Kitab suci Kristian 1100 tahun dahulu juga memakai sebutan nama "Allah"dan "Bismi_Allahir _RaHmaaanir _Raheem"
Ibnu Hasyim Catatan Santai
SESEORANG menghantar e-mail kepada saya tadi Mac 14, mungkin memberi komen mengenai tulisan saya .. 1..Monday, March 2, 2009 Tunjukkan Nas & Dalil, Bukan Islam Tidak Boleh Guna Nama Allah.. Ibnu Hasyim. 2..Saturday, March 14, 2009 Agnes Monica: Sebab Allah Yesusku Mengerti, Bukan Itu Saja.
Tulisannya berbunyi…
[ Assalaamu'alaikum ... Nama saya Abu Hasan Chan sudah lebih 30 tahun memeluk and mengkaji darihal Islam dan perbandingan ugama. Baru-baru ini timbul satu isu berkenaan penggunaan nama "Allah" oleh pihak bukan berugama Islam. Saya ada sedikit komen di sini. Jika ada apa reaksi terhadap komen saya ini sila hantar emel kepada saya di < abchan09@streamyx.com >. Antara perkara yang saya hendak sebut ialah penglibatan saya dalam debat antarabangsa di internet dengan orang-orang bukan Islam. Salah satu tajuknya ialah asal-usul nama "Allah".
Ada orang bukan Islam secara yang jahil mendakwa bahawa nama "Allah" hanya khusus bagi ugama Islam dan itu kata mereka adalah nama bagi tuhan palsu kerana mereka percaya Islam adalah ugama palsu. Bagi setengah orang bukan Islam yang lain yang lebih arif yang pernah mengkaji perbandingan ugama-ugama mengatakan bahawa nama "Allah" sudah lama dipakai oleh ugama Yahudi , Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad. Jadi nama "Allah" adalah nama generic (lumrah) bagi bahasa-bahasa Semitic (Ibrani, Aramaic dan Arab). Sebab itulah nama "Allah" terdapat dalam kitab-kitab suci mereka seperti Bibel (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru).
Saya hendak sebut 3 hujjah daripada Al-Qur'an :
1)..Apabila penganut ugama lain ada menyebut nama "Allah" sebagai memulia nama Tuhan Semesta Alam dan Yang Maha Pencipta, kita hendaklah berkata "Alhamdullilah". Sila ulang baca maksud ayat:
Dan sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad) "Alhamdullilah". (Sebagai bersyukur di sebabkan pengakuan mereka yang demikian-tidak menginkari Allah). Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). [ Surah Luqman 31 : 25 ]
2)..Ugama lain ada menyebut nama "Allah" sebagai memuliakan nama itu sendiri. Cuma saya nak sebut satu perkara yang menarik tentang adanya orang Yahudi di Zaman Nabi Muhammad yang menyebut nama "Allah" sebagai mempersenda ummat Islam. Bunyinya begini ....Inn _Allah faqeer(un) wa naHnu aghniya' [Ali Imran 3:181] = yang bermaksud " orang Yahudi berkata -Allah- itu miskin dan kami (orang Yahudi) adalah kaya. Asal usul ucapan orang Yahudi begitu rupa sebagai bentuk senda-gurau mempersenda orang Islam yang mencari derma jihad seolah-olah Tuhan orang Islam tidak ada wang untuk membantu ummat Islam. Sebenarnya dalam ugama Yahudi sendiri nama Tuhan tidak boleh dijadikan bahan senda gurau ...ugama mereka sendiri menganggap menyebut Tuhan atau Allah sebagai satu gurauan itu adalah KUFUR namanya.
3)..Orang Arab Kristian sudah lama menyebut nama Allah dalam kitab suci mereka. Jika kita berkata kepada orang Arab Kristian bahawa nama Allah hanya khusus bagi ugama Islam , mereka akan fikir orang Melayu adalah jahil dalam bahasa Arab. Kalau mengikut kehendak orang Melayu bahawa orang Kristian tidak boleh menyebut nama Allah , tentulah mereka akan merasa hairan kenapa nama Allah ditulis dalam kitab suci (Bibel) mereka sejak zaman berzaman dan ulama-ulama Islam di tanah-tanah Arab sendiri tidak membantah. Sila lihat penggunaan nama Allah dalam kitab suci mereka di laman web :
http://www.arabicbible.com/
http://www.arabicbible.com/
Perhatikan kitab suci Kristian 1100 tahun dahulu juga memakai sebutan nama "Allah" dan "Bismi_Allahir _RaHmaaanir _Raheem"
Jika orang Kristian menyebut nama Allah , itu adalah satu penyataan sebagai kebenaran yang di sebut dalam Al-Qur'an sendiri. Sila baca: laqad kafara _l-lazeena qaaluu inn _Allaha thaalithu thalathah ....= yang bermaksud , "telah kufur orang-orang (Kristian) yang kata Allah ialah yang ketiga dari yang TIGA" [Al-Maidah 5:73]
Jika kita faham ayat Al-Qur'an tersebut , ia menyatakan kepercayaan orang-orang Kristian bahawa sebutan nama "Allah" sebagai salah satu oknum dalam akidah Tri-Tunggal atau Triniti mereka. Ya, mereka menyebut "Allah" secara fahaman kufur mereka. Jika orang Melayu melarang orang Kristian menyebut nama "Allah" maka secara tidak langsung , orang Melayu bercanggah dengan ayat Al-Qur'an, seolah-olah mengheret diri mereka menjadi kufur kerana tidak faham Al-Qur'an? Berhati-hatilah jika kita melarang orang Kristian menyebut nama "Allah".
Bagi pihak Kristian pula jika mereka berkata nama Allah hanya bagi Islam, maka dengan secara tidak langsung mereka berkata ayat Al-Maidah 5:73 adalah bohong dan fitnah terhadap ugama Kristian . Ya...adakah Al-Qur'an itu berbohong terhadap kepercayaan Kristian? Silalah fikir baik-baik. Al-Qur'an menegaskan bahawa orang Kristian ada menyebut nama "Allah" ..adakah itu benar atau tidak?
Pernah timbul di Indonesia yang mana orang-orang Kristian Indonesia mencadangkan nama "Allah" tidak dipakai dalam kitab suci mereka "Al-Kitab". Nama "Allah" hendaklah digantikan dengan sebut "Elohim". Pihak ulama Kristian tidak dapat berbuat demikian kerana sebutan Allah adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan sebutan Elohim, Ini kerana sebutan Elohim memberi erti berlainan dalam bahasa Ibrani. Elohim memberi makna kebesaran Ilahi bagi ugama Yahudi bukannya memberi erti "jamak" (plural). Sedangkan pihak Kristian mengambil kira erti Elohim dalam ertikata fahaman akidah Triniti mereka , iaitu berbilang keTuhanan (Bapa, Anak dan Ruh Qudus). Maka pihak Kristian mengekalkan penggunaan nama "Allah" untuk mengelak kekeliruan dari segi etimologi (asal usul perkataan dalam penggunaan bahasa).
Sekian dulu. Yang benar, Abu Hasan Chan. <> ]
Terima kasih atas komen anda. Mungkin kerana dalam tulisan 1 seperti judul di atas, saya tidak bersetuju dengan pandangan di mana orang ‘bukan Islam tidak boleh guna nama Allah’. Kata saya, ‘Begitulah corak pemikiran peneraju-peneraju pemerintah negara ini yang tidak mahu memikirkan kepentingan dakwah dan pandangan orang bukan Islam di negara sendiri’. Ertinya saya tidak bersetju dengan Kementerian Dalam Negeri yang mengumumkan bahawa ia telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan agama Kristian berkuat kuasa serta merta. Jadi, saya bersetuju orang bukan Islam boleh guna perkataan tersebut!
Tetapi dalam tulisan 2 seperti tajuk di atas, saya seolah-olah bersetuju pula dengan perlaksanaan tersebut, apabila menyokong MAIS yang mahu lagu Agnes Monica diharamkan kerana liriknya menyebut ‘...sebab Allah Yesusku mengerti.’. Ertinya bersetju pula dengan tindakan MAIS melarang penggunaan kalimat Allah tersebut di kalangaan orang bukan Islam. Dan komen saya di situ ‘Setuju haramkan, tapi lihat juga aspek lain yang lebih besar lagi.. moral, kebudayaan dan dakwah!’
Pandangan saya:
1..Kita terpaksa bersetuju kerana undang-undang itu telah dilulus dan dilaksanakan. Apalagi bila bila ada pendapat ulama-ulama yang menyokong dan menentang dengan nas masing-masing. Kita hormati pendapat mereka, walau pun tidak sama dengan kita.
2.. Dalam kes Agnes Monika, saya setuju haramkan lagu itu, tapi kena lihat juga aspek-aspek lain yang lebih besar lagi, seperti moral, kebudayaan dan dakwah. Budaya keruntuhan moral dalam bidang maksiat hiburan pada artis-artis, memang semua ulama tidak bersetuju, walaupun ulama-ulama dalam kerajaan tidak mampu mencegahnya. Mengapa yang ini tidak diharamkan? Sepatutnya disegandingkan.
3..Sebenarnya, hal ini berlaku kerana kuasa politik lebih tinggi dari kuasa mereka, disebabkan parti mereka bukan parti yang berdasarkan agama. Agama hanya tempelan sahaja. Lihat sahaja seorang Mufti pernah dipecat kerana melaksanakan peraturan mengenai ratu cantik. Begitu juga masalah murtad dan lain-lain. Kalau kerajaan ini kerajaan berwibawa dan mempunyai jentera yang kuat dalam menjelaskan kekeliruan mengenai Islam, maka membenarkan penggunaan perkataan Allah di kalangan bukan Islam amat baik.
Kerana perlaksanaan ini membuka kepada polimik dan memberi ruang dakwah yang lebar untuk penjelasan konsep tauhid dalam Islam. Dan dakwah Islam bukan lagi di peringkat yang sempit kenegaraan, bahkan melangkaui batas sempadan, dengan kecanggihan teknologi masa kini. Pelek.. dalam menerangkan Islam, kerajaan Malaysia masih membina tembuk dari tempurung sempit. Tidak fikirkah mereka dunia sekarang adalah gelas yang telus pandangan. Mengapa masih bersifat katak bawah tempurung? Sampai bilakah dapat bertahan dalam keadaan seperti ini?
4..Sebagai penyelesaiannya, kita kena gunakan kuasa yang ada pada kita, untuk memilih dan menyokong parti yang memperjuangkan kerajaan Islam, dan komponannya. Terus terang saya katakana, dalam pilihan raya kecil (2 Bukit… 1 Batang…) ini, undilah PAS dan komponannya! Kepada Abu Hasan Chan, saya ucapkan selamat berjihad dan terus berjuang!
Sekian catatan santai kali ini... Wallahu aklam.
ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 14, 2009. KL.
AHC Tiger Chan OKU dari kelantan. Beliau memang sudah lama aktif berdakwah dalam siber.
ReplyDeleteSaudara-sdr Ibnu Hasyim dan Abu Hassan Chan, Dr Zulkifli, Khalid Samad dll., sy Patrick Daud memeluk Islam selama 15 tahun yg sebelumnya Khatolik di Indonesia ingin memberi komen tentang perkara ini.
ReplyDeleteKenapa sempit otaknya Ulama' Malaysia seperti Tok Guru Nik Aziz, Us. Asri dan Sdr-sdr lain dlm blog ini dan blog lainnya? Sy rasa semuanya BUTA SEJARAH! Mohon belajar balik apa takrifnya ALLAH!!!
Tak perlu sy perhaluskan dgn ayat2 Al-Qur'an atau Al Hadith utk membuktikan polemik ini.
Jawapannya mudah. Golongan Kristien Malaysia mau menyesatkan lagi generasi muda Melayu Malaysia dgn menunjukkan ALLAH mereka sama saja dlm Islam.
Kerna sudah 50 tahun mereka (org Kristien) tidak boleh buat di alam Melayu Malaysia tetapi telah sukses di Indonesia. Walaupun di Indonesia kami mempunyai kaliber Ulama' seperti Pak Tjokroaminoto, Pak Agus Salim, Pak Hamka, Pak Natsir, Pak Ahmad Dahlan, Pak Ahmad Hassan, Pak Hasyim Ashaari, Pak Wahab Hasbullah dll. Kami telah tunduk kepada ide Soekarno yg tidak mahu melukakan kemauan golongan Kristien. Sedikit kesalahan kami tetapi sehingga sekarang Kristinisasi Indonesia pesat berkembang!!!
Jadi Sdr-sdr tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu dgn (waqiek) keadaan semasa atau sejarahnya polemik ini?
Secara teknikalnya ok ALLAH utk semua tetapi secara politiknya bagaimana? Kesannya pada masyarakat Melayu/Indonesia yg sangat parah imannya? Sudah dihidangkan dgn segala macam hiboran/laro' baik bentuk media cetak atau electronics yg antiIslam! Mau disalahkan umat Islam lagi? Berapa banyak serangan dakyah Kristien atau lainnya tehadap umat Islam yg harus kita tangkis? Sy Khatolik dahulunya, sy amat arif apa prejudisnya kpd Islam dan umat Muslim yg utama targetnya generasi muda.
Memang org Arab menyebut ALLAH sebagai Ar Rabb sebelum Ar Rasul lagi. Tidak perlu bukti lagi! Itu istilah umum. Tetapi Ar Rabb yg mana satu?Mungkinkah ALLAH begitu rendah IQnya mau menceritakan hal ini di dalam Al Qur'an yg syumul? Mustahil sdr-sdr! Sdr Abu Hassan Chan perlu tahu Org Kristien Arab menggunakan Bismillah kerna meniru gaya hidup Org Arab Muslim pada zaman Org Islam dominan. Itu bukannya ritual asal agama atau Khatolik. Bahkan kenapa Org Romans dan Byzantium yg Khatolik dahulu sebelum org Arab tidak menyebut ALLAH sebagai Ar Rabb mereka di dalam setiap manuskrip mereka? Atau org Yahudi yg lebih awal Kristien? Mohon pertajamkan ilmu sejarah sdr-sdr.
Org Portugis yg menjajah Melaka mulai tahun 1511 pun telah belajar lebih dari 350 tahun mengenai tamaddun/budaya Islam kerna mereka menerima kekuasan Dinasti Khalifah Umayyah semasa Zaman Khalifah Abd Rahman III sehingga tahun 1031 dan Dinasti Khalifah Nasrid sehingga tahun 1492 di Granada, Almeria dan Malaga, di Sepanyol. Mereka tidak pulak mengambil istilah ALLAH ke dalam fahaman atau buku-buku Khatolik mereka atau buku-buku terjemahan Melayu nya. Sama juga dgn penjajah Belanda. Malah mereka amat sensitif kalau menyamakan ALLAH dgn tuhan mereka waktu itu kerna takut kefahaman TRINITY mereka akan goyah.
Ya kita mana mungkin menyekat nama ALLAH dipakai org non-Muslim serata dunnia tetapi di Malaysia, kuasa politik masih berjalan baik di tangan Melayu Muslim, jadi harus/wajib Melayu Muslim Malaysia bangun menyekat syirik sebelum berlaku seperti di zamannya Abu Bakr As Sidik. Jadi di mana pegangan Islam mereka yg bernama Ulamak' Malaysia ini? Sy sangat malu dan kesal sekali hanya mungkin ilmu Islam mereka tinggi tetapi iman dan cintanya kepada Ad Dinn mudah luntur kerna sebab politik setempat dan perkara tidak penting (menggunakan bahasa Us. Asri tadinya). Jadi jelas mereka-mereka ini telah / sedang cacat iman, bodoh sombong (tidak mahu belajar lebih dari ilmu yg ada) dan TIDAK LAYAK digelar ulamak' Islam tetapi boleh digelar POLITIKUS sahaja. Saranan sy mereka-mereka ini belajar terus dari Ustaz Taib Azamudden yg ikhlas dan berani dgn ilmu Islamnya. Sy telah ikutin komen beliau di Perlemen Malaysia tempohari.
Tunggu dan lihatlah nanti akan ada Gereja ALLAH Trinity, Gereja Anak ALLAH Yesus yg tercinta, Gereja ALLAH Methodist, Gereja ALLAH Khatolik, Gereja ALLAH dalam TIGA dan ROHUL QUDUS dan beberapa nama begitu lainnya di bumi Malaysia. Intipatinya utk mendakwah org Kristien Malaysia! Malah mungkin ramai yg akan berkahwin dgn wanita Kristien atau sebaliknya seperti di Indonesia kini. Syabas Sdr-sdr., Tok Guru-tok guru dan Ustaz-ustaz di Malaysia.
Ironinya, siapakah yg kena dakwah atau akan jatuh murtad dari Islam! Sia-sia lah sahaja perjuangan Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tok Janggut dan Sheikh Hamzah Fansuri, Sheikh Shams Ad Din, Sheikh Abd Rauf, Sheikh Abdul Samad, Sheikh Mas'ud Mohd Su'ud, Sheikh Abdul Qadir Abd Jalil, Sheikh Daud Al-Fathani, Sunan-sunan Sembilan di Demak dan lain-lain nya di bumi Melayu nusantara ini.
Wallahu'alam.
saya amat bersetuju sekiranya non muslim atau bkn Islam TIDAK DIPERBOLEHKAN menggunakan nama Allah kerana akan berlaku penghinaan terhadap islam nanti bila ada gereja yg akan meletakkan kalimah Gereja Anak Allah. Masa tu baru org melayu nak bersilat nak buat apa dah. Allah memang hak org Islam Sahaja. Salah Satu Zikir Agung yg dianjurkan Ialah dgn menyebut nama Allah sebanyak mgkin.
ReplyDeleteMungkin saudara2 suka jika penganut selain dari Islam menggunakan perkataan Allah merujuk kepada tuhan mereka. Ini yang terjadi apabila Nga Kor Ming yang beragama Kristian sewenang-wenangnya merujuk kepada surah "Al-Aura" yang tak tak pernah wujud dalam Al-Quran. Kalau kita terus-terusan berlembut untuk membenarkan mereka menggunakan Allah dalam ibadah mereka, jangan salahkan orang lain kalau anak cucu saudara tersesat satu hari nanti oleh kesilapan kita memberi muka hari ini.
ReplyDeleteNegara Islam manakah di dunia ini yang telah mengharamkan nama Allah di dalam Bible? Adakah wujud ayat-ayat di dalam al-Quran atau suruhan dalam hadis yang menyeru kita menghapuskan nama Allah dalam Bible? Apakah pendidikan agama kita terlalu tidak cukup sehingga orang-orang Islam di negara ini tidak tahu membezakan antara ayat-ayat Injil atau Quran? Malang apabila alim-alim ulama tidak mengenal saudara seagama dan hanya enak lentok di kerusi pejabat. Jika benar-benar kita takut umat Islam keliru, maka adakanlah pendidikan yang berkesan agar mereka dapat bezakan antara Allah umat kristian dengan Allah umat Islam. Tidak perlu sehingga nak memaksa penganut agama lain membuang apa yang menjadi akidah mereka. Kalau benar-benar takut umat Islam keliru, suruhlah juga dibuang nama-nama seperti Abraham, Musa, Daud, Hagar, Solomo dan sebagainya di dalam Bible, agar umat Islam tidak lagi KELIRU. Kenapa hanya dibuang nama Allah?
ReplyDeleteHairan, Nabi Muhammad tidak pula menyuruh kita membuang nama Allah di dalam Bible, yg ada cumalah seruan agar umat Kristian tidak mengatakan Allah itu beranak dan Jesus itu anak Tuhan. Dan apabila berdebat pun hendaklah menggunakan cara yang baik.
Patrick Daud : Golongan kristian Sarawak x pernah pun menyesatkan generasi melayu islam di Sarawak. Bah kan saling hormat antara satu sama lain. Satu lagi kt Swk ada mcm2 bangsa so pakai bhasa melayu le..supaya senang faham.. Xde otak betul ko ni.
ReplyDelete