Saturday, March 21, 2009

HAMAS-Israel, Jangan Perang Kalau Kekuatan Senjata Tidak Setanding?

Pemimpin PAS Palestin.. Ismail Haneyya

Mac 20. Sejumlah 21 orang rakyat Palestin termasuk empat MP terpilih telah diculik pada Khamis lalu sepanjang serangan awal pagi yang mensasarkan penduduk Palestin di Tebing Barat. Menurut sumber-sumber Palestin, tentera itu telah menyerang bandar raya Ramallah, Nablus, Tulkarem, Bethlehem, Hebron dan Jericho.

Ibnu Hasyim Catatan Santai


YEDEOTAharonot, sebuah harian Israel melaporkan, semua peristiwa akhir-akhir ini yang memberi kemenangan kepasa HAMAS dalam perang Gaza lalu telah membuktikan kegagalan Israel dalam mencapai tujuannya. Dalam laporanya Khamis (Mac19), Aharonot menyebutkan, pentingnya pembebasan semua tawanan Palestin dari penjara Israel. Kerugian yang akan dialami Israel setelah kegagalannya dalam proses pertukaran tawanan akan menjadi lebih besar dari kerugian yang diperoleh HAMAS.

Harian itu meminta Israel mengakui kerugian mereka dalam perang Gaza itu dan tidak lagi menutup-nutupi apa yang sebenarnya terjadi. Israel sudah tidak mampu lagi membebaskan tawanan Shalit dari HAMAS. Mereka tidak mampu menekan Hamas, baik melalui operasi ketenteraan atau pengepungan. Harian itu menambah, HAMAS akan sanggup menawan tentara zionis lebih ramai lagi dan mendesak zionis agar membebaskan semua tawanan Palestin, walaupun Israel masih tetap menolak tuntutan HAMAS.

Di bahagian akhir, harian itu menyebutkan, Israel sebagai pihak yang rugi, perlu tunduk kepalanya dan serahkan tawanan Palestin kepada HAMAS. Pihak Israel hendaklah hentikan permainannya dengan mengorbankan tentara Shalit.

Pada saya, peristiwa ini benar-benar menampar muka pemimpin-pemimpin negara umat Islam atau penganalisis-penganalis politik bacul, yang memberi alasan supaya jangan berlawan dengan Israel kalau kekuatan senjata tidak seimbang. Mereka adalah golongan pejuang kebangsaan Palestin (Mudahnya disebut UMNO Palestin? ) yang menjadi penghalang kepada golongan perjuangan Islam HAMAS (PAS Palestin)..

Mereka buta melihat sejarah perjuangan Perang Badar yang memberi kemenangan kepada Islam walaupun kekuatan tidak seimbang. Mereka taksub dan fanatik kepada teori mereka itu sebenarnya demi menyembunyikan penyakit yang menghinggapi mereka. Apakah penyakit itu? Lihat catatan santai yang lalu Monday, February 23, 2009 Takut Mati, Punca Umat Islam Diratah…

Wallahu aklam. Teruskan boikot Israel dan kuncu-kuncunya.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 21, 2009. KL.

Sila lihat tulisan lalu di blog ini..1..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim. 2..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola 3.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim 4.. Monday, February 9, 2009 Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot... 5..Wednesday, February 25, 2009 Teruskan Boikot, Banyak Syarikat Israel Bungkus.

4 comments:

  1. Sdr.,

    Sy rasa kurang tepat meletakkan perjuangan HAMAS sama dgn PAS dan FATAH dgn UMNO.

    Kerana Org Melayu Muslim di negara ini belum sampai mengambil senjata api bagi menyelesaikan masalah yg mereka hadapi. Adalah Sdr begitu beria-ia hendak sampai ke arah yg disebutkan tadi? Wa na ngu-zubillah....

    Sebenarnya sejarah Islam telah ratusan lagi berulang kali sejak Perang Siffin lagi di zaman Saidina Ali R.A. Kenapa kita tidak mengambil pendekatan yg lebih ke arah kesatuan ummat. Kenapa org-org seperti Sdr dalam PAS menolak saranan-saranan kearah itu?

    Yg amat mengherankan PAS dapat menerima DAP yg terang-terang anti-Islam dan Melayu dalam menubuhkan negara Islam.

    Sebenarnya PAS dalam ambang kejatuhan sekarang kerana org Melayu tidak dapat mempercayai dan bergantung harap dari PAS. Sayang kerana pimpinan PAS sekarang hanyut dgn ilmu cetek Islamnya. Sy yakin kalau ada pilihanraya yg terdekat ini nescaya org Melayu akan menolak PAS sebagaimana terbuktinya dgn kesombongan Nizar di Perak dan serata Malaysia.

    Sy sebagai ahli PAS seumur hidup kecewa dgn pimpinan PAS hari ni dan amat kurang yakin dgn kehadiran org-org bijak pandai yg ex-Malay College umpamanya menerajui PAS. Mereka-mereka ini cenderung kepada puak-puak, suku-sakat yg seiring Collegiannya daripada ukhuwwah Islamiah yg syumul. Kepandaian berucap atau berhujah seharusnya tidak menjadi pengukur kepimpinan tetapi agenda kemelutan realiti Umat yg harus kita selesaikan, kemanakah Umat Melayu Malaysia ini akan dipandu pimpinan PAS?

    Mungkin alternatif yg ada kembali kepada UMNO?

    Wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  2. jeles tak dpt masuk MCKK ke bro ???

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada Encik Abu kerana membuka polimik..'kurang tepat PAS sama dengan HAMAS'.

    Sebenarnya Islam & Nasionalis Asobiyah memang tidak sejalan. Macam langit dengan bumi. Islam lwn jahiliah..

    Begitu juga, Nabi Musa dengan Fir'aun, Muhammad SAW dengan Quraisy, US-Israel dengan kumpulan paksi Islam, HAMAS dengan kumpulan selain Islam seperti Fatah dll,dan di Malaysia PAS dengan UMNO dll.

    Kerana dalam Islam cuma ada dua, Islam dan kufur, terang dan gelap. Kalau samar-samar termasuk gelap. Seperti juga Syurga dan Neraka, tak ada tengah-tengah.

    Berbalik kepada Perang Siffin zaman Saidina Ali, walaupun kedua-dua kumpulan itu berperang, namun kerana kedua-dua kumpulan itu berada dalam kerangka kumpulan yang sama, iaitu Islam, lanjutan dari kerajaan Islam Rasul dan Khalifah Empat, berterusan hingga ke Dinasti Umaiyah, Abasiah hingga ke kerajaan Khalifah Usmaniah Turki... Mereka masih bukan berperang antara Islam dengan kafir. Perselisihan berlaku kerana sedikit selisih faham, bukan perang jihad.

    Sedangkan UMNO wujud di Tanah Melayu melanjutkan cita-cita penjajah kafir yang bermusuh dengan kerajaan Turki Usmaniah, yang mengharamkan gerakan politik Islam pertama di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin, yang perjuangannya dilanjutkan oleh PAS (parti Islam) walaupun peringkat awalnya cuma tumpang tenggek bersama UMNO, kerana terpedaya janji manis cita-cita Islam dalam UMNO.

    Rupanya UMNO tidak mampu bergerak semdiri, dan perpaksa menjadi 'barua' penjajah. Buktinya kemerdekaan yang diberi tidak boleh mengikut sistem pemerintahn Islam atau undang-undang Allah, dan mesti ikut undang-undang Lord Ried ciptaan manusia kafir itu. Pemimpin yang dididik dan ditabalkan penjajah untuk melajutkan cita-cita politiknya, ada yang 'tidak tahu' agama.

    Karena itulah pemimpin agama dalam UMNO keluar tubuh PAS. Itu buktinya UMNO bukan parti Islam. Bukti kecilnya, lihat saja bendera Malaysia, macam bendera Amerika (tambah bulan & dan kurangkan bintang saja) yang mengambilnya dari British, yang dari kelompok 'Hizbus Syaitan' yang sama. (Baik lagi bendera Malaysia ada unsur-unsur kerajaan Majapahit).

    Mengenai PAS berkawan dengan DAP & PKR dan mungkin dengan UMNO melalui 'Kerajaan Perpaduan' , itu tiada masalah, kerana dalam berdakwah menyampaikan Islam, kedang-kadang lebih perlu kepada yang belum kenal Islam, seperti DAP & UMNO yang jelas menolak 'hukum hudud'.

    Sekian untuk kali ini. Maaf kalau ada yang terkasar! (terpaksa ketuk kuat sikit kalau ada 'buku keras').

    Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  4. Pembetulan:

    Ayat (Baik lagi bendera Malaysia ada unsur-unsur kerajaan Majapahit).. dibetulkan kepada (Baik lagi bendera Singapura ada unsur-unsur kerajaan Majapahit).

    ReplyDelete