Saturday, February 28, 2009

Strategi Bajet Mini: Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim.

Ibnu Hasyim Catatan Santai dari Parlimen

MENGENAI Bajet Mini 2009-2010 bagi negara ini, saya pilih pandangan Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim YB Bandar Tun Razak yang juga MB Selangor, dalam perbahasan di Dewan Rakyat Khamis Februari 26, 2009, bermula pada 3.43petang, di petik dari http://www.parlimen.gov.my/ . Antaranya …

{ Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana saya dapat menyertai perbahasan tentang Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Saya akan membuat ucapan mengenai tentang isu ekonomi dan kemelesetan sebelum pembentangan bajet mini yang dijangka pada 10 Mac 2009. Bajet mini yang dijangka dibentangkan di Parlimen akan menyentuh tentang situasi ekonomi seluruh dunia yang sekarang dalam kemelesetan. Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu menjalankan langkah-langkah pemulihan segera yang hanya dapat dilihat kesannya dalam tempoh satu hingga dua tahun yang berlaku serentak dengan dasar-dasar pembangunan jangka panjang yang sedang dilakukan.

Memang Kerajaan Persekutuan bakal melakukan usaha dengan menyediakan Pakej Rangsangan Kedua bagi memastikan asas-asas ekonomi negara ini terus kukuh dan stabil. Namun begitu, kita harus ingat bahawa pakej bernilai RM40 bilion itu hanya sesuai diperlukan untuk menyelamatkan ekonomi negara kita ketika menghadapi krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-1998. Maksudnya, ketika menghadapi kemelesetan ekonomi global, untuk tahun 2009-2010, saya mengesyorkan kalau betul-betul Kerajaan Persekutuan serius, ia perlu memperuntukkan sekurang-kurannya mini bajet melebihi RM50 bilion.

Di samping itu, Kerajaan Persekutuan dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi baru ini juga bertanggungjawab memberitahu Dewan ini, bagaimana dana tersebut dibiayai dan perkara-perkara yang dilakukan seperti perkara-perkara yang dilakukan dalam negara lain menyatakan bagaimana pakej rangsangan itu dibiayai? Pertama, adakah cara pinjaman dari pasaran? Kedua, adakah melalui penjualanpenjualan bon atau security? Soalan ini ialah dari manakah Malaysia hendak mendapatkan dana bagi membiayai pakej rangsangannya?

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah beberapa cadangan yang saya fikir boleh difikirkan dalam membuat strategi belanjawan mini yang akan kita bincangkan.

(a) Kita mesti menumpukan kepada perumahan. Mengutamakan perumahan bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah;

(b) menyediakan subsidi bagi perumahan berpendapatan rendah yang kini diberikankepada para pemaju; dan

(c) Rangsangan ini mesti juga melihat usaha mempertingkatkan infrastruktur dan prasarana iaitu:
(i)…Memodenkan jalan, jambatan, jalan raya, jalan kereta api, lapanganlapangan terbang dan juga kekisi tenaga; dan
(ii)…Menaik taraf prasarana komuniti yang sedia ada. Bagi pengangkutan awam, kita mencadangkan supaya dapat disatukan system pengangkutan awam terutama di Lembah Klang dan pusat-pusat bandar sekitar. Kedua, mencuba menggabungkan lagi jalan rangkaian, bas, teksi, kereta api dan transit aliran ringan atau LRT bagi mewujudkan sistem holistik yang lengkap. Ketiga, memodenkan stesen bas dan membina stesen-stesen baru tren atau LRT.

(d) pengeluaran makanan;
(i)…pembangunan pertanian dan pemberian bantuan kepada petani
dan pengeluar makanan;
(ii)…bantuan mengangkut makanan dari pusat-pusat jualan; dan
(iii)…pembangunan tanah bagi kegunaan menghasilkan makanan.

Bajet mini juga mesti melihat sistem kewangan:
(i)…mengadakan rangkaian peraturan kepada bank supaya memudahkan keperluan pinjaman bagi perniagaan saiz kecil dan sederhana; dan
(ii)…mengadakan rangkaian pengaturan kepada bank supaya memudahkan keperluan pinjaman perumahan.

Saya juga ingin mencadangkan dalam usaha mempercepatkan proses pembangunan ekonomi dan rangsangan ekonomi ini, saya juga syorkan salah satu projek yang saya rasa penting dan memberi kesan terus kepada meningkatkan penggunaan guna tenaga iaitu pembersihan Sungai Klang.

(i)...Dengan usaha Program Pembersihan Sungai Klang, ia memberi faedah ekonomi kepada Selangor dan Kuala Lumpur dengan cara meluaskan keupayaan pembangunan perumahan;
(ii) meringankan beban pengangkutan dengan cara menyediakan alternative bagi pengangkutan awam;
(iii)…Memajukan bidang pelancongan menerusi pembinaan lebih banyak hartanah-hartanah di kawasan-kawasan tepi sungai yang kita bersih dan cantikkan.

Apakah status pakej rangsangan yang lepas dan apakah kesan-kesan yang dirasai. Bagi dua pakej rangsangan ini nanti sepatutnya diadakan satu sistem pemantauan yang telus dan bertanggung jawab dan hal penyaluran, pengagihan bantuan kepada pihak yang memerlukan. Sebagai contoh kerajaan Amerika Syarikat ada melakukan usaha ini yang boleh dirujuk oleh semua rakyatnya dalam laman web.

Sebagai contoh, di Amerika dia menggunakan laman web www.recoveryorganisation dan apabila ini berlaku semua warganegara sebagai pembayar cukai akan dapat menyemak dalam talian tentang ke manakah wang-wang dan dana itu diagihkan. Dengan cara ini pengagihan wang rangsangan dapat terus dipantau. Akhir sekali, kesan penilaian dan kebolehan kita merancang ekonomi mestilah dilakukandalam dua tahap.

Pertama, kesan terhadap ekonomi Malaysia. Apakah peningkatan pelaburan yang dijangkakan terhadap ekonomi?

Kedua, kesan terhadap pekerjaan. Berapa banyakkah pekerjaan yang dapat diadakan dan diisi dalam tempoh dua tahun berdasarkan Bajet Mini 2009-2010. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong! }

Sekian catatan dari parlimen kali ini...

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Feb 28, 2009. KL.

1 comment:

Anonymous said...

Nampak sangat fokus cadanagn kat pembangunan Selangor jer, aku stuju bab perumahan tu, pemakanan dan pinjaman tu (bias sikit)..tp bab infra & sungai klang tu..boleh hold..tp obviously nampak fokus pemimpin ni hanya kepada perekonomian & income negerinya bukan seluruh Malaysia.
Kita tahu apa yang menjana eko selangor sah2 pembinaan, infra, pelacongan that' Y yg die fokus kat pinjaman perumahan, so mantapkan sektor pembinaan negeri, nak molek kan sungai kenapa tak ckp sungai pahang & perak sekali...tak pun nak membantu bangunkan automative negara sah2 Perodua & Proton kat selangor tp tolak sb itu hak GLC bukan kerajaan negeri so tak ade kepentingan.....

Dato Khalid tak pula menyebut,die menyokong usaha kerajaan sb membantu penduduk yang hilang pekerjaan kebanyakan dtang dari kilang kat Selangor, KL & Penang....Tak pulak nk bg idea mcmaner nk create peluang pekerjaan yng lebih genius yang dapat membantu dalam jngka masa pendek ketika kegawatan ekonomi ini..Adakah sebab pemimpin dah tidak merasai jerih menjadi rakyat sb semua kehidupan die dah disubsidikan.

Pokok pangkal sape2pun pemimpin tetap sama sahaja peelnyee..tapi yang bodoh penyokong fanatik sekalian apa tah yang dapat aku tak tau..bukan dia share elaun die dgn korang....kesian

Apa yang aku harap, implimentasi kerajaan benar2 di buat bukan base on dasar yang cantik dikertas sahaja. Jbtn kerajaan pula kena bgun tidooo jangan dok mengait & claim jer lebih, keje stahun nk kenaikan dapat bonus tak dapat mogok kesatuan then menentang kerajaan tp bile dah dapat menentang then kerje tetap leka....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails