Ibnu Hasyim Catatan Santai
SAYA terima SMS memberi tahu supaya melayari blog http://www.blogtokguru.com . Ucapan pelancaran wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru pada 19 Rabiul Awal 1430/26 Mac 2009 bermula jam 3.00 petnag bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu, lahir pada tahun1931 di Kampung Pulau Melaka, Kelantan.
Berlatar belakang pengajian, di Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut, Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan, Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab dan Sarjana Perundangan Islam. Setelah saya layari, memang menarik, dan di sini saya muatkan ucapan pelancaran beliau…
[.."Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk," (Surah An-Nahl Ayat 125)
Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengucapkan ribuan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana hanya dengan limpah Rahman Rahimnya jua kita masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini untuk seterusnya menyaksikan majlis pelancaran Wifi Aptus dan Blog Tok Guru pada petang yang berbahagia ini. Di kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan sebesar-besar tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan selaku EXCO yang bertanggungjawab dalam Portfolio ini. Segala usaha, tenaga dan inisiatif yang diambil oleh pihak infraquest yakni sebuah anak syarikat PKINK sangatlah perlu dialu-alukan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Ayat yang baru sama-sama ini petik di awal ucapan tadi sengaja saya ambil untuk membuktikan betapa Islam sangat cermat dalam sebarang usaha dakwah. Jelas pada Ayat tersebut Allah S.W.T telah menekankan perihal mustahaknya perkara hikmah itu didahului oleh para da’i. Dakwah wajib membawa roh bimbingan dengan memberikan pelajaran dan pengajaran yang baik. Jika perlu berbantah-bantah sekalipun kerana ada perselisihan pendapat maka ia hendaklah dipilih dalam kaedah yang terbaik.
Ayat ini seterusnya mengingatkan kita tentang tidak siapa yang tahu siapa yang tersesat atau yang mendapat petunjuk selain daripada Allah S.W.T. Demikian, betapa cermatnya Islam dalam memerlihara adab dan akhlak sewaktu berkomunikasi ketika berdakwah. Dalam kesedaran wifi yang akan dilancarkan sekejap lagi termasuk blog saya yang akan dirasmikan sebentar lagi maka kehendak Surah An-Nahl Ayat 125 ini harus diperhatikan dan dipenuhi syarat-syaratnya dengan sehabis cermat.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Dalam sejarah hidup manusia, sejak kecil lagi akan terdapat soal menyoal dan perbezaan dalam pendapat. Ini fitrah manusia. Bila manusia disoal, otak manusia akan ligat mencari jawapan. Secara tiba-tiba, ia menjadi aktif. Jawapan akan menjadi sangat konkrit apabila jawapan itu bersandarkan kepada hujah-hujah daripada wahyu yang datang dari langit. Usaha untuk mencari jawapan yang benar ini juga disebut fitrah. Musuh yang jujur lazimnya akan terkedu dan terduduk apabila berdepan dengan kebenaran. Itupun jika mereka tidak sombong, degil atau bongkak.
Di dalam surah pertama yang diturunkan dari langit terdapat 3 potong Ayat:
1)“Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang seorang hamba ketika dia mengerjakan solat.”
2)“Bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang (iaitu Rasulullah S.A.W. itu berada diatas kebenaran atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah)?
3) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya.”
(Surah Al-Alaq : Ayat 9 – 14).
Kesemua persoalan ini memulakan pertanyaan “bagaimana pendapatmu” sebenarnya ditujukan kepada golongan yang membangkang Rasulullah S.A.W. Semua ini membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya bermusyawarah, berwacana, berbincang dan berforum. Semuanya ini adalah untuk mengembangkan fitrah manusia untuk bersoal jawab. Proses inilah yang melahirkan daya intelektualisme dan dinamisme dalam kehidupan intelektual rakyat seluruhnya. Saya tidak nampak niat baik apabila akhbar-akhbar alternatif digantung dan setengah-setengah blog diharamkan daripada membuat liputan ke atas beberapa perhimpunan penting bertaraf nasional.
Sekat untuk adakan perhimpunan secara aman. Sekat permit-permit majalah dan menghalang daripada sesetengah tokoh daripada berbicara di Universiti. Ini yang saya namakan usaha untuk menyekat aliran perkembangan intelektualisme rakyat yang bercanggah sama sekali dengan impian untuk menjadikan negara ini hub warga dunia kelas pertama. Kita perlu ingat, apabila manusia disekat, manusia akan menjadi bodoh. Bagi kerajaan yang taghut, mereka akan seronok. Inilah puncanya yang menimbulkan pilihan di blog-blog. Sebelum perasmian blog ini pun telah timbul berpuluh-puluh blog.
