Ibnu Hasyim Catatan Santai
HARI ini seekor kaldai berpakaian merah telah dijumpai di Rumtha, Jordan. Keldai yang membuatkan sebilangan besar pemuda-pemuda Jordan berfikir-fikir… Inilah suatu pernyataan bahawa Islam menolak sambutan hari Valentine sering diadakan pada 14 Februari setiap tahun. ‘..bukanlah suatu kutukan, tetapi lebih kepada menolak perayaan yang membuka jalan mungkar kepada umat Islam.’ kata Ayman Quedar, pencetus pemikiran tersebut kepada sebuah akhbar.
‘Islam bukanlah agama yang dikenali kerana perayaannya… dan perayaan valentine ini merupakan salah satu agenda orang kafir untuk melekakan pemuda-pemudi Islam dari membincangkan dan memikirkan isu yang lebih utama’ katanya lagi.
Di Sudan pula, ulama-ulama menyeru supaya pemuda-pemudanya memboikot semua kegiatan yang berbau Valentine. Sambutan Valentine merupakan produk dari Barat, umat Islam jangan ikut tradisi Kristian, kata Syeikh Hassan Hamid. Antara saranannya, “Wang yang dikeluarkan untuk hari Valentine lebih baik digunakan untuk memudah dan memotivasikan orang-orang yang akan berkahwinan.
Pakistani activists of the Jamiat Ullamai Islam Party torch Valentine's Day cards during a protest to denounce the festival in Karachi on February 14, 2008. Valentine's Day, which is named after a Christian patron saint for lovers, has gained popularity in Muslim-dominated Pakistan over the past few years.
Seorang ahli Majlis Ulama Sudan, Almuhallib Barkat, berkata, “Pemuda-pemuda Sudan hendaklah tidak menyia-nyiakan masa mereka berihat-rihat di taman kota pada hari Valentine.” Hampir seluruh penduduk Sudan Utara beragama Islam dan menerapkan syari’at Islam sejak abad ke-8 yang lalu, kecuali yang beragama Kristian di selatannya.
Di Malaysia juga, lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon, simbol-simbol atau iklan-iklan yang tidak Islamik hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari pusat hiburan, disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day. Begitu juga di Indonesia, negara teramai umat Islam di dunia.
Gambar Ibnu Hasyim di Ha Noi, Vietnam.. lewati upacara menyambut perayaan tahun baru 1 Januari 2009 lalu.
Apa itu Valentine Day? Itulah Hari Kasih Sayang.. Tetapi dari sedut sejarah, Valentine sebenarnya adalah nama seorang martyr . Atau dalam Islam ertinya 'syuhada'. Konon kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo. Pada 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana bertelingkah dengan penguasa Romawi pada waktu itu, iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Tetapi akhiranya demi mengagungkan St. Valentine itu semula, yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka pengikut-pengikutnya pun memperingati kematian St Valentine itu dalam 'upacara keagamaan'.
Sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan agama'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normand, abad pertengahan, terdapat kata ‘galentine’ yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa pemuda-pemuda dalam mencari pasangan hidup elok sangat pada 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh dari pengertian asalnya, sehingga ramai yang tidak tahu.. Mereka cuma tahu melalui greeting card, pesta persaudaraan, tukar kad, tukar hadiah dan sebagainya.
Jadi apa yang perlu kita lihat..
1..Prinsip.
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (Kristian), berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
2..Sumber.
Valentine sudah jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 120: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
3..Tujuan:
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Bukan pula bererti kita perlu berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
4..Pesta Tak Katahuan..
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora, huru-hara dan tak ketahuan.. Perhatikanlah firman Allah SWT:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithan dan syaithan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27) Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
Sudah jelas! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia. Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah memuja-muja Valentine Day? Jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Bukan hanya untuk sehari atau setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu!
Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain. Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat, seperti materialism, nasionalisme, sekularisme dan lain-lain.
Kesimpulannya, janganlah jadi macam kaldai berbaju merah itu, dia tidak tahu apa, mengapa dan kemana tujuan halatujunya? Dia tetap menjadi alat dan kenderaan orang lain, yang akhirnya tunggu masa untuk disembeleh!!
Harap maklum.
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 16, 2009. KL
Hari Valentine itu subjektif.. Kalau tak nak sambut tu, tak payah sambut.. Kalau nak sambut tu, sambut je lah.. Tak payah lah nak bawa sampai ke mahkamah benda-benda macam tu.. Ironiknya, sambutan Valentine untuk menyambut kasih sayang, namun ramai pulak yang nak menguar-uarkan dan berperang mulut dan tunjuk perasaan semata-mata tidak mahu menyambutnya. Dalam agama, bukankah semua manusia itu serupa, tidak kira barat atau timur? Utara atau selatan? Habis kenapa kalau berbau barat sedikit, tidak boleh? Bukankah itu sikap prejudis? Dan itu serupa sikap orang Yahudi yang memikirkan mereka lebih baik dan eksklusif dari yang lain??
ReplyDeleteFikir-fikirkanlah.. Sesama manusia tu kena hormat agama orang lain. Kita sama-sama menyembah Tuhan yang Maha Esa. Kalau kita memburukkan agama orang lain, bukankah pada masa yang sama, kita juga memburukkan Tuhan kerana mereka juga menyembah Tuhan?
Terima kasih, dan saya hormati pandangan anda..
ReplyDelete