By ASYOK KUMAR
SERAMAI enam orang akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam blog masing-masing, menurut Mstar Online Mac 12 malam tadi. Mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutlimedia 1998 kerana perbuatan menyiarkan ‘ isi kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu’.
Manakala dua yang lain akan didakwa dibawah tuduhan yang sama di Terengganu Ahad ini. Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya. Ini adalah kali pertama individu didakwa di bawah seksyen tersebut. Difahamkan, pada 16 Februari beberapa orang pegawai eksekutif Teknologi Maklumat yang bekerja di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas membaca komen yang menghina Sultan Perak dalam blog tersebut.
Mereka didakwa menyiarkan komen yang menghina Sultan berhubung krisis politik di negeri tersebut. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada antara mereka yang akan didakwa itu terbabit dalam perbuatan memutuskan pautan ke lamanweb diraja Perak. SKMM telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Unit Multimedia dan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan pihak polis sedang menyiasat kes tersebut.
Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan pegawainya akan mendakwa enam orang di Mahkamah esok. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut. Ibnu Hasyim se waktu dihubungi mengenai siaran dalam blognya Saturday, February 21, 2009, bertajuk: Sultan Perak Murtad? , “Saya tidak terlibat dalam tuduhan tersebut.. Saya takde apa-apa, insya Allah!” (AK).
3 comments:
InsyaAllah Ibnu Hasyim akan selamat. Ini blog peribadi, bukannya website umum. 6 orang yang kena dakwa tu bukannya blogggers. Pemberi komen macam saya juga. Silapnya mereka komen di website umum. Kalau komen kat blog peribadi rasanya ok kot.
Memang tak dapat dinafikan blog Ibnu Hasyim ni PANAS bagi mereka yang makan cili jer.
Saya doakan Pak Hasyim sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t. hendaknya.
Al-hamdulillah.
nasib timun mcm tu lah
Post a Comment