Sunday, February 01, 2009

Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim.

Ahad, 01/02/2009 - Seramai 8 orang warga Palestin di tahan selepas serangan udara bertubi-tubi sejak Rabu lalu. Menurut saksi, tentera Zionis-Israel merempuh masuh dan menggeledah rumah-rumah mereka sedang ke semua ahli keluarga di suruh keluar.

by
Asyok Kumar

AHAD, Feb 01, 2009 – Syarikat itu perlu dihukum, demikian dinyatakn oleh Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang yang dihubungi di pejabatnya pagi ini. “Umat Islam perlu menghukum mereka… Kita kena siasat syarikat itu lagi, siapa di belakang mereka? Adakah pemimpin-pemimpin politik terlibat, atau kerana rasuah dari kuasa-kuasa besar? Adakah rangkaiannya sampai ke negara ini?” Tanya beliau lagi.

Kenyataan itu dibuat setelah mendapat berita dari sebuah akhbar Mesir yang membongkar mengenai sebuah syarikat di negara itu yang membekalkan kepada askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza, manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin. Akhbar Al-Osbo menyebut setiap minggu konvoi tetap lori membawa bekalan makanan daripada bandar raya Sadat pada lintasan Owja untuk menyampaikan bekalan makanan kepada tentera Israel semasa pencerobohan mereka di Gaza.

Akhbar itu turut menyatakan kedahsyatan pemikiran syarikat Mesir tersebut tergamak membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan bekalan makanan berlabel “Latha” yang bermaksud “Sedap” pada masa sama , rakyat Mesir berang terhadap pencerobohan Israel terhadap rakyat Gaza. Ditanya apakah hukuman yang patut dilaksanakan kepada syarikat itu, Hj Mohd yang juga blogger http://www.ibnuhasyim.com menegaskan, hal itu terpulang kepada muafakat ulama atau pemimpin yang memperjuangkan keadilan di negara ini, "Merekalah yang lebih layak buat keputusan.."

(sumber : maszlee malek, palestinkini dll.)

4 comments:

Anonymous said...

Memang pun patut dihukum. Kita sembahyang hajat ramai-ramai, pulaukan niaga mereka atau.. apa-apa lagi...

dun26bangi said...

Salam Pak Mohd Hashim.
Dulu YB Zulkfili Nordin diculik dan terbaru 2 YB dari Perak pula diculik. Teringat cerita bagaimana wakil rakyat PAS dulu diculik cuma kurang jelas butirannya. Dalam perbualan santai dulu masa kita buat buletin SEMASA, SEHATI dan Se yang lain. Boleh ulas sikit, mungkin dapat menjelaskan perancangan pihak BN terutamanya.

Ibnu Hasyim said...

Kepada YB DUN26Bangi..

Masalah culik-menculik sering berlaku kepada parti pembangkang yang memerintah atau di anggap akan memerintah. Penculik biasanya adalah parti pemerintah yang ada kuasa dan wang. Hal ini pernah berlaku kepada parti PAS dulu sewaktu memerintah Kelantan sebelum Tok Guru Nik Aziz jadi MB.

Di zaman Dato. Asri jadi MB Kelantan dulu pernah 2 ADUN Kelantan diculik di KL, tak dapat dikesan. Tetapi Dato' Asri mengumumkan 4 ADUN yang diculik. Di mana 2 antaranya itu, dikatakan berjaya melepaskan diri dan akan pulang ke Kelantan menerang dan membongkar kisah penculikannya kepada rakyat Kelantan.

Maka merekapun disambut oleh rakyat Kelantan beramai-ramai sebagai wira
di lapangan terbang Kelantan. Hal ini menyebabkan 2 ADUN yang berpaling tadah kerana penculikan tersebut takut untuk mengisytiharkan 'lompat parti'nya di Kelantan, hingga terpaksa lari ke Sabah membuat pengistiharan.

Hal ini memberi suatu kemenangan moral kepada PAS, terutamanya di Kelantan. Mungkin itulah suatu kehebatan strategi PAS pimpinan Allahyarham Dato'Asri. Insya Allah saya akan tulis kisah ini dalam siri sejarah PAS dalam blog saya ini. Cuma sekarang saya masih belum dapat fakta-fakta dan saksi-saksi sebagai bukti.

Kalau ada sesiapa yang dapat memberi maklumat yang tepat, sila hubungi saya. Maklumlah, cerita itu masih samar-samar lagi. Jadi culik-menculik adalah strategi parti pemerintah negara ini sejak dulu hingga sekarang.

Cuma di zaman pemerintahan Tok Guru Nik Aziz, kerana BN agak tidak berjaya melaksanakan strategi tersebut, lebih-lebih lagi selepas PRU 11, di mana akhirnya PAS cuma lebih 1 kerusi ADUN sahaja dengan majoriti hanya 1 undi (lebih kurang) sahaja.

Nampaknya PAS sudah tahan uji sekarang berbanding parti-parti pembangkang yang lain. Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails