Thursday, February 05, 2009

Politik Mem’BN’kan Perak..

MB Perak Ir Nizar
Ibnu Hasyim Catatan Santai.

“LIHAT filem itu, . Seorang kepala mafia, dengan kuasa, wang dan gengnya, kini sedang berusaha merampas, membeli serta mengugut orang lain untuk memenuhi kehendaknya..” Kata seseorang penulis dari Singapura, kepada saya se waktu kami sedang rihat-rihat, minum ringan sambil menonton tv di sebuah restoran Muslim di Woodland, Singapura, malam tadi. "Inilah yang berlaku dalam politik negeri Perak sekarang!"

Politik Perak kini sedang menghadapi kemelut, antaranya

1)..DUN Perak akan dibubarkan, pilihanraya mengejut akan dijalankan. Ini kehendak dari pihak kerajaan negeri Perak sekarang.
2)..BN pula sedang berusaha ingin bentuk kerajaan baru. MB baru akan angkat sumpah secepat mungkin. Hal ini berlaku ekoran dari berita 4 ADUN dari PR akan sertai BN.. Iaitu 2 dari PKR, 1 DAP dan 1 Bekas UMNO yang sertai PR beberapa hari lalu.
3)..Mungkin BN ambil tindakan mahkamah halang Pilihanraya atau mungkin juga PR ambil tindakan mahkamah halang MB baru angkat sumpah dan lain-lain.
4)..Sultan Perak dijangka akan buat keputusan esok.

“Lebih kurang macam Israel yang sedang meng’Israel’isasi negara Palestin, atau kerajaan Singapura yang telah meng’Singapura’kan Orang Melayu/Islam di sini!” Jawab saya. “Begitulah yang sedang di lakukan oleh Datuk Najib bakal PM Malaysia akan datang, ke atas negeri Perak!”

Ibnu Hasyim Catatan Santai
Feb5, 2009, Singapura.

3 comments:

Cik Lee said...

assalamualaikum doktor..

boleh saya dapatkan email doktor.. ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan...

Anonymous said...

Keputusannya, Sultan telah memperkenankan BN menubuhkan kerajaan negeri baru di Perak. Dengan ini secara keseluruhan, BN menang dan PR tumbang. Sultan menitahkan supaya Nizar meletakkan jawatan. Tiada pilihan raya negeri di Perak…

Ibnu Hasyim said...

Encik Lee,
Boleh, kita lanjutkan persahabatan kita..

Ini e-mail saya: ibnuhasyim@gmail.com

Jeffripower,
Nampaknya strategi lama politik pemerintah berulang lagi, menampakkan kejayaan, PR kena jaga Kedah & Selangor pula, kerana tempat-tempat yang tidak kalis peluru mula terdedah kepada serangan BN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails