Monday, March 30, 2009

Isu Rampas Masjid, Imam Jelaskan, Zamri Keluar Sebelum Baca Yasin..









Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Drs Rosdi Deraman
(Menulis dari Bukit Gantang)

"MEMANG ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" kata Tuam Hj Hisham, Imam Masjid Simpang Tiga, Taiping, sewaktu ditemuramah oleh http://politikbanjar.blogspot.com/ melalui telefon dalam perjalanan Taiping KL. Beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... (mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb! -MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi ...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (AliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..

DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan.. tinggal Muhyidin dan Calon. Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu... Lepas ni mungkin kena pecat le ana...

Tuan Hj Hisham menghabiskan cerita.

Begitulah… Dalam negeri yang diperintah oleh BN, nak sembahyang, jadi imam, nak berkuliah agama, nak buat baik pun kena minta izin pemerintah. Kalau orang tak sembahyang terus takpa pula? (RD)

(Seterunya sila lihat sumber sebelumnya Ir Nizar Jelaskan Isu Rampas Masjid.. Apa Kata Penduduk? , Ceramah, SMS, Kartun? ).

1 comment:

HeroHuruHara said...

Andai benar sedemikian kata, saya amat gusar kerana tanda akhir zaman itu muncul depan mata kita semua dan kita pula masih 'huruhara' dalam soal agama dan penyatuan ummah.

Ramai-ramai kita teguhkan saf persaudaraan Muslim dan mohon dilindungi dair fitnah dajjal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails