Thursday, January 15, 2009

Sikap Sangka-buruk Kaum Cina… Dr Mohd Ucap Syabas Kepada Guan Eng..

by ASYOK KUMAR


Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang


Dr Hj Mohd Hasyim

BUKIT BINTANG Jan14, 2009. Sikap sangka buruk kaum Chi
na Malaysia kepada bangsa Melayu di negara ini terus membimbangkan.. Hal ini dapat dilihat melalui bantahan-bantahan dan ketidak puasan orang-orang Cina, seolah-olah tidak bersetuju dengan .hak istimewa orang Melayu, dari sudut bahasa, pembelajaran, perkembangan agama Islam, seperti hukum murtad & hudud, DEB dan lain-lain.

Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang dalam suatu majlis perjumpaan bersama ahli-ahlinya di sebuah restoren di Kuala Lumpur semalam. Perjumpaan bertajuk ‘Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Negara China’ adalah hasil dari lawatan beliau kira-kira 2 minggu di negara tersebut.

“Nampaknya orang-orang Cina di negara China langsung tidak ada prasangka buruk terhadap bangsa Melayu dari Malaysia.. Layanan yang sama diberi tidak kira kaum, walaupun sama-sama dari Malaysia. Hal ini membuktikan bahawa api perkauman yang membakar keharmonian kaum di negara ini bukanlah dihasilkan oleh bangsa Cina itu sendiri atau bangsa Melayu penghuni asal negara ini, tetapi adalah lanjutan dari dasar ‘pecah-pecah jajah’ oleh penjajah barat, dan juga ekoran dari Perang Salib di Eropah.” Jelas Dr Mohd lagi.

Menurut beliau, hal ini telah dibuktikan oleh sejarah, bagaimana bangsa-bangsa barat telah berjaya meruntuhkan dan melerai-leraikan kerajaan Turki Othmani… mereka memecah-belahkan negara-negara Arab tetapi mereka bersatu mewujudkan ‘Negara Haram’ Israel menjadi ‘duri dalam daging’ di jantung bumi Arab, merampas tanah dan menindas rakyat Palestin. “Saya ucap tahniah kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang kerana telah menghadiri demontrasi anti kezaliman Israel di bumi Palestin, yang diadakan di Pulau Pinang Jumaat lepas! Syabas kepada beliau, harap dapat menjadi ikutan pemimpin-pemimpin Cina yang lain.”

Sejarah juga membuktikan, bagaimana bangsa-bangsa yang dibawa masuk ke Tanah Melayu dulu dipisah-pisahkan melalui penempatan-penempatan menurut kaum, kaum India di estet-estet, kaum Melayu di bidang pertanian dan orang Cina di sektor perniagaaan, walaupun orang Melayu pernah menguasai dunia niaga di Asia Tenggara sebelumnya. Bagaimana kemerdekaan diberi bersyarat, dipaksa mengekalkan undang-undang mereka, walaupun undang-undang itu bukan undang-undang kaum Cina dan India, bahkan undang-undang yang amat asing bagi penduduk asal negara ini, menurut beliau lagi.

Bagaimana penjajah berjaya mengasingkan Singapura dari Malaya, dan mencantumkan Sabah dan Serawak ke dalam Malaysia yang pernah menimbulkan ketegangan di alam Melayu sesuai dengan ‘dasar pecah-pecah jajah’nya itu. Mereka terus menggunakan ‘talibarut-talibarut dungu’ mereka sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 69, dan isu-isu perkauman yang menjadi berterusan. Bila ditanya beliau, siapakah ‘talibarut dungu’ itu?

“Itulah orang-orang yang membakar isu perkauman untuk jadi wira negara.. mereka masih ada hingga kini..” Jelas Dr Haji Mohd Hasyim yang juga antara penulis blog www. ibnuhasyim.com. Anda boleh lihat banyak lagi pandangan beliau mengenai bangsa Cina dalam blog tersebut.(AK)

4 comments:

Anonymous said...

ada seseorang menceritakan perihal exco kanan kedah yang tidak melayani kunjungan beliau dan tuan ke pejabat exco...

katanya, temujanji telah pun dibuat tiga hari sebelum itu, tetapi exco itu mengatakan tidak ada temujanji dibuat, dan marahkan dia kerana datang tanpa memberitahu, dan hanya melayani mereka, dan tuan, kerana mendapat tahu tuan adalah sahabat lamanya.

dan juga, semasa pertemuan yang tersebut, exco itu hanya berminat memberi ceramah, dan juga megah mengatakan pas bukan lagi pembangkang, tapi kerajaan, makanya beliau sibuk, hingga tidak dapat meladeni tetamu...

minta dijelaskan perkara tersebut.

Ibnu Hasyim said...

Penjelasan..

Hanya saya dan dia yang berkunjung. Mungkin persepsi penerimaan agak berbeda, walaupun apa yang diceritakan itu benar.

Ibnu Hasyim said...

Pembetulan..

Dalam 'Penjelasan' di atas 'hanya saya dan dia'perlu dibetulkan. Sebenarnya 3 orang, saya, dia dan termasuk seorang sahabat kami dari Indonesia. Itu saja, harap maklum.

Ibnu Hasyim said...

Pembetulan..

Dalam 'Penjelasan' di atas 'hanya saya dan dia'perlu dibetulkan. Sebenarnya 3 orang, saya, dia dan termasuk seorang sahabat kami dari Indonesia. Itu saja, harap maklum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails