RAWAT dunia? Ya! “Sampah dari dapur anda mampu membawa keajaiban. Kulit buah, lebihan sayur dan bahan yang anda gunakan untuk memasak atau makan, adalah kuncinya. Tukarkan ia kepada enzim dan anda dapat merawat dunia,” ujar seorang pengamal perubatan alternatif homeopati, Dr. Joean Oon (lihat gambarnya di sebelah).
Bagaimana berlaku? Ia bermula dari hari pertama anda memerap atau menapai sisa makanan organik. Proses katalisnya sudah mula membebaskan gas ozon. Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. Pada masa yang sama, garam nitrat dan karbonat terbentuk.
Kedua-dua elemen ini dapat membantu menyuburkan tanah dan menjadi hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan. Enzim pula secara amnya diketahui dapat menggalakkan atau mempercepatkan proses kimia. Jadi penggunaannya dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia didapati berjaya merungkaikan ikatan kompleks bahan kimia tersebut dan seterusnya menjernihkan airnya.
Ilmu ini mula mendapat perhatian dan kini memperoleh permintaan sehingga ke beberapa negara di rantau Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei. Lihat di Malaysia, contohnya, menurut beliau…
Demikian tentang kebaikan enzim kepada bidang agro. Menurutnya lagi, hal ini tidak melibatkan kos besar, enzim dihasilkan hanya memerlukan apa yang ada di dapur anda. Perapkan bersama gula perang, sisa makanan dan air pada nisbah 1: 3: 10 dalam bekas tertutup dan tunggu selepas tiga bulan. Enzim yang terhasil akan melakukan magik untuk anda.
iii.Pengusaha restoran yang sebelum ini mempunyai masalah lalat yang banyak di kawasannya sekarang dapat berniaga dengan tenang selepas dia mengelap meja menggunakan enzim yang dihasilkan sendiri.
Beliau tidak menolak sangkaan ramai bahawa penapaian akan menghasilkan bau teruk, wartawan Kosmo Ahad beberapa bulan lepas diberi peluang menghidu enzim yang dihasilkan dan nyata ia tidak seteruk disangkakan. Tambahan pula penapaian dilakukan dalam bekas kedap udara.
“Setiap kali kita melintas tong atau longgokan sampah, kita akan terhidu bau masam yang busuk. Itulah gas metana. Apabila ia dibebaskan ke udara, ia membentuk gas karbon dioksida yang memerangkap sehingga 21 peratus haba berbanding keupayaan gas karbon dioksida. Jadi, bayangkan apa yang sedang kita lakukan semasa kita membuang sampah,” usul anak kelahiran Tanjung Bungah, Pulau Pinang ini.
Itulah suatu contoh keindahan dan keajaiban alam ciptaan yang Maha Pencipta, sesuatu yang disangka tidak baik, rupa terselindung sesuatu yang baik. Sesuatu yang disangka terbazir, rupanya boleh menjimatkan wang bagi mengelakkan pembaziran. Anda boleh cuba sendiri!
(Rujuk:
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my
atau wan salmah )
Sekian, wallau aklam.
Ibnu Hasyim, catatan santai,
Jan30, 2009, KL.
Ya...saya setuju..saya sendiri telah menyaksikan keajaiban itu ketika romnbongan sekolah kami melawat ke sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sandakan. Sekolah itu telah dianugerahkan dengan anugerah sekolah lestari kerana amalan membuat dan menggunakan enzim....Saya telah mencubanya...memang terbukti...terimak kasih kepada pelopornya...
ReplyDelete