Sunday, March 29, 2009

Mengapa Datuk Shahrir Ditolak Sebagai MT UMNO?

By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR, Mac 27, 09, Datuk Shahrir Abdul Samad gagal mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi yang ditandinginya dalam pemilihan Umno semalam. Beliau akan mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Rabu ini. Seorang lagi menteri Datuk Azalina Othman Said juga tidak tersenarai dalam barisan 25 anggota majlis berpengaruh itu.

Selain mereka berdua, lima timbalan menteri dan empat menteri besar turut tewas dalam pertandingan sengit itu. Shahrir memberitahu pemberita bahawa adalah sukar melaksanakan tugas menteri tanpa sokongan daripada parti, seperti yang dilaporkan Bernama. Ramai pemerhati-pemerhati menyebutkan Shahrir yang juga ketua Umno bahagian Johor Bahru adalah seorang yang bersih dari politik wang, berdisiplin, bertanggung jawab dan kerja kuat. Itu sebabnya beliau meletak jawatan.

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas mengenai perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam blognya, ‘Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti..’ dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Beliau seolah-olah mencabar “Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.”

Komen blog Ibnu Hasyim.. Kalau Datuk Shahrir seorang yang bersih dari politik wang, berdisiplin, bertanggung jawab lagi kerja kuat ditolak, dan Khairy Jamaludin orang yang dikenali, juga diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin Parti dipilih atau diterima, apakah parti itu boleh dikatakan bersih? Mungkinkah itu jawapan kepada sebab mengapa Datuk Shahrir ditolak sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno? Bolehkah pemimpin yang tidak bersih dalam parti yang juga tidak bersih dapat membuat pembersihan kepada yang bersih? (2MA)

3 comments:

The Trooper said...

hamid albab sedang berkira-kira untuk meletak jawatan sebagai menteri dalam negera. inilah balasan kepada beliau yang baru sahaja mengharamkan harakah dan suara keadilan. Tindakan beliau untuk mengisa nizar dihalang oleh pak lah.

hamid albab bertambah pening dengan raja petra. tak lut dengan isa. anak raja dari selangor yang kini dihalau dari selangor.

Anonymous said...

Itulah wajah sebenar majoriti ahli-ahli dan perwakilan UMNO yang masih berjiwa "politik wang"- sama ada dalam bentuk tunai, habuan benda, projek, permit, jawatan2 bergaji lumayan, .... jual tanah rezab Melayu, gadai negara dan lain-lain yang boleh menghasilkan "wang'.

Jiwa ahli UMNO sekarang bukan lagi fokus kepada nasib Melayu, Tanah Air dan Agamanya tetapi berlumba2 untuk mengejar dan membolot kepentingan peribadi!!

Itu sebabnya, ramai pemimpin bersih & berkaliber Melayu seperti Shahril Samad, Rais Yatim, Tengku Razaliegh Hamzah, .... dulu Anwar Ibrahim, Dato Harun Idris, Ghazali Shafie, .. kena CANTAS awal2 takut mengganggu "BUDAYA KORUPSI UMNO" mereka ..........

Yang boleh survive dalam UMNO ni, adalah yang jenis KAKI BODEK, KAKI AMPU, KAKI RASUAH, USTAZ PAK TURUT,....dll yang boleh menyokong dan bela kemungkaran para Pemimpin/ ketua2 UMNO??!

Patutkah orang2 Melayu/Islam menerima UMNO menjadi Pemimpin mereka?

Wajarkah orang2 Melayu/Islam menolak kepimpinan Melayu alternatif yang lain dari bukan UMNO seperti Melayu PAS, Melayu PKR?

Anonymous said...

Thank you for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and I am waiting for your next write ups thank you once again.

Feel free to visit my web-site - goji pro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails