By ASYOK KUMAR
APA kesannya boikot barangan Israel & US?
1)..Supermarket Sainsburry di Mesir ditutup
2)..American Airlines ke Tel Aviv, Israel bermasalah.
3)..Penerbangan Trans World America (TWA) muflis dan tutup
4)..Kempen boikot produk Amerika di Negara-negara Arab mengakibatkan kerugian
sebanyak 40%
5)..Mc Donalds dan KFC antara yang parah.
Rujuk lagi disini:
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/01/serang-balik-israel-boikot-produk.html
1)..Syarikat Coca Cola Malaysia bimbang kesan boikot
http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/3040/coca-cola-malaysia-ketar-ketir
2)..Petani Israel rugi besar akibat boikot
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/petani-israel-rugi-besar-akibat-geraikan-boikot.htm
3)..Bahkan, media massa seperti The Friends of Al-Aqsa, Inovative Minds, Eramuslim.com dan The Washington Post turut memetik laporan Amerika yang menyatakan bahawa boikot produk Amerika di Negara-negara Arab menyebabkan kerugian sebanyak 40% pada 2 bulan terakhir ini.
Namun, yang paling penting, ekonomi Amerika jatuh agak teruk dan memberi kesan kepada Israel yang menerima dana dari Amerika. Weblog-weblog perlu ingatkan semula setiap bulan kepada pelayar-pelayarnya, dalam berbagai bentuk, berita dan lain-lain. Ingat, kita juga ada kuasa dan peranan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan!
Sila lihat tulisan lalu di blog ini..
1..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim.
2..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola
3.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim
Alhamdulillah...ini yg kite nak tau...
ReplyDeletetapi...sedih,
masih ada yg muslim malaysia yang tak sanggup tahan nafsu makan fast food mereka...
Kita kena kempen lagi...
ReplyDeleteDewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan dan sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mendesak rakyat Malaysia menghentikan boikot produk AS dan Israel.
ReplyDeleteKami sedar bahawa beliau tertekan kerana Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad yang memiliki rangkaian restoran Pizza Hut dan pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad mengalami kerugian setelah kempen boikot dilancarkan.
Motif keuntungan dan Jihad Ekonomi yang dilaungkan beliau menjadi modal untuk mendesak kempen ini dihentikan.
Sewajarnya beliau sebagai seorang Islam memahami kepentingan boikot ini dan mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap kematian ribuan umat Islam Palestine.
Beliau sedar bahawa rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut merupakan antara penyumbang terbesar kempen zionisme Israel yang ditaja oleh Amerika. Saban tahun Amerika akan memberikan dana tidak kurang dari 2 billion untuk Israel meningkatkan keupayaan persenjataannya sekaligus mempergunakannya untuk menindas unmat Islam Palestine.
Kami tidak menafikan bahawa akibat kempen boikot ini banyak cawangan restoran Pizza Hut dan KFC yang rugi, malah ada yang bakal ditutup. Ramai juga kakitangan yang diberhentikan.
Sudah sampai masanya JCorp mewujudkan jenama baru
Walaubagaimana pun, JCorp sewajarnya melakukan inovasi dan penstrukturan dalam senarai perniagaan mereka. Jika benar JCorp mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap masa depan rakyat yang kehilangan kerja, mereka seharusnya menyusun pelan peralihan dan rancangan perniagaan baru.
Dengan sumber yang ada dan pengalaman yang luas, sewajarnya rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut dibubar segera. Rangkaian ini boleh dihidupkan kembali dengan mewujudkan rangkaian jenama dan produk makanan segera tempatan yang lebih mencerminkan sikap serta identiti rakyat Malaysia. Kita tidak selamanya perlu bergantung pada jenama luar bagi memajukan ekonomi kita.
Saban tahun negara kita terpaksa membayar billion ringgit kerana menggunakan jenama dan produk yang diambil dari luar negara khususnya Amerika.
JCorp sepatutnya sudah matang dan mampu membina produk dan jenama sendiri.
Pemudawilayah juga melihat bahawa produk makanan berjenama tempatan juga tidak kurang hebatnya. Rangkaian restoran makanan segera Marrybrown, SugarBun dan juga Radix FC yang kian berkembang membuktikan bahawa jenama tempatan juga masih boleh diterima ramai. Malah kewujudan rangkaian ini juga memberikan peluang kerja untuk rakyat tempatan.
Jika JCorp mahu melaksanakan cita-cita ‘Jihad Ekonominya’ inilah peluang untuk mereka turut sama bergabung dalam membantu menaikkan jenama tempatan.
Jihad Ekonomi KFC dan Pizza Hut, Bunuh Umat Palestine
Jihad bukan sekadar menuntut kita mengaut untung dan mengkayakan umat Islam, tapi ia juga menuntut untuk kita menyelamatkan akidah dan juga kehidupan umat Islam lainnya, khususnya di Palestine. Apa guna kita kaya di Malaysia ini sedangkan saudara seagama kita mati dibunuh di Palestine.
JCorp memberikan sumbangan pada mereka untuk mendapatkan makanan tapi dalam masa yang sama, JCorp juga menyalurkan bantuan kewangan kepada induk KFC dan Pizza Hut yang akhirnya digunakan untuk membeli peluru membunuh saudara kita.
Dimanakah hati dan perasaan pihak pengurusan JCorp yang sanggup mengadai umat Palestine untuk ‘Jihad Ekonomi’ yang hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja.
Bantahan rasmi akan dibuat
Pemudawilayah memandang serius sikap yang ditunjukan oleh pengerusi JCorp ini dan satu memorandum akan dihantar untuk memperingatkan mereka akan kesengsaraan umat Palestine lantaran sikap mereka itu.
Terpulanglah jika mereka mahu terima saranan itu. Jika pada pandangan mereka, JCorp berhak menjual produk Amerika itu terpulanglah. Tapi mereka juga kena ingat bahawa kami dan seluruh rakyat yang prihatin juga berhak untuk memboikotnya.
Pemudawilayah juga mengesa agar seluruh organisasi Pas dan NGOs yang menyokong kempen ini menghantar memorandum bantahan kepada setiap Pengurus rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut yang ada dalam kawasan mereka mulai hari ini.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan
salam..
ReplyDeleteustaz, sy ada mndpt makluman yg bahawa KFC di malaysia hanya menggunakan brand shj, dan tidak langsung menyumbang kepada israel atau amerika syarikat. dan lagi KFC Holdings hny membayar yuran atas penggunaan jenama itu shj, serta pengendaliannya 100% hak milik muslim malaysia.
camana ustaz? sbb pd pndgn saya,kalaulh kita sendiri menolak sesuatu yg diuruskn oleh umat islam kt sendiri, bukankah kt ini lebih teruk yg mana kt boleh lg beli barang2 dr kedai cina/india, berbanding membantu ahli seagama kita.
sy sekarang masih lg di atas pagar walaupun sblum ni mmg memboikot jenama kfc dan pizza hut dan inginkan penjelasan yg sebenar2nya..eg;bukti bhw kfc malaysia ni menyumbang atau tidak drpd mendengar khabar angin. tp yg sy tahu kfc di us memang sahih bagi dana ke israel.