By Asyok Kumar
CADANGAN untuk membentuk kerajaan perpaduan di negara ini demi mengembalikan keamanan dan tenteram kepada rakyat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah disokong secara peribadi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini.
Naib Presiden UMNO itu berkata, cadangan berkenaan pernah diusulkan sebelum pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu tetapi tidak mendapat sebarang sokongan daripada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Ini pandangan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan parti. Cadangan yang dikemukakan oleh Presiden PAS itu amat penting untuk difikirkan. Malah tidak ada sebarang masalah sekiranya berlaku kerajaan campuran. UMNO bersikap terbuka,” katanya.
Muhyidin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Dan Dialog Pakej Rangsangan Ekonomi, di sini semalam. Hadi sebelum ini dilaporkan mencadangkan agar ditubuhkan kerajaan perpaduan di negara ini ekoran krisis politik dan krisis ekonomi yang bakal mendatang. Ahli Parlimen Marang itu berkata, semua parti-parti politik di negara ini perlu bersatu untuk agenda yang lebih besar negara iaitu bekerja untuk kepentingan rakyat.
Pada majlis yang sama, Muhyiddin berkata, usaha serius perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan segera pakej rangsangan ekonomi kedua. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pelaksanaan pakej rangsangan kedua perlu sampai ke peringkat akar umbi bagi memastikan projek-projek terbabit dilaksanakan. “Sokongan rakyat semua peringkat, terutama perniagaan, perlu bagi menyemarakkan penggunaan domestik dan meningkatkan ekonomi,” katanya.
Sementara itu DAP pula sentiasa bersedia berkerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan pusat berhubung aspek ekonomi, tetapi tidak dalam aspek ‘kerajaan campuran’, buat masa ini, seperti kenyataan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng di pejabatnya di Pulau Pinang beberapa hari lepas. “Dalam aspek kerajaan campuran, saya rasa bagi DAP tiada (kerjasama) tetapi untuk bekerjasama dengan BN bagi memulihkan dan menyelamatkan ekonomi, kita sedia bekerjasama," katanya [Sila lihat http://www.ibnuhasyim.com Friday, March 13, 2009 DAP Tolak Kerajaan Campuran.. Lim Guan Eng ] (AK)
Sila lihat http://www.ibnuhasyim.com
1..Friday, March 13, 2009 DAP Tolak Kerajaan Campuran.. Lim Guan Eng 2.. Thursday, March 5, 2009 PAS Menuju Kerajaan Perpaduan? 3..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting. 4.. Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan Perpaduan/Campuran.
No comments:
Post a Comment