Monday, March 23, 2009

Nora Danish Lebih Sedar Dari UMNO..

Ibnu Hasyim Catatan Santai

"SAYA berharap semoga Rayqal sudah dapat bergelar tahfiz al-Quran pada usia empat tahun.” Luah aktres Nora Danish Hanif, 27, tentang masa depan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, dua bulan setengah. "Saya juga berdoa semoga dia menjadi anak yang beriman dan soleh. Insya-Allah!” Katanya seperti yang dilaporkan oleh Siti Azira Abd Aziz (Mstar Online) hari ini.

Dia yang berharap, kalau boleh tidak mahu anaknya jadi artis dan biar jadi pemimpin negara. Kini, selepas anaknya berusia dua bulan setengah, Nora secara rasminya bersedia perkenalkan Rayqal kepada khalayak pada Sabtu lalu dalam majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anaknya yang berlangsung di rumah bekas mertuanya, di Ampang. Malah Nora juga mendoakan yang terbaik untuk Rayqal supaya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjaya.

Al-hamdulillah, marilah kita sama-sama tolong berdoa semoga Allah SWT teguhkan pendiriannya, panjangkan umur anaknya sehingga dewasa, dan dia sendiri dapat melihat anak menjadi seorang yang hafal Al-Quran. Pada saya, inilah satu contoh seorang aktres yang sedar, bahkan lebih jauh pemikirannya dari pemimpin parti UMNO tulang belakang BN… yang memerintah negara dengan mengekploitasi dunia hiburan sehingga menjauhkan umat manusia dari Al-Quran.

Contohnya, lihat sahaja media tv yang dipancarkan ke dalam rumah kita lebih mengarah kepada keruntuhan moral dan menjauhi penontonnya dari Al-Quran. Bukan mendidik ke arah menjadi pemimpin mengikut Al-Quran.

Sekian, santai-santai kali ini.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 24, 2009. KL.

5 comments:

  1. Baguslah tu..
    Ada niat baik untuk menjadikan anak sebagai tahfiz.

    ReplyDelete
  2. Saya cadang supaya DMP mendekati Nora Danish ni. Buat awal ni, target dakwah pembentukan peribadi si ibu tu. Sayang jika cita-cita dan harapan murni seorang ibu tu, tersekat dek kerana ibu tu sendiri.

    Perlu bentuk si ibu, agar si ibu mampu membentuk si anak sesuai dengan harapannya itu.

    Pandangan sahaja.

    ReplyDelete
  3. Teringin mahu menyunting Nora Danish... =)

    ReplyDelete
  4. Jangan tunggu lama-lama..

    ReplyDelete
  5. Harap ada yg dapat membimbing Nora dan puteranya itu dengan iklhas.

    Saya percaya Nora bercakap dari sudut hatinya yg luhur..

    Tak sabar tengok budak tu membesar dan mamanya mendapat suami yg soleh..

    amin..

    ReplyDelete