Friday, February 20, 2009

Lawan Yahudi Di Indonesia..

phosphos bom digunakan Israel membunuh rakyat Palestin..



Ibnu Hasyim Catatan Santai

HARI-HARI rakyat Palestin dibantai, apakah serangan melalui pemboikan barangan Yahudi dan kuncu-kuncunya itu hanya bermusim? Perjuangan menentang Yahudi perlu diperluaskan. Di Indonesia Ketua Umum FUUI (Forum Ulama Ummat Indonesia), Athian Ali menyebutkan, “Freemasonry ini merupakan intelejen Yahudi yang merupakan induk dari organisasi-organisasi di bawahnya antara lain Rotary Club dan Lions Club.”

Menurut beliau, hal ini yang pernah difatwakan oleh ulama Mekkah pada tahun 1978 sabagai salah satu ancaman terbesar bagi umat Islam. Bahkan Vatikan pun melarang umatnya untuk mengikuti organisasi tersebut.

“…terdapat organisasi yang merupakan jaringan Zionis Israel, iaitu Rotary Club Internasional bermarkas di Amerika, yang jaringannya terdapat di Indonesia. Rotary club yang ada di Indonesia saja dalam setahun dapat menghimpun US$145,000 dari anggotanya kebanyakan Muslim, yang setengahnya dikirimkan ke Rotary Internasional (pusat).. Tentu saja, semua itu digunakan untuk kepentingan Zionis Internasional. Angka-angka itu dan pernyataan bahawa setengahnya dikirim ke Rotary Internasional… bukan kata saya, web resmi mereka sendiri yang bercerita.” Kata Bambang Ahmad Somantri, Ketua IMAJID (Ikatan Pemuda dan Mahasiswa Masjid) Jabar.

“Israel, hancurkan! Yahudi, kalahkan! Rotary, bubarkan!” Demikian antara jeritan dalam demontrasi dari halaman Pusdai Jawa Barat menuju halaman gedung DPRD Provinsi Jabar, yang dilancarkan oleh IMAJID. Tuntutan mereka ialah:

1..Mendukung sepenuhnya Maklumat FUUI No.15/Shofar/1430 yang mendesak pemerintah untuk memberlakukan kembali Keppres RI No.264 Tahun 1962 mengenai pelarangan organisasi-organisasi yang menginduk pada Zionis Israel diantaranya Rotary Club.

2..Mendukung sepenuhnya surat dari Komite Solidaritas Palestin No.01/II/RotaryLions /KSP/30/09 yang telah disampaikan kepada Presiden RI (Republik Indonesia) untuk menuntut peniadaan Sinagog Yahudi dengan semua simbolnya di jalan Kayon No.4 Surabaya, Jawa Timur.

3..Menyeru kepada seluruh umat Islam, ‘Ulama dan Institusi Islam baik di Indonesia mahupun di seluruh dunia untuk bersama-sama perjuangkan pelarangan Rotary Club.

Di Malaysia, memang perkara ini telah lama diperkatakan, apakah ianya sudah selesai? Ataupun kelab-kelab begini telah berjaya bersembunyi di balik topeng NGO-NGO kebajikan sehingga perjuangan menentang Israel tiada kena sasaran? Namun perjuangan menegakkan kebenaran tetap perlu diteruskan. (detik/berbagai sumber)

Sekian, Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 20, 2009.

Sila rujuk artikal berkaitan www.ibnuhasyim.com/ 1..Monday, February 9, 2009 Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot... 2..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim. 3..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola 4.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim. 5..Saturday, February 7, 2009 Bantai 95% Penduduk, Untuk Ambil-Alih? - Philip Slater. 6.. Monday, February 2, 2009 Cerpen: Aku Anak Palestin.

5 comments:

Anonymous said...

salam, saudara.. sultan Perak yang beru-baru ni memecat YB ir Nizar adalah penaung kepada lion club dan rotary club di perak.



saya ada soalan. adakah dia murtad mengikut fatwa ulama2 azhar?

adakah kita boleh kategorikan baginda sebagai pengikut zionis?

harap saudara boleh ulas.

Kudo Shinichi said...

Sebenarnya Rotary Club bukan milik JEWS tetapi freemason ialah black nobility cuba baca dalam bahasa English. Ada hubungan dengan Vatican.

Kudo Shinichi said...

http://www.geocities.com/webmarhaen/mar_alahai_freemason.html

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt Ibnu Hasyim,

Iqra'!

http://arruhuljadid86.blogspot.my/2008/10/bahaya-bakal-pm-malaysia-anggota.html

Jazakallah khair.


Daripada,
Hakimi bin Abdul Jabar

Anonymous said...

Subhanallah
Alhamdulillah
La ilaha ilallah
Allahu Akbar
La hawla wala quwatta ila billahil aliyil adzim

Daripada,
Hakimi bin Abdul Jabar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails