Monday, February 09, 2009

Saya Sokong Karpal Singh .… Ibnu Hasyim



Ibnu Hasyim Catatan Santai.

PENGERUSI DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut.” Begitu lebih kurang berita tv3 malam tadi.

Dan pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat, menurut ‘The Star’ seterusnya. Hal ini berlaku ekoran dari dua minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar dari Umno, tetapi kembali semula ke pangkuan parti itu. Selain itu, dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) telah keluar parti dan menjadi parti bebas bersama dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong.

Jadi, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 28, sama dengan jumlah kerusi BN (28) dan tiga kerusi bebas. Ketiga-tiga Adun bebas tersebut telah menyatakan sokongan kepada BN untuk membolehkan gabungan tersebut mendapat sokongan 31 Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Karpal turut menegur dua rakannya dari DAP, terutama Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng berhubung pendirian mereka yang tidak konsisten mengenai isu melompat parti itu.

Dari kenyataan-kenyataan tersebut, pada saya walaupun Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor menentang PAS berhubung dengan konsep negara Islam, tetapi dari satu segi PAS agak tegas dan mampu menjaga ADUN & Ahli Parlimennya akhir-akhir ini dari lompat parti. Contohnya ADUN Kelantan sebelum PRU 12 hanya menang dengan satu kerusi sahaja pun dapat bertahan hingga PRU 12.

Dengan itu Karpal tidak mengkritik PAS tetapi mengkritik PKR dan DAP sendiri dalam hal ini. Jadi, secara tersirat Karpal sudah mengakui PAS adalah layak menerajui kepimpinan negara apabila berkuasa kelak, seperti yang dilakukan oleh pimpinan PAS dalam menerajui negeri Perak. Saya sokong Karpal dalam hal ini, kritiknya adalah kritik-kritik kecil yang membina!

Sekian, terima kasih. Wallahu ‘alam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 09, 2009. KL

4 comments:

Unknown said...

Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
Akhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.

Anonymous said...

Memang hang punya ulasan pelik-pelik...

Anonymous said...

pendapat peribadi saya...
kalaulah saya adalah MR PRESIDENT bg mane2 parti samada BN atau PKR or DAP,
saye tak mau terima org yg melompat2 ni (esp. adun BOTA)...sbb langsung tak leh percaya..

dalam islam sendiri pun,
pengkhianat ape hukumnya???
lari dr perang, ape hukumnya???

Ibnu Hasyim said...

Oh..macam tu.. T.kasih semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails