaeda, sesudah Osama Laden yang dituduh pengganas oleh Amerika. Ada 6 pesanan, membuktikan bahawa pertembungan hebat antara dua pemikiran ini terus perpanjangan. Ditambah lagi kenyataan Azrinizam Ibrahim, Presiden GPMM ini. Soalnya, pandangan negara kita di mana? Beranikah pemimpin berjiwa kerdil melawan mereka? Kalau tidak kerdil pun mereka sudah masuk ke blok ‘boneka Israel’ macam Mesir dan kuncu-kuncunya dalam masalah Palestin sekarang?
Jan22, 3009. KL.
4 comments:
Sesungguhnya kaum yahudi dan nasrani tidak sesekali redha denganmu wahai Muhammad melainkan kamu mengikuti telunjuk mereka.
Surah mana saya lupa tapi saya sentiasa ingat ayat ni.
Anggaplah semua ahli politik pelakon wayang semata-mata. Wang untuk politik. Politik untuk wang dan kuasa.Apa gunanya politik sekiranya habuk pun tarak? Ramai juga berpolitik sebab agama dan berjaya tetapi antara mereka ramai juga yang akhirnya terpesong kerana wang.
Pokok pangkalnya, Iman bukannya di kulit...dan jangan kita cepat buat andaian. Ramai juga zahirnya Islam sejati tetapi di belakang tabir mengalahkan syaitan. Dalam kes Obama buat itu...Obama buat ini...hanyalah tiket ke jawatan Presiden. Kalau tidak siapa nak undi jadi Presiden? Sekarang selepas resminya Presiden ke-44,kita mula nampak:-
"Obama Barrack Hussein" di panggil diri, Guantanamo diarah tutup, Askar di Iraq diarah pulang, panggilan telefon pertama ke Hamas,angkat sumpah 2 kali (kali ke-2 pakai kitab apa?). Itu baru masuk hari ke-3. Itulah perjuangan sebenar yang hanya boleh direalisasi sekiranya kuasa merubah dunia sudah berada di bawah telunjuk. Sekarang siapa yang berani suruh orang yang paling berkuasa di dunia buat itu...buat ini?
Salam...
Semakin hari saya semakin tertarik dengan blog saudara. Isinya lebih up to date berbanding blog lain, terutamanya dalam isu macam kat atas. Kat blog lain takde yang macam ni, penuh dengan info dan sumber sebagai rujukan.. Teruskan berblog.
Berhubung dengan israel, memang dah termaktub sikap dan sifat mereka memang serupa itu. Mereka juga agak 'brilliant' dalam perancangan masa depan.
Memang tidak mustahil Obama yang dibangga-banggakan oleh dunia juga merupakan agen yahudi. Saya pernah terdengar sebelum ini tapi tak pasti kesahihannya sebab ia hanya khabar angin tapi bila dah ada bukti seperti dalam gambar, rasanya kemungkinan ia betul...
Ada sepotong doa yang diselitkan di celahan bata Tembok Burak, Jerusalem (tempat Rasulullah megikat tunggangan Burak sejurus sebelum peristiwa Israk-Mikraj. Sekarang ditempat yang sama kaum Yahudi berdoa di dinding dan ditempat yang sama Obama kelihatan di dalam gambar posting).
Berbunyi begini:
"Tuhanku..Lindungilah aku dan keluargaku. Ampunilah dosa-dosaku dan tolong hindari aku dari rasa riak dan putus asa. Berikan aku kebijaksanaan untuk melakukan perkara yang benar dan adil. Jadikan lah aku sebagai alat untuk memperlaku seperti mana kehendakMu".
Siapa2 yang arif tentang doa,pendapat anda sangat dihargai:-
Apakah agamanya orang yang berdoa & kepada Tuhan manakah ia bermohon?
Apakah darjatnya sipemohon yang merasakan dirinya boleh diperalatkan oleh Tuhan seperti kehendakNya?
Post a Comment