Tuesday, March 24, 2009

Bukit Selambau Disembur Gas.. Lagi, Tanda BN Nak Kalah

By Megat Ali Megat Alang.

Siri ..2 Bukit, 1 Batang:

MAC 24, Lihat gambar, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din (kiri) sedang membantu seorang penyokong Pakatan Rakyat dan PAS yang terkena gas pemedih mata ketika tindakan Unit Simpanan Persekutuan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah malam tadi. Kini, hanya tinggal kurang seminggu menjelang hari penamaan calon Bukit Selambau, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terus menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan himpunan hampir 5,000 orang di Sungai Petani, membuktikan kerajaan pimpinan BN akan kalah dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Orang ramai datang untuk mendengar ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat itu. Lebih 18 penyokong Anwar dan orang awam dilaporkan telah ditahan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Muda. Mereka termasuklah beberapa pembantu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan ketua staf Anwar, Ibrahim Yaacob. Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar yang dipetik Malaysian Insider berkata, "saya sangat marah kerana FRU menggunakan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan 5,000 orang yang berhimpur untuk mendengar ucapan Anwar."

Penamaan calon kerusi Bukit Selambau diadakan Ahad ini manakala pengundian dijadual 7 April. Calon Pakatan Rakyat kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S. Manikumar menjelaskan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat memang telah ditahan termasuk dari PKR dan DAP. Jelas beliau, segala-galanya bermula apabila Anwar mula menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran bilik gerakan Pakatan Rakyat dan PKR di sini malam ini. "Sebaik sahaja Anwar mula berucap, gas pemedih dilepaskan menyebabkan ramai yang melarikan diri ke bangunan dua tingkat…” (2MA)

2 comments:

  1. kawan saya baru sampai , tak dan nak tongkat motor lagi tata asap berkempoi saja kata dia. kedip-kedip tata dah mula rasa pedih mata. dengan ayaq 20 , kawan saya pun balaik loi saja la. tak dan nak dengaq anwar habih cakap lagi pun. kemudian dia talipon kat saya tanya 'hang ada mana?' dengan semangat saya pun jawap ' ADA DI RUMAH LA ! " chuih ...jawap dia.

    ReplyDelete
  2. hahaha.... itu baru gas pemedih mata, belum lagi gas pemutih mata (kalau kalah la...)
    Kalau menang itu petunjuk dari Allah, tapi kalau kalah faktor pengundi hantu. Inikah sikap manusia yang berada dalam PR (Penipu Rakyat)!!?? Cerminlah diri dahulu sebelum nak salahkan orang lain. FRU nak jalankan tugas supaya bersurai sebab ceramah pun takde permit. Tapi FRU lak jadi mangsa politik Penipu Rakyat. Cukup2 la tu...

    ReplyDelete