Ibnu Hasyim Catatan Santai
BERITA Malaysia Kini: Eli: Saya mangsa sebaran foto bogel Feb 16, 09 10:09am
Seorang exco kerajaan Selangor membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum. Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat PKR di Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam. Dihubungi hari ini, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ahli politik berusia lewat 30an itu.
Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur. "Saya menjadi mangsa dalam insiden ini," katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini. "Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim."
Tambahnya, pengedaran gambar-gambar ini serangan jahat terhadap keperibadiannya. "Ia merupakan satu pencabulan nyata terhadap maruah saya, satu pencabulan terhadap hak peribadi saya, khususnya kekudusan kehidupan peribadi saya. "Ia dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab bagi memalukan dan mencemarkan nama baik saya," katanya.
Elizabeth menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.
KOMEN:
Adakah sama antara dua kes ini? Cuba lihat antara dua penafian ini…
Pertama: ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong :Teks lengkap (terjemahan) kenyataan akhbar.
Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut. Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim. Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya.
Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya. Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut. Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya. Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.
Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini. Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.
Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor.
Kedua: Exco wanita PAS dituduh khalwat.
Jimadie Shah Othman | Jan 30, 09 8:33pm
Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali membuat laporan polis terhadap satu laman web pro-Umno berhubung tuduhan beliau ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Wakil rakyat PAS itu berkata, tuduhan yang dilemparkannya itu "berniat jahat, tidak masuk akal, menjatuhkan maruahnya" dan mahu mengaibkannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang. "Saya adalah wakil rakyat PAS, sudah tentulah yang saya dukung ini adalah Islam.
"Dan sebagai exco pembangunan modal insan, sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jama'i atau berkumpulan," tulisnya di blog drhalimahali.blogspot.com. Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada Selasa lalu setelah mendapat nasihat daripada peguam PAS. Ahad lalu, seorang ahli forum MyKMU.net yang dikenali hanya sebagai Jamilisa memuatkan tuduhan itu dengan judul "Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah" pada 25 Januari.
"Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel," coret Dr Halimah lagi. Beliau mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.
KOMEN LAGI: Apakah berita ini ada kena-mengena dengan khabar yang lebih hebat dan terbaru, di mana beberapa ADUN Selangor sudah siap dan cukup untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat? Adakah berita ini sebagai muqaddimahnya?
Mari kita sama-sama teliti dan tunggu! Sekian, harap maklum. Wassalam..
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 16, 2009. KL
6 comments:
ni la akibat lantik banyak sgt adun-adun pompuan bujang terlajak. Tambah2 pula yang bukan islam..
salam,
lepas ni lebih banyaklah berita yg pelik2 yg kita akan dengar, kenalah buat pertimbangan dgn waras..
tang ramai adun pompuan bujang terlajak tu bukan salah diorang, jodoh masing2..bukan mudah nak cari wanita yg blh betul2 komitmen dlm politik, kalu ada yg betul2 berintegriti tu sama2lah berikan sokongan moral..
salam, bujang atau tak, bukan persoalan, agama pun bukan persoalan, yg penting MORAL, pemimpin kena le tunjuk contoh yg elok, tiap kejadian ada hikmah, jangan cepat melatah hatta menyalahkan orang lain, yg penting... muhasabah diri...
Rabiatul Adaviah (ejaan?) tak kahwin sampai sudah ...
apa masalahnya disini dengan melantik wanita bujang ?
Masalahnya, kalau nak jadi wanita bujang.. jadilah wanita bujang. Orang pun tak larang.
Dah pilih untuk jadi bujang, jangan la tidur dengan lelaki. Ini pilihan dia sendiri.
Kalau kata dia bukan Islam. Dia adalah Kristian (berdasarkan nama), Zina dalam kristian pun haram cik oi..
Kalau tak tidur dengan lelaki yang amik gambar.. kenapa perlu benarkan mana2 lelaki ada access sampai macam tu sekali..
Ini macam cakap kat semua orang bahawa diri tu berpuasa.. tapi dlm diam dia makan nasi.. then bila dah kantoi.. marah plak orang yang dedahkan.
Memang salah juga orang yang dedahkan.. tapi salah juga orang yang pura2 berpuasa tu.
Salam...
Bezanya, kes Eli, beliau sendiri telah mengaku bahawa gambar tersebut tulen. Walaupun beliau mengatakan gambar itu diambil tanpa rela atau tanpa disedari, ia tetap dianggap masalah moral kerana ada bukti bergambar.
Kes Halimah, ia hanya sekadar hebahan fitnah melaui blog tertentu yang mana ia tidak ada bukti sahih dan hanya layak dianggap sebagai fitnah...
Kes masalah moral yang ada bukti bergambar dan kes fitnah adalah suatu yang berbeza...
Post a Comment