Manusia tidak boleh dikongkong daya pemikiran mereka kerana ini soal fitrah. Ia tuntutan semula jadi naluri setiap manusia, Sebagaimana air yang turun daripada gunung, jika ia disekat, dalam jumlah yang sedikit ia akan menjadi kolam. Air yang statik akan menjadi sarang tempat kediaman nyamuk dan serangga yang berbahaya. Bila air sudah banyak dan disekat juga, ia sama ada boleh melimpah dan merosakkan kehidupan atau menyerap masuk ke lapisan bawah tanah untuk melahirkan mala petaka atau air yang banyak akan membentuk suatu daya tolakan yang akan memecahkan tembok sekatan ingin membebaskan diri untuk kembali kepada fitrah asal kejadiannya yakni keperluan untuk bersoal jawab dalam mencari kebenaran yang hakiki.
Dunia pada hari ini adalah dunia yang dididik dalam acuan kebebasan minda yang meraikan proses soal jawab. Segala usaha yang menyekat proses tabie ini akan membawa kebinasaan kepada pihak berkuasa yang menganjurkan sekatan ini. Sebenarnya, fikiran dan proses berfikir dicetus dan digerakkan dalam dua keadaan, iaitu evolusi dan revolusi. Kesan kehadiran jalan berfikir ini hanya boleh diuji dan dilihat jika diberi ruang untuk menguasai negara. Seburuk-buruk Sistem Komunis itu pun telah diberi peluang untuk menunjukkan teorinya dalam bentuk pelaksanaan di Negara Republik Rakyat China, Soviet Russia, Jerman Timur dan beberapa negara komunis yang lain.
Sama juga halnya dengan pemikiran demokrasi. Masing-masing telah diberi kesempatan iaitu jelmakan dalam bentuk pelaksanaan. Lebih-lebih lagilah Islam. Sewaktu Nabi S.A.W. berada di Mekah, kebaikan Islam tidak dapat dilihat oleh kerana Islam tidak diberi kesempatan untuk memerintah dan bebas bersoal jawab. Apabila di Madinah, berduyun-duyun golongan pembangkang telah menerima Islam berkat proses pertukaran pendapat, polimik dan wacana. Terasa terpinggir dari aliran kesedaran ini maka lahirlah golongan munafik yang tidak ada di Mekah sebelum ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Rakyat Kelantan telah memberi kemenangan kepada Islam sejak tahun 1990. Mereka dapat menyaksikan sendiri proses didikan, “brainwash” dan tarbiyyah dilakukan dalam pelbagai bidang termasuk aspek kewangan, akidah, ekonomi, kesenian, sukan, sosial, pergaulan dan kebajikan. Ini yang menjadikan lahirnya kelab-kelab penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India. Ini yang mengecewakan pihak yang satu lagi. Di atas nama menyekat proses pencerahan pemikiran di kalangan rakyat, maka mereka membawa ISA, OSA, Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak.
Jadi, majlis pelancaran Wifi dan blog saya pada petang ini, adalah untuk menyuburkan proses wacana intelektual yang sedang dirampas oleh pihak yang bimbangkan kepalsuan mereka didedah. Pada saya, ini perkembangan yang tidak sihat. Saya mahu melihat Islam sebagai sistem yang lengkap yang “bermujassad”. Ia perlu wujud dan bertubuh. Ia perlu diberi kesempatan sepenuhnya untuk menunjukkan kesan kehadiran dan jelmaannya setelah dilaksanakan. Setelah rakyat melihat sendiri kebaikan Islam, mereka akan dengan sendirinya menjadi jijik kepada sekular. Diperingkat itu, ia akan beriman dengan iman yang sebenar-benarnya yakni Iman billahi walyaumil akhir.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Penglibatan pihak swasta mahupun syarikat berkaitan dengan kerajaan di dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi amatlah dialu-alukan. Adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan industri ini kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan minda, akhlak, ekonomi dan sahsiah demi perkembangan dan pembangunan ummah secara keseluruhan. Kerajaan Negeri juga amat bersyukur diatas kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia kerana difahamkan telah banyak membantu Kerajaan Negeri di dalam perkembangan industri telekomunikasi serta memberi pengiktirafan kepada infra Quest, sebuah anak syarikat PKINK sebagai pusat setempat penyelarasan pembinaan menara telekomunikasi bagi seluruh Negeri Kelantan.
Penglibatan agensi Kerajaan Persekutuan secara terus terutama MDEC juga, telah bayak membantu Kerajaan Negeri untuk menyediakan “Blue Print ICT” bagi Negeri Kelantan. Saya difahamkan, MDEC juga telah bersetuju untuk membantu menubuhkan “incubator ICT” secara usahasama dengan PKINK bagi menggalakkan perkembangan teknopreneur. Ini secara tidak langsung akan memakmurkan lagi industri maklumat dan komunikasi dalam melahirkan ummah yang celik ICT. Tahniah diucapkan kepada PKINK kerana berjaya menceburi bidang wifi melalui anak syarikatnya secara usahasama dengan Syarikat Infolient Sdn. Bhd.
Saya menyeru supaya kemudahan yang disediakan tidak disalahguna dengan melayari laman-laman web yang terlarang, atau menyebar fitnah melalui laman blog. Kemudahan dan kemajuan teknologi ini hendaklah digunakan ke arah kebaikan, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Kebanyakan pengguna internet terdiri daripada pelajar-pelajar, ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta. Daripada 1.5 juta rakyat Kelantan, hanya 100,000 sahaja pengguna internet. Bilangan ini adalah terlalu kecil, yakni sekitar 10% sahaja. Sekiranya ini berterusan, jurang digital akan bertambah besar menjadikan rakyat Kelantan sebagai rakyat yang tidak mempunyai keseimbangan digital.
Justeru itu, jurang komunikasi akan bertambah besar diantara golongan pengguna dengan golongan yang tidak menggunakan kemudahan internet. Jurang ilmu juga akan bertambah, begitu juga dengan komuniti yang serba lengkap. Dengan terbinanya komuniti ini, pengguna internet akan bertambah. Lebih ramai golongan tua, suri rumah, peniaga-peniaga kecil, imam, pelajar pondok yang akan menjadi sebahagian dari komuniti ini. Jurang digital akan berkurangan dan saluran maklumat akan boleh dicapai oleh lebih ramai orang. Setiap orang akan menjadi lebih kaya dengan ilmu, data dan maklumat.
Semuanya ini diharapkan akan menjadi saluran yang subur ke arah proses pembinaan iman dan taqwa. Pada hari ini juga kita akan melancarkan apa yang disebut ‘Blog Tok Guru’, iaitu Blog rasmi saya sendiri, atas nama Menteri Besar. Penggunaan Blog sebagai penyampai maklumat dan pendapat adalah alat yang penting ke arah usaha-usaha dakwah. Ia menjadi saluran tambahan yang InsyaAllah akan berkembang terus menerus. Jika dulu, sabda Nabi S.A.W. berpindah dari mulut ke mulut dan berjangkit dari mimbar ke mimbar melalui risalah, kitab dan tulisan, tetapi kini ia bergerak cukup pantas.
Ia boleh membuat capaian dalam jumlah jutaan manusia dalam satu-satu masa. Melalui saluran maya, pendakwah yang bijaksana patut menggunakan kemudahan ini untuk menggalakkan makruf dan menentang kemungkaran. Saya difahamkan bahawa Blog saya ini sangat berbeza dengan blog-blog yang sedia ada. Ini ialah kerana Blog ini disediakan dalam dua versi, iaitu rumi dan jawi. Oleh yang demikian, dapatlah pembaca yang terdiri dari imam dan guru-guru pondok membaca Blog tersebut untuk mengetahui tulisan/pendirian saya selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am.
Barangkali Blog saya ini boleh juga menjadi sumber rujukan kepada wartawan supaya setiap pendirian saya dalam setiap isu tidak mudah dikeliru atau lebih-lebih lagi cuba diputar belitkan. Dengan kata-kata ini, izinkan saya melancarkan Wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru, Bismillahi Rahmani Rahim, saya dengan ini melancarkan. Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wallahu a’lam.
Pejabat Menteri Besar Kelantan Kota Bharu. Bertarikh: 28 Rabiul Awal 1430 (25 Mac 2009) …]
Demikan saya salinkan ucapan beliau. Antaranya (Wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru) bertujuan, ‘untuk mengetahui tulisan/pendirian saya selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am. Barangkali Blog saya ini boleh juga menjadi sumber rujukan kepada wartawan supaya setiap pendirian saya dalam setiap isu tidak mudah dikeliru atau lebih-lebih lagi cuba diputar belitkan.’ Oleh itu saya mencadangkan kepada kawan-kawan bloger kita, supaya mengambil berita mengenai beliau dari sumber yang betul dan asli.
Apalagi bila melihat SMS yang dihantar kepada saya itu bertulis ‘Jom kita layari ramai-ramai Wifi Aptus Net dan Blog Tok Guru, panjangkan idea beliau (Tok Guru) hingga sampai ke bawah akar umbi dan ke atas pemimpin-pemimpin negara, kerana bukan saja media-media dikuasai pemerintah tidak memberi layanan sewajarnya kepada beliau, bahkan media milik partinya (..??) sendiri.’ Waalhu ‘aklam. Saya hanya sampaikan.
Sekian catatan santai untuk kali ini, wassalam.
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 27, 2009. KL.
Asalamualaikum Tn Haji
ReplyDeleteKOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. - Bernama
[u][b]Xrumer[/b][/u]
ReplyDelete[b]Xrumer SEO Professionals
As Xrumer experts, we secure been using [url=http://www.xrumer-seo.com]Xrumer[/url] for the benefit of a sustained time for the time being and recollect how to harness the titanic power of Xrumer and adapt it into a Bills machine.
We also provender the cheapest prices on the market. Many competitors will charge 2x or even 3x and a a pile of the time 5x what we pervade you. But we maintain in providing gigantic accommodation at a debilitated affordable rate. The large something of purchasing Xrumer blasts is because it is a cheaper substitute to buying Xrumer. So we aim to stifle that bit in recollection and outfit you with the cheapest rate possible.
Not simply do we cause the unexcelled prices but our turnaround time after your Xrumer posting is wonderful fast. We will have your posting done ahead of you discern it.
We also outfit you with a ample log of loaded posts on contrary forums. So that you can get the idea also in behalf of yourself the power of Xrumer and how we hold harnessed it to emoluments your site.[/b]
[b]Search Engine Optimization
Using Xrumer you can trust to distinguish thousands upon thousands of backlinks over the extent of your site. Many of the forums that your Install you settle upon be posted on oblige great PageRank. Having your join on these sites can truly expropriate found up some crown grade recoil from links and genuinely riding-boot your Alexa Rating and Google PageRank rating utterly the roof.
This is making your site more and more popular. And with this increase in reputation as familiarly as PageRank you can envisage to lead your area definitely filthy gamy in those Search Locomotive Results.
Above
The amount of conveyance that can be obtained aside harnessing the power of Xrumer is enormous. You are publishing your site to tens of thousands of forums. With our higher packages you may equivalent be publishing your locale to HUNDREDS of THOUSANDS of forums. Imagine 1 collection on a stylish forum disposition almost always cotton on to a leave 1000 or so views, with say 100 of those people visiting your site. At once assume tens of thousands of posts on celebrated forums all getting 1000 views each. Your see trade will go through the roof.
These are all targeted visitors that are interested or curious nearly your site. Imagine how assorted sales or leads you can execute with this titanic loads of targeted visitors. You are literally stumbling upon a goldmine friendly to be picked and profited from.
Retain, Above is Money.
[/b]
TRAVERSE B RECOVER YOUR INFERIOR BLAST TODAY:
http://www.xrumer-seo.com
Predilection casinos? apply to this late-model [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] president and proceed displeasing up online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
ReplyDeleteyou can also stifle our lately [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] advert at http://freecasinogames2010.webs.com and worst textile spondulix !
another extract of the month [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] in the sector of is www.ttittancasino.com , in pick to of german gamblers, result as a be revealed via all sane from online casino bonus.
Someone deleted a variety of links from quickfiles and shared ...
ReplyDeleteFrom now, we will use www.tinyurlalternative.com as our main [url=http://www.tinyurlalternative.com]url shortener[/url], so every link will be there and visible for everyone.
You can pick out from many great [url=http://kfc.ms]short url[/url] address like:
kfc.ms easysharelink.info jumpme.info megauploadlink.info megavideolink.info mygamelink.info myrapidsharelink.info mytorrentlink.info myurlshortener.com mywarezlink.info urlredirect.info urlshrinker.info weblinkshortener.com youtubelink.info and many others.
They include over 60 other available domains and the [url=http://myurlshortener.com]url shortener[/url] service work well for free without any registration needed.
So we think it is good idea and suggest you to use [url=http://urlredirect.info]url redirect[/url] service too!
Thank you.
It isn't hard at all to start making money online in the hush-hush world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]clickbank blackhat[/URL], You are far from alone if you have no clue about blackhat marketing. Blackhat marketing uses not-so-popular or not-so-known avenues to generate an income online.
ReplyDeleteوهذا جيد إيفاد آخر ساعدني كثيرا في دراستي assignement. الامتنان لكم والمعلومات الخاصة بك.
ReplyDelete