3 calon Bukit Gantang. Tengah Ir Nizar calon PAS
Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Megat Ali Megat Alang
Ir Nizar & Presiden PAS
KL Ahad Mac 29, 2009. Kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini menyaksikan sehingga 15 orang bertanding di satu kerusi. Jumlah teramai sebelum ini pernah berlaku dia PRU di Sabah iaitu seramai 8 orang.
Dalam 3 pilihan raya kecil serentak yang akan diadakan pada 7 April ini di Perak, Kedah dan Sarawak, menyaksikan 20 calon bertanding termasuk seramai 15 orang merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau. Daripada tiga kerusi yang dipertandingkan, 15 turun gelanggang Bukit Selambau dan tiga di kerusi Parlimen Bukit Gantang manakala dan dua lagi di DUN Batang Ai.
Kawasan Parlimen Bukit Gantang, menyaksikan saingan tiga penjuru antara bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Saffian (BN); bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan BN, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas). Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang dan Kamarul merupakan seorang usahawan berusia 41 tahun dari Taiping.
Pada sidang media di bangunan Majlis Perbandaran Taiping, Taiping selepas proses penamaan calon berakhir, Nizar menganggap pilihan raya kecil ini sebagai referendum ekoran krisis politik yang membawa kepada tumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat awal bulan lalu. Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassan pula berkata, pilihan raya kecil ini bukan satu refendum sebaliknya satu peluang merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Dalam pilihan raya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh calon PAS yang meninggal dunia awal bulan lalu. Status sah ketiga-tiga calon ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Datuk Mahmud Morsidi pukul 11.26 pagi tadi. Penamaan calon berlangsung dari pukul 9 pagi selama sejam dan disusli oleh sesi bantahan yang menyaksikan tiga bantahan dibuat iaitu satu ke atas calon BN dan dua lagi ke atas calon Bebas.
Pilihan raya kecil kawasan DUN Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). BN meletakkan muka baru Malcom Mussem Lamoh, 49, yang akan berdepan dengan Jawah Gerang, 55, dari PKR, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu bagi lima penggal. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada pukul 11 pagi.
Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian penyandang kerusi dari BN bagi empat penggal, Datuk Dublin Unting Ingkot, yang juga Pembantu Menteri Sukan dan Pertanian Sarawak dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar. Sementara itu seramai 15 calon bertanding merebut kerusi DUN Bukit Selambau. Berdasarkan kedudukan calon atas kertas undi, mereka terdiri daripada R. Loganathan (guna simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR) dan Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau). Calon lain ialah Abdul Rahim Abdul (Jam Loceng), L.Sarala (Basikal), S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Mogankumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M. Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang)…(2MA)
No comments:
Post a Comment