By ASYOK KUMAR
TERUSKAN boikot barangan Israel, umat Islam perlu sedar, bahawa mereka ibarat harimau yang sedang tidur, kini sudah mulai bangun, dan ngauamannya sudah mulai didengar musuh-musuhnya. Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang yang dihubungi di pejabatnya pagi tadi.
Semalam akhbar berbahasa Ibrani, Ma’arev, Selasa (24/2) melaporkan bahawa keadaan ekonomi di negara ‘Israel’ itu memasuki fasa yang sangat buruk. Hari demi hari krisis ini bertambah parah. Banyak syarikat swasta gulung tikar setiap hari. Menanggapi krisis yang menghantui pasaran kerja di Israel, harian itu mengatakan; “Seramai 730 orang di wilayah utara Israel secara automatik masuk dalam senarai penganggur baru. Padahal majoriti daripada mereka sudah berkeluarga. Jarak antara mereka dengan garis kemiskinan sangat dekat sekali.”
Sebelumnya sempat diberitakan bahawa pihak sumber manusia Israel mengumumkan bahawa sekitar 20 ribu pekerja kehilangan pekerjaan pada bulan Januari lalu. Perkara tersebut dinyatakan dalam laporan badan tersebut yang menunjukkan angka pengangguran di Israel semakin meningkat. “Kita kena serang Israel mengikut kemampuan, keadaan dan dari tempat mana kita berada. Paling kurang teruskan serangan melalui boikot, jangan beli atau guna barangan Israel dan kuncu-kuncunya.” Kata Dr Hj Mohd Hasyim yang juga pengusaha weblog http://www.ibnuhasyim.com (AK)
Sila lihat tulisan lalu di blog ini..1..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim. 2..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola 3.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim 4.. Monday, February 9, 2009 Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot...
jangan cakap tak serupa bikin.banyak sekali yang jadi kepala boikot ini hipokrit dan munafik.bukan cola saja barang israel.kalau nak boikot,kena boikot juga bank,kereta kereta yang dikeluarkan olih syarikat yang ada saham yahudi dan kepala boikot inilah yang banyak sekali pakai barang yahudi.banyak juga kepala boikot ini ahli HPA.Harga cola HPA RM3.50,cola RM2.70.Ini semua kes business bukan kes nak bagi jatuh yahudi
ReplyDeleteSalam Tuan Tanah,
ReplyDeleteSaudara jabsp,
Umat Islam dunia berjumlah 1.5 Billion. Sekiranya 10% umat Islam penggemar Coke dan 10% ini boikot sebotol Coke sehari, kita berjaya haramkan 0.15 Billion peluru daripada menjamah Palestin sehari. Sekiranya sebulan hanya 10 hari boikot dah 1.5 Billion peluru kita haramkan. Penduduk Palestin berapa million?
Begitulah keagungan kekuatan umat Muhammad SAW tetapi ramai tak nak sedar!
Coca Cola Malaysia pengeluarannya berapa million botol sehari? HPA Cola pengeluarannya berapa puluh ribu botol sehari? Mana nak sama kosnya.
Yang tak tepat saya tegur...harap kemaafan. Terima kasih.
Salam kpd Tuan Rumah dan semua pembaca..
ReplyDeletesaya bersetuju dgn pndgn Zaidi Ali..
Kpd jabsp...InsyaAllah, kalau kita terus menyokong barangan HPA, lama kelamaan, bila pengeluarannya semakin byk, insyaAllah harganya juga pasti akn semakin murah. Oleh itu, dari skrglah kita perlu membantu menyokong produk HPA serta produk2 keluaran Islam yg lain....
Terima kasih...Harap maaf kalau pndgn ini ada yg salah..