Wednesday, February 11, 2009

Pemimpin & Raja, Mereka Bayar Zakat Harta Ke Tak??

Ibnu Hasyim Catatan Santai

TERTARIK saya kepada tulisan ‘Kazrat’ dalam ‘Tahukah ? Gaji dan Elaun PM,TPM, Menteri dllhttp://dupahang.wordpress.com mendedahkan pendapatan bulanan mereka kepada rakyat…

[ “Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen Dan Keluarga Diraja got this thru email:- Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen. Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan2005. Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Name: wang kita masuk longkang Comments: Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen Dan Keluarga Diraja. I got this thru email:- Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen/ Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 . Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4, 112.79

So, contohnya macam Pak Lah… dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah = RM22,826.65 + (RM14, 907.20 x 2) + RM4,112.79 = RM56,753.84.

Elaun Agong, Sultan, Menteri dan sebagainya , Sila lihat berapa duit tax payers keluar bagi pada mereka ni Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) Aku ada akta ni dalam pdf file. Tapi aku ringkas kan saja lah untuk info kita. Tapi kalau ada siapa nak akta tu aku boleh letak dalam ni. Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1…Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2… Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3… Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000. Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1…Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2… Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400. Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM6 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1… Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM5,259,100
2… Gaji kakitangan istana - RM1,004,880 3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas - RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup? Pencen khas untuk balu Agong. Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1… Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2… Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3… Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah) Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1…Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080. Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1… Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2…Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600. Elaun lain lain untuk kerabat ialah Raja Muda - RM13,000, Raja Puan Muda - RM5,200, Tunku Bendahara - RM4,000, Bini Tunku Bendahara - RM1,250, Tunku Temenggung - RM3,500, Isteri Tunku Temenggung - RM900, Tunku Laksamana - RM3,000, Isteri Tunku Laksamana - RM600.

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar. Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan. Berapa ramai kerabat? Bayang kan berapa Malaysia habis kan duit untuk mereka semua ni.]

Soalnya.. Boleh tak rakyat nak tahu berapa % dari gaji mereka yang disumbangkan untuk perjuangan dan rakyat tertindas? Mereka menyeru rakyat suruh derma sana, derma sini. Suruh rakyat berkorban sungguh-sungguh habis-habisan, sedangkan hiasan di tubuh badan anak isteri mereka terus melampau, membazir, boleh memberi makanan dan keperluan kepada ramai rakyat termiskin. Mereka sanggup melihat rakyat menderita, kekurangan keperluan harian, sedangkan mereka hidup terlalu mewah dan membazir.

Boleh tak rakyat nak tahu sumber pendapatan pemimpin dan raja mereka, termasuk pendapatan tambahan dan harta-harta, dari sumber mana mereka dapat? Haram ke, halal ke! Ke mana mereka belanjakan? Haram ke, halal ke? Zakat mereka kalau yang Islam, ke mana mereka bayar dan agihkan? Bagaimana rakyat boleh tahu kerana cintanya mereka kepada pemimpin mereka?

Sehingga terjawab salah satu dari rungutan rakyat, “Pemimpin & Raja-raja, Mereka bayar zakat harta ke tak? Kalau bayar ke mana dan berapa? Boleh ke rakyat nak tahu?”

Sekian. Allhu aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 11, 2009. KL

6 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Boleh bandingkan gaji presiden Amerika Syarikat sebanyak $400,000 setahun.
Pendapatan ini adalah kena cukai.
Bererti Obama perlu membayar cukai sebagaimana rakyat lain.
Semua orang boleh semak berapa jumlah cukai yang kena bayar dengan memasuki laman Internal Revenue Service IRS. Sama macam LHDN Malaysia.
bagaimana dengan elaun-elaun lain??
Tidak ada.
Apa kelebihan sebagai menghuni Rumah Putih?
Beberap benda dan perkhidmatan adalah percuma.
bagaimanapun makanan seharian yang disediakan untuk keluarga Presiden perlu dibayar.
Kadarnya boleh disemak dalam laman web.
Presiden mungkin boleh makan percuma bila ada jamuan dan keraian neagra termasuk jemputan asing.
Kalau Presiden mendapat hadiah seperti dari YDP Agong atau PM Malaysia. Semua hadiah ini perlu diisytiharkan dan dikenakan cukai.
Jadi banyak barangan ini ditinggalkan saja dan tidak diambil.
Contoh terbaik Condoleeza Rice yang mendapat bermacam barang kemas semasa lawatan rasmi ke Timur Tengah. Separuh dari barangan ini ditinggalkan dan akan dilelong untuk pendapatan negara.
Kerana belaiu tidak mahu pening kepala membayar cukai pendapatan terhadap barangan yang mungkin bukan minat dan pilihannya sendiri.
Adakah kita bersedia untuk memebenarkan semua penyata cukai pendapatan orangpolitik dibuka untuk tontonan umum.
Dulu Pak Lah semasa memasuki pejabat PM telah berjanji akan bersikap telus.
Bulan ke tahun semua ini tinggal janji sahaja.
Tidak ada sebarang tindakan ke arah ini sama sekali.
Mungkin selepas ini lebih ramai berminat melihatg semua ini dengan lebih telus.
Adakah Bukit Gantang akan menjadi gelanggang untuk lebih banyak pendedahan??

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih! Saya amat tertarik dengan komen dan maklumat yang anda beri!
Alhamdulillah dan syukran! As assalamu 'alaikum!

Anonymous said...

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.

azizan abdul razak Potongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan".

Ahli-ahli akar umbi PAS negeri baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.

Malaysiakini difahamkan, dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.

Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.

Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik.

Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tetapi didakwa rajin bermain golf.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan berkata, selain soal kepemimpinan Azizan, kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) antara perkara utama yang dibangkitkan.

Selain itu, tambahnya, PAS Kedah didakwa "bongkak dengan PKR".

Bagaimanapun, kata Hassan, perkara itu dijelaskan oleh menteri besar di hujung program di Kompleks Alor Star.

azizan abdul razak pas and kedahWakil-wakil PAS daripada 15 kawasan di seluruh Kedah turut dikatakan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Sehubungan itu, Hassan berkata, kritikan kepada kerajaan negeri merupakan salah faham dan dibuat berdasarkan "cakap-cakap di kaki lima".

Menurutnya, dalam pentadbiran kerajaan, ada perkara yang telah dibuat tetapi belum diumumkan dan ada yang belum dibuat tetapi telah dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Komen-komen itu, termasuk yang pedas dan negatif, diusulkan secara bertulis oleh wakil-wakil PAS kawasan tanpa menyatakan nama pengemuka soalan-soalan tersebut.

Komen-komen di pertemuan tertutup ini bagaimanapun terbocor kepada umum, termasuk Umno dan pihak media.

Hassan kesal kerana dokumen yang dianggap sulit itu telah “dicuri pihak tertentu”.

Majlis sumbang saran kali ketiga itu dihadiri wakil-wakil PAS kawasan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli-ahli parlimen PAS Kedah.

Majlis itu merupakan susulan selepas pertemuan Ogos lalu, sementara perjumpaan pertamanya diadakan sejurus selepas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum, Mac lalu.

PAS negeri merancang menjalankan sesi taklimat dasar-dasar kerajaan negeri kepada jentera parti empat kali setahun.

Anonymous said...

RM720,000.00 setahun ‘biayai’ tiga penasihat Perak

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - “Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elaun percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjata api.”

“Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.”

Demikian dinyatakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zamby Abd Kadir yang dituduh menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Nga setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.

“Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut semalam

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham dan para penyokong parti tersebut.

Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Mereka terdiri daripada Dato’ Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Dato’ Chang Ko Youn (Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Dato’ S Veerasingam (Penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Dato’Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

http://www.harakahdaily.net

Anonymous said...

raja/sultan adalah ketua agama islam. segala hal ehwal agama islam adalah bawah bidang kuasa raja. apa yg raja buat untuk islam ? jadi imam tarawikh pun tak pernah.

Ibnu Hasyim said...

Ha.ha. ha.
He. he, he..
raja lekok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails