Friday, January 30, 2009

Zionis Melayu Di Indonesia, Siapa Di Malaysia?

UN chief expresses anger over "unacceptable" Israeli raids on its buildings.

Ibnu Hasyim: Catatan Santai

MAJALAH ‘Sabili Januari 2009’ Indonesia menyifatkan beberapa individu ini adalah ‘Zionis Melayu’ yang secara diam-diam menjadikan Israel sebagai kawan. Antaranya adalah:

1..Abdul Rahman Wahid (Gusdur), mantan Presiden.Republik Indonesia

a) Mei 2008, beliau ke Amerika untuk memenuhi undangan Shimon Wiesenthal Center (SWC) untuk menerima penghargaan The Jewish Medal of Valor. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyatakan ikut serta merayakan Hari Kemerdekaan Israel, sebuah hari dimana bangsa Palestin dibantai secara membabi buta dan diusir dari tanah air. Anugerah medal diterima kerana beliau dilihat sebagai sahabat paling setia dan berani terang-terangan menjadi pelindung Zionis-Yahudi dunia disebuah Negara majority Muslim terbesar seperti Indonesia.

b) 12 Jun 2007, dalam sebuah konferensi bertema Holocaust di Bali pada hari Selasa, Gusdur juga membela Holocaust. Beliau menyebut, Indonesia seharusnya mengakui Negara Israel.

2) Goenawan Mohamad, pendokong Aliansi Kebangsaan dan Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan (AKKBB) (Islam Liberal)

a) 2006, beliau menerima penghargaan ‘Dan David Prize’ dan wang langsung bernilai US250.000 di Tel Aviv.

b) Beberapa tokoh AKKBB adalah mereka yang termasuk orang-orang yang merelakan diri menjadi pengikut kepentingan Zionisme Internasional.

3) Delegasi Perdamaian Indonesia dari Yayasan Lab for All, sebuah yayasan swasta berasal dari AS yang bertujuan untuk memerangi kelompok Islam yang menurut mereka ‘garis keras’.

a) 08 Dis 2007, lima orang anggota delegasi ini menemui Shimon Peres (ketika itu Pres.Israel) berpusat di Jerusalem. Yayasan Lab for All mempromosikan Islam yang bersekutu dengan Zionis Israel dan Gusdur pelindungnya. Pertemuan ini dilakukan salah satunya bertujuan dalam rangka memperingati 60 tahun berdirinya Israel di bumi Palestin. C.Holland Taylor, pimpinan Yayasan Lab for All mengatakan, Gusdur pernah mengeluarkan sikap yang menolak dan menentang HAMAS dalam isu Palestin.

b) Paling menyedihkan, aktivis Muhammadiyyah, Syafiq Mughni menyatakan kepada Shimon Peres, “ kita berharap suatu waktu Muslim Indonesia boleh bersikap lebih toleran dan mengutamakan demokrasi. Hal ini boleh dilakukan antara lain melalui jalur pendidikan untuk mengubah mental Muslim Indonesia agar lebih bersikap terbuka”. Maksudnya agar Muslim Indonesia boleh menerima Israel sebagai sekutu.

4) Aktivis Muhammadiyyah.

a) Media Israel mendedahkan bahawa Prof.Aryono Pusponegoro dan Dr.Sudibyo Markus sebagai wakil pertubuhan Muhammadiyyah turut menandatangani kerjasama dan persetujuan dengan organisasi Kesihatan Israel, Magen David Adom (MDA).

5) Pejabat Tinggi Pemerintah Negara

a) Ketua Kadin (Perdagangan) Pusat, secara rasmi melakukan hubungan bisnes dengan pejabat Kadin Israel.

b) Tentera Nasional Indonesia (TNI), diisyaratkan pernah melakukan pembelian sejumlah senjata api jenis senapang sniper seperti Galil-Galatz produk Israeli Military Industries (IMI) beberapa tahun lalu.

c) Tenaga-tenaga medis Indonesia dikirim ke Israel dalam rangka pelatihan Intersive Care Unit (ICU). Bahkan, banyak peralatan ICU yang ada dirumah sakit di Indonesia dibeli dari Israel – didedahkan oleh seorang doctor bedah Indonesia.

6) Ulil Abshar Abdalla, coordinator Jaringan Islam Liberal (JIL)

a).Beliau menganggap aksi-aksi demonstrasi membantah Israel di Indonesia hanya diikuti oleh sebahagian kecil dari umat Islam di Indonesia. Bahkan mereka yang tidak ikut serta dalam aksi ini tidak boleh menggambarkan seluruh keseragaman umat Islam yang ada di Jakarta. “Ini menggambarkan bahawa mereka yang bersemangat mengangkat isu Palestin itu bukan dari kelompok Islam arus utama seperti Nahdhatul Ulama (NU), Muhammadiyyah, Al-Irsyad, Al-Washiliyyah, Persis dan lain-lain. Ada kecenderungan bahawa isu Palestin menjadi semacam identity yang membezakan antara kelompok dengan kelompok lain dalam umat Islam”.

Catatan: Teori Ulil Abshar terbantah kerana hari ini bukan sahaja kelompok Islam yang melakukan aksi solidarity Palestin, tapi seluruh elemen bahkan seluruh dunia melintasi agama.

7) Mohammad Gontor Ramli, tokoh JIL dan pendokong AKKBB

a).Dalam tulisannya beliau menyebut sama seperti ucapan Menteri Luar AS, Condoleeza Rice yang menuduh HAMAS punca penyerbuan Israel ke Ghazzah.

“Kita juga menjumpai adanya kemunduran pada posisi HAMAS yang menguasai jalur Gaza saat ini, yang beberapa tahun sebelum ini menjanjikan harapan dan perubahan bagi dunia internasional dengan mengikuti pilihanraya dan meninggalkan pendekatan senjata dalam menyelesaikan konflik dengan Israel. Namun, kerana perpecahan dalaman di Palestin khususnya HAMAS dan FATAH, HAMAS seolah-olah kembali ke habitatnya (angkat senjata). Masa depan, Hamas perlu kembali kepada jalur jihad diplomasi dan perundingan untuk meraih dukungan dunia internasional”. - Harian Ibu Kota, terbitan Jakarta 31 Dis 08.

8) Siti Musdah Mulia, tokoh JIL

a) 2009, ketika Front Pembela Islam (FPI) membuka pendaftaran untuk jihad ke Palestin, beliau memperli FPI dengan menyebut “salah satu bentuk sikap sinis kita kepada kelompok Islam yang ingin mengirimkan relawan jihadnya ke Palestin adalah menderma darah untuk Palestin”. – ucapan di Taman Menteng, Jakarta, program Mimbar 1000 Harapan: Doa Untuk Munir dan Korban Perang di Gaza.

9) Luthfi Assyaukanie, tokoh JIL

a).Beliau mengunjungi Israel dan melaporkan dalam facebook:

“ saya baru sahaja melakukan perjalanan ke Israel. Banyak hal berkesan yang saya peroleh dari negeri itu, dari soal kota tua yang kecil namun penuh memori konflik dan darah, Tel Aviv yang cantik dan eksotis, hingga keramahan orang-orang Israel. Saya kira siapa pun yang menjalani pengalaman seperti saya, akan mengubah pandangannya terhadap Israel dan orang-orangnya”.

“ Kecerdasan orang-orang Israel diatas rata-rata manusia. Ini bukan sekadar mitos yang biasa kita dengar. Setiap 2 orang Israel yang saya jumpai, ada 3 yang cerdas. Mungkin ini yang menjelaskan kenapa bangsa Arab yang berlipat jumlahnya itu tidak pernah boleh menandingi Israel”.

“Orang-orang Israel akan membela setiap jengkal tanah mereka yang bangunkan dari bumi yang tandus menjadi sepotong syurga. Bahawa mereka punya alasan sejarah untuk melakukan itu, itu adalah hal lain. Pembangunan bangsa seperti kata Benedict Anderson, tidak banyak terkait dengan masa silam, ia lebih banyak terkait dengan kesedaran untuk menyatukan sebuah komunitas. Bangsa Yahudi melalui doktrin Zionisme telah melakukan itu dengan baik”.

Catatan: Masih banyak catatan dari beliau seperti pengakuannya masuk secara bebas ke sinagog (tempat sembahan Yahudi) untuk merayu kepada tuhan ditembok ratapan dan keluar masuk gereja, memuji-muji Israel yang orang-orangnya cenderung bersahabat.

Makluman: Nama-nama tokoh JIL ini anda boleh rujuk pada arkib blog ini dalam bulan Disember tentang JIL untuk mengetahui sedikit biografi dan latarbelakang pengajian mereka – penulis. Website http://islamlib.com/id/

Menurut penulis blog http://arruhuljadid86.blogspot.com/ “…disebalik isu Ghazzah, umat Islam tidak akan lupa satu tragedy besar yang menimpa seorang ulama Islam di Arab Saudi, Sheikh ‘Awad Al-Qarni. Beliau ditangkap oleh penguasa Arab Saudi semata-mata mengeluarkan fatwa agar kaum muslimin di Arab Saudi membela Palestin. Polis Arab Saudi menangkapnya tanpa sedikit penjelasan pun. Dalam masa yang sama, seorang ulama Saudi, Sheikh Shalih Al-Luhaidan, pemimpin tertinggi Majlis Al-Qadha, Arab Saudi mencetus kontroversi dengan mengeluarkan fatwa yang sangat menyakitkan umat Islam. ‘Bahawa demonstrasi mendukung Palestin adalah perbuatan fasad fil ‘ard (kerosakan diatas muka bumi)’. Subhanallah! Allahu Akbar ! Apa yang sedang terjadi ini?”

Menurut penulis blog itu lagi, ketika Ghazzah diserang, pemimpin Arab Saudi yang dianggap golongan ‘paling kuat’ Ahlussunnah dan penegak Daulah Islam Saudi entah hilang kemana. Yang pasti, setiap kali bertemu pemimpin Amerika, pelukan erat dan senyum tidak bersalah sering dipaparkan saat Ghazzah dibom dahsyat. Selepas selesai sebentar peperangan, maka keluarlah kenyataan, “kita akan hantar bantuan segera, kewangan dan ubat-ubatan”.

Kalau hal itu terjadi di luar negara ada zionis Melayu atau zionis Saudi, bagaimana pula di Malaysia? Siapa dan apa pula kegiatannya. Adakah Jaringan Islam Liberal (JIL) di sini? Kita bimbang kalau-kalau dalam Pakatan Rakyat pun ada! Mari sama-sama berjaga-jaga dan siasat!!

Sekian, wallau aklam.

Ibnu Hasyim, catatan santai,
Jan30, 2009. KL.

2 comments:

HeroHuruHara said...

Di sini banyak pertubuhan yang di janakan melalui kuasa wang dan kuasa tajaan badan-badan besar seperti Konrad Adenauer Stiftung.

Kelangsungan ini membuatkan banyak pertubuhan yang bergerak bebas seperti mana Sister In Islam, Institut Kajian Dasar, Global Etique Penang, Angkatan Zaman Mansang, dan KOMAS...

Tak dinafikan mereka di dalam struktur organisasi ini amat hebat dalam bidang pemikiran, ampuh bicara perdebatan dan tangkas dalam mengisi maklumat. Dalam bahasa mudah mereka golongan 'THINK TANK' bagi sesuatu agenda yang saya sendiri tidak tahu untuk siapa dan mengapa.

Di Malaysia kita ada ramai Melayu yang sangat liberal dalam konteks perbincangan isu ISLAM seperti mana Farish Noor dan Zuraina.

Maafkan saya kerana menamakan sekian pertubuhan dan sekian individu. Saya tidak menuduh mereka ini Zionis Melayu...tiada satupun ayat saya menuduh mereka terlibat dengan agenda 'zionisme'.

Tetapi saya cuba mengajak kita rakyat supaya sama-sama berfikir secara ilmiah dan kritis di atas dasar-dasar pertubuhan ini dan apa pendirian mereka iaitu objektif penubuhan mereka.

Anonymous said...

Seperti mana Yahudi berjaya mempengaruhi dominasi ekonomi, sistem pentadbiran negara & media Amerika, begitulah yang cuba dilakukan mereka terhadap mana2 negara lain di dunia. Seorang ahli politik yang paling berpengaruh pun boleh dijatuhkan sekelip mata menerusi manipulasi fakta oleh media. Malaysia merupakan salah satu "prime target" mereka. Saya dapat melihat simptom2 yang tidak sihat yang berikut:-
1) Dominasi media oleh gergasi korporat Media Prima Berhad dan kumpulan Astro amatlah tidak sihat kerana boleh membuka peluang dominasi pelabur Yahudi sebanyak 30-70% ekuiti.
2) Dominasi ekonomi negara oleh pelabur2 Yahudi di dalam syarikat2 "Public Listed" yang 30% ekuitinya terbuka kepada warga asing (boleh mencecah 70% sekiranya 40% lagi dipegang proxy yahudi).Dominasi rangkaian pasaraya besar oleh Tesco. Dahulunya dominasi rangkaian pasaraya oleh tauke2 berbangsa Cina. Saya amat mengenali tabiat kaum Cina, pantang mengalah sebelum bankrap...mereka kalah jua dengan dominasi Tesco.
3) Kebanjiran rancangan2 hiburan terbitan Yahudi di Astro & semua rangkaian Media Prima yang mempengaruhi minda anak2 secara senyap2.

Penaklukan Media dan Ekonomi boleh mempengaruhi proses membuat keputusan para penggubal dasar pemerintahan sesebuah negara manakala penaklukan Minda boleh melemahkan akidah ummah.

Yahudi mahir menggunakan 'copycat' seperti mana mereka pernah dihukum Nazi seperti itulah mereka membunuh rakyat Palestin. Seperti mana mereka berjaya mencucuk hidung Presiden2 Amerika seperti itulah mereka cuba lakukan untuk para pemimpin politik Malaysia.

"What we should afraid most is the enemy WITHIN."

Rasullullah SAW pernah bercerita kepada para sahabat mengenai gambaran kaum Yahudi yang pandai "bersembunyi":-

"Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu (kemunculan Nabi Isa). Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: "Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia."

Semoga Malaysia sentiasa dilindungiNya daripada Musuh Dalam Selimut...amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails