IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 18
ADA kalangan pengkaji politik membahagikan kepada 4 bentuk kepimpinan yang dilalui oleh PAS sepanjang beberapa dekad ini.
Pertama: Kepimpinan ulama tradisi, iaitu zaman Tuan Haji Ahmad Fuad 1951-1953 dan Dr Abbas Alias 1954-1956.
Kedua: Kepimpinan nasionalis kiri, iaitu zaman Dr Burhanuddin Al-Helmi 1956-1969.
Ketiga: Kepimpinan nasionalis kanan, iaitu zaman kepimpinan Datu8k Asri Haji Muda 1969-1982.
Keempat: Kepimpinan ulama haraki, bermula dengan Tuan Haji Yusuf Abdullah Ar-Rawi 1982-1989, Ustaz Fadzil Muhammad Noor 1989-2002 dan Haji Abdul Hadi Awang sekarang.
1..Kebangsaan negeri ini mestilah Melayu.
2..Mestilah diakui bahawa bangsa Melayu adalah tuan punya negeri ini.
3..Untuk membina satu bahasa, satu negara dan satu bangsa yang teguh, hanya diakui bahasa Melayu sahaja jadi bahasa resmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal di negeri ini.
4..Islam menjadi agama rasmi dalam ertikata yang betul pada ajaran Al-Quran dan Sunnah nubuwwah.
Dalam ucapan dasar Muktamar Agung PAS ke 10 di Alor Setar Kedah tahun 1961, beliau menyentuh tentang pembentukan sebuah negara ‘Melayu Raya’ iaitu masalah kenegaraan yang sedang hebat diperbincangkan. Suasana politik tanah air sedang ditumpukan kepada pembentukan sebuah persekutuan negara, lebih besar dari keadaan yang sedia ada pada waktu itu.
Menurut beliau, perkataan ‘Melayu Raya’ sebenarnya bukanlah perkataan yang baru, tetapi ianya telah ditimbulkan oleh tokoh-tokoh perjuangan negara sejak puluhan tahunyang lalu. Cuma bentuknya sahaja yang berlainan. Melayu Raya yang akan dibentuk waktu itu adalah bersifat kecil dan sempit ‘yang amat disetujui oleh penjajah’ dan amat digemari ‘oleh golongan-golongan yang nyata mempunyai kepentingan ekonomi dan politik untuk dirinya sendiri’, ‘didokongi juga oleh golongan ahli-ahli politik dalam negara ini yang tidak menyedari akan bahaya-bahaya besar yang akan timbul daripada yang mereka dokong itu’.
Menurutnya lagi, gagasan Persekutuan Melayu Raya itu hendaklah meliputi seluruh Gugusan Pulau-pulau Melayu termasuk Indonesia dan Filipina. Kerana ‘itulah sahaja yang mampu menyelamatkan Islam, khasnya di Tanah Melayu ini dan umumnya bangsa Melayu Raya, daripada dijadikan sebagai buah dadu permainan politik sahaja oleh lain-lain kuasa yang berkepentingan sendiri’. ‘Itulah sahaja yang boleh menjadikan kita satu umat yang besar, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, berjalan sama gagah dengan yang lain-lain.’
Muktamar Agung Khas diadakan pada bulan Oktober 1961 telah memutuskan sikap atas bentuk negara Melayu Raya yang dipersetujui termasuk Indonesia dan Filipina. Katanya:
“Kita tidak dapat mempersetujui konsep Melayu Raya yang sempit hanya melingkungi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah sahaja… akan kita perjuangkan terus menerus dan masalah ini akan saya kemukakan ke dalam Majlis Dewan Rakyat yang bersidang pada bulan Januari ini.”
Muktamar Agung Khas itu juga memutuskan bahawa PAS tidak dapat menerima percantuman dengan Singapura disebabkan oleh keadaan politik yang meliputi Pulau Singapura waktu itu, bukan kerana sejarah, kedudukan geografi atau kebudayaan hidup. ‘Perhitungan politik’ itu ada hubungan dengan dasar besar PAS, iaitu menjaga kepentingan hak kedudukan rakyat negara ini dalam semua langkah dan rancangan politik.
Menurutnya lagi, membutakan mata dari perhitungan politik akan membawa umat ke lembah kehancuran. Seperti yang sedang berlaku dan sama-sama dapat dilihat dengan amalan-amalan kerosakan parti PERIKATAN. Sehingga kini ‘Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi tempat bagi kehancuran umat Islam sendiri di dalam kedudukan politik’. Kataanya lagi:
“Menimbang ini semuanya dan menginsafi akibat-akibat yang akan melibatkan keturunan kita pada masa yang akan dating, maka di dalam menghadapi soal percantuman dengan Singapura ini. PAS hanya nampak dengan adanya rancangan negara Melayu Raya yang sungguh-sungguh besar itu sahajalah, hal itu dapat dilakukan dengan baik.”
Muktamar Agung ke 11 yang diadakan di Bandar Melaka pada tahun 1962, dalam ucapan dasar PAS beliau mengatakan rasa tidak setujunya samada mereka mengaku atau tidak bahawa langkah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk ‘Malaysia’, ‘telah berpijak di atas kaki orang lain sehingga menyinggung Indonesia’. Ianya mesti dipandang berat dan PAS tidak ingin berlanjutan sebab boleh menguntungkan pihak Inggeris dan Amerika. Boleh jadi Rusia dan China Komunis sedang ketawa kecil melihat ‘kegentingan’ ini.
“PAS telahpun mengatakan tidak setujunya dengan konsep Malaysia Perdana Menteri itu! Kepada Perdana Menteri, kita ingatkan, jangan dipaksa penerimaan Malaysia itu ke atas sesiapapun yang tidak mahu kepadanya, sebabnya akan merupakan suatu kezaliman politik yang mempunyai akibatnya di belakang hari kelak.”
Demikianlah pandangan PAS di bawah pimpinan Dr Burhanuddin tentang kebangsaan Melayu dan pengisian kemerdekaan, gagasan Melayu Raya, sikap terhadap percantuman dengan Singapura dan penubuhan ‘Malaysia’. Kita lihat pula sikap PAS terhadap ekonomi dan iktisad.
ooo....mcm tu. kalau( xelok gn kalau) perjuangan ini berjaya dulu... xkn tmbul istilah kuasa politik melayu dan bahasa melayu makin tenggelam sekarang
ReplyDeleteAsalamualaikum,
ReplyDeleteSebagai cadangan kepada penulisan edisi baru Ibnu Hasyim, saya mencadangkan agar Ibnu Hasyim dapat meluangkan masa untuk beremu dengan beberapa orang aiping dan Matang, Perak.
Sehingga kini tidak ramai yang mengetahui hal ini.
Saya juga ingin mencadangkan agar menghubungi Puan Insun Sony Mustapha penulis buku biografi Mustapha Hussin. Saya berpeluang membaca buku terbitan Utusan Publication dan merasakan terdapat sumber dari mereka yang lagi hidup yang dapat menimba dan memberi gambaran yang tidak pernah dirakamkan tentang pandangan, komen serta tindakan Almarhum terdahulu sebelum beliau meninggal duni dalam penjara di bawah ISA.
Semoga Allah melahirkan lebih banyak pemimpin dan pejuang Islam seperti Almarhum Dr Burhanudin Helmi. Amin
T.kasih. Saya akan hubungi. Insya Allah.
ReplyDeletesalam ibnu hasyim...
ReplyDeleteitulah bezanya pemimpin yg ikhlas dlm memperjuangkan islam dan bangsanya. Jika dilihat antara pemimpin UMNO dan PAS, pemimpin UMNO biasanya akan dipuji semasa memegang jawatan dan dikeji bila tdk berkuasa lg. Pemimpin PAS pula, walaupun telah tiada lagi di alam fana ini, namun jasanya tetap harum dan disanjung oleh masyarakat. saya tdklah menyokong mana2 parti, tetapi dibesarkan dlm keluarga UMNO yg kuat. perpaduan antara PAS dan UMNO sbnrnya boleh tercapai jika UMNO bertolak ansur dgn PAS dan paling penting tdk bersikap tamak. pernah disuarakan oleh beberapa org UMNO kelantan bahawa adalah lebih baik diserahkan shj kelantan di bwh pemerintahan PAS dan UMNO akan menyokongnya. amatlah malang apabila cadangan itu tdk mendapat tempat malahan yg bersuara itu juga terus tersingkir dr jawatannya dlm parti. pada pendapat sy, selagi masih ada unsur freemason dlm UMNO, selagi itulah perpaduan umat islam khususnya org melayu tdk akan tercapai.