Sunday, February 15, 2009

UMNO Bukan Pelopor Merdeka … Ibnu Hasyim Sokong Cik Gu Sahak..

Cikgu Sahak

By ASYOK KUMAR

“YA. (UMNO bukan pelopor kemerdekaan) Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah. Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan UMNO khususnya. Mereka mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng!”

Demikian pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Cikgu Ishak Surin (Cikgu Sahak) yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API (Angkata Pemuda Insaf), sewaktu di wawancara oleh Pengarang Berita Harakah, semalam.

Sebenarnya, dalam hal ini, beliau amat bertegas bahawa UMNO bukan pelopor kemerdekaan. UMNO ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan. Menurut beliau, sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini. Bukannya seperti yang diwar-warkan, UMNO atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah. Jelas Cikgu Sahak lagi.

Sementara itu, Dr Haji Mohd Hasyim seorang bloger yang memakai nama Ibnu Hasyim, kerap menulis mengenai sejarah gerakan Islam di Malaysia menyokong kenyataan Cikgu Sahak itu. “Bukan sahaja KMM, PKMM, API dan AWAS sahaja diharamkan penjajah, bahkan Hizbul Muslimin sebuah gerakan Islam pertama di Tanah Melayu ditubuhkan di Gunung Semanggul oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pada 1948, dan pemimpinnya juga ditahan. UMNO yang ditubuhkan pada 1946 tidak diharamkan, tetapi dibela dan dibelai sebagai anak didik penjajah, sedangkan Hizbul Muslimin dan pertubuhan-pertubuhan yang menuntut kemerdekaan total dituduh sebagai ‘bahaya dari gunung’, terus diharamkan penjajah.” Ulas Dr Mohd Hasyim.

Menurut beliau lagi UMNO diarahkan penjajah supaya mendapatkan rakan-rakan dari perbagai kaum untuk membantu ‘menjilat penjajah’, maka diambilnya MCA yang asalnya badan kebajikan orang-orang Cina dianugerahkan kuasa politik, dan begitu juga dengan MIC bagi kaum India. Bila ditanya apa fungsi UMNO? “..sebagai barua dan talibarut, tukang terima hadiah ‘kemerdekaan berjerat’ dan sebagai corong pembesar suara penjajah!” jawabnya lagi.

Sementara itu menurut Tulang Besi, pengendali weblog Malaysiawaves (http://www.malaysiawaves.com/2009/02/bukan-baru-umno-tuduh-pas-sebagai-agen.html) sewaktu mengulas sejarah PAS tulisan Ibnu Hasyim “UMNO begitu galak sekali menuduh PAS ni menjadi alat DAP di Perak. Puas mereka keliling kampung sebar fitnah kata YB Nizar ni tunduk pada Cina DAP. Malahan di Selangor dan semua negeri Pakatan, mereka jaja kononnya PAS ni dah tunduk kepada segala kemahuan DAP… Rupa-rupanya benda fitnah ni UMNO dah lakukan sejak Pilihanraya 1964 lagi. Menuduh PAS menjadi agen Cina dan agen asing. Patutla perangai orang UMNO ni semuanya buruk-buruk belaka. Suka buat fitnah kat orang.”

“Itu buktinya bahawa UMNO menjadi ‘corong pembesar suara penjajah’, menjadi lidah penjajah dengan menyerang penentang-penentang penjajah, sesuai dengan dasar penjajah itu sendiri iaitu ‘pecah-pecah jajah’” kata Dr Mohd Hasyim yang juga selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang. “Dalam pilihanra kecil antara 2 bukit ini, rakyat kena tolak depa!!”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